Final

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Woohyun menunggu dengan penuh debaran di luar wad bersalin sementara Sunggyu diperiksa. Dia tak berhenti mundar-mandir sehingga ahli keluarga yang ada mulai pening dengan tingkah lakunya itu.

 

 

"Hyun, boleh tak kamu duduk bertenang dulu? Pening la mak tengok kamu ni mundar-mandir macam ni." tegur Pn. Nam.

 

 

"Itu la. Lagi kitorang nervous tengok hyung gelisah macam ni. Cer duduk dulu. Bukannya Gyu hyung gi berperang pun. Dia ada kat dalam tu jer, bukan kat medan perang." tegur Myungsoo pula.

 

 

"Kamu apa tau? Diam jer la." balas Woohyun yang masih gelisah.

 

 

"Gyu takkan apa-apa la. Kamu tenang la sikit." tegur Tn. Kim.

 

 

"Saya..." belum sempat Woohyun menghabiskan ayatnya, seorang nurse keluar dari wad itu dan menghampiri mereka.

 

 

"Macam mana dengan anak saya?" soal Pn. Kim. Dan yang lain mengangguk menandakan mereka juga nak tau.

 

 

"Anak puan nak suaminya temankan dia kat dalam. So, yang mana satu suaminya?" soal nurse itu.

 

 

"Saya!" jawab Woohyun serta-merta.

 

 

"Baiklah,sila ikut saya." ajak nurse itu sebelum beredar diidkuti Woohyun.

 

 

Sebaik sahaja Woohyun melangkah masuk ke dalam wad itu, dia berdebar melihat keadaan isterinya yang terbaring di atas katil. Dia perlahan menghampiri katil itu dengan rupa yang pucat. Well, pengalaman pertama la katakan. Sesiapapun nervous.

 

 

"Gyu..." Woohyun memanggil nama isterinya perlahan, dan Sunggyu memandangnya dengan senyuman.

 

 

"Saya ingat awak takkan masuk."

 

 

"Kenapa plak? Kan saya pernah janji nak temankan awak bila tiba masanya? So, mesti la saya mai." Woohyun masih kelihatan gugup.

 

 

"Awak okey ke tak ni? Pucat jer saya tengok."

 

 

"Ish awak ni. Saya yang patut tanya awak bukan awak yang tanya saya."

 

 

"Well awak nampak lagi nervous dari saya. Tu yang saya tanya."

 

 

"Awak ni, dalam sakit-sakit macam ni pun boleh cakap lagi. Hebat juga awak ni."

 

 

"Well, saya tenang bila awak ada kat sini. Tu yang saya minta awak temankan saya. Thanks, Hyunnie..."

 

 

"Tak payah nak terima kasih la. Saya cuma nak awak selamat. Awak janji ya, awak kena selamat. Awak tau kan saya tak boleh hidup tanpa awak?" Woohyun mengesat air matanya yang tiba-tiba mengalir.

 

 

Sunggyu hampir tertawa melihat telatah Woohyun. Walaupun sakit, tapi dia dapat bertahan disebabkan Woohyun. Dia mengangguk perlahan. "Ya, saya janji. Awak jangan la risau sangat. Saya bukannya pergi berperang pun."

 

 

"Kenapa kata-kata awak sama ngan Myungsoo? Oh lupa plak. Dia kan adik awak. Hehe..." Woohyun tersengih kekok.

 

 

"Hyunnie, sayapun tak...argh!"

 

 

"Gyu, kenapa ni?" soal Woohyun dengan cemasnya.

 

 

"Rasanya, baby dah nak keluar...ah..."

 

 

Woohyun semakin panik tengok reaksi Sunggyu. "Gyu..."

 

 

"Hyun, boleh saya pinjam tangan awak?" pinta Sunggyu dengan suara yang menahan sakit.

 

 

"Sure..." Woohyun membiarkan Sunggyu menggenggam tangan kanannya.

 

 

"Agh!" Sunggyu mengetap bibirnya menahan sakit disebabkan pergerakkan bayinya. Tangan Woohyun digenggam kuat.

 

 

"Okey, nampaknya kamu dah boleh mula meneran. Dalam kiraan 3, kamu teran sekuat mungkin. Okey?" arah doktor itu.

 

 

Sunggyu mulai berdebar mendengar itu. Well, pengalaman pertama la katakan. Air matanya mulai mengalir sambil dia mula meneran. Sesekali kedengaran suara dia mengerang dan menjerit. Woohyun tak kisah, malah dia yang berdiri di sisi katil tak berhenti memberi dorongan dan sokongan. Dan beberapa minit kemudian, Sunggyu seperti dah berputus asa. Nafasnya semakin tak teratur dan dia kelihatan lemah sekali.

 

 

"Hyun, saya tak boleh..." ucapnya perlahan.

 

 

Woohyun menggeleng. "Awak boleh, Gyu...awak boleh. Please don't give up...saya di sini." Woohyun menggenggam tangan Sunggyu. "Please, don't leave me..."

 

 

"I-I can't..." ucap Sunggyu perlahan sebelum matanya ditutup rapat dan tangannya terkulai jatuh dari pegangan Woohyun.

 

 

"Gyu! Gyu, jangan buat saya macam ni! Gyu, jangan tinggalkan saya! Gyu, pleaase...buka mata awak! Gyu-ah!" teriak Woohyun dengan cemasnya.

 

 

Doktor segera mengarahkan Woohyun keluar sebab pembedahan harus dilakukan dengan segera.

 

 

"Hyun? Hyun, macam mana dengan Gyu? Kenapa kamu keluar?" soal Pn. Kim sebaik saja dia ternampak Woohyun melangkah keluar dari bilik itu.

 

 

"Hyung, kenapa hyung diam? Macam mana ngan Gyu hyung?" soal Myungsoo pula.

 

 

Woohyun terduduk di kerusi dengan rupa yang sedih. Dia takut. Takut kehilangan Sunggyu macam dalam mimpinya dulu.

 

 

"Hyun, kamu okey ke? Kenapa ni?" soal Pn. Nam yang duduk di sebelah Woohyun.

 

 

"Mak..." Woohyun memandang maknya dengan berlinangan air mata. Kemudian, dia memeluk Pn. Nam seeratnya dan mula menangis. "Saya takut. Saya taknak kehilangan dia. Saya tak sanggup..."

 

 

"Apa?!" Pn. Kim terlopong mendengar itu. Pada sangkaannya, Sunggyu mungkin dah..."Tidak!! Tolong bagitau saya ia tak mungkin! Tak mungkin!" teriak Pn. Kim sebelum dia akhirnya pengsan.

 

 

><><><><><

 

 

Kedua-dua bayi itu ditatap oleh setiap ahli keluarga yang ada. Seluruh ahli keluarga yang ada tak berhenti tersenyum melihat keajaiban yang tak disangka-sangka ini. Kedua-dua bayi itu kelihatan tenang tidur dalam pangkuan atuk dan nenek mereka.

 

 

"Tak sangka kita akan dapat cucu kembar. Pandai diorang sembunyi dari kita." ujar Pn. Kim sambil dia membelai pipi Minhee yang sedang tidur dalam pangkuannya.

 

 

"Mana ada kami sembunyi. Kamipun tak tau yang anak kami ni kembar. Kan, sayang?" ucap Woohyun yang duduk bersama Sunggyu di atas katil.

 

 

"Ya la, mak. Patut la susah sangat nak keluar. Dua orang rupanya. Habis tenaga saya diorang guna." gurau Sunggyu.

 

 

"So, hyung seronok la kan? Dapat boy and girl. Tak payah gaduh nak baby boy ke, baby girl. Dua-dua puas hati." ucap Myungsoo.

 

 

"Betul tu! Dua-dua dah dapat." Woohyun dan Sunggyu kelihatan gembira. Hari ini memang merupakan hari yang paling menggembirakan bagi mereka.

 

 

"So, apa nama mereka?" soal Pn. Kim.

 

 

"Baby boy, Nam Minhwan. Baby girl plak, Nam Minhee. Macam mana?" ucap Sunggyu.

 

 

"Sweet! Dua-dua sedap bunyinya." ucap Pn. Nam.

 

 

Sedang mereka berborak, jururawat datang. "Okey, minta maaf tuan, puan sekalian. Pesakit perlu berehat, jadi anda semua diminta pulang." ucap jururawat itu dengan penuh kesopanan.

 

 

"Boleh saya temankan dia?" soal Woohyun.

 

 

"Hyunnie, don't worry. Saya okey la." ucap Sunggyu.

 

 

"Encik seorang saja boleh temankan dia." balas jururawat itu.

 

 

"Okey la. Kami balik dulu, ya? Esok kami akan jemput kamu. Take care!" Pn. Kim mengucup dahi Sunggyu.

 

 

"Okey, mak!" balas Sunggyu.

 

 

Setelah semuanya beredar, Woohyun naik ke atas katil dan berbaring di sebelah Sunggyu. "Awak mesti penat, kan?"

 

 

"Mesti la. Tapi, semuanya berbaloi bila tengok diorang." ucap Sunggyu sambil memandang pasangan kembar itu yang sedang nyenyak tidur.

 

 

"Memang berbaloi. Thanks, Gyu ah...awak dah melengkapi hidup saya dengan diorang. I love you!" ucap Woohyun lantas dia mengucup isterinya itu.

 

 

"I love you too~"

 

 


Tamat juga akhirnya citer ni! Lega saya rasa...Maaf la sebab terpaksa akhiri ceritanya sampai di sini...

Saya nak ucap beribuan terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa untuk baca, subscribe, dan komen citer ni dari awal sampai akhir! I really appreciate that! Thank you so much for your support! Bye2! :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk