Pindah??

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Selepas Woohyun dan ayahnya dah berangkat ke tempat kerja, Pn. Nam mengajak Sunggyu melepak di taman yang terletak di halaman belakang rumah mereka. Taman tersebut sangat cantik, dengan pelbagai jenis bunga yang berkembang indah. Set kerusi meja santai pun ada. Situ la tempat Sunggyu selalu duduk untuk tenangkan fikiran.

 

 

"Puan nak apa-apa tak?" soal orang gaji.

 

 

"Takper. Nanti kalau ada apa-apa, saya panggil kamu." balas Pn. Nam dengan sopannya.

 

 

"Baiklah, puan." orang gaji itu segera beredar meninggalkan Sunggyu dan Pn. Nam bersendirian.

 

 

"Gyu, mak nak cakap sesuatu dengan kamu dan mak harap, kamu tak kecil hati. Lagipun, ia untuk kebaikan kamu berdua juga." Pn. Nam mula berbicara dan Sunggyu mengangguk tanda faham.

 

 

"Ada apa, mak? Bunyi macam serius jer."

 

 

"Sebenarnya, perkara ni tak la serius sangat, cuma..."

 

 

"Cuma apa mak? Boleh tak mak straight to the point? Saya tak suka la suspen-suspen macam ni." rungut Sunggyu, manja.

 

 

"Mak dan ayah dah beli rumah baru."

 

 

Sunggyu membeliakkan matanya. "Rumah baru? Untuk apa? Rumah ni dah cukup besar untuk tampung kita semua. Mak, boleh tak jangan membazir? Membazir tu bukan amalan yang baik." bebel Sunggyu.

 

 

"Itu mak tahu la. Mak beli rumah tu bukan untuk kami, tapi untuk kamu dan Hyun."

 

 

"Apa?! Mak nak halau kami ke ni? Sampai hati mak. Kalau dah tak suka tu, cakaplah awal-awal supaya saya boleh angkat kaki sendiri daripada dihalau macam ni. Sedih la macam ni..." Sunggyu berpura-pura menangis.

 

 

"Tak la, bukan itu maksud mak. Ish, tu la mak dah kata awal-awal tadi. Jangan la kamu kecil hati pula. Dengar penjelasan mak dulu." Pn. Nam cuba memujuk.

 

 

"Okey, saya tak kecil hati. Apa dia?"

 

 

"Macam ni citernya. Kamu dengan Hyun takkan berdua untuk selamanya, mesti akan ada ahli tambahan nanti, so kalau kamu pindah ke rumah baru..."

 

 

"Apa mak ni, cakap sampai ke situ plak." Sunggyu mulai blushing.

 

 

"Apa plak, betul la mak cakap ni. Yang kamu merah-merah ni dah kenapa plak? Takkan la cakap pasal anak pun malu." Pn. Nam sengaja menyakat menantunya itu. Iya la, makin merah, makin comel plak dia. "Takkan kamu tak pernah terfikir pasal ni? Jangan lupa yang mak, ayah dan parents kamu tu bukannya makin muda, dan kitorang taknak terlepas peluang menimang cucu. Kamu faham tak?"

 

 

"Mak ni asal ajak saya sembang jer, mesti sembang pasal topik ni. Bukan saya yang taknak, tapi mak sendiri tengokkan Hyunnie tu macam mana.  Dia masih anggap saya ni kawan dia, dan mak nak ke, kalau dia tak mengaku yang bakal anak kami nanti tu anak dia juga? Serabut la kepala saya bila fikir pasal dia. Geram ni!" Sunggyu mengenggam penumbuknya menahan geram.

 

 

"Ya tak ya juga. Aish, Woohyun ni pun satu." keluh Pn. Nam.

 

 

><><><><><

 

 

"Wow, nampaknya ada orang yang sweet sleeping semalam." tegur Howon yang melangkah masuk ke dalam pejabat Woohyun.

 

 

Woohyun mengeluh. 'Ada la tu nak menyakat aku pagi-pagi ni. Apa punya cousin. Tak nampak ke aku dok sibuk dengan fail yang berlambak-lambak atas meja aku ni? Bukannya nak menolong, lagi menambah beban otak aku ada la.' bentak hati Woohyun.

 

 

"Ha, ada apa masalah ni?" soal Woohyun dengan nada menyindir sambil dia sibuk menyemak fail-fail itu.

 

 

"Masalah? Masalah apa? Memang sebelum ni, aku selalu jumpa kau ke kalau aku ada masalah?" perli Howon balik.

 

 

"Habis tu, kalau takda masalah, buat apa kau jumpa aku? Kalau ada apa-apa, bagitau cepat. Aku busy ni." tegas Woohyun.

 

 

"Aku cuma nak pesan kat kau, sebelum datang kerja, belek-belek la dulu diri kau tu supaya tak jadi buah mulut para pekerja kat sini."

 

 

Mendengar itu, Woohyun segera berdiri. "Jadi buah mulut apanya? Aku pakai selekeh ke hari ni sampai diorang nak mengutuk aku? Apa yang tak kena dengan pemakaian aku hari ni? Apa?" soal Woohyun sambil membelek-belek pakaiannya.

 

 

"Bukan pasal pemakaian kau la. Kau memang sentiasa nampak segak sejak ada orang yang uruskan kau, cuma..."

 

 

"Cuma apa? Cepat la bagitau aku. Kejap lagi aku ada mesyuarat ni."

 

 

"Tu..." Howon menunding ke arah leher Woohyun.

 

 

"Ada apa?" Woohyun menyapu-nyapu lehernya. "Ada apa kat leher aku? Aku mana nampak la. Bagitau jer la."

 

 

"Kau tengok sendiri kat depan cermin. Nak berseronok pun agak-agak la. Jangan sampai ketahuan dek orang lain." sindir Howon.

 

 

Woohyun berdiri di depan cermin dan matanya terbeliak tatkala dia terlihat love bite dilehernya yang begitu ketara. 'Aduh! Apa ni?! Malunyer...ganasnya Gyu ni...tak tau plak dia agresif sangat semalam. Ish, dah la aku pakai t-shirt yang tak berkolar ni! Alamak, habis la aku! Semua staf dah nampak...macam mana nak cover line ni?' getus hati Woohyun sambil dia cuba mencari jalan untuk menutupi kesan tersebut.

 

 

"Dah, dah, jangan nak menggelabah! Nah ambil skarf aku ni. Nasib baik aku ni baik hati tau." Howon menghulurkan skarfnya dan Woohyun segera mengambil lalu dia memakainya.

 

 

"Thanks!"

 

 

"It's okey! Aku just kesian kat kau jer."

 

 

"Yer la tu."

 

 

"Tapi aku heran la..."

 

 

"Heran apa plak?" Woohyun mengerutkan dahinya.

 

 

"Takkan Gyu tak perasan masa dia pakaikan kot untuk kau? Entah-entah, dia sengaja nak pekena kau? Tu yang dia bagi kau pakai t-shirt bukan kemeja."

 

 

"Takkan la kot. Maybe dia betul-betul tak perasan."

 

 

"Bela nampak? Dah jatuh hati kat dia, ke?"

 

 

"Apa la yang kau merepek ni? Takda maknanya aku jatuh hati kat dia. Dia kawan baik aku, so mesti la aku bela dia. Sudah la! Kalau layan kau ni, sampai esokpun tak habis. Jom kita gi bilik mesyuarat. Nanti marah pula ayah aku tu."

 

 

Dengan itu, Howon dan Woohyun segera beredar menuju ke bilik mesyuarat.

 

 

><><><><><

 

 

Selain Woohyun, Sunggyu mempunyai dua orang sahabat baik yang lain. Sahabat baik semasa di sekolah menengah. Disebabkan kebosanan yang terlampau, Sunggyu meminta izin daripada Pn. Nam untuk keluar bersama Heecheol dan Hyunseung. Mereka bersiar-siar di taman setelah penat membeli-belah.

 

 

"Macam mana kehidupan kau lepas kahwin? Hyun layan kau macam mana? Mesti dia manjakan kau, sebab masa berkawan pun, korang asyik mesra-mesra macam pasangan kekasih jer. Sekarang dah kahwin, tentu lagi mesra." ujar Heecheol.

 

 

"Kalau dia macam tu kan bagus." Sunggyu mengeluh. "Ntah la."

 

 

"Kenapa kau mengeluh? Dia dera kau ke? Kalau dia sakitkan kau, jangan takut bagitau aku. Biar aku suruh laki aku sumbat dia masuk lokap." sampuk Hyunseung pula.

 

 

"Ish kau ni, ke situ plak. Kitorang tau la, laki kau si Junhyung tu kerja sebagai inspektor polis. Tapi tak payah la menunjuk." perli Heecheol.

 

 

"Menunjuk apanya. Betul la apa yang aku cakap ni. Aku cuma nak bela nasib Gyu kalau dia disakiti oleh husband dia."

 

 

"Kalau dia disakiti oleh Hyun, husband aku la yang boleh sembuhkan dia. Hyungsik tu kan doktor."

 

 

Sunggyu yang berjalan di tengah hanya tersenyum melihat gelagat dua orang kawannya. Dia sebenarnya cemburu dengan mereka berdua sebab mereka dilayan baik oleh suami masing-masing. Bukan sebab dia tak dilayan baik oleh Woohyun, tapi sebab diorang dilayan seperti seorang isteri. Sedangkan dia...Woohyun still anggap dia sebagai kawan, dan tak lebih dari itu walaupun dah 2 kali mereka bersama.

 

 

"Macam mana kalau aku tinggal berdua jer ngan Hyun kat rumah lain? Korang rasa, dia akan jatuh hati kat aku tak?" soal Sunggyu tiba-tiba.

 

 

"Maybe. Cuba la." sokong Heecheol.

 

 

"Itu la. Mungkin dia malu kot nak mengaku cinta kat kau sebab parents dia kan ada. Kau cuba la ajak dia pindah ke rumah lain." sokong Hyunseung pula.

 

 

"Aku cuba." Sunggyu tersenyum.

 

 

><><><><><

 

 

Malam itu, di dalam bilik WooGyu...

 

 

"Apa? Pindah?? Buat apa?"

 

 

"Buat bodoh!" rajuk Sunggyu apabila Woohyun masih tak faham apa yang dia cuba perkatakan. Mesti la kena pindah. Selalunya, pasangan yang dah berkahwin, mesti la nak tinggal bersendirian tanpa ahli keluarga yang lain. Privasi la katakan. Baru la boleh eratkan lagi hubungan antara diorang, tak gitu? Hehe...

 

 

"Hei, jangan la marah. Marah-marah camni, nanti tak comel dah. Senyum..." Woohyun cuba memujuk Sunggyu dengan manjanya.

 

 

"Mak awak dah belikan kita rumah baru. So, dia nak kita pindah ke sana esok supaya kita boleh perbaiki hubungan kita seperti yang sepatutnya."

 

 

"Baiki hubungan apa? Kita okey apa selama ni. Takda masalah pun."

 

 

"Awak yang takda masalah, tapi saya ada!" Sunggyu berbaring mengiring di atas katil dengan menutupi mukanya dengan bantal. "Saya nak awak layan saya seperti yang sepatutnya, bukan sebagai kawan!" Sunggyu bergumam namun tak difahami Woohyun.

 

 

"Awak cakap apa? Turunkan la bantal tu, saya tak faham." Woohyun duduk di birai katil sambil memandang Sunggyu yang membelakanginya.

 

 

Sunggyu menurunkan bantal dan menghadap Woohyun. "Awak nak atau tak, esok kita pindah juga! Muktamad!" teriak Sunggyu dengan suara manja sebelum dia kembali ke posisi tadi dan menutup mukanya dengan bantal.

 

 

"Pindah??" Woohyun mengeluh. 'Maybe betul cakap dia tu. Kalau kitorang tinggal berdua saja, lambat-laun aku akan jatuh hati ngan dia dan sekaligus aku akan anggap dia sebagai isteri aku. Well, tak salah mencuba.' Fikir Woohyun sebelum dia berbaring di sebelah Sunggyu dan mereka berdua terlelap.

 

 

...................................................................................................................................................................................

A/N: Lagi satu chapter baru...ada fluffy2 tak? Saya suka fluffy2 sikit...hehe ^^

Semoga Enjoyed! :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk