Rancangan untuk...

Cintamu Milikku~*

 

 

 

"Gyu, jom teman mak pergi shopping!" ajak Pn. Nam.

 

 

"Shopping? Malas la. Saya nak tengok cerita ni sampai habis jap." ucap Sunggyu sambil matanya tak lekang dari kaca televisyen tu. Dia tengok drama 'BOF'. Itu memang drama kesukaannya. Biar la diulang berkali-kali, dia tetap sanggup terpacak depan tv untuk tengok.

 

 

"Cerita tu bukan ulangan punya, ke? Ini dah kali ke-3 ulangannya. Lagipun, kamu kan dah pernah tengok episod ni. Jom, teman mak pergi shopping!" Pn. Nam masih lagi tak berputus asa.

 

 

"Lagi beberapa minit jer lagi. Mak tunggu kejap yer." balas Sunggyu yang masih berdegil.

 

 

Pn. Nam segera mengambil remote control lalu menutup tv itu.

 

 

"Mak! Kenapa tutup? Dah hampir sampai part yang saya suka tu." rungut Sunggyu.

 

 

"Kamu jangan nak melampau sangat. Jom!" Pn. Nam segera menarik tangan menantu kesayangannya itu.

 

 

><><><><><

 

 

Mereka tiba di sebuah pusat beli-belah yang terkenal di bandar mereka. Pn. Nam mengarahkan pemandunya supaya tunggu di tempat letak kereta sehingga mereka habis shopping.

 

 

"Mak nak beli apa kat sini?" soal Sunggyu yang masih merajuk sebab dipaksa meninggalkan drama kesukaannya.

 

 

"Jalan-jalan la dulu. Nanti baru decide." Pn. Nam membawa Sunggyu naik elevator untuk ke tingkat seterusnya.

 

 

Selepas beberapa minit berjalan, mereka tiba di pusat barangan bayi. Sunggyu mengerutkan dahi tanda tidak faham tujuan mak mertuanya bawa dia ke sini.

 

 

"Mak nak buat apa ke sini? Kita bukannya ada baby. Semuanya dah dewasa dan tua-tua kat rumah tu." rungut Sunggyu.

 

 

"Kamu tak suka baby ke?" soal Pn. Nam sambil matanya masih ligat melihat semua barangan bayi yang ada. Semuanya kelihatan comel. "Mak tak sabar nak timang cucu." sambungnya lagi.

 

 

Sunggyu membeliakkan matanya yang kecil itu. Dia memahami kata-kata Pn. Nam itu. "M-Mak...saya memang suka baby, tapi belum masanya lagi. Kitorang baru jer kahwin. Belum bincang lagi pasal tu." jelas Sunggyu dengan malu-malu.

 

 

"Mak ni bukan apa. Cuma mak nak timang cucu sebelum mak mati."

 

 

Sunggyu tersentak. "Mak cakap apa ni? Kenapa semua orang suka bagi alasan yang sama?"

 

 

"Tapi betul, kan? Kamu tak kesian kat mak ke?" Pn. Nam memandang Sunggyu dengan rupa kesian.

 

 

"Mak ni...baik la kalau mak nak sangat, apa kata mak cakap dengan anak kesayangan mak tu dulu. Lagipun, bukan saya yang taknak disentuh, tapi anak mak tu yang taknak. Dia kata, kitorang ni kawan baik, dan perkara macam tu mana ada dalam hubungan sebagai kawan. Mak cakap dengan dia, okey?" Sunggyu ternampak sesuatu, lalu dia segera beredar.

 

 

Pn. Nam mengikutnya. "So, kalau dia sanggup, kamu bersedia ke nak bersama dia?"

 

 

"Mak, ni tempat awam, boleh tak jangan cakap perkara tu kat sini? Malu la kalau orang dengar." ucap Sunggyu sambil dia membelek-belek pakaian bayi perempuan. "Comel la gaun ni! Aigoo, kyeopta!"

 

 

"Comel tu memang comel, tapi kamu nak bagi siapa pakai? Anak patung?" perli Pn. Nam.

 

 

"Mak ni, tak habis-habis nak sakat saya, kan?"

 

 

"Kalau tak sakat kamu, siapa lagi mak nak sakat? Kalau ada cucu, mak tak kacau kamu dah."

 

 

"Oo, kalau macam tu, tak jadi la saya nak bagi mak cucu. Nanti saya jadi orang yang terbuang plak. Apa kata pepatah tu? Ha, habis madu, sepah dibuang. Kan, mak?"

 

 

"Dia plak perli kita? Hampeh punya menantu." Pn. Nam mencubit manja lengan Sunggyu. Dan mereka berdua tertawa kecil. "Baik la. Mak akan bincang dengan Hyun. Malam ni, kita akan buat family meeting."

 

 

><><><><><

 

 

Seisi keluarga Kim dan Nam keluar makan malam bersama di sebuah restoran yang terkenal. Keluarga Kim terdiri daripada Pn. Kim, Tn. Kim, Sunggyu dan adiknya, Kim Myungsoo. Keluarga Nam pula, terdiri daripada Tn. Nam, Pn. Nam dan Woohyun.

 

 

"Untuk apa kita semua berkumpul kat sini Pn. Nam? Gyu ada buat salah, ke?" soal Pn. Kim sambil mengerling ke arah Sunggyu.

 

 

"Mak ni...saya takda buat apa-apa la. Ia cuma..." Sunggyu tertunduk malu. Dia tahu tujuan makan malam ni diadakan. 'Melampau la mak mertua aku ni. Tak boleh bincang pasal ni kat rumah? Malu la bincang hal peribadi macam ni kat tempat terbuka macam ni...' rungut Sunggyu dalam hati. Mukanya mulai merah padam.

 

 

"Gyu, kenapa muka awak merah ni? Awak panas ke?" soal Woohyun yang duduk di sebelah Sunggyu.

 

 

"Eh, takda la...saya okey..." Sunggyu berdalih.

 

 

"Well, bukan Sunggyu sorang yang buat salah, tapi Woohyun pun sama." Pn. Nam mula berbicara.

 

 

Woohyun tersentak. "Buat salah? Apa salah saya?"

 

 

"Apa yang diorang dah buat?" soal Tn. Kim dengan penuh tanda tanya.

 

 

"Iya la. Apa salah diorang? Selama diorang tinggal dengan kita, saya tak nampak pun diorang buat salah besar." soal Tn. Nam pula.

 

 

"Kesalahan ni, bukan saja besar, ia membabitkan kita semua."

 

 

Semua yang ada saling berpandangan dan tertanya-tanya. Kecuali Sunggyu.

 

 

'Mak, kot ya pun, jangan la buat suspen sampai macam ni. Straight to the point, okey?' Sunggyu miming sambil berpandangan dengan Pn. Nam.

 

 

'Saja nak buat suspen. Kamu relaks jer.' Pn. Nam miming dengan senyuman sinis.

 

 

"Ada tak sesiapa yang rasa kekurangan dalam keluarga kita ni?" soal Pn. Nam.

 

 

"Contohnya?" soal Pn. Kim.

 

 

"Diorang ni dah kahwin, so apa yang kita harapkan dari pasangan yang dah berkahwin?" soal Pn. Nam lagi.

 

 

Kali ini, Pn. Kim tersenyum. Dia mula memahami maksud Pn. Nam. Kemudian, dia memandang Sunggyu yang duduk di sebelahnya. (P/S: mereka duduk di meja bulat)

 

 

"Betul cakap mak mertua kamu tu. So, bila lagi?" soal Pn. Kim.

 

 

"Mak jangan tengok saya. Kalau harap saya sorang, mana boleh jadi. Tanya la Hyunnie sama." balas Sunggyu malu-malu.

 

 

"Tanya apa?" soal Woohyun yang masih tak faham.

 

 

"Dengar kata, kamu tak sentuh langsung isteri kamu sejak malam pertama 2 bulan yang lalu. Masa honeymoon pun, kamu anggap ia percutian antara kawan baik. Mana boleh macam tu." ucap Tn. Nam yang mula memahami topik perbualan mereka.

 

 

Woohyun yang sedang minum air mula tersedak. "A-apa? Si-siapa cakap?"

 

 

"Betul atau tak, yang kamu tak pernah sentuh dia?" soal Tn. Kim.

 

 

"Betul, tapi..."

 

 

"Tengok kamu sendiri dah mengaku." Tn. Kim memotong cakap Woohyun.

 

 

"Biar betul? Hyung tak pernah sentuh hyung saya? Patut la takda apa-apa lagi. Saya ingatkan korang ni ada masalah kesihatan." Myungsoo yang sedari tadi hanya diam, mula menyampuk.

 

 

Sunggyu mengetuk kepala adiknya itu. "Hyung sihat, okey? Lagipun, kitorang baru jer kahwin. Bukan senang nak dapat baby kalaupun kitorang tidur sekali."

 

 

"Tapi, kawan saya tu baru kahwin tak sampai 2 bulan dah pregnant 3 minggu. Tapi, hyung dah nak masuk 3 bulan kahwin. So, patut dah..."

 

 

Sunggyu mengetuk kepala Myungsoo lagi. "Kamu tu budak, apa tau? Ini hal orang dewasa, so shut up." perli Sunggyu.

 

 

"Saya dah 21 tahun, okey? Not a kids anymore." bantah Myungsoo.

 

 

"Whatever!" balas Sunggyu.

 

 

"Kitorang tak bersedia lagi la. Lagipun, saya anggap Gyu tak lebih dari kawan. Maksud saya, well...kitorang dah berkawan sejak kecil, jadi susah sikit saya nak anggap dia sebagai isteri saya. Ia ambil masa sikit, dan saya harap mak, ayah memahaminya."

 

 

"Kami tak faham! Dan kami takkan cuba faham!" balas parents diorang.

 

 

"So, selama kita berkahwin, awak still anggap saya sebagai kawan? Sebab tu la, awak taknak...sampai hati awak, Hyunnie! Saya benci awak!" Sunggyu segera melarikan diri dari situ sambil menangis. Dia terluka. Benar-benar terluka. Jadi selama ni, dia hanya bertepuk sebelah tangan saja la. Melampau!

 

 

"Baik kamu pergi kejar dia dan pujuk dia. Kamu dah lari dari tanggungjawab kamu sebagai seorang suami dengan tak penuhi keperluan dia sebagai isteri kamu. Kamu sedar tak?" marah Tn. Kim, tapi takla serius sangat.

 

 

"Seks itu perlu dalam kehidupan berumahtangga. Kamu kena tahu tu. Dan ini salah kamu." tegur Tn. Nam pula.

 

 

"Okey saya tau. Mian..." Woohyun segera beredar untuk mencari Sunggyu.

 

 

"Harap-harap rancangan kita ni berhasil. Tak sabarnya."

 

 

"Tapi, Gyu hyung nampak macam merajuk betul-betul." ucap Myungsoo.

 

 

"Mesti la. Itu bukan sebahagian dari rancangan kita. Nampaknya dia betul-betul terluka." jelas Pn. Kim.

 

 

"I hope he's okey."

 

 

"They will..."

 

 

Mereka semua mula menjamu selera.

 

.....................................................................................................................................................................

A/N: Chapter ni maybe mengarut sikit kot...tapi harap awak semua suka! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk