Sweet kan?? ^^

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Keesokannya, Keluarga Kim dan Keluarga Nam, melawat rumah baru yang akan didiami oleh Sunggyu dan Woohyun. Rumah itu besar, so tak dipanggil rumah. Diorang gelarnya vila. WooGyu's Villa...how's that? Hehe...

 

 

Sunggyu tergamam sebaik sahaja dia melihat kediaman barunya itu. "Wah, besarnya! Takkan kami berdua jer yang nak tinggal di sini, mak? Besar sangat rumah ni." ucap Sunggyu.

 

 

"Besar la lagi bagus. Senang anak-anak kamu nanti nak bermain atau berlari-lari tanpa ganggu kamu. Betul tak, bang?" Pn. Nam menyiku lengan Tn. Nam yang berdiri di sebelahnya.

 

 

"Ya, betul tu." sokong Tn. Nam.

 

 

"Membazir la, mak. Banglo yang biasa pun dah cukup untuk kami berdua." ucap Woohyun pula.

 

 

"Sejak kamu berdua kahwin, takda pun hadiah dari kami untuk kamu, so ini la hadiahnya. Hadiah dari perkongsian 2 keluarga untuk kamu berdua. Lagipun, kamu takkan berdua dalam rumah ni, orang-orang gaji kamupun ada untuk tolong kamu uruskan tugas harian di rumah." jelas Pn. Kim.

 

 

"Orang gaji? Tak payah la, mak. Takda privasi la kami kalau macam ni." rungut Sunggyu.

 

 

"Privasi? Amboi, sejak bila pandai nak berprivasi ni?"

 

 

"Sejak mak suruh kami pindah la. Saya dah seronok nak tinggal berdua jer dengan Hyun. Kalau ada orang gaji, tak best la." ucap Sunggyu sedikit malu. Mukanya mula berona merah bila semua memandang ke arahnya.

 

 

'How cute bila muka dia merah macam ni...privasi yer? Pandai dah awak sekarang ni, ya...suka berdua dengan saya, ya?' Woohyun tersenyum sinis sambil matanya memandang Sunggyu. Myungsoo yang perasan itu, mula menyiku lengan Woohyun.

 

 

"Ehem, ehem...suka la tu berdua-duaan dengan Gyu hyung dalam rumah besar ni. Boleh la korang berkejar-kejaran macam dalam drama hindustan. Hehe..." tegur Myungsoo sambil tersengih.

 

 

"Hei, diam boleh tak? Asal buka mulut jer, mesti nak perli orang. Dari dok mengutuk orang, baik zipkan mulut tu sebelum aku kuncikan terus." sindir Sunggyu.

 

 

"Saya nak kata juga. Hyung kan otak blue...mesti tak berhenti fikir pasal tu bila berdua-duaan dengan Woohyun hyung...wah, tak sabarnya nak dapat anak saudara..." ucap Myungsoo sebelum dia segera melarikan diri bila Sunggyu mula mengejarnya.

 

 

"Yah! Berani kau kata aku otak blue?! Mari sini aku bluekan kau! Jangan lari!" teriak Sunggyu sambil dia mengejar adiknya itu.

 

 

Semua yang ada tertawa melihat gelagat mereka itu.

 

 

"Hyun, kamu pergi tengokkan diorang tu. Kami orang-orang tua ni nak masuk dalam kejap. Nak tengok apa yang patut dibuat untuk majlis malam ni."

 

 

"Majlis apa?" soal Woohyun.

 

 

"Majlis sempena kalian baru pindah ke rumah baru la. Kena la buat majlis sikit. Jemput sahabat handai. Ya tak?" jelas Pn. Nam sambil meminta sokongan Pn. Kim.

 

 

"Betul tu, Hyun. Nanti kamu jemput la kawan-kawan kamu dan kawan-kawan Gyu. Biar diorang tau rumah baru kalian." ujar Pn. Kim.

 

 

"Okey."

 

 

"Awak, hati-hati!" teriak Sunggyu yang hilang kawalan dan terus berlanggar dengan Woohyun, mengakibatkan dia terjatuh di atas Woohyun.

 

 

"Haha, padan muka hyung berdua. Saya tak campur." Myungsoo segera berlari masuk ke dalam untuk berkumpul dengan mereka semua meninggalkan pasangan WooGyu.

 

 

Mereka saling berpandangan dengan mata yang tak berkelip langsung.

 

 

'Jantung aku berdegup kencang ni...kenapa macam ni? Adakah aku memang dah jatuh cinta kat dia? Aku dah mula rasa yang gelaran 'kawan baik aku' tu memang tak sesuai untuk dia sebab dia bukan kawan baik aku...he's my...he's my...my wife! Mata keciknya, nampak menawan kalau direnung dengan lebih mendalam...nampak bersinar-sinar...aduh, tenangnya hati aku...'

 

 

"Gyu, i...i..."

 

 

"I? I apanyer? Apa yang awak nak katakan, Hyunnie?" soal Sunggyu yang terdengar ayat terakhir Woohyun itu.

 

 

Woohyun kembali ke dunia nyata. "Eh, takda apa la. Awak nak duduk atas saya ni sampai bila? Belakang saya dah miang baring atas rumput ni." rungut Woohyun, dan Sunggyu segera bangun.

 

 

"Sorry..."

 

 

"Wah, tak sangka plak awak ni berat juga, ek?"

 

 

"Apa?! Berat?! Yah! Soal berat badan jangan berani nak sebut, okey? Saya pantang sangat!" marah Sunggyu dengan manjanya lalu dia segera beredar sambil mencebik.

 

 

'Marah yer? Saya suka tengok awak marah. Cute!' Woohyun tersengih sendirian sambil dia memandang Sunggyu yang masuk ke dalam rumah dah.

 

 

><><><><><

 

 

Malam itu, seperti yang dirancang, majlis selamat berpindah untuk WooGyu diadakan. Tetamu yang hadir hanyalah sahabat handai masing-masing.

 

 

"Cantik la rumah ni, Gyu! Aku jeles la dengan kau." ucap Hyunseung.

 

 

"A'ala, cantik dan besar! Bertuah kau ada family yang kaya-raya camni." sokong Heecheol pula.

 

 

"Ala, nanti senang-senang, korang mai la lepak kat sini dengan aku. Hyun, malam baru dia balik. So, korang boleh temankan aku di siang hari." cadang Sunggyu.

 

 

Sementara itu...

 

 

"Aku tengok kau dengan Gyu dah tak macam kawan baik. Kau dah ada hati kat dia, ke?" soal Junhyung.

 

 

"Itu la. Mesranya kali ni dah nampak lain. Tak macam dulu-dulu punya mesra. Kau dah luahkan kat dia, ke?" soal Hyungsik pula.

 

 

"Entah la. Rasa sayang aku kat diapun rasa cam dah lain dah. Bukan sayang seperti seorang kawan, tapi sayang seperti seorang suami kat isterinya. Korang rasa, ini cinta, ke?"

 

 

"Semestinya cinta! Wow, bila kau nak confess kat dia? Selalaunya cinta yang wujud lepas kahwin ni lebih kukuh. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat! Cheers!" ucap Hyungsik lalu mereka bertiga melagakan gelas masing-masing sebelum minum.

 

 

"Thanks, guys!" ucap Woohyun. "Aku akan cuba confess kat dia, secepat yang mungkin."

 

 

"Secepat yang mungkin, apa kata kau bagitau dia sekarang. Buat pengakuan kat depan orang ramai ni. Be gentleman, man." Hyungsik menepuk bahu Woohyun.

 

 

"Se-sekarang?? Nanti la...akupun tak sure lagi yang aku ni memang betul-betul ke dah cinta kat dia atau tak...aku..."

 

 

"Banyak cakap la kau ni!" Junhyung segera mengambil gelas dan mengetuk-ngetuknya dengan pemegang sudu untuk mengambil perhatian semua orang. "Excuse me, excuse me! Kawan saya ni, ada pengakuan yang nak dibuat kepada isteri terchentanya. Dipersilakan, Nam...mmm..." mulut Junhyung ditutup oleh Woohyun sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya itu dan dibawa keluar ke halaman vila itu.

 

 

"Kenapa tu? Junhyung ada nak buat sesuatu yang special untuk awak, ke Hyunseung?" soal Sunggyu.

 

 

"Entah. Dia dah mabuk, kot. Dia tu senang sangat mabuk walaupun baru minum segelas wine." jelas Hyunseung.

 

 

"Oo..." ucap Sunggyu.

 

 

Di luar vila...

 

 

"Kau dah gila, ke? Kan aku dah kata aku tak sure lagi. Apa la kau ni..." rungut Woohyun.

 

 

"Tak sure apa lagi? Tadi kau sendiri cakap yang kau berdebar la, apa-apa la, sekarang tak sure plak? Malas la aku nak layan kau dah. Orang nak tolong, dia taknak. Sudah la!" rajuk Junhyung, lalu dia masuk ke dalam majlis itu semula.

 

 

"Itu la kau. Aku pun tak faham la dengan kau ni. Aku cepuk baru tau!" Hyungsik berpura-pura mahu menyiku kepala Woohyun sehingga Woohyun mengelak. "Dah la! Malas nak layan kau." Hyungsik juga beredar masuk ke dalam semula.

 

 

Woohyun mengeluh.

 

 

><><><><><

 

 

"Kenapa dengan Junhyung tadi, Hyunnie? Apa pengumuman yang dia nak buat?" soal Sunggyu sambil dia dan Woohyun sedang memasang cadar untuk katil king size mereka. Maklum la baru pindah. Tak sempat nak kemas rumah lagi, tapi tempat tidur harus diutamakan.

 

 

"Entah, saya pun tak tau. Maybe dia dah mabuk agaknya." dalih Woohyun.

 

 

"Oo..." balas Sunggyu.

 

 

"Gyu ah..."

 

 

"Ya?" sahut Sunggyu sambil dia memandang Woohyun dengan innocent.

 

 

"Saya nak cakap sesuatu dengan awak." ucap Woohyun teragak-agak.

 

 

"Cakap apa?" soal Sunggyu yang dah mula naik ke atas katil dan membetulkan bantal tidur mereka.

 

 

"Ermm...awak...tak! Saya...erk..."

 

 

"Kenapa? Awak tak sihat, ke? Nak saya pergi ambilkan ubat, ke?"

 

 

"Tak, saya okey, cuma..." Woohyun duduk di birai katil dan matanya masih memandang lantai. Peluh mula membasahi dahi, muka dan tubuhnya kerana dia cuba untuk confess walaupun dia masih ragu-ragu akan perasaannya itu. Dia rasa seram sejuk tiba-tiba.

 

 

"Awak berpeluh banyak ni..." Sunggyu duduk di sebelah Woohyun dan dia merasa dahi Woohyun dengan belakang tangannya. "Sejuknya dahi awak...awak sakit apa ni? Jangan buat saya risau. Dah la kita berdua jer sekarang ni." Sunggyu bergegas turun dari katil.

 

 

"Awak nak ke mana?"

 

 

"Nak pergi ambil ubat la. Awak tunggu, k?"

 

 

Woohyun segera mencapai tangan Sunggyu yang berdiri tidak jauh darinya. "Saya okey la. Tak payah la ambil ubat."

 

 

"Tangan awak pun sejuk ni!" teriak Sunggyu dengan cemasnya. "Saya pergi ambil ubat, ya?" Sunggyu segera berlari keluar dari bilik untuk mencari ubat di almari dapur.

 

 

"Degil la dia ni. Aku bukannya sakitpun. Ish..." tidak beberapa minit kemudian, Woohyun terdengar suara Sunggyu menjerit. "Gyu!" dia segera berlari keluar dari bilik.

 

 

"Hyunnie, saya takut!" Sunggyu segera memeluk Woohyun yang baru turun dari tangga.

 

 

"Kenapa ni? Apa yang awak takut?"

 

 

"Gelap sangat, saya tak nampak apa-apa. Saya takut gelap." rengek Sunggyu yang masih memeluk Woohyun seeratnya.

 

 

"Pasal itu je ker yang awak jerit macam ni. Oh lupa plak saya, awak ni memang takut gelap. Hehe, sorry..." Woohyun tersengih.

 

 

"Sebelum ni kat rumah awak, mak selalu tinggalkan lampu terbuka di dapur supaya tak gelap sangat. Tu yang saya tak takut sangat."

 

 

"Okey, lepas ni kita jangan tutup semua lampu, okey?"

 

 

"Emm..."

 

 

"Dah jom kita tidur. Saya dah tak sakit dah. Tak perlu ubat."

 

 

"Okey..." balas Sunggyu manja.

 

 

Sunggyu masih dalam pautan Woohyun sewaktu mereka kembali ke bilik mereka di tingkat atas semula. Mesranya diorang...^^

 

 

......................................................................................................................................................................................

A/N: Okey sampai di sini saja untuk malam ni...saya nak tidur, esok kerja pagi...saya akan sambung di lain masa...anyeong n gud nite!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk