Ntah apa-apa ni kihkihkih XD

Cintamu Milikku~*

 

 

"Hai, sayang!" ucap Woohyun lalu dia mengucup dahi isterinya. "Awak buat apa ni?" soalnya sebelum dia duduk di sebelah isterinya di atas sofa.

 

 

"Makan jeruk. Awak nak?" Balas Sunggyu sambil dia menghulurkan semangkuk jeruk kepada Woohyun.

 

 

"Jeruk? Ee, masam la! Boleh cirit-cirit, tau?" seloroh Woohyun.

 

 

"Tak masam la. Mak saya yang buatkan. Awak taknak sudah."

 

 

"Mai saya nak rasa sikit." Woohyun mengambil jeruk yang dipotong dadu lalu memakannya. "Ee, masamnyer! Macam mana awak tak rasa masam?"

 

 

"Awak taknak, sudah la! Tak payah nak buat muka macam tu. Mana ada masam." ucap Sunggyu sambil tangannya tak berhenti menyuap jeruk ke mulutnya.

 

 

"Mak ngan ayah awak mana?" soal Woohyun cuba menukar topik supaya pergaduhan tak tercetus gara-gara berselisih pendapat pasal jeruk ni.

 

 

"Mak ada kat dapur. Ayah plak dok bertukang dalam bilik bakal anak kita."

 

 

"Bertukang? Apa yang dibuatnya?"

 

 

"Ntah la. Kenapa awak tak pergi tengok? Pergi la tolong apa yang patut."

 

 

"Habis awak? Takkan nak duduk sorang kat sini?"

 

 

"Habis awak nak saya buat apa? Tolong bertukang sekali?" Sunggyu memerli.

 

 

"Bukan macam tu. Okey la, saya pergi tengok apa yang boleh saya tolong. Awak kalau ada apa-apa, jerit jer nama saya, ya? Sepantas kilat saya muncul kat sini." Woohyun cuba menukar topik sekali lagi untuk elak diorang dari bergaduh.

 

 

"Iya saya tau. Awak jangan risau la. Selagi saya di rumah ni, takda apa yang boleh jadi kat saya. Risau sangat la awak ni."

 

 

"Okey, saya naik atas dulu." dengan itu, Woohyun segera beredar ke tingkat atas dan menuju ke arah bilik bakal anaknya.

 

 

Setibanya Woohyun di bilik itu, dia terpegun melihat sebuah katil bayi yang diperbuat daripada kayu.

 

 

"Wah, cantiknya! Ayah ke yang buat ni?" soal Woohyun seperti tak percaya yang CEO syarikat besar, pandai dalam hal pertukangan macam ni.

 

 

"Kamu ada nampak orang lain ke dalam bilik ni?" sakat Tn. Kim sambil mengukir ukiran di kepala katil.

 

 

"Alah ayah ni. Nak tanya pun salah, ke?" rungut Woohyun yang mula melangkah menghampiri Tn. Kim.

 

 

"Tanya tak salah, tapi soalannya tu yang salah. Soalan mencabar minda sungguh." perli Tn. Kim lagi. Dia tergelak kecil melihat Woohyun yang dah memuncungkan bibirnya sebab diperli. "Toksah nak buat muka macam tu la. Kamu tu dah nak jadi ayah tak lama lagi, cuba la matang sikit." Tn. Kim memberhentikan kerjanya, lalu dia duduk di lantai untuk rehat sekejap. "Yang kamu datang sini buat apa?"

 

 

"Ada apa-apa yang boleh saya tolong, ke?" soal Woohyun sambil meneliti katil itu yang dah hampir siap. "Bila ayah mula buat katil ni? Dah hampir siap nampaknya."

 

 

"Orang pakar ambil masa tak lama untuk buat perkara remeh macam ni."

 

 

"Perkara remeh ayah kata? Saya tengok macam susah jer nak buat katil ni." Woohyun duduk di sebelah Tn. Kim. "Sebenarnya, ayah tak perlu la susah payah buatkan katil ni. Pergi jer kedai, beli. Kan senang?"

 

 

"Biar la ayah nak buat. Ayah excited sangat nak timang cucu. Cucu sulung la katakan. Lagipun, ia lebih kukuh kalau kita buat sendiri. Tahan sampai cucu cicit kamu nanti."

 

 

"Iya la tu. Ayah tau mana cara nak buat katil ni?"

 

 

"Sebelum ayah jadi CEO, ayah kerja sebagai pembuat perabot di kilang perabot. So, dari situ la."

 

 

"Oo..." Woohyun mengangguk tanda faham.

 

 

"Kamu cuti sampai bila?" soal Tn. Kim.

 

 

"Sampai hujung minggu ni."

 

 

"Sampai hujung minggu ni saja? Alang-alang kenapa tak cuti sampai baby lahir?"

 

 

"Kerja banyak kat ofis tu, kalau saya tinggal lama-lama. Lagipun, mak dan ayah kan ada? Boleh tengok-tengokkan Gyu."

 

 

"Memang betul cakap Gyu." Tn. Kim berdiri dan mula mengemas peralatannya.

 

 

"Apa maksud ayah?" soal Woohyun.

 

 

"Dia cakap kamu lebih pentingkan kerja berbanding dia."

 

 

"Tak lah! Mana ada. Saya..."

 

 

"Apa-apa la, Hyun. Perkara ni tak perlu diajar, kamu sendiri tahu." dengan itu Tn. Kim melangkah keluar dari bilik itu.

 

 

"Am i??" Woohyun berfikir sendirian.

 

 

><><><><><

 

 

Malam itu, Sunggyu yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba terjaga. Woohyun yang baru keluar dari tandas terkejut melihat isterinya dah terjaga. Woohyun perlahan naik ke atas katil dan duduk di sebelah Sunggyu. Kemudian, dia mengusap perlahan perut isterinya itu.

 

 

“Kenapa ni? Baby nakal lagi?” soal Woohyun.

 

 

“Kalau dia tenang, awak rasa saya akan terjaga ke sekarang ni? Dia aktif sangat akhir-akhir ni, sampai saya susah nak tidur. Sekarang ni pun...awak sendiri rasa, kan? Penat la saya...” rungut Sunggyu.

 

 

“Really? Maybe dah tak lama lagi kot. Doktor pun kata yang awak dah cukup bulan, so bila-bila masa jer, kan?"

 

 

"Maybe kot...Hyunnie ah..."

 

 

"Ya?"

 

 

"Saya takut..."

 

 

"Takut apa?"

 

 

Sunggyu menyandarkan kepalanya ke bahu Woohyun dan Woohyun memegang tangannya. "Takda apa la..."

 

 

"Kenapa ni? Kalau awak ada masalah, bagitau saya. Jangan simpan sendiri. Apa yang awak takutkan?" Woohyun mengucup dahi Sunggyu.

 

 

"....."

 

 

"Gyu??"

 

 

"....."

 

 

"Gyu?" Woohyun memanggil sekali lagi sebelum dia dapati Sunggyu dah tidur. "Tidur plak dia." Dia membaringkan Sunggyu dan menyelimutkannya. "Saya akan sentiasa bersama awak, so takda apa yang perlu awak takutkan. Sweet dream my dear..." Woohyun mengucup isterinya sebelum dia juga mulai tidur.

 

 

..............................................................................................................................................................................

:D Terima kasih kepada semua yang sudi menunggu!

Semoga korang berpuas hati dengan chapter ni...saya sebenarnya takda idea sangat :) Tapi demi korang, saya cuba buat yang terbaik walaupun takla baik sangat...hehe...

Enjoyed! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk