Mak saya betul ^^

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Beberapa hari kemudian, setelah Woohyun dah habiskan cutinya bersama Sunggyu di rumah, dia perlu kembali bekerja seperti biasa. Kalau tak, Tn. Nam tentu bising. Iya la takda orang yang nak tolong dia uruskan syarikat yang semakin maju ni. Howon pun dah tak menang tangan untuk uruskan projek luar.

 

 

Dan ini menyebabkan Sunggyu kembali bersendirian di rumah dan dia mulai bosan. Satu hari sewaktu dia dan Woohyun sedang menonton tv di ruang tamu, Sunggyu meminta kebenaran Woohyun untuk tinggal di rumah mak kandungnya.

 

 

"Hyunnie, boleh tak awak hantarkan saya ke rumah mak saya?"

 

 

Woohyun mengerutkan dahinya. "Untuk apa?"

 

 

"Awak selalu balik lewat sekarang ni. Saya bosan la duduk kat rumah sorang-sorang. Kawan-kawan saya pun busy dengan kerja diorang sampai takda masa untuk teman saya. Boleh, ya?"

 

 

"Kalau awak duduk dengan mak awak, saya pula yang kebosanan bila balik rumah. Saya pula yang bersendirian. Awak tak kesian kat saya, ke?"

 

 

"Awak takkan bosan sebab awak balik lewat malam, pastu terus tidur. Esok pagi plak, awak bangun siap-siap dan terus pergi kerja. Awak takkan sempat nak rasa bosan, percaya la." jelas Sunggyu.

 

 

"Tapi saya tidur sorang-sorang la nanti. Tak best la macam ni."

 

 

"Saya tak kira. Kalau awak taknak hantar saya ke rumah mak, saya akan pi sendiri naik teksi! Hmph!" rajuk Sunggyu lalu dia segera beredar ke bilik mereka.

 

 

"Gyu, sampai hati awak..." ngomel Woohyun sendirian sambil mencebik. Dia kembali menonton tv dengan pandangan yang kosong. Otaknya ligat memikirkan perangai Sunggyu yang berlainan sejak akhir-akhir ni. Rajin sangat merajuk. Dia bingung.

 

 

Sedang Woohyun asyik berfikir, dia terdengar bunyi tapak kaki turun dari tangga. Dan apabila dia menoleh, dia terlihat Sunggyu menuju ke dapur. Diapun segera menuju ke dapur juga dengan niat nak memujuk Sunggyu...lagi.

 

 

"Gyu, awak buat apa ni?" soal Woohyun yang melihat Sunggyu membongkok sambil mencari sesuatu di dalam peti sejuk.

 

 

"Suka hati saya la nak buat apapun. Awak peduli apa?" balas Sunggyu, dingin.

 

 

"Saya tanya elok-elok ni. Dah la merajuk tu. Ya? Saya penat la macam ni."

 

 

"Dah jumpa!" teriak Sunggyu dengan ceria sambil dia mengeluarkan sepaket jeruk yang baru dibelinya sewaktu mereka keluar makan tengah hari tadi.

 

 

"Jeruk?? Bila awak beli?" soal Woohyun.

 

 

"Tadi masa awak dok bayar bil makanan tengah hari, saya ambil la satu." jelas Sunggyu sambil dia membuka paket itu dengan menggunakan gunting.

 

 

"Patut la bil tu ada tambahan harga lagi. Rupanya awak tambah jeruk ni. Saya tak perasan pula."

 

 

"Mm, sedapnya!" ucap Sunggyu yang dah mula makan jeruk tu. "Awak nak?" dia menghulurkan paket itu kepada Woohyun.

 

 

Woohyun mengambil sedikit dan memakannya. Dia mengerutkan mukanya. "Masamnyer! Macam mana awak boleh makan, ni?"

 

 

"Masam? Mana ada. Lidah awak ada masalah agaknya. Mm, mashida!" ucap Sunggyu lagi.

 

 

Woohyun segera mengambil paket itu dari tangan Sunggyu. "Dah la makan tu. Sakit perut nanti makan masam-masam macam ni."

 

 

"Yah! Bagi balik! Tak masam pun!" Sunggyu cuba mengambil semula paket itu apabila Woohyun melarikan paket itu ke arah lain.

 

 

"Tak boleh! Sakit perut nanti." tegas Woohyun.

 

 

"Awak ni jahat la! Dah la tak bagi saya balik rumah mak saya, lepas tu tak bagi saya makan makanan yang saya suka plak. Awak memang jahat! Tepi la!" Sunggyu menolak Woohyun ke belakang dan dia beredar dari situ sambil mencebik.

 

 

"Gyu, jangan la marah. Gyu!" teriak Woohyun sambil dia mengekori Sunggyu ke ruang tamu. "Gyu, please don't be mad..." Woohyun mencapai tangan Sunggyu.

 

 

"Lepas la!" Sunggyu menepis tangan Woohyun.

 

 

"Okey, okey, saya bagi balik jeruk ni. Nah!" Woohyun menghulurkan paket jeruk itu kepada Sunggyu. "Tapi kalau sakit perut nanti, jangan mengadu kat saya."

 

 

Sunggyu tersenyum lalu dia mengambil paket jeruk itu dan mula makan semula. "Thank you!" Sunggyu duduk di sofa dan menonton tv. Woohyun mengeluh sebelum dia duduk di sebelah Sunggyu.

 

 

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi.

 

 

"Siapa plak tu? Mai rumah orang malam-malam macam ni." rungut Woohyun sebelum dia bangun dan menghampiri pintu utama. Sunggyu hanya memandangnya dari sofa sambil makan jeruk itu.

 

 

Woohyun membuka pintu rumah dan dia terkejut melihat mak dan ayah mertuanya yang berdiri di depan pintu itu. "Mak, ayah. Buat apa kat sini malam-malam?" soal Woohyun.

 

 

"Siapa tu, Hyunnie?" soal Sunggyu sambil dia menghampiri Woohyun dan dia begitu gembira melihat mak dan ayahnya. "Mak, ayah!" teriak Sunggyu lalu dia memeluk mereka berdua. "Masuk la!" ucap Sunggyu.

 

 

Pn. Kim dan Tn. Kim rindukan Sunggyu sebab itu diorang datang untuk melawatnya. Mereka duduk di sofa sambil berbual-bual.

 

 

"Wah, Gyu! Kamu nampak makin berisi la. Senang hati la tu tinggal berdua jer dalam rumah ni tanpa gangguan." sakat Pn. Kim.

 

 

"Mana tak berisinya, makan tak berhenti." sindir Woohyun. Sunggyu mengerling tajam sebelum dia menyiku Woohyun yang duduk di sebelahnya di sofa.

 

 

"Dah lapar, kena la makan. Betul tak, mak?" bidas Sunggyu.

 

 

"Orang makan pun ada hadnya. Laparpun bila dah memang time untuk makan. Tapi dia, 24 jam asyik lapar jer. Ntah apa-apa." perli Woohyun lagi.

 

 

"Mak, tengok ni. Dia tak habis-habis nak sakat saya. Dari tadi lagi." sungut Sunggyu lalu dia bangun dan duduk di sebelah maknya.

 

 

"Saya cakap betul, mak. Tengok tu, makan jeruk plak. Sakit perut nanti, saya tak tanggung." adu Woohyun pula.

 

 

"Ish, kamu berdua ni macam budak-budak la. Mak datang sini nak jenguk kamu berdua, bukan nak dengar kamu saling sindir-menyindir. Nanti kami dah balik, buat la apa yang kamu nak." Pn. Kim tersenyum.

 

 

Mereka mula berbual-bual. Ada gelak-tawa, gurau-senda dan macam-macam gelagat lagi. Maklum la, dah lama tak jumpa, mesti la banyak perkara yang nak diceritakan. Tepat jam 9.30 malam, mereka meminta diri untuk balik. Woohyun dan Sunggyu menghantar mereka ke muka pintu dengan senyuman. Tapi, Sunggyu tiba-tiba terasa loya dan dia segera berlari ke tandas. Pn. Kim dan Tn. Kim saling berpandangan sebelum mereka menyoal Woohyun.

 

 

"Kenapa tu?" soal Pn. Kim.

 

 

"Ntah la. Dari minggu lepas lagi dia asyik muntah-muntah jer. Saya nak bawa gi klinik, dia taknak. Puas saya pujuk dan paksa, tetap degil." jelas Woohyun.

 

 

"Dari minggu lepas?" Pn. Kim memandang Tn. Kim dan mereka tersenyum.

 

 

Woohyun kehairanan melihat reaksi mereka. 'Anak kesayangan diorang sakit, diorang boleh tersenyum pula? Pelik, memang pelik...' fikir Woohyun sambil dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

 

"Biar mak pi jenguk dia sat." Pn. Kim segera menuju ke tandas, manakala Woohyun dan Tn. Kim masih di luar rumah. Seketika kemudian, Pn. Kim muncul bersama Sunggyu yang dah selesai rutinnya. "Ingat tau pesan, mak. Kalau kamu takut pergi klinik, kamu boleh pergi farmasi. Ya?"

 

 

"Y-ya..." balas Sunggyu dengan segannya.

 

 

"Kenapa, mak? Mak bincang apa dengan dia tadi sampai dia malu-malu macam ni?" soal Woohyun.

 

 

"Jaga dia baik-baik tau. Jangan buli dia, dan ikut jer semua kehendak dia. Ia salah kamu juga dia berkelakuan pelik macam tu." pesan Pn. Kim. "Mak harap ia positif, ya?" bisik Pn. Kim ke telinga Sunggyu.

 

 

"Saya tau." balas Sunggyu perlahan.

 

 

Setelah Pn. Kim dan Tn. Kim dah beredar, pasangan itu masuk ke dalam bilik untuk tidur.

 

 

"Apa yang mak cakap dengan awak tadi?" soal Woohyun.

 

 

"Takda apa." dalih Sunggyu.

 

 

"Jangan tipu. Apa maksud mak, kalau awak takut pi klinik, awak boleh pi farmasi?" soal Woohyun, kemudian dia terfikir sesuatu. "Saya tau! Beli ubat untuk hilangkan loya, kan? Jom, kita pergi farmasi sekarang! Farmasi kan buka 24 jam? Jom!" Woohyun menarik Sunggyu keluar dari bilik.

 

 

"Hyunnie, saya taknak. Esok jer la."

 

 

"Saya risau tengok awak asyik muntah jer. Kalau saya tau kat farmasi ada ubat macam tu, tentu dari awal-awal lagi saya pi cari. Awak takut pi klinik, so kita pergi farmasi."

 

 

><><><><><

 

 

Balik saja dari farmasi, Sunggyu segera ke tandas.

 

 

"Gyu, mari la makan ubat ni. Baru awak tak rasa loya dah. Diorang kata ia mujarab." teriak Woohyun dari luar tandas.

 

 

Sementara itu, Sunggyu sedang membaca arahan pada kotak alat yang dibeli secara curi-curi tadi. Dia tak pasti tentang ini, tapi menurut maknya, dia dah ada tanda-tandanya, so tak salah kalau dia mengujinya.

 

 

Beberapa minit kemudian...

 

 

"Hyun! Hyun!" teriak Sunggyu sebelum dia melangkah keluar dari tandas dengan senyuman. "Saya...saya..."

 

 

"Kenapa? Gyu, kenapa awak terjerit-jerit ni? Sakit perut, ke? Tu la saya dah kata tadi. Jangan makan jeruk tu. Kan dah sakit perut." bebel Woohyun tanpa memberi peluang kepada Sunggyu untuk bercakap.

 

 

"Ish, awak diam boleh tak. Bukan pasal tu la. Ini! Awak tengok ni! Tengok la!" Sunggyu menunjukkan pregnancy kit yang diujinya tadi.

 

 

"Apa benda ni? Termometer, ke? Tak pernah nampak pun benda ni." ucap Woohyun sambil membelek-belek kit itu.

 

 

"Awak ni lembap la! Ini dipanggil pregnancy kit, dan awak tengok ni! Ia positif! Saya..."

 

 

Woohyun mulai tersedar dari kebingungannya itu dan dia tercengang. "Maksud awak, awak..."

 

 

"Yes, i'm pregnant! My mom was right!" ucap Sunggyu dengan terujanya.

 

 

"You're pregnant..." Woohyun tiba-tiba pengsan.

 

 

"Yah! Melampau la awak ni!" marah Sunggyu.

 

 

........................................................................................................................................................................................................

A/N: Ya, ini dia! Akhirnya dah terungkai rahsia disebalik penyakit Gyu yang selalu muntah-muntah tu XD

Amacam, okey tak? Harap-harap awak semua tak frustrated lagi, k? Hehe ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk