2-first kiss n kapel?

Our Love Fictions (Malay version)

 

No one pov

Yoonmi dan Min Ha menunggu pengurus datang, Yoonmi tersengih sendirian. Pengurus Koo seorang yang gemuk dan bercermin mata. Dia merupakan pengarah utama dalam versi komik, tapi pengurus ini agak mesra dengan semua orang.

“Ini kiriman dari peminat awak, tapi untuk bulan ini agak merundum sikit.” Kata pengurus itu. Yoonmi mengambil surat-surat itu di tangan Pengurus Koo. Wajah Yoonmi sedih melihat suratnya sedikit, Min Ha faham perasaan Yoonmi.

“Aku nak tanya sikit, boleh?” Pengurus Koo memang kagum dengan bakat Yoonmi meskipun Yoonmi masih mudah bekerja dalam syarikatnya. Yoonmi tersentak, macam ada yang tak kena je?

“Ada apa?”

“Yoonmi pernah bercinta tak?”

“Ne??” Yoonmi dan Min Ha berpandangan, muka Yoonmi mula merona merah,malu.

“Kenapa Pengurus tanya macam tu pula, malulah,” Yoonmi tersengih. Min Ha tergelak kecil. Pengurus Koo juga ketawa mlihat reaksi Yoonmi.

“Bukan apa encik, kami ni baru masuk menengah. Jadi belum pun pernah bercinta,” kata Min Ha menjelaskannya agar Pengurus Koo faham.

“Oh… Aku hampir lupa, tapi aku syorkan awak bercinta  lebih banyak agar mempunyai lebih banyak pengalaman. Jadi, komik awak yang lukis tu akan lebih hebat,” kata Pengurus Koo.

“Bercinta?” Yoonmi terdiam memikirkan. Min Ha juga tersentak, tapi ada benar juga kata pengurus Koo itu.

“Ya, aku rasa komik awak ni kekurangan pengalaman. Tapi masih hebat dan ramai peminat kat luar, tapi kalau awak ada pengalaman bercinta aku yakin komik awak akan lebih mantap,” kata Pengurus Koo panjang lebar.

“Jadi kalau bercinta, komik aku pasti lebih baik lagi dan aku akan terima banyak surat dan hadiah dari peminat lepas ni. Baik! Aku akan bercinta banyak-banyak lepas ni,” Yoonmi berdiri dengan penuh semangat. Min Ha dan Pengurus Koo terkejut mendengar kata-kata Yoonmi.

“Hahahaha... Yoonmi-sii, awak tak perlu bercinta banyak-banyak. Maksud aku bercintalah dengan ikhlas bukan nak main-main,”

“Eh, bukan Pengurus Koo ke yang cakap tadi aku perlu bercinta banyak-banyak??” Kata Yoonmi. Min Ha mengetuk dahi Yoonmi.

“Yah... Awak ni lurus bendul betul,” kata Min Ha ketawa mengenakan Yoonmi. Yoonmi mendengus geram lalu duduk kembali. Pengurus Koo menggeleng kepala.

“Oh ya, kata nak hantar lukisan hari ini. Mana dia?” Pengurus Koo baru teringat akan lukisan Yoonmi yang perlu dihantar.

“Ow... Ada, tunggu ja,” Yoonmi menyelongkar beg sekolahnya.

“Mana lukisan aku, Min Ha. Awak ada nampak tak lukisan aku?” Yoonmi menjadi panik bila menyedari lukisannya hilang. Min Ha menggeleng. Yoonmi menyelongkar lagi.

“Cuba awak ingat bila kali terakhir awak pegang sampul tu,” kata Min Ha. Yoonmi berhenti menyelongkar dan cuba mengingati. Lepas mengemas... Aku... Alamak!!!

“Aw...! Otoekey??? Sampul tu terjatuh masa aku terlanggar dengan Daehyun-sunbae,” Yoonmi panik setelah teringat sampulnya jatuh semasa terlanggar dengan Daehyun. Min Ha ternganga. Otoekey?!

“Apa yang berlaku?” Pengurus Koo kelihatan hairan.

“Er... Aku minta maaf. Sampul aku tertinggal, nanti aku hantar balik ek,” Yoonmi menarik Min Ha.

“Eh, tak pelah. Awak boleh hantar melalui e-mail,”

“Tak nak, tunggu je lah. Aku datang balik nanti, Annyeong” Yoonmi kelam kabut berlari. Pengurus Koo menggeleng sambil tersenyum melihat perkerja ciliknya itu.

 

“Yoonmi, tunggulah aku... aku dah tak larat ni,” Min Ha tercungap-cungap tidak mampu berlari lagi. Yoonmi menoleh kemudian dia menarik lagi.

“Aku tak boleh orang lain tahu komik aku. Kalau orang tahu macam mana?” perkara itulah yang Yoonmi takut selama ini. Tiba-tiba terjadi pula hari ini. Min Ha terpaksa menguatkan semangatnya, meskipun dia tak boleh lari laju sangat.

“Huh? Min Ha, awak tak apa-apa ke? Kita dah hampir ni,” Yoonmi mengerut melihat Min Ha.

“Yoonmi, boleh tak awak pergi dulu? Nanti aku kejar awak,” kata Min Ha masih tercungap-cungap. Yoonmi berbelah bagi hendak tinggalkan Min Ha seorang di tepi jalan.

“Pergi jelah! Benda tu penting, aku turut risau jika diketahui oleh orang,” kata Min Ha memarahi Yoonmi.

“Jjinja, no kenchanna?” Yoonmi masih risau keadaan Min Ha. Tidak pernah dia melihat Min Ha pucat begitu.

“Hmn... Kau mesti selamatkan benda tu sebelum diketahui orang,” kata Min Ha mengerut menahan sakit perutnya. Yoonmi terpaksa mengganguk dan berlari masuk ke dalam sekolah. Min Ha terduduk atas rumput sambil menahan sakit perutnya. Dia mengambil ubatnya dalam beg dan botol airnya lalu memakannya.

“Aduh...” Min Ha masih rasa kesakitannya, mungkin terlalu berlari agaknya sehingga buah pinggangnya terasa sakit kembali.

“Awak tak apa-apa ke? Kenapa awak berada di sini?”

Min Ha tersentak lalu mendongak. Huh? Sunbae...

 

 

Yoonmi pov

Aku berlari naik ke atas tingkat 3 tanpa berhenti. Nafas aku semakin lemah, peluh mula membasahi baju sekolahku. Tak mungkin apa yang aku fikirkan telah terjadi, B.A.P tak mungkin dah baca komik aku. Tapi... Ada kemungkinannya mereka dah jumpa! Tapi... Aku harap tak! Aku membuka pintu bilik perbincangan. Tapi...

Daehyun sedang membaca komik-komik aku... Aku terduduk sambil tercungap-cungap. Aku tertunduk. Sia-sia selama ini aku nak rahsiakan tapi dah diketahui orang hasil kerja aku.

Daehyun menghampiri aku dan duduk di depan aku. Aku tersentak dan memandangnya.

“Aku dah agak awak akan datang balik,” Daehyun tersenyum sinis denganku sambil menunjukkan lukisan aku.

“Tolong bagi balik,” kataku, Daehyun mengankat sedikit lukisan itu, aku melompat mencapainya tetapi sukar. Hish... mentang-mentang aku ni pendek je... geramnya. Aku berhenti melompat.

“Awak ingat aku akan bagi balik begitu je ke?” Daehyun tersengih.

“Aku mohon, tolong jangan beritahu orang...” Aku merayu agar Daehyun tak beritahu dengan orang dalam sekolah ini terutamanya pengarah dalam sekolah ini. Kalau tak, aku mungkin akan dibuang sekolah.

“Ini lukisan apa ni?” Daehyun sengaja menanya sedangkan dia sudah tahu itu adalah sambungan cerita komik yang lalu. Aku tahu semua orang minat dengan komik aku itu. Hehehe...

“Itu adalah... Ala... bagilah balik,” Aku cuba merampasnya. Tetapi Daehyun berjaya melarikan diri.

“Awak tak nak beritahu kan, baiklah. Aku akan beritahu seluruh sekolah yang awak yang lukis ini,” kata Daehyun mula mengugut.

“Tidak, itu lukisan komik sambungan untuk minggu ini. Tajuknya ‘Bunga Cinta’.” Akhirnya aku terpaksa mengaku juga. Hanya itu saja cara aku untuk dapatkannya kembali.

“Awak lukis ni buat orang ghairah dengan cerita awak kan,” kata Daehyun sambil membelek-belek lukisan itu.

“Mana ada! Aku lukis tu dengan hati yang ikhlas tau,”  

“Jjinja?Tak sangka, awak ni pandai melukis. Tapi jenis orang macam awak ni tak pernah pun aku nampak dalam sekolah ni,” Daehyun berdiri menghampiri aku. Jantung aku berdebar dan undur ke belakang. Apa yang dia nak buat ni?

“Kenapa? Takut ke? Awak berani lukis benda ni tapi tak takut pula,” kata Daehyun sambil ketawa. Aku mendengus kecil. Geram!

“Yah! Bagi balik lukisan aku sekarang, itu kerja penting aku tahu tak?! Lelaki jahat” Aku tiba-tiba marah dengannya. Aku menekup mulut, apa aku buat ni? Tak sangka aku memarahinya.

“Kerja penting? Hmn... Apa agaknya tindakan sekolah ini tahu jika ada pelajar kerja di bawah umur? Lagipun, benda ini bukan aku je yang tahu. Semua B.A.P pun dah nampak benda ni”

“Mwo? Tak mungkin...” aku menggeleng. Daehyun mengangkat kening.

“Mereka dah nampak semuanya, otokey?”

“Bagitaulah diorang yang bukan aku yang lukis ni... Beritahulah yang ini lukisan Ben ke, atau Yuki ke atau Kwoni. Mereka tu semua kawan aku yang pandai melukis jugak.” aku merayu sambil menunjukkan ‘aegyo’ aku di depannya. Daehyun ketawa telatah aku. Aku tahu mesti dia cair punya hehe...

“Yongguk dan Youngjae adalah orang yang pintar...” kata Daehyun. Aku tahu Yongguk dan Youngjae termasuk dalam senarai pelajar cemerlang dalam sekolah ini. Tapi mereka takkan dapat menghidunya jika Daehyun membantu aku.

“Ala... biarpun mereka tu bijak tapi pasti ada orang lain juga bijak daripada mereka. Kalau oppa benar-benar tolong aku mereka takkan dapat hidu kalau oppa pandai rahsia perkara ini demi aku. Aku benar-benar perlukan pertolongan oppa... jebalsoseoyo... ” kataku dengan lembut sedikit. Ini saja cara aku nak memujuknya. Daehyun mengeluh dengan telatah aku. Aku tersenyun manis. Biasanya aku buat ‘aegyo’ di rumah saja, untuk papa dan mama aku. Tak pernah aku buat mana-mana lelaki. Adik aku? Hmn... langsung tak pernah!

“Yah..! hentikan, geli aku tengok tahu tak?” kata Daehyun menahan geram. Aku ketawa mengenakannya.

“Tapi...”

“Oppa, boleh kan tolong aku. Kejap lagi komik aku kena proses, jadi jika aku lambat hantar benda ni aku pasti akan dipotong gaji. Lepas tu, kalau hal ini terbongkar aku pasti akan dihukum oleh sekolah dan keluarga aku. Min Ha pun dah tunggu aku kat luar. Dia tengah sakit. Aku tak boleh tinggalkan dia seorang-sorang, otokey... Op...” bulat mata aku, wajah Daehyun terlalu hampir dengan wajah aku. Aku tak menyedarinya semasa aku tengah bercakap dan dia tiba-tiba cium bibir aku. Jantung aku berdebar laju.

“Yah! Apa kau buat ni? Ini first kiss aku tahu tak?” aku mengelabah menolaknya. Daehyun ketawa melihat aku mengelabah.

“Awak tu banyak sangat cakap, sejak tadi asyik merayu. Tak bagi aku peluang langsung bercakap.”

Aku mendengus mengesat bibir aku, memang betul orang cakap yang dia ni lelaki kaki perempuan dalam sekolah ni. Hish... Tak sopan betul!

“Nah,” Daehyun memberikan aku lukisan itu. Aku tersenyum lebar mengambilnya tetapi Daehyun mengangkat lukisan itu lagi. Aku menarik muncung, masih dipermainkan.

“Aku terpaksa menipu B.A.P, dan aku beri awak ni dengan satu syarat”

“Syarat?” bulat mata aku. Aik... ada syarat lagi. Aduh... syarat apa pula ni?

“Hmn... awak kena jadi teman wanita aku,”

“Apa? Teman wanita?” Aku terkejut besar.

“Ya, aku dah bosan dikelilingi oleh paparazi kat sekolah ni, jadi awak juga boleh bantu aku kan?” Daehyun menghampiri aku. Teman wanita? Ah?! Kebetulan, Pengurus juga kata aku patut bercinta. Baik aku terima tawaran ini. Lagipun, kalau aku setuju Daehyun pasti tolong aku rahsiakan kerjaya aku.

“Baik, aku terima! Lagipun aku nak bina pengalaman sikit. Dalam komik aku ni aku bermasalah sikit dengan pengalaman aku. Jadi... Oppa boleh tolong aku kan bagaimana nak bercinta ni?”

“Ne? Awak tak pernah bercinta?”

“Hehehe... malunya nak kata tentang itu,” aku tertunduk malu.

“Hahaha... comellah awak ni. Patutlah komik awak ni buruk sangat,” kata Daehyun ketawa besar.

“Apa? Buruk?”

“Yalah, macam mana awak boleh lukis benda macam itu sedangkan awak tak pernah mengalaminya,”

Sebenarnya aku buatkan komik semua ini hasil daripada menonton television.

“Sebab itu aku terima nak jadi teman wanita oppa. Oppa tolong ajarkan aku tips orang bercinta ya,”

“Mwo?”

“Bolehlah...”

“Awak ni memang pelik betul,” kata Daehyun ketawa lagi. Aku tersenyum. Kali ini aku dapat rasakan pengalaman seperti orang yang bercinta. Jadi bolehlah aku jadi kartunis yang terhandal!!! Yeah!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya