12- the trouble love

Our Love Fictions (Malay version)

Youngjae dan Jihye sedang mencuba eksperimen mereka yang pertama, Hani sedang mencatit sesuatu dan Soohyun pula membantu mereka berdua.

“Yah... Bukan yang itulah, yang ini!” Jihye mendengus bila Youngjae asyik silap mengambil bahan kimia. Youngjae menahan geram, Jihye asyik memarahinya. Soohyun dan Hani hanya mendiamkan diri.

“Apa salahnya letak ni jer,” Youngjae menuangkan kimia berwarna biru ke dalam tabung uji Jihye yang berwarna merah.

“Jangan...!” Tidak sempat Jihye menghalang, letupan kuat berlaku. Habis muka Jihye dan Youngjae kena letupan. Soohyun dan Hani menahan gelak, mujurlah mereka berdua sempat menjauhkan diri.

“Aduh... Yah!” Tengking Jihye, Youngjae terkejut dengan suara tengkingannya.

“Tengok tu, habis terbakar! Teruklah kau ni, nama jer budak pandai!” Jihye mendengus terus keluar membersihkan mukanya. Youngjae terdiam, ini bukan kali pertama dia melakukan kesilapan malah sudah masuk kali ketiga.

“Kau tak apa-apa ke? Aku tengok kau tak fokus sepanjang hari ini,” tegur Soohyun dengan Youngjae.

“Entahlah, mungkin aku penat agaknya,” keluh Youngjae, kerana latihan bola keranjang telah dipindahkan sebelah malam, dia tidak cukup rehat langsung. Soohyun menepuk bahunya, kesian.

“Aku rasa lebih kau pergi minta maaf dengan Jihye, dia dah berusaha nak lakukan yang terbaik tapi hilang fokus setiap kali jalankan eksperimen ni.” Kata Soohyun. Youngjae mengganguk lemah. Tinggal dua hari lagi mereka perlu siapkan eksperimen mereka, mereka langsung belum siap satu benda pun.

Youngjae menanti Jihye keluar dari tandas, serba salah dibuatnya. Jihye mengesat mukanya dengan tisu, dia tersentak melihat Youngjae di luar pintu tandas perempuan.

“Mwo?” Jihye dengan dingin, masih geram dengan Youngjae.

“Mianhae, aku sebenarnya tak fokus kerja hari ni sebab penat. Aku tak cukup...”

“Cukuplah, gara-gara hal ni aku juga terpaksa berhenti ker...” Jihye tersentak, hampir terbongkar rahsianya kerja part time, sekolah mereka tidak benarkan pelajar kerja selagi masih bergelar sebagai pelajar.

“Apa awak kata tadi?” Youngjae tidak mendengar dengan jelas.

“Aniyo... lupakan,” keluh Jihye masih mengesat wajahnya dengan tisunya yang sudah hancur. Youngjae mengeluarkan sapu tangannya.

“Nah! Buang tisu tak guna ni,” Youngjae merampas tisu itu kemudian memberikan sapu tangannya. Jihye tergamam kelakuan Youngjae.

“Aku Cuma nak minta maaf, aku janji lepas ni aku akan tumpukan perhatian. Lagipun tinggal dua hari lagi,” kata Youngjae. Jihye mencebik.

“Baru sekarang nak minta maaf, dahlah. Kau lebih perlukan sapu tangan kau ni,” Jihye memberikan sapu tangannya kembali. Youngjae tersentak memandangnya.

“Tu, muka awak masih kotor. Pergi cepat bersihkan, kita dah tak ada masa ni,’ kata Jihye meninggalkannya. Youngjae tersenyum kemudian masuk ke tandas lelaki.

 

 

------------------------------------

 

 

Flashback

Sohyun terperanjat bila tiba-tiba Rena menghalangnya daripada berjalan, dia dan beberapa rakan ada latihan renang petang itu. Sejak bila pula Rena muncul di kolam renang ni? Sohyun memeluk tubuh menanti Rena bersuara terlebih dahulu.

“Aku nak beri amaran dengan unnie, jangan nak dekati Zelo oppa lagi,” kata Rena cuba memberanikan diri.

“Mwo?” Sohyun menahan gelak, Rena menahan geram. Disebabkan Sohyun selalu bersama dengan Zelo, dia tidak dapat meluangkan masa dengan Zelo.

“Rena-chan datang ke sini sebab nak beri amaran kat aku? Pabo!” Sohyun menggeleng kepala melangkah.

“Yah! Aku cakap yang benar, aku tak ada langsung masa nak bersama dengannya,” Rena menarik tangan Sohyun.

“Rena-chan! Apa yang kau buat ni? Apa yang kau fikir tentang aku ni? Kau ingat aku suka dengan dia? Rena-chan, aku dah banyak jumpa perempuan macam kau. Tak boleh ke kau fikir sendiri?”  kerut Sohyun geram dengan sikap Rena-chan.

“Aku fikir sendiri? Aku tak faham?”

“Hish... susahlah nak cakap dengan kau ni, lebih baik kau balik belajar bahasa korea,” kata Sohyun melangkah pergi tapi Rena menariknya.

“Yah...! aku benci unnie!”

“Rena-chan!,” Sohyun mendengus menarik tangannya daripada genggaman Rena. Tiba-tiba Rena-chan tergelincir di tepi kolam dan akhirnya terjatuh ke dalam kolam.

“Argh...! Tolong!” Rena lemas dalam kolam.

Sohyun terkejut, baru sahaja dia mahu menyelamatkan Rena tiba-tiba Jongup terjun ke dalam kolam. Bulat mata Sohyun melihat Jongup membawa Rena ke atas dan melakukan CPR pada Rena. Semua orang mula berkumpul melihat kejadian itu.

 

Sohyun mendengus lalu menutup kuat lokernya bila teringat hal itu. Pelajar sekeliling berbisik tentang dirinya, Sohyun tidak tahan orang asyik melihat dirinya dari bawah hingga ke atas kepala. Entah apa yang tak kena dengan dirinya lepas tu mengumpat tak tentu pasal. Sohyun meninggalkan bilik persalinan itu dan tidak mempedulikan orang sekelilingnya masih mencebik melihatnya.

“Huh, Sohyun unnie,” Rena tersentak melihat Sohyun, Jongup dan Zelo berpandangan. Sohyun berhenti memandang mereka. Satu persatu dipandangnya, matanya terhenti apabila Jongup juga memandangnya.

“Unnie, mianhae,” Rena menghampirinya. Sohyun mengerut menjauhi darinya. Zelo hairan dengan Sohyun. Apa yang tak kena? Rena terkaku, Sohyun memandang tajam ke arahnya.

“Tolong jangan dekat aku lagi, sebab kamu semua aku tak selesa dalam sekolah ni.” Kata Sohyun cepat-cepat melangkah. Zelo tersentak lalu mengejarnya.

“Sohyun, apa yang berlaku?”

“Jebal...” Sohyun menahan Zelo dari mengikutinya.

“Wae?!” Zelo tetap mahu mengikutinya. Sohyun memandang tajam, Zelo terhenti tersentak melihat mata Sohyun yang tajam.

“Jangan tegur aku lepas ni, kalau tidak aku akan keluar dari sekolah ini,” kata Sohyun menahan sebak membuat keputusan begitu, semuanya disebabkan Jongup. Lebih baik lagi mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Itulah keputusan Sohyun.

“Mwo? Sohyun, apa yang kau merepek ni?” kerut Zelo.

“Aku tak merepek, aku cakap yang benar. Lepas ni aku takkan kenal awak lagi dan... untuk pengetahuan awak aku dah keluar dari kelab tarian. Jangan ikut aku lagi, aku akan benci awak jika awak berkeras nak ikut aku,” kata Sohyun segera meninggalkannya. Zelo ternganga mendengar segala apa yang dikatakan oleh Sohyun. Rena dan Jongup terdiam mendengar segala apa yang dikatakan oleh Sohyun.

 

 

------------------------------

Yoonmi berasa pelik melihat sekeliling, Min Ha di sebelahnya tersengih-sengih. Taman itu dipenuhi orang ramai, kebanyakannya orang berpasangan bercinta.

“Hei, kita kat mana ni?”

“Aku dengar prestasi komik kau dah turun, jadi meh aku bawa kau tambah lagi pengalaman. Tak guna kau tunggu Daehyun tu, dia kan selalu sibuk dengan bola keranjang dia tu. Jadi, aku bawa kau kat sini nak tengok orang bercinta. Manatahu kau dapat idea yang bernas,” kata Min Ha.

“Hah? Dari mana kau tahu prestasi komik aku turun? Hee...” Yoonmi memeluk tubuh. Min Ha menggaru kepalanya, semalam Yoonmi tiba-tiba dimarahi oleh senior Ben kerana asyik lambat hantar lukisannya. Beberapa kali Yoonmi meminta maaf tetapi Senior Ben telah memberi amaran yang terakhir padanya. Tidak pernah senior Ben memarahinya, entah kenapa tiba-tiba memarahinya pula. Yoonmi tidak berani melawan kerana memang salahnya juga.

“Ala... aku kan kawan baik kau. Mestilah aku tahu semuannya. Jom, tengok sana!” Min Ha menariknya. Yoonmi menarik muncung, dia tiada mood hendak melihat semua pasangan yang sedang bercinta.

“Kau tak rindu Daehyun sunbae ke? Korang jarang bertemu, aku dengan Himchan sunbae selalu bertemu. Tak cemburu ke?” Min Ha ketawa kecil.

“Hish... Aku tak nak ganggu dialah, sibuk dengan latihan dia. Aku tahu mereka tak nak kalah seperti tahun lalu, sebab itu aku faham situasi dia,” kata Yoonmi, Min Ha hilang senyumannya bila teringat arahan abangnya. Dalam masa tiga bulan ini abangnya boleh bertindak sesuka hatinya jika dia tidak bertindak apa yang disuruh.

“Min Ha, kau dengan Himchan sunbae dah kapel ke? Aku jeleslah tengok korang berdua setiap hari berjumpa,”

“Taklah, kami masih kawan biasa. Aku tak mengharap lebih dari itu Yoonmi,” keluh Min Ha.

“Kenapa? Bukannya kau suka Himchan sunbae?”

“Hmn... tapi aku tak boleh,” Min Ha menggeleng, Yoonmi hairan dengannya. Dulu punya main set dengan angan-angan nak khawin Himchan sunbae, tapi sekarang dah berubah pula.

“Eh, itu... Bukan Daehyun sunbae ke?” Min Ha terkejut melihat Daehyun berjalan dengan seseorang. Yoonmi berpaling yang dimaksudkan Min Ha.

“Dia dengan siapa tu?” Min Ha memandang sekilas Yoonmi kemudian tertumpu lagi ke arah Daehyun yang tidak jauh dari mereka. Yoonmi tersentak, perempuan itu... Itu bukan ke perempuan yang tegur aku di tepi pantai tempoh hari? Apa mereka berdua buat kat sini? Yoonmi kaku melihat kelibat dua orang pasangan itu. Min Ha segera menarik Yoonmi berselindung di sebalik pokok besar agar Daehyun dan perempuan itu tidak nampak.

“Kau tak apa-apa ke?” Min Ha risau melihat keadaannya. Yoonmi menggeleng. Mereka mendiamkan diri cuba mendengar apa yang mereka sedang bual.

“Oppa, siapa perempuan tempoh hari?”

“Kenapa?

“Aku nak tahu je, benar ke dia teman wanita oppa? Aku tak percayalah,” Saemi memeluk lengan Daehyun.

“Tak perlulah bincang pasal tu, aku nak tanya pasal benda yang kita bincang tadi. Boleh jelaskan sekarang?” Daehyun melepaskan tangan Saemi, tidak selesa bila Saemi memeluk lengannya.

“Alah... Aku dah lama tak jumpa oppa, aku tahu oppa masih sayang aku kan?” Saemi tersengih manja, Daehyun tersentak. Soalan itu membuatkan dia sukar menjawabnya. Sebab dia berpisah dengan Saemi tidak lama sangat kemudian dia terus kapel dengan Yoonmi.

Yoonmi tertunduk menunggu jawapan Daehyun, Min Ha mengerut apa yang Daehyun sedang buat ni?!

“Kenapa tak jawap? Aku tahu sebab oppa sudi jumpa dengan aku hari ini,” kata Saemi lagi. Yoonmi tidak puas hati lalu mengintip mereka. Jarak antara pokok mereka bersembunyi dengan Daehyun dan Saemi tidaklah jauh sangat.

“Hmn...” Daehyun mengganguk sambil senyum, Saemi tersenyum puas terus mencium bibir Daehyun. Yoonmi terperanjat melihat kelakuan mereka berdua. Min Ha ternganga menekup mulutnya, hampir terjerit terkejut melihat situasi di depan itu.

“Yoonmi, kau tak apa-apa ke?” Min Ha terus menarik Yoonmi pergi dari situ. Yoonmi mengurut dadanya, jantungnya macam nak meletup selepas melihat kejadian itu. 

“Yoonmi-ah,” Min Ha menyentuh bahu Yoonmi.

“Huh? Ani... aku tak apa-apalah,” Yoonmi ketawa cuba menyembunyikan perasaan sebaknya.

“Betul ke ni? Aku tahu kau nak menangis lepas tengok semua tadi tu kan, kau tak sakit hati ke tengok semua tu?” Min Ha risau melihat keadaannya.

“Aku kuatlah, aku tak nak nangislah. Daehyun oppa tu kan... Dia... Min Ha-ah, kenapa...?” akhirnya Yoonmi panik tidak dapat menahan sebak, air matanya mengalir deras. Min Ha segera memeluknya. Yoonmi menangis dalam pelukan Min Ha.

Daehyun tersentak kelakuan Saemi serta merta mengejutkannya, dia menolak Saemi kemudian mengesat bibirnya.

“Oppa?” Saemi terkejut Daehyun menolaknya.

“Apa yang kau buat ni?”

“Bukan ke oppa sayang aku?”

“Tapi bukan macam ni, Saemi” Daehyun kesal dengan sikap Saemi. Saemi terkejut, Daehyun sudah berubah. Dulu Daehyun bukan begini dan sekarang Daehyun sudah berubah.

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------

hi3... Anyeongseyo!!! soryy late hehehe... thanks for subcribes my story.

#comment and subcribes :)

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya