Apa ni??

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Jam loceng dah berbunyi, namun pasangan itu masih lagi liat nak bangun. Masing-masing masih lagi saling berpelukan seolah-olah tiada lagi hari esok dan seterusnya. Woohyun mencapai jam loceng yang berada di belakangnya, lalu dia membalingnya ke lantai dan pecah berkecai la jam tu. Kemudian dia kembali tidur seperti tiada apa-apa yang jadi. Tapi lain pula bagi Sunggyu bila dia terdengar bunyi jam itu hancur, dia terus terjaga.

 

 

'Teruknya, Hyun ni! Sejak bila dia jadi pemalas macam ni? Selalunya kalau jam bunyi, dia la orang pertama yang kalut bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja, alasannya takut ayah marah...eh, wait a minute! Ayah mana ada kat sini...' Sunggyu turun dari katil dan memandang Woohyun.

 

 

"Oh, mentang-mentang ayah takda, awak nak ponteng kerja, ya? Yah! Bangun la!" teriak Sunggyu, namun Woohyun beralih ke arah lain dan menutup telinganya dengan bantal. "Yah! Saya cakap bangun la! Pergi bersiap untuk ke pejabat!" teriak Sunggyu lagi dan kali ini disusuli dengan cubitan.

 

 

"Auww, sakit la!" teriak Woohyun sambil menggosok-gosok lengannya yang dah merah akibat cubitan 'manja' Sunggyu itu.

 

 

"Tau pun, sakit. Kalau taknak kena lagi, cepat bangun. Bangun!" Sunggyu memegang kedua-dua tangan Woohyun dan cuba menariknya bangun. "Beratnya awak ni. Nampak jer badan kecik."

 

 

Woohyun tersenyum sinis melihat Sunggyu yang cuba untuk menariknya bangun dan satu pemikiran nakal muncul dalam mindanya. Dia menyentap tangannya dan menyebabkan Sunggyu hilang keseimbangan lalu jatuh ke atasnya. Sunggyu tergamam. Matanya dan mata Woohyun saling bertentangan tanpa berkelip.

 

 

Woohyun mulai berdebar. 'Aduh, ia jadi lagi! Jantung aku berdegup kencang ni. Boleh jadi heart attack ni! Dulu aku tak rasa macam ni pun bila bersama dia, tapi kenapa sekarang aku dah rasa lain bila aku bersama dia? Bila aku tengok dia, bila aku bersentuhan dengan dia, aku rasa lain sangat...adakah ini namanya cinta? (hok aloh, jiwang plak eden ^^)...'

 

 

'Hyunnie, awak saja kan? Awak memang saja nak saya dekati awak, kan? Tapi kenapa? Awak dah jatuh hati kat saya, ke? Kalau ya, kenapa awak tak mengaku? Susah sangat ke, Hyunnie? Lupakan saya sebagai kawan baik awak masa kecil, tapi ingat la saya sebagai insan yang dah jadi hak milik awak yang kekal...looked at me as your wife, not just a friend...i'm tired already, Hyunnie...saya dah penat dianggap sebagai kawan, walaupun kita ni nampak mesra sangat di mata orang. Baik awak mengaku sebelum saya dah betul-betul bosan dengan awak dan cari orang lain yang boleh anggap saya lebih dari seorang kawan...i mean it...' tiba-tiba Sunggyu merenung tajam ke arah Woohyun, seolah-olah marah.

 

 

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Takkan awak marahkan saya hanya sebab saya saja jatuhkan awak? Hmm?"

 

 

Sunggyu tersedar dari lamunannya. "Malas nak layan awak!" dia segera bangun dari Woohyun lalu dia menuju ke bilik air untuk mandi.

 

 

Woohyun duduk di birai katil, lalu mengeluh. "Ish, kenapa la aku ni pengecut sangat? Nak confess jer pun, bukan nak pergi berperang." Woohyun meramas rambutnya dengan rasa kecewa terhadap diri sendiri.

 

 

><><><><><

 

 

"Abang rasa, Hyun pergi ofis tak nanti? Yer la, diorang kan baru pindah semalam. Mana tau dia nak luang masa dia ngan Gyu untuk kemas apa yang patut."

 

 

"Sebelum ni, dia rajin ke ofis pun sebab abang yang ajak. Kalau ikutkan dia, dia tak mau la kerja kat ofis tu. Katanya duit kita dah banyak, cukup untuk 7 keturunan lagi. So, abang rasa, dia mesti rasa bebas untuk tak pergi ofis." Tn. Nam memberi pendapat sambil menjamah sarapannya.

 

 

"Ya tak ya juga, kan. Sekarang ni, tentu Gyu dok pening nak gerakkan dia. Gyu mesti taknak dia malas pergi kerja. Kesian kat abang la, katakan." Pn. Nam tertawa kecil bila dia teringatkan gelagat Sunggyu untuk gerakkan anak lelakinya yang pemalas tu.

 

 

"Sebab tu la saya tak risau sangat bila diorang dok berasingan dari kita. Saya tau saya boleh harapkan Gyu untuk paksa dia pergi ofis. Memang betul kata Hyun yang harta ni takkan habis, itupun kalau kita sentiasa menambahnya dengan sentiasa bekerja. Tapi, kalau asyik habiskan harta tanpa ditambah semula, lambat-laun akan habis juga. Sayapun dah tak larat nak uruskan company tu sorang-sorang. So, sebelum saya bersara, saya nak latih Hyun supaya cekap dalam urusan syarikat supaya senang saya lepaskannya ke tangan dia. Dialah satu-satunya pewaris kita, anak tunggal kita." Tn. Nam menghakhiri kata-katanya sebelum meneguk segelas kopi.

 

 

><><><><><

 

 

"Acchooo!!" Woohyun terbersin sewaktu bersarapan. "Aduh, siapa plak yang dok mengata aku pagi-pagi ni?" rungutnya.

 

 

"Mak, dan ayah la tu. Tentu diorang dok fikir sama ada awak dah bangun atau tak. Awak tu kan pemalas." sindir Sunggyu lalu dia menjamah roti bakar yang baru disapu mentega kacang.

 

 

"Perli saya, ya? Saya bukan malas okey. Tadi saya terfikir nak ponteng kerja sehari untuk tolong awak kemaskan apa yang patut dalam rumah ni. Kitakan baru pindah semalam, masih bersepah lagi barang-barang kita dan perabot-perabot..."

 

 

"Sudah, jangan nak mengada-ngada. Rumah ni dah lengkap dengan semua barang perabot dan barang keperluan masa kita pindah semalam. Kita pindah masuk sini dengan bawa beg pakaian kita jer. Yang lain dah lengkap. So, jangan nak cari alasan untuk tak mau pi kerja, okey?"

 

 

Woohyun melihat sekeliling untuk mencari alasan lain. Memang tak dinafikan yang dia memang malas nak pergi kerja, tambah-tambah hari ni. Hari pertama dia di rumah ini, dan hari pertama diorang hanya tinggal berdua tanpa orang lain. So, dia memang fikir nak luangkan masa dengan Sunggyu hari ni.

 

 

"Awak kata kita masuk rumah ni hanya bawa beg pakaian je, kan?" Sunggyu mengangguk pada pertanyaan Woohyun itu. "So, itu la yang saya maksudkan tadi. Biar saya tolong awak susun atur pakaian-pakaian tu."

 

 

"Jangan nak banyak alasan, boleh tak? Yang awak banyak-banyak alasan untuk tak nak pi kerja hari ni, kenapa? Selalu takda pun awak bagi alasan untuk taknak pi kerja selain dok kata malas jer. Hari ni banyak pula alasan awak, ya?" bebel Sunggyu.

 

 

Woohyun merenung Sunggyu tanpa berkelip dan perlahan-lahan dia mula mengelamun.'Saya nak luangkan masa dengan awak. Nikmati saat-saat hari pertama kita hanya berdua saja dalam rumah. Masa kat rumah sebelum ni, ada mak, ayah, dan orang-orang gaji. Takda langsung masa privasi kita selain dalam bilik je la. Sekarang ni, kita boleh bersantai sambil tengok tv berdua, bersantai kat kolam renang berdua, duduk berbual di balkoni berdua dan semuanya kita boleh buat berdua tanpa ada yang mengganggu. Nak tak?'

 

 

"Hyun? Awak okey, tak?" soal Sunggyu sambil melambai-lambai tangannya di hadapan muka Woohyun apabila Woohyun masih kaku sambil merenungnya tanpa berkelip. "Yah, Nam Woohyun!" teriak Sunggyu beserta tendangan 'mesra' ke kaki Woohyun.

 

 

"Aduh! Yah, sakitlah!!" teriak Woohyun sambil menggosok-gosok kakinya itu.

 

 

"Itu la, mengelamun lagi. Cepat habiskan sarapan tu, dan pergi ofis. Nanti ayah marah, baru tau." Sunggyu mengangkat pinggan dan cawannya sebelum dia menuju ke sinki untuk membasuh.

 

 

"Kasar la dia ni. Tak reti ke nak berlembut sikit? Aku ni husband dia, bukan kawan dia." Woohyun tersentak dengan ngomelannya sendiri. Dia menekup mulutnya. 'Aku cakap apa tadi? Aku husband dia? Iya, betul la tu! Kitorang ni dah sah husband and wife, so buat apa nak rasa gabra.' Woohyun meletakkan kepalanya di atas meja makan. "Aduh, bila aku nak berani confess kat dia ni?? Nam Woohyun! Kau ni pengecut la!" ngomel Woohyun sendirian sambil mengeluh.

 

 

Sunggyu yang baru kembali dari dapur merasa pelik dengan perangai Woohyun tu. "Hei, awak dok ngomel apa sorang-sorang tu? Takkan la malas nak pi kerja sampai jadi tak bermaya macam ni? Cergas la sikit." Sunggyu berdiri di belakang Woohyun dan mula mengurut-ngurut bahu husbandnya itu. "Macam mana? Segar tak?" soalnya dengan nada manja.

 

 

Woohyun kembali menegakkan badannya, dan membuat renggangan. "Wah, rasa segar la! Thanks!" ucap Woohyun sebelum dia menoleh ke arah Sunggyu dan mereka berdua kaku apabila dengan tak semena-mena bibir mereka bertembung.

 

 

Muka masing-masing dah mula kemerah-merahan. Dan suasana sekeliling terasa hangat. Mereka berkeadaan macam tu selama beberapa minit sebelum Woohyun meleraikannya.

 

 

"Saya nak pergi ofis dulu. Jumpa malam nanti. Bye!" dengan itu, Woohyun segera berlalu pergi.

 

 

'Kenapa ciuman kali ni rasa lain? Rasanya lebih mendalam, macam...macam dia dah hati ngan aku. Betul ke dia dah ada hati kat aku? Kalau betul, kenapa dia tak luahkan? Aish...bodoh la awak ni!' getus hati Sunggyu sebelum dia terperasan briefcase Woohyun. Dia segera mencapai briefcase itu lalu berlari ke luar rumah. "Hyunnie, briefcase awak!" namun dia terlambat sebab Woohyun dah memandu pergi. "Apa la dia tu...awal-awal pagi dah nyanyuk." rungut Sunggyu sebelum dia masuk ke dalam rumah semula.

 

 

Sunggyu membuka briefcase itu untuk melihat isi kandungannya. Dan ternyata ia mengandungi, dokumen-dokumen yang penting. Lalu Sunggyu membuat keputusan untuk menghantar sendiri briefcase itu memandangkan diapun memang takda kerja yang nak dibuat. Dia menelefon teksi.

 

 

><><><><><

 

 

Woohyun sedang menyemak fail-fail yang ada atas mejanya dengan begitu khusyuk sehingga tak sedar akan ketiadaan briefcasenya. Kemudian dia terdengar ketukan dari luar. "Masuk!" ucapnya.

 

 

Seorang gadis yang anggun melangkah masuk ke dalam pejabat Woohyun dan menghampiri mejanya dengan angkuhnya. "Hai, Hyunnie! You ingat i lagi tak?"

 

 

Woohyun kenal suara itu, dan dia mulai risau. Dia mengangkat mukanya dari fail-fail tersebut dan memandang gadis itu. "Sun-Sunny? What are you doing here?"

 

 

"Saya dah balik, macam yang saya janjikan dulu. I miss you, honey!" Sunny memeluk Woohyun dari belakang dengan mesranya sebelum dia mengucup pipi Woohyun.

 

 

Woohyun segera meleraikan pelukan itu dan dia bangun dari kerusinya. "Please, Sunny...i tengah kerja ni. Nanti kita jumpa, okey?"

 

 

Sunny membuat gaya menggoda sambil dia memaut leher Woohyun dan membuat mereka saling berpandangan. "Kiss me first, then i leave..."

 

 

'Mana boleh aku kiss dia? Ini curang namanya, Hyun! Memang la Sunny ni girlfriend aku, tapi itu sebelum aku kahwin dengan Gyu. Lagipun, dia sendiri yang tinggalkan aku dan pergi overseas tanpa khabar berita. So, secara tak langsungnya, dia dah putus dengan aku...dan akupun dah tak cintakan dia...hati aku dah diisi dengan seseorang...mianei, Sunny...i can't...' getus hati Woohyun. "Sunny, i..." belum sempat Woohyun berkata apa-apa, Sunny segera mengucupnya.

 

 

Sunggyu yang baru tiba terkejut melihat situasi itu. Dia tergamam seketika, dan briefcase yang dipegangnya jatuh ke lantai. Tanpa disangka, air matanya mengalir dek hatinya yang terluka, terguris dan rasa dikhianati. Dengan tidak berkata apa-apa, dia segera berlari pergi dari situ sambil menangis. 'I hate you, Nam Woohyun!'

 

 

..................................................................................................................................................................................................................

A/N: Hehe...ada pengacau la pula...well, dalam drama memang tak sah kalau takda adegan2 mcm tu, kan? Saya tak minat drama atau novel, tapi saya cuma tulis berdasarkan apa yang saya nak ia berlaku...so 100% my imagination...mcm mana chapter kali ni? Suka tak? So, jgn lupa komen ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk