4-Gomawo

Our Love Fictions (Malay version)

Yoonmi pov

Aduh....! Aku nak pakai apa ni??? Aku menggaru kepala, habis rambut aku berserabut. Begini ke perasaan orang nak dating? Huh! Kenapa aku macam ni...? Lebih baik aku telefon Min Ha sekejap.

"Min Ha, apa patut aku buat..." Aku hampir menangis nak merayu pertolongan dari kawan baik aku ni. Kedengaran keluhan dari Min Ha.

 

Tidak sampai tiga puluh minit Min Ha datang ke rumah aku dan terus masuk ke dalam bilik aku. Dia dah memang biasa dengan family aku tu... Sampai sahaja, Min Ha terus menyelongkar almari aku. Aku menjadi pemerhati sahaja.

"Hei... Banyaknya baju awak ni! Semuanya lawa-lawa, kenapa tak pakai saja salah satu?"

"Sebab tu aku tak tahu mana satu aku nak pakai, confused tahu tak?!" Aku mendengus kecil.

"Hish...! Ko ni manja betul! Biar aku tolong pilihkan, hmn... Sekarang musim bunga kan," Min Ha mula memilih baju aku. Aku tersengih, Min Ha ni memang baik.

. (bayangkan...)

"Wah... Apa kata awak pakai ni" Min Ha mengambil salah baju musim bunga. Aku terpaku melihat baju aku sendiri. Baju itu adalah hadiah ulang tahun dari papanya tahun lalu. Jarang sekali aku memakai baju itu.

"Comel... Hmn... Baiklah!" Aku terus mengambil baju itu dan memakainya. Aku tak sangka pula aku akan pakai baju ini pada hari pertama 'dating' aku ni hehhe...

"Wah... Comel! Orangnya dah comel, makin comel aku tengok! Aku yakin Daehyun pasti tambah jatuh hati dengan awak," kata Min Ha. Hish... Ada-ada sajalah Min Ha ni, aku saja nak cari pengalaman dating ni.

"Baiklah, aku pakai yang ni," Akhirnya aku setuju dengan pilihan pertama oleh Min Ha tanpa menolak. Min Ha mengganguk. Min Ha ni pakar make-up dan juga fashion, tengoklah rambutnya siap dengan warna perang sekali. Di sekolah Min Ha mengambil krusus fashion make-up, sebab itu dia pandai pilih baju untuk aku. Min Ha mengurus pula rambut aku. Aku sesekali tersengih melihat rambut aku digulung sehingga menjadi ikal.

"Wah... Gomawo!" Aku memeluk Min Ha.

"Hish... Yah! Apa ni peluk-peluk, dah lambat ni," Min Ha menolak aku. Aku memandang jam tangan, aku ternganga segera mengambil beg kecil aku. Min Ha turut mengikuti aku.

Aku menuju ke taman tempat yang dijanjikan dengan Daehyun, jantung aku bagai nak meletup biarpun orangnya belum datang.

"Baiklah, aku pergi dulu. Aku ada hal, Gud luck!"

Hah? La... Nak ke mana pula dia ni... "Temanlah sebentar, please! Aku takut..." Aku menahan Min Ha.

"Tapi aku ada hal ni..."

"Sekejap jer..." Aku merayu, macam melampau pula perbuatan aku ni... Min Ha mengeluh mengganguk. Tiba-tiba satu bunyi hon kuat datang ke arah mereka. Aku dan Min Ha berpandangan. Sebuah kereta mewah berjenama Ferari muncul di hadapan kami. Pemandu di dalam di kelihatan kerana cermin kereta amat gelap.

"Siapa pula ni?" Aku mengerut. Min Ha menjongket bahu tidak tahu. Cermin diturunkan, Himchan senyum melambai melihat kami berdua. Huh! Kenapa Himchan-sunbae pula yang datang ni? Mana Daehyun.

"Ann...Yeong..Haseyo..." Aku tergagap, Min Ha hanya tunduk hormat. Himchan keluar dari kereta dan mempersilakan aku masuk. Aku keliru, apa yang terjadi ni?

"Awak tak nak masuk ke? Daehyun dah tunggu tu," Himchan memberi isyarat. Aku tunduk sedikit melihat ke dalam, Daehyun sedang melambai. Alamak... Rupanya dia yang yang memandu, aku melambai ke arah Min Ha.

"Min Ha, aku pergi dulu," Aku melambai ke arah kawan baik aku.

"Hati-hati ya..." Min Ha membalas lambaian aku.

"Oppa, tolong jaga kawan aku ni seorang ya," kataku pada Himchan sebelum masuk ke dalam kereta. Himchan tersengih mengganguk.

 

------------------------

NO ONE POV

Min Ha tunduk tidak tahu apa nak cakap dengan jejaka kacak di sebelahnya, mereka hanya berjalan-jalan di sepanjang jalan taman itu. Himchan melihat Min Ha agak pendiam dan pemalu. Sejak kejadian tempoh hari Min Ha malu hendak berdepan dengannya.

"Awak nak ke mana selepas ni?" Himchan membuka cerita akhirnya, agak kekok bila asyik berdiam sahaja.

"Ne? Err... Aku nak...Hah! Sunbae nak ikut tak?" Min Ha mendapat satu akal, dia ingin membawa Himchan ke rumah anak yatim yang dia selalu kunjungi setiap hujung minggu. Itupun kalau Himchan setuju.

"Ke mana? Bunyinya macam menarik jer. Aku agak bosan sekarang ni"

Min Ha tersenyum, gembira melihat reaksinya lalu menarik tangan Himchan ke seberang jalan. Himchan agak terkejut dengan tindakan Min Ha, tidak menyangka Min Ha agak friendly. Himchan hanya menurut sahaja langkah Min Ha.

"Rumah anak yatim, Seoul???" Himchan memandang Min Ha dengan penuh hairan. Min Ha mengganguk.

"Kalau aku bosan aku akan ke sini, sunbae kata bosan jadi apa salahnya kita datang ke sini bantu mereka," kata Min Ha.

"Ya ke?"

"Hmn... Jom masuk," Min Ha melangkah masuk ke halaman rumah anak yatim itu. Himchan menurut jejaknya.

 

"Unnie!!! Kami rindu unnie!!!" Sekumpulan kanak-kanak menuju ke arah Min Ha, Himchan terpaku melihat kanak-kanak itu datang memeluk Min Ha. Tidak menyangka Min Ha seorang yang penyayang dan suka dengan kanak-kanak kecil. Min Ha ketawa riang melayan kanak-kanak kecil itu.

"Nuna, siapa tu? Boyfriend nuna ke?" salah budak kecil menunjuk ke arah Himchan yang sedang melayan budak lain. Min Ha tersentak dengan soalan budak itu. Himchan yang terdengar hanya tersenyum.

"Taklah, itu kawan nuna," Min Ha mengusap rambut Teamin. Teamin segera mendapatkan Himchan. Min Ha tersentak memerhati Teamin.

"Kalau awak sakitkan hati nuna aku, jaga kau!" tiba-tiba Teamin berkata demikian seolah-olah dia dah dewasa. Min Ha tertawa mendengar ugutan Teamin dengan Himchan. Teamin memang begitu, baru berusia 7 tahun dah pandai berkata-kata. Himchan tersentak kemudian ketawa.

"Arraso, aku akan jaga nuna awak," Himchan mengusap kepalanya, Teamin menepis seakan tidak suka ada orang yang mendekati Min Ha.

"Min Ha-ah, boleh tak tolong jaga bayi ni kejap. Aku nak ke nak ke tandas sekejap" Puan Hani datang memberikan bayi comel kepadanya. Min Ha terkial-kial mengambil bayi itu. Himchan segera membantunya agar bayi itu seimbang didukung.

"Gomawo." Min Ha tersenyum memandang Himchan.

"Comel. Awak memang datang ke sini selalu ke?" Himchan duduk berdepan dengannya sambil memandang sekeliling. Kanak-kanak di sekeliling seronok bermain dengan alat permainan.

"Ya, aku bosan kat rumah. Jadi aku datang ke sini jika tak ada nak buat," kata Min Ha sambil memberi botol susu kepada bayi yang didukungnya. Himchan mendukung salah satu budak kecil berumur 2 tahun.

"Annyeong... Siapa nama awak?" Himchan memeluk budak perempuan itu.

"Nama dia Min Ha. Sama dengan nama aku. Comelkan," Min Ha tersenyum melihat Min Ha dalam pelukan Himchan.

"Min Ha? Hello si comel... " Himchan mencium pipi Min Ha kecil. Min Ha kecil itu seolah-olah mengerti tersengih bila dicium. Himchan ketawa melihat reaksinya.

"Yah...! Tengok tu, dia cium teman wanita awaklah," salah satu menjerit menuju ke arah Teamin. Min Ha dan Himchan berpandangan.

 "Mana? Siapa?" Teamin melilau sekeliling bersedia dengan alat permainan pemukulnya. Himchan terkejut melihat Teamin mula menuju ke arahnya.

"Omo! Biar betul???" Himchan memandang Min Ha sudah pun ketawa melihat mereka, Teamin berusaha memukul Himchan yang cuba melarikan diri dengan mendukung Min Ha kecil. Semua kanak-kanak cuba mengejarnya cuba membantu Teamin. Tidak menyangka kanak-kanak ini sangat bijak malah dah pandai berjenaka. Himchan tercungap-cungao kepenatan dari berlari. Min Ha kecil dilepaskan atas lantai.

"Sunbae tak apa-apa ke?" Min Ha menghampirinya sambil ketawa kecil. Himchan menggeleng. Teamin yang masih geram dengan Himchan menolak Himchan dari belakang. Himchan tanpa sengaja terpeluk Min Ha di depannya. Semua kanak-kanak ketawa melihat mereka berdua. Mujurlah bayi yang didukung oleh Min Ha tadi dah dikembalikan kepada Puan Hani. Min Ha terkejut, Himchan segera bangun.

"Awak tak apa-apa?" Himchan menarik Min Ha bangun.

"Tak" Min Ha menggeleng. Tiba masanya Himchan membalas dendam pada Teamin yang sangat nakal.

"Kau, jaga kau!," Himchan mengambil patung besar dan mengejar Teamin.

"Argh!!!" Teamin menjerit ketakutan diikuti kawan-kawannya yang lain. Min Ha tersenyum melihat Himchan melayani kanak-kanak. Pipinya masih terasa panas, malu akibat kejadian tadi.

"Tak sangka Himchan-sunbae lebih pandai melayan kanak-kanak ni," Min Ha tersengih melihat Himchan seronok bermain dengan kanak-kanak itu.

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Annyeong...! Himchan and Min Ha. Satu permulaan yang baik! Hehehe... Daehyun dan Yoonmi lepas ni aku akan buat cerita untuk mereka pula.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya