Harap-harap...

Cintamu Milikku~*

First of all, saya nak minta maaf sangat2 sebab lambat update...i'm sorry *susun 10 jari*

So, semoga enjoy dengan chapter baru ni ^^

_____________________________________________________________________________________________________

 

Malam itu, Sunggyu tak dapat lelapkan mata dia sebab Woohyun tak balik lagi. Dan selalunya waktu itu, dia akan tunggu Woohyun. So, dia turun ke ruang tamu dan duduk di sofa untuk menunggu kepulangan Woohyun. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Dia segera menjawabnya.

 

 

"Hyunnie, awak lambat lagi, ke?" soal Sunggyu yang mengetahui si pemanggil itu siapa.

 

 

"Gyu, kan saya dah cakap jangan tunggu saya. Awak tu kena banyak rehat. Pergi tidur sekarang." arah Woohyun disebalik talian.

 

 

Sunggyu mencebik. "Taknak! Saya nak tunggu awak juga. Kalau awak risaukan saya, awak balik sekarang. Kalau tak, saya takkan tidur semalaman." Sunggyu mengugut.

 

 

Woohyun mengeluh disebalik talian. Dia tahu Sunggyu betul-betul maksudkannya. "Okey, okey, saya akan balik. Saya on the way nak naik kereta ni. Awak pergi la tidur dulu. Ya?" Woohyun cuba memujuk dengan harapan Sunggyu akan mengikutnya.

 

 

"Selagi awak takda depan mata saya, saya takkan tidur. That's final!" tegas Sunggyu sebelum dia segera mematikan talian.

 

 

Dia sebenarnya risaukan Woohyun yang selalu sangat balik lewat malam macam ni. Bukan apa, memandangkan Sunny masih bebas, Sunggyu taknak tanggung risiko yang Sunny mungkin akan bertindak seperti tempoh hari dengan cubaan membunuh Woohyun. Dia takut sangat. [You all tentu faham perasaan Gyu, kan? ^^]

 

 

"Gyu, kamu tak tidur lagi?" soal Pn. Kim yang baru tiba di situ.

 

 

Sunggyu yang sedang mengelamun tersentak dengan teguran itu. "Mak ni, buat saya terkejut la. Nasib baik tak kena heart attack." rungut Sunggyu sambil mengurut dadanya.

 

 

Pn. Kim duduk di sebelahnya. "Kamu buat apa kat sini sorang-sorang? Dah lewat malam ni, kamu sepatutnya dah tidur. Kesian baby tu."

 

 

"Saya tunggu Hyun. Lagipun, kami memang selalu tunggu dia. Mak jangan la risau." balas Sunggyu.

 

 

"Tak payah la tunggu dia. Dia dah besar panjang, tak lama lagi dah nak jadi ayah. Tak payah la kamu bersekang mata untuk dia. Tahu la dia jalan balik." Pn. Kim memegang tangan anaknya. "Jom ke bilik kamu! Kamu kena tidur."

 

 

"Saya nak tunggu dia. Nanti dia balik la. Yang mak bangun ni kenapa?" Sunggyu cuba menukar topik.

 

 

"Oh, mak dahaga sebenarnya. Nak pi dapur minum air jap." Pn. Kim bangun dari sofa. "Kamu nak apa-apa tak? Boleh mak buatkan."

 

 

"Tak payah la, mak. Mak pergi la minum air tu. Saya okey." balas Sunggyu dengan senyuman.

 

 

"Okey." jawab Pn. Kim dengan ringkas sebelum dia beredar ke dapur.

 

 

><><><><><

 

 

Woohyun tiba di tempat letak kereta dan belum sempat dia membuka pintu kereta, dia didatangi oleh seseorang yang amat dibencinya selama ini.

 

 

"Kau buat apa kat sini? Tak takut aku repot polis ke?" ucap Woohyun sedinginnya.

 

 

"Jangan! Tolong jangan, Hyun! Saya ke sini bukan nak apa-apakan awak. Saya..."

 

 

"Aku takda masa nak layan kau. Baik kau blah kalau kau taknak masuk lokap." Woohyun memberi amaran sekerasnya.

 

 

"Hyun..." Sunny memegang tangan Woohyun. "Hyun, saya nak minta maaf! Tolong tarik balik tuduhan awak. Saya tak sanggup lagi jadi orang buruan. Please..." rayu Sunny dengan berlinangan air mata.

 

 

"Tarik balik tuduhan?" Woohyun tersenyum sinis. "Jangan harap!" Woohyun menepis kasar tangan Sunny dan membuka pintu keretanya. Namun, belum sempat dia masuk ke dalam kereta, Sunny menghalangnya.

 

 

"Please, Hyun! I'm begging you! Please..." rayu Sunny dan dia berlutut di hadapan Woohyun.

 

 

"Baru kau tau salah. Sebelum kau buat, kau tak fikirkan akibatnya. Sekarang tak guna kau merayu macam ni. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takda gunanya. Kau tanggung la akibatnya." tegas Woohyun sebelum dia masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi.

 

 

"Tak guna kau! Aku minta maaf elok-elok, kau jual mahal ya...kau tengok la nanti! Tunggu balasan aku nanti!" raung Sunny dengan penuh kemarahan.

 

 

"Betul ke apa yang aku buat ni? Aku lepaskan dia macam tu jer? Macam mana kalau dia mai rumah aku dan cuba cederakan Gyu plak?" getus hati Woohyun. Kemudian dia tersentak. "Alamak, mimpi tu! Mungkinkah Sunny orang yang cuba cederakan...Tak mungkin la! Tapi, dia seorang saja yang ada motif untuk buat macam tu. Ini tak boleh dibiarkan!"

 

 

Dengan itu, Woohyun segera berpatah balik semula ke tempat parking tadi untuk mencari Sunny, namun hampa sebab Sunny dah takda di situ.

 

 

"Harap-harap bukan dia."

 

 

><><><><><

 

 

Woohyun selamat tiba di rumahnya. Dan dia segera mencari isterinya, namun gagal sebab Sunggyu takda di ruang tamu. Woohyun menggaru kepalanya yang tidak gatal.

 

 

"Eh, mana dia? Dia kata nak tunggu aku, dan dia selalu tunggu aku kat sini. Ini takda pun." Woohyun berseloroh sendirian.

 

 

"Dia dah tidur dalam bilik." ucap satu suara dari arah belakang Woohyun.

 

 

Woohyun segera beralih. "Mak rupanya. Dia dah tidur? Macam mana? Tadi bukan main lagi dia ugut saya nak berjaga semalaman selagi saya tak balik. Sampai naik panik saya dibuatnya."

 

 

"Ikutkan, memang dia nak berjaga, tapi mak ada la cara mak yang tersendiri. Kamu tak perlu tahu. Yang penting, dia dah tidur sekarang ni." jelas Pn. Kim.

 

 

"Lega saya kalau macam tu. Nasib baik mak ada, kalau tak, entah macam mana saya nak pujuk dia lagi."

 

 

"Ni, mak nak cakap sikit dengan kamu. Mari duduk." arah Pn. Kim yang dah duduk di sofa.

 

 

"Cakap apa mak?" Woohyun duduk di sebelah Pn. Kim.

 

 

"Kamu tau kan, Gyu tu seorang yang degil. Kamu takkan boleh menang kalau dia dah tetapkan sesuatu."

 

 

"Ya, saya tau."

 

 

"So, mulai dari hari ni, mak nak kamu lebihkan tumpuan kat dia. Balik kerja awal, supaya dia tak berjaga malam macam selalu. Kamu tentu tau ia tak baik untuk dia dan kandungannya."

 

 

"Saya tau." ucap Woohyun dengan nada bersalah.

 

 

"So, kalau kamu sayangkan dia, ikut cakap mak. Dalam tempoh macam ni, dia paling perlukan kamu bukannya mak atau ayah dia. Okey?"

 

 

"Baiklah mak. Saya janji lepas ni, saya akan utamakan dia dari kerja saya."

 

 

Selepas itu, Woohyun dan Pn. Kim kembali ke bilik masing-masing. Woohyun faham benar apa yang dimaksudkan oleh Pn. Kim tadi dan dia dah buat keputusan untuk sentiasa di sisi isterinya. Lebih-lebih lagi, bila musuh diorang dah muncul semula.

 

 

Sunggyu dan Woohyun sedang menonton tv di ruang tamu apabila loceng rumah mereka dibunyikan.

 

 

"Biar saya gi tengok siapa yang datang, ya? Awak tungguk sini." ucap Woohyun lalu beredar ke pintu utama.

 

 

"Siapa tu, Hyun?" soal Sunggyu dari ruang tamu sebelum dia terdengar suara orang mengerang kesakitan. Dia mulai panik. "Hyunnie?!" dia bangun dari sofa dan bergegas ke pintu utama. Dia terkejut melihat Woohyun terbaring di muka pintu dengan berlumuran darah. "Hyun!"

 

 

"Hyunnnnnn!!!!!!!!!" teriak Sunggyu yang terjaga dari tidur.

 

 

"Gyu, kenapa ni?!" soal Woohyun yang sedang menyalin pakaian.

 

 

"Hyunnie, awak okey? Huh? Awak tak apa-apa?" soal Sunggyu sambil meneliti Woohyun yang duduk di hadapannya.

 

 

"Kenapa ni? Awak mengigau, ke? Saya okey la."

 

 

"Hyunnie!" Sunggyu segera mendakap Woohyun seeratnya. "Jangan tinggalkan saya! Please, don't leave me...don't leave me..." rayu Sunggyu dalam esakan.

 

 

"Gyu, saya takkan tinggalkan awak...awak cuma mimpi jer. Shh, shh semuanya okey...dah jangan nangis." Woohyun mengusap-usap belakang Sunggyu sambil memujuknya.

 

 

'Semoga itu semua hanyalah mimpi ngeri...janganlah ia menjadi realiti...' - WooGyu

 

 

.................................................................................................................................................................................

Woohoo! Finally update! ^^

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk