Semuanya okey...^.~

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Beberapa minit kemudian, doktor yang merawat Sunggyu mula melangkah keluar dari bilik pembedahan dan mereka semua segera menghampirinya.

 

 

"Macam mana dengan isteri saya doktor?" soal Woohyun dengan cemas.

 

 

"Dia selamat, tapi..."

 

 

"Tapi apa doktor? Jangan kata yang baby kami..."

 

 

"Sabar la, En. Nam..." ucap doktor itu sambil dia menepuk bahu Woohyun.

 

 

"Tidak!! Tolong la kata yang mereka selamat! Gyu dan baby kami selamat...please...cakap la!" teriak Woohyun sambil dia mencengkam kolar doktor itu. "Cakap!"

 

 

"Hyun! Hyun, bangun la! Awak mengigau ni. Hyunnie!" teriak Sunggyu sambil dia menggoncangkan tubuh Woohyun yang terbaring di sofa tidak jauh dari katilnya.

 

 

Woohyun masih lagi meracau dalam tidurnya tanpa menyedari keadaan sebenar. Sunggyu yang keletihan segera memanggil jururawat untuk menggerakkannya.

 

 

"Ada apa yang boleh saya bantu?" soal jururawat itu sebaik saja dia masuk ke dalam wad Sunggyu.

 

 

"Tolong simbahkan dia dengan air. Tak sedar diri lagi tu." ucap Sunggyu selamba sebelum dia duduk di birai katilnya. Tubuhnya masih lemah sebab dia kehilangan banyak darah tadi.

 

 

Doktor kata yang dia mengalami pendarahan sebab tekanan dan kelaparan sewaktu dia menjadi tawanan Junyoung. Dan oleh kerana Woohyun membawanya tepat pada masanya, dia dan bayinya selamat. Seisi keluarga mereka dah datang melawat Sunggyu tadi, dan mereka dah balik bila disuruh oleh Woohyun dengan alasan Sunggyu perlukan rehat. Dan sewaktu dia menemani Sunggyu, dia terlelap di sofa dan berlakulah igauannya tu.

 

 

"Kata nak jaga kita, tapi dia yang tertidur. Siap mengigau lagi. Apa la papa kamu ni, kan? Buat malu jer." rungut Sunggyu kepada babynya.

 

 

"Betul ke nak siram dia dengan air ni?" soal jururawat yang kembali dengan segayung air yang diambil dari dalam tandas tadi.

 

 

"Buat saja. Biar dia sedar sikit." Sunggyu cuba menahan tawa.

 

 

"Okey." dan jururawat yang lurus bendul itupun, segera menurut arahan Sunggyu iaitu menjirus segayung air ke arah Woohyun yang masih mengigau itu.

 

 

Woohyun apa lagi, melompat la dia sebab terkejut yang teramat sangat.

 

 

"Yah, apa ni?!" jerit Woohyun yang dah terjaga dari tidurnya.

 

 

"Okey, thanks!" ucap Sunggyu selamba kepada jururawat itu, sebelum jururawat itu beredar meninggalkan mereka berdua. "So, amacam? Sedap mandi sambil berbaring?" perli Sunggyu yang duduk di birai katil sambil mengusap perutnya dengan senyuman.

 

 

"Gyu? Awak..." Woohyun terkelu melihat Sunggyu kelihatan sihat. Tubuhnya yang dibasahi air tadi, tidak dihiraukannya. Itu tak penting. Apa yang penting baginya sekarang ialah Sunggyu dan bayi mereka selamat. Dia perlahan mengatur langkah menghampiri katil Sunggyu dengan pandangan yang tak percaya. "Gyu, awak...awak okey?"

 

 

"Mesti la saya okey. Apa maksud awak?" soal Sunggyu semula.

 

 

"So, itu semua mimpi la? Awak tak apa-apa...Gyu! Awak okey! Awak okey, Gyu! Saya happy sangat!" ucap Woohyun dengan terujanya sebelum dia segera memeluk Sunggyu seeratnya.

 

 

"Hey, Hyun...kenapa ni? Awak ni berkelakuan macam saya nak tinggalkan awak plak...kenapa ni?"

 

 

"Gyu, i miss you..." ucap Woohyun dengan nada yang hampir berbisik sebelum tangisannya mula kedengaran.

 

 

"H-Hyunnie...awak nangis? Why? Sayakan dah kembali. Dah la, jangan nangis lagi. Lepas ni, takda siapa yang akan pisahkan kita lagi, ya? I miss you too, Hyunnie..." Sunggyu membalas pelukan Woohyun.

 

 

"Ini semua salah saya, Gyu. Kalau la saya temankan awak hari tu, tentu awak tak diculik. Ini memang salah saya! Saya minta maaf..."

 

 

"Taupun!" marah Sunggyu lalu dia menolak Woohyun menjauhinya. "Ia memang salah awak! Awak tau tak, saya takut sangat masa diculik Junyoung. Dia tu psiko! Dan kalau awak tak datang tepat pada masanya, saya mungkin dah cuba bunuh diri sebab tak tahan dengan dia. Lepas tu, padan muka awak sebab pentingkan kerja dari luangkan masa dengan saya. Biar awak menyesal tak sudah. Eh tak, awak takkan menyesal, sebab bila saya dah takda, awak boleh la luangkan masa 24jam untuk kerja awak tu tanpa diganggu. Kan? Itu yang awak nak, kan? Kerja sepanjang masa. Lepas tu..." belum sempat Sunggyu menghabiskan leterannya, Woohyun segera mengucupnya.

 

 

Sunggyu tergamam. Mereka berkeadaan begitu selama beberapa minit sebelum Woohyun meleraikan ciuman itu. Dia memegang kedua-dua belah pipi Sunggyu dan memandangnya.

 

 

"Kalau awak takda, hidup sayapun dah tak bermakna. Tak boleh hidup bersama, kita mati bersama. Saya minta maaf sebab abaikan awak sebelum ni. Awak la harta yang paling bernilai dan yang terpenting dalam hidup saya. Mulai sekarang, dan saat ni, saya janji yang saya takkan sesekali abaikan awak. Percaya la." ucap Woohyun dengan seriusnya.

 

 

Sunggyu perlahan menurunkan tangan Woohyun dan menggenggamnya erat. "Saya percaya, Hyunnie. Dan saya maafkan awak."

 

 

"Urm, awakpun kena minta maaf juga kat saya."

 

 

"Untuk apa? Bila saya ada buat salah kat awak?" Sunggyu melepaskan tangan Woohyun.

 

 

"Awakpun ada salah juga. Kalau awak tak berdegil nak keluar sendiri tempoh hari, tentu awak tak diculik. Betul kan?"

 

 

"Tak nak la cakap dengan awak." rajuk Sunggyu. "Kita yang jadi mangsa, kita pula yang dipersalahkan. Papa kamu jahat la." rungutnya.

 

 

'Aigoo, comelnya awak! Tak sabarnya nak tengok rupa baby nanti. Mesti secomel awak juga.' fikir Woohyun sambil tersengih. Dia duduk di sebelah Sunggyu dan tangannya diletakkan ke perut isterinya itu. "Baby ah, mama marah papa. Tolong la pujuk dia. Papa gurau jer tadi. Takkan la papa nak salahkan mama. Papa sayang mama dan baby. Please..."

 

 

"Ah..."

 

 

"Kenapa, Gyu? Awak sakit, ke? Nak saya panggilkan doktor?" soal Woohyun dengan cemasnya.

 

 

"Tak, tak payah...saya okey. Nampaknya, baby dah berpihak kat awak. Dia macam marah kat saya sebab merajuk kat awak." Sunggyu memuncungkan mulutnya.

 

 

"Iya? So, awak marahkan saya lagi tak?"

 

 

"Kalau saya marah awak, saya yang sakit sebab tendangan dia. So, urm...terpaksa la saya mengalah..."

 

 

"Yahoo! Thanks baby!" ucap Woohyun dengan girangnya sebelum dia mengucup perut isterinya a.k.a baby mereka la. Hehe...

 

 

.........................................................................................................................................................

A/N: Maaf la sebab buat awak semua tertunggu-tunggu...so, ini updatenya...semoga berpuas hati *winks2*

Pasal Sunny plak, maybe dalam chapter seterusnya? Hehe...

Enjoy! ^^

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk