21- Mianhae...

Our Love Fictions (Malay version)

Youngjae pov

Aku hanya mampu memandang Jihye dari jauh, aku tak berani berhadapan dengannya. Aku masih tak percaya apa yang dikatakan oleh hyung, benar ke dia kerja untuk semua itu. Tapi aku... Apa yang aku dah buat? Aku dah lukakan hati sesorang yang sangat sayang.

“Jihye! Kau tak apa-apa ke?” Hani menghampiri Jihye.

“Hmn... aku oky! Aku nak balik, kejap lagi aku ada hal,” kata Jihye masih lemah. Hani tidak dapat menghalangnya, Jihye sememangnya keras kepala. Tidak mudah orang menghalang pendiriannya. Masa ini aku kena mengekorinya, apakah benar apa yang dikatakan oleh hyung. Aku melangkah berhati-hati agar Jihye tidak perasan dengan tindakan aku ini.

Aku memandu perlahan-lahan mengekori basikal Jihye di depan. Cafe Heaven? Bukan ke ini tempat kegemaran Himchan hyung selalu kujungi. Apa Jihye buat kat sini? Aku terus mencari tempat parking kereta dan menuju ke Cafe itu. Aku menunggu kemunculan Jihye hilang di sebalik kaunter tadi.

“Annyeonghaseyo...  encik nak order? Makan atau minum?”

What?! Aku terkejut melihat Jihye sedang memakai baju pelayan restoran itu dan sedang mengambil order tetamu. Aku bersembunyi seketika, jadi... Jihye kerja sebelah petang kat Cafe ni. Kenapa Himchan hyung tak pernah beritahu aku?

Aku mengambil keputusan untuk terus mengekori Jihye secara diam-diam sehinggalah suatu perkara yang membuatkan aku terkejut melihat Jihye menghantar susu dan surat khabar pada waktu subuh. Aku hanya mampu melihat tubuh Jihye yang lemah sedang menghantar susu dan surat khabar dengan menggunakan basikalnya. Aku tak sanggup melihat keadaannya. Melihat keadaannya tidak sihat tetapi masih nak paksa diri juga berkerja. Patutlah selama ini Jihye selalu kepenatan dalam kelas. Aduh... apa yang aku dah buat ni?! Aku tak patut biarkan benda sehingga jadi begini. Semuanya salah aku! Aku mendengus kasar, memang salah aku! Mianhae Jihye... Mianhae...

 

 

----------------------

 

 

 

“Gomawo sebab datang balik ke kelab ni, kalau tak ada kau mesti teruk tarian kami lagi,” kata cindy pada Sohyun.

“Hmn... aku Cuma datang ke sini sehingga persembahan kat Seoul nanti. Aku akan kembali ke kelab seni lukisan.” Ujar Sohyun. Mereka berpandangan.

“Tapi... kami ingatkan kau akan kekal bersama kami,” kata salah satu ahli yang lain. Sohyun senyum nipis menggeleng.

“Aku dah janji, aku hanya berlatih dengan korang sementara.”

“Jadi... hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Aw... Kenapa tak kekal dengan kami je?”

Sohyun menggeleng, Sonmi telah merayu padanya agar masuk ke dalam kelab seni tarian. Dia tiada pilihan lain bila Sonmi sering memujuknya masuk kembali ke kelab itu. Sohyun akhirnya masuk dengan syarat masuk ke kelab itu hanya sampai persembahan mereka itu. Sonmi juga beritahunya yang dia akan meninggalkan sekolah selepas persembahan tarian mereka.

“Mianhae,” ucap Sohyun pada mereka. mereka mengeluh antara satu sama lain.

“Boleh aku cakap dengan awak sebentar?” Jongup tiba-tiba datang. Sohyun teragak-agak hendak mengekorinya tetapi akhirnya dia memaksa juga dirinya bangun. Jongup sedang menunggunya di hujung lobi.

“Kenapa tak terus kekal dalam kelab ini?”

Sohyun mengerut tidak faham dengan lelaki di depannya, ‘dulu punyalah menghalau orang dan sekarang macam nak aku kekal dalam kelab ini.’

“Aku tak nak, lagipun aku tak tenang bila ada orang sedang membenci aku.” Perli Sohyun memeluk tubuh. Jongup tergamam.

“Bukan ke ini impian kau?”

“Impian aku biarlah aku yang usahakan sendiri. Aku tak ikut kelab ini pun aku boleh capai impian aku. Apa yang kau nak sebenarnya ni?” Sohyun sudah mula naik angin, dia tidak tenang bila Jongup mula mengungkit peribadinya.

“Oh ya? Baik, aku akan tengok sejauh mana kemampuan kau.” Kata Jongup seolah-olah mencabarnya.

“Jongup-sii, kau tak perlu cabar aku pun tak apa. Lagipun aku akan ikut cakap kau itu dulu, aku akan tinggalkan Busan ini dan balik Seoul. Barulah terlerai dendam kau tu,”

“Mwo?” Jongup tersentak, Sohyun sudah ingat semuanya.

“Jangan risau, aku akan pujuk papa aku balik Seoul dan dia takkan ganggu kau lagi. Aku takkan jumpa kau lagi selepas itu. Faham?” Sohyun terus meninggalkannya. Jongup terdiam mendengar semuanya, kaku, keluh lidahnya.

 

 

---------------------------

Zelo tidak keruan dengan pandangan Rena yang tidak lepas dari merenung dirinya membaca buku.

"Wae?" kata Zelo tanpa memandangnya.

“Oppa... Suka dengan Sohyun unnie ke?” lama Rena merenung Zelo yang sedang membaca bukunya. Mereka berada dalam library dan tidak ramai pelajar berkunjung ke library itu. Zelo tahu Rena masih merajuk tentang kejadian tempoh hari.

“Hmn... suka. Wae?”

“Jadi... oppa dah tak suka aku ke?” Rena menarik muncungnya. Zelo tersenyum, comel melihat Rena merajuk. Sebenarnya perasaannya tidak pernah berubah pada Rena, baginya Sohyun merupakan rakan baiknya. Semenjak berkenalan dengan Sohyun, dia hanya menjadi tempat mengadu.

“Rena dengar sini, aku hanya sayang Rena seorang sahaja. Hati aku tak pernah berubah. Sohyun itu chingu aku dan awak... err...” Zelo menggaru kepalanya. ‘Lupa pula... aku belum lagi kapel dengan dia ni.’

“Aku ni siapa pada oppa?” Rena menunggu.

“buah hati oppa, hmn... lebih kurang begitulah.” Zelo cepat-cepat menyambung kembali membaca bukunya. Rena tersenyum lebar mendengarnya.

“Betul ke?”

“Hmn... ssshhh!!!” Zelo mengisyaratkan supaya perlahankan suaranya. Rena tertawa kecil.

“Tapi Rena tak boleh cemburu bila aku dengan Sohyun. Sebab dia adalah kawan aku dan Rena cubalah kawan dengan dia ya,” kata Zelo mengusap kepalanya.

“Arraso!” Rena mengganguk.

“Good job!”

 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

lol... aku hanya buat ni, aku ingatkan tak sempat. hihihihi...

kadang2 aku akan buat tiga kisah dalam satu masa.

Aku sepatutnya study tapi fikiran melayang then sambung cerita ni. hehe...

#pls comment :)

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya