Bimbang?

Cintamu Milikku~*

 

 

 

3 bulan kemudian...

 

 

'Eh, aku kat mana ni? Kenapa gelap saja ni?' getus hati Woohyun. 'Takkan mimpi ni lagi? Please, aku tak sanggup lagi tengok semua ni berulang kali...sejak kebelakangan ni, aku asyik dapat mimpi yang sama jer...ada apa-apa makna, ke? Jangan kata yang ini satu petanda yang...' Woohyun segera menggeleng. 'Tak! Gyu takkan apa-apa. Dia ngan baby kami takkan apa-apa. Ini cuma mimpi ngeri. Wake up, Hyun! This is just a nightmare! It's not gonna happen.' Woohyun menampar-nampar pipinya supaya dia terjaga dari situasi yang dianggap mimpi ngeri ini.

 

 

Sedang dia dalam dilema, tiba-tiba suasana di tempat dia berdiri mulai cerah. Dia terkejut mendapati yang dia kini sedang berdiri di luar rumahnya sendiri. Woohyun mulai berdebar. 'Tak! Not again! Please...' getus hatinya.

 

 

Dari jauh, Woohyun dapat melihat sesusuk tubuh menghampiri pintu rumahnya dan orang itu mula menekan loceng rumahnya. Dia tak dapat lihat wajah orang itu sebab ia kelihatan samar-samar. Dia cuba melangkah, namun kakinya seolah-olah digam ke tanah. 'Gyu, jangan buka pintu tu! Nyawa awak dalam bahaya kalau awak buka. Gyu...' Woohyun cuba berteriak, namun suaranya tak kedengaran. Dia seolah-olah tak wujud di situ, dan dia hanyalah seperti penonton yang menonton tv. 'Gyu...' air mata Woohyun mula mengalir sebab dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

 

 

Sunggyu membuka pintu dan dia kini dah berhadapan dengan orang itu. Kelihatan Sunggyu begitu terkejut melihat orang itu dan apabila dia hampir menutup pintu, orang itu segera menolak Sunggyu jatuh ke lantai dan mendarat di atas perutnya sendiri. Dia meraung kesakitan dan orang itu ketawa jahat sebelum dia melarikan diri.

 

 

"Gyu!" teriak Woohyun, namun dia tak mampu berbuat apa-apa melainkan dia hanya mampu melihat kejadian itu dengan tangisan.

 

 

><><><><><

 

 

Selesai bersarapan, seperti biasa Sunggyu menemani Woohyun sehingga ke muka pintu.

 

 

"Saya pergi dulu. Jaga diri baik-baik, ya?" Sunggyu mengangguk. "Kalau ada apa-apa jangan teragak-agak untuk call saya, okey? Biarpun saya dalam meeting yang penting, saya akan jawab panggilan awak. Awak la harta terpenting bagi saya. Dan kalau jadi sesuatu kat awak, saya takkan..."

 

 

"Awak takkan maafkan diri awak sampai bila-bila, kan? Saya tau la. Dah banyak kali awak berpesan macam ni. Setiap kali sebelum awak pergi kerja, awak mesti cakap macam ni. Okey, saya faham. Awak jangan la risau sangat." ucap Sunggyu sambil membelai pipi Woohyun dengan tangan kanannya.

 

 

"Saya bukan apa, saya cuma risaukan awak dan baby." Woohyun menyentuh perut isterinya itu dan perlahan mengusapnya. "Saya taknak mimpi ngeri saya tu jadi kenyataan. Kunci semua pintu dan jangan bagi orang yang tak dikenali masuk. Okey?"

 

 

"Okey, saya faham. Dan awak jangan la fikir sangat pasal mimpi tu. Ia cuma mainan tidur. Takda siapa akan datang sini dan cederakan saya. Sayakan baik, mana ada musuh." Sunggyu tersenyum manja.

 

 

"Pasal awak baik la ada orang yang dengki dengan awak. Soal hati manusia kita tak boleh ramal. Maybe kita baik dengan diorang, tapi kita taktau yang diorang ada hasad dengki kat kita."

 

 

"Okey, okey, saya faham. Saya janji yang saya akan berkurung dalam rumah ni sampai la awak balik malam nanti. Okey?"

 

 

"Saya tak la suruh awak berkurung sampai macam tu. Kalau awak berkurung jer dalam rumah, macam mana awak nak dapat udara segar? Ia tak baik untuk baby."

 

 

"Ish awak ni, saya gurau jer la. Saya tak sebodoh itu okey." rajuk Sunggyu sambil mencebik.

 

 

"Ala, jangan la merajuk. Saya cubit pipi nanti baru tau." ugut Woohyun dengan gurauan.

 

 

"Tak nak la." Sunggyu menepis tangan Woohyun yang ingin mencubit pipinya.

 

 

"Okey la, saya pergi dulu. Take care, eoh?"

 

 

"I will."

 

 

Woohyun membongkokkan badannya di hadapan Sunggyu dan mengucup perutnya. "Babypun jangan nakal-nakal tau dalam ni? Bagi mama rehat. Papa tak sabar nak jumpa kamu next week. Bye!" Woohyun tersenyum lalu dia menegakkan badannya semula dan mengucup Sunggyu. "Saya akan cuba balik awal malam ni, ya?"

 

 

"Yalah tu. Hari-hari sebelum ni pun awak janji macam tu juga, tapi tak pernahpun awak tepati. Asyik balik lewat jer. Penat jer saya tunggu."

 

 

"So, malam ni awak tak payah la tunggu saya. Saya pun tak sure yang saya boleh balik awal malam ni sebab..."

 

 

"Sebab ada klien penting? Takpun ada mesyuarat penting. Hmm saya tau, Hyun. Tak payah awak jelaskan. Baru tadi awak cakap saya yang terpenting, tapi nampaknya kerja awak yang lebih penting. Pergi la. Tak payah awak nak risaukan saya lagi." Sunggyu menolak Woohyun keluar dari rumah dan dia segera mengunci pintu dari dalam. Air jernih mula mengalir di pipinya. Dia menunduk dan memegang perutnya. "Papa kamu memang tak sayangkan kita. Dia tipu jer bila dia kata kita yang terpenting."

 

 

Woohyun masih berdiri di hadapan pintu dengan rasa bersalah. Dia menekap tapak tangannya di pintu dan mengeluh. "Gyu, i'm sorry...saya tak maksudkan yang kerja saya lebih penting dari awak. Tolong la jangan marah. Ia tak baik untuk baby, dan awakpun tau tu. Baiklah, kali ni saya betul-betul akan balik awal. Saya akan batalkan semua mesyuarat dan appoinment yang ada. Okey? Please buka la pintu ni. Saya nak tengok awak sebelum saya pergi kerja. Saya takkan senang hati kalau awak tak relakan saya pergi. Gyu..."

 

 

Sunggyu ada disebalik pintu dan dia tersentuh mendengar kata-kata Woohyun itu, lalu dia perlahan membuka pintu dan kini mereka berhadapan.

 

 

"Janji?"

 

 

"Ya, saya janji. Erm, awak nak apa malam ni? Macam selalu?"

 

 

"Malam ni saya taknak McD. Saya nak awak jer. Maksud saya, saya nak awak balik awal dan temani saya, okey?" Sunggyu tertunduk malu kerana dia tahu, Woohyun tentu dah salah faham dengan kata-katanya tadi '...Saya nak awak jer.' Hehe...

 

 

"Okey, saya faham. Saya pergi dulu, ya? Take care." dengan itu Woohyun mengucup isterinya itu dengan penuh kasih sayang seolah-olah, ia kali terakhir dia boleh buat macam tu.

 

 

"Bye!" Sunggyu melambai-lambai ke arah Woohyun sebelum Woohyun mula memandu pergi.

 

 

><><><><><

 

 

Jam menunjukkan waktu 2 petang. Sunggyu yang sedang menonton tv dikejutkan dengan bunyi loceng rumah ditekan. Dia perlahan bangun dari sofa dan menuju ke pintu utama untuk membukanya. Sebaik sahaja pintu dibuka Sunggyu tersenyum riang melihat mak dan ayahnya datang.

 

 

"Mak, ayah! Apa khabar?"

 

 

"Kami khabar baik. Kamu plak macam mana? Amboi, makin berisi mak tengok."

 

 

"Kot ya pun nak sembang, taknak jemput kami masuk dulu, ke?" tegur Tn. Kim, berseloroh.

 

 

"Eh lupa plak. Mak, ayah masuk la." pelawa Sunggyu.

 

 

Mereka duduk di ruang tamu.

 

 

"Mak, ayah duduk la dulu. Biar saya buatkan air." Sunggyu mahu bangun dari sofa tapi dihalang oleh oleh maknya.

 

 

"Ish, tak payah la. Kami tak haus pun. Kamu tu dah sarat, jangan banyak bergerak plak. Duduk jer. Kalau kami nak apa-apa, biar kami ambil sendiri. Lagipun, bukannya kami tak biasa dengan rumah kamu ni." jelas Pn. Kim.

 

 

"Betul cakap mak kamu tu. Kamu tu kena banyak berehat, jangan letihkan diri kamu sangat." sokong Tn. Kim.

 

 

Sunggyu hanya tersenyum dengan keprihatinan ibu bapanya. "Yalah. Mak dengan ayah plak, kenapa tiba-tiba datang? Selalunya, kalau saya panggil ada saja alasan. Sibuk dengan bisnes la, klien la, sama macam Hyun."

 

 

"Bunyi macam merajuk je. Jangan la marah. Kami betul-betul busy kebelakangan ni sebab bisnes kita dah makin maju. Tapi sekarang kan kami dah datang. Kami nak luangkan masa dengan kamu sampai cucu kami lahir. Boleh?" jelas Pn. Kim.

 

 

Sunggyu kelihatan gembira dengan penjelasan maknya itu. "Betul, ke? Sayang mak!" dia memeluk Pn. Kim seeratnya.

 

 

"Sayang mak kamu je ke? Ayah ni dah tak dipedulikan?"

 

 

Sunggyu memeluk Tn. Kim juga. "Saya sayang ayah juga! Terima kasih! Baru saya tak berseorangan kat sini."

 

 

"So, bila due kamu?" soal Tn. Kim.

 

 

"Next week! Tak sabarnya saya nak tengok baby, tapi..."

 

 

"Tapi apa, Gyu?" soal Pn. Kim.

 

 

"Mesti sakit, kan? Saya takut saya tak kuat. Mak pernah kata yang badan saya lemah sejak kecil, so..."

 

 

"Haish! Tak mau cakap macam tu! Kamu mesti selamat. Kamu suka ke anak kamu nanti membesar tanpa mama dia? Kamu seronok biar Hyun jaga anak kamu berdua seorang diri? Kamu tak kesian kat mereka ke? Hidup mereka tak lengkap tanpa kamu. Kamipun tak sanggup kehilangan kamu. Kamu ni..." bebel Pn. Kim tanpa kesudahan.

 

 

"Tak nak! Saya tak sanggup tinggalkan awak semua. Saya nak besarkan anak saya bersama Hyunnie."

 

 

"So, kamu kena kuatkan semangat kamu dan jangan mudah mengalah. Jangan berfikiran negatif. Okey? Kamu akan selamat. Percaya la." Pn. Kim menarik Sunggyu ke dalam pangkuannya.

 

 

"Mianei..." ucap Sunggyu.

 

 

><><><><><

 

 

Woohyun sedang menandatangani dokumen-dokumen penting sewaktu dia mendapat panggilan daripada Pn. Kim.

 

 

"Ya, mak?"

 

 

"Mak dah ada kat rumah kamu ni. So, kamu jangan la risau sangat. Buat kerja tu dengan tenang. Ya?"

 

 

"Terima kasih, mak! Sekarang baru lega sikit saya rasa. Entah kenapa hari ni saya risau sangat nak tinggalkan Gyu sendirian. Maaf la sebab suruh mak jagakan dia."

 

 

"Takper. Lagipun, diakan anak mak. Tak susah la. Makpun dah lama tak jenguk dia, so sekarang la masanya. Okey, mak letak dulu ya?"

 

 

"Baik mak." Woohyun meletak ganggang telefon setelah Pn. Kim mematikan talian. Dia tersenyum lega kerana mak mertuanya ada untuk jagakan isterinya.

 

 

"Hei, kau dah buang tabiat, ke? Tersenyum sorang-sorang macam orang dah hilang akal." sakat Howon.

 

 

"Kau ni takda kerja, ke? Asyik dok kacau aku jer. Suka hati la aku nak senyum macam orang hilang akal ke, apa ke, yang kau sibuk apahal?"

 

 

"Amboi, garangnya! Jangan la marah, aku gurau jer. Aku cuma risaukan kau. Yer la, sejak dari pagi tadi waktu kau datang kerja, kau nampak resah gelisah jer. Buat kerja pun macam takder semangat jer. Kau okey ke?" soal Howon.

 

 

"Aku okey, cuma..."

 

 

"Cuma apa?"

 

 

"Ntah la Won. Akupun tak tau nak cakap macam mana. Kau mungkin fikir aku gila kalau aku citer pasal ni kat kau."

 

 

"Citer jer la. Aku janji, aku takkan ejek kau gila kalau perkara tu memang masuk di akal." seloroh Howon. "Citer jer la..."

 

 

"Aku mimpi ada orang cuba cederakan Gyu."

 

 

"Mimpi?"

 

 

"Ya, mimpi. Sejak kebelakangan ni, aku asyik dapat mimpi yang sama jer. Tu yang aku resah ni. Kalau sekali dua takper lagi. Ni dah berkali-kali aku dapat mimpi macam ni. Kau rasa, ia satu petanda atau hanya mainan tidur?"

 

 

"Hmm, pada pendapat aku, kau cuma nervous kot. Yer la, tak lama lagi kan baby dah nak lahir, tu yang kau termimpi benda-benda macam ni. Cuba kau tenangkan fikiran kau dan berfikiran positif. Confirm kau okey." cadang Howon.

 

 

"Ya tak ya juga, ek. Maybe pasal tu kot. Akupun memang ada terfikir pasal ni. Aku takut sangat nak hadapi tibanya hari itu. Aku betul-betul harap yang Gyu dan baby kami selamat bila tiba saat tu."

 

 

"So, kau kena bincang ngan dia. Dia mungkin lagi takut dari kau sebab dia yang akan hadapi semua keperitannya nanti. Anak sulung la katakan. Takda pengalaman lagi."

 

 

"Betul cakap kau. Tak sangka, kau pandai juga, ek?"

 

 

"Hehe tengok orang la!" Howon tersengih.

 

 

.........................................................................................................................................................................................

A/N: Update lagi! ^^

Citer ni dah nak hampir tamat rasanya...

Tapi lambat lagi kot...hurm...*fikir2*

Apa2pun, just wait and see :D

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk