15- sad

Our Love Fictions (Malay version)

 

Yongguk kebetulan melintas kelab tarian, dia hanya melihat dari luar. Sonmi kelihatan sibuk mengajar beberapa pelajar junior. Waktu malam pula Sonmi mengajar senior yang akan buat persembahan di Seoul nanti.

“Yongguk-sii, awak buat apa kat sini?” Sonmi keluar apabila melihat kelibat Yongguk di luar. Yongguk tersentak tidak menyedari Sonmi keluar dari bilik itu.

“Aniyo,” Yonggul memandang ke tempat lain.

“Err... lama tak jumpa. Aku nak cakap sesuatu dengan awak, boleh kita jumpa tak?” Sonmi berhati-hati bercakap.

“Baiklah,” Yongguk menerima ajakannya kali ini. Sonmi tidak menyangka Yongguk akan menerima pelawaannya.

“Terima kasih. Kat cafe...”

“Aku tak nak berhampiran dengan sekolah. Jumpa kat white coffee, kau tahu kan kat mana?” Kata Yongguk. Sonmi tersentak, di sanalah restoran yang dia dirakam seolah-olah bermesra dengan lelaki lain dahulu.

“Err...”

“Kenapa? Kau tak nak ke?”

“Baiklah, aku tahu kat mana tempat tu,” Sonmi sedikit tergagap.

“Kalau begitu, jumpa petang ni,” kata Yongguk melangkah pergi. Sonmi menahan geram dengan sikap Yongguk yang tidak pernah berubah.

 

 

Petang itu Sonmi agak lewat sedikit kerana dia terpaksa berjumpa dengan pengurus sekolah. Yongguk memandang jam tangannya, sudah menunjukkan dua lima minit. Sonmi belum lagi kelihatan. White coffee mempunyai rekaan yang unik, orang di luar yang lalu lalang boleh dilihat. Kelihatan Sonmi berlari di sebelah jalan, Yongguk hanya memerhati Sonmi yang kelam kabut. Jelas sekali kerisauan Sonmi disebabkan lewat temu janjinya.

“Huh, mianhae. Aku jumpa dengan pengurus sekolah tadi,” Sonmi tercungap-cungap, Yongguk menahan gelak melihat keadaannya.

“Kenchanna, duduklah,” Yongguk memanggil pelanggan untuk memesan minuman untuknya. Sonmi mengeluarkan tisu untuk mengesat peluh di dahinya. Yongguk memerhati gelagatnya, bercampur baur perasaan Yongguk apabila melihat Sonmi.

“Apa hal yang awak nak beritahu aku?”

“Err...” belum sempat Sonmi menjawab minumannya telah sampai. Sonmi terpaku melihat minuman kegemarannya, tidak menyangka Yongguk memesan minuman kegemarannya.

“Kenapa tak minum?” Yongguk tahu Sonmi terkejut dengan tindakannya memesan minuman kegemarannya. Sonmi menurut lalu minum Tea Coffee di depannya, dia menahan sebak.

“Hal yang aku nak beritahu adalah...” Sonmi tertunduk cuba bertenang. Yongguk mengerut, menanti sesuatu yang tidak difahami bila melihat kelakuan Sonmi.

“Apa dia?”

“Aku gembira sebab awak sudi jumpa dengan aku dan minuman ini. Gomawo, hal yang aku nak beritahu awak ialah aku akan pergi ke luar negara selepas tiga bulan ni...”

“Jadi awak nak jumpa aku hanya nak beritahu ini ke?”

Sonmi tersentak, Yongguk bengang dengan pemberitahuannya.

“Dae, tapi aku takkan ganggu awak dalam latihan lagi. Aku Cuma nak beritahu perkara ini sebab mungkin ini kali terakhir aku dapat berjumpa dengan awak.” Sonmi senyum memandang Yongguk.

“Aku tak faham, kenapa awak balik kemudian pergi lagi?”

Sonmi terkedu, sebenarnya dia sendiri lari dari sekolah di luar negara dan balik ke sini atas kehendaknya. Keluarganya memaksanya kembali ke luar negara untuk menyambung kembali pelajarannya di sana.

“Mianhae, sebenarnya aku lari dari sekolah tanpa pengetahuan keluarga aku. Dan sekarang mereka menyuruh aku kembali ke sana,” ujar Sonmi.

“Mwo?” Yongguk agak terkejut mendengarnya. Tidak menyangka sama sekali, jadi selama ini Sonmi menipu sekolah telah habis belajar di luar negara.

“Aku balik ke sini pun sebab nak jumpa awak, aku cukup gembira sebab dapat jumpa awak biarpun awak masih tak maafkan aku. Sekali lagi, gomawo Bang Yongguk,” Sonmi memberikan senyuman manis padanya. Yongguk terdiam.

“Tapi, aku tak tenang selagi awak tak maafkan aku, yongguk –sii. Untuk kali terakhir aku nak minta maaf dan sila maafkan aku ya,” kata Sonmi senyum tunduk kemudian berdiri bersedia untuk pergi. Keluh lidah Yongguk ketika itu.

‘Awak tak nak halang aku ke? Jebal...’ getus hati Sonmi mengigit bibir memandangnya.

“Ann.. anyeong,” Sonmi melangkah pergi. Yongguk mendengus kecil memandang Sonmi melangkah pergi.

 

 

Seminggu kemudian

Youngjae menangis membaca komik yang baru dibelinya, Jihye pelik melihatnya. Ai... Budak ni, baca komik pun nangis ke?’ Jihye mengambil komik itu ketika Youngjae mengesat air matanya.

“Kenapa dengan kau ni?” Jihye hairan.

“Kau tak nampak ke, cerita ni sedih... pasangan kekasihnya dah berpisah. Dah tak ada harapan dah....” kata Youngjae menangis seperti anak kecil. Jihye menahan gelak melihat gelagat Youngjae. Rupanya ini kelemahan Youngjae, mudah menangis. Emosi sangat.

“Sejak aku sampai ke sekolah tadi aku nampak ramai orang baca ni. Seronok sangat ke komik ni?” Jihye tidak faham mengapa semua orang minat sangat baca komik itu. Kerana dia tidak suka membaca komik. Youngjae mendengus kecil mengambil komik itu.

“Mestilah, kau tak suka baca komik ke?”

Jihye menggeleng, melihat sekeliling kebanyakannya mereka bercerita tentang komik itu.

“Ini buat kita hilang tekanan tahu tak?” Youngjae menunjukkan komik itu.

“Hilang tekanan, tapi kenapa dia buat orang nangis pula?” kata Jihye.

“Sebab jalan cerita nilah, aish... kenapalah pelukis dia nak pisahkan mereka berdua...” keluh Youngjae. Jihye menggeleng. Daehyun juga baru datang mendekati kawan baiknya. Dia tertarik dengan komik yang dipegang oleh Youngjae. Tidak sampai lima minit dia membaca dia melontar komik itu, Jihye dan Youngjae tersentak.

“Yah...! Kau ni kenapa? Buang komik aku sembarangan,” Youngjae mengambil komiknya. Daehyun mendengus beredar. Dia hampir lupa komik itu dilukis oleh Yoonmi, ketika dia membaca komik itu barulah dia sedar Yoonmi menceritakan tentang kisah mereka berdua. Semua orang tidak perasan kerana Yoonmi menggunakan kelainan sedikit, hanya Daehyun sahaja tahu.

 

 

Yoonmi pov

Aku tertidur atas mejanya, aku menutup kepalaku dengan dengan kot seragam sekolah. Semua rakan sekelas menceritakan tentang komik aku yang baru diterbitkan, ada yang memberikan respond amat kesal dengan jalan ceritanya. Aku  separuh sedar bila terdengar kata-kata mereka. Sebenarnya aku buat cerita itu tentang aku dan Daehyun, jadi apa yang aku alami aku lukiskan.

“Sedihlah cerita komik ni...” keluh salah seorang daripada mereka.

“Betul tu,”

Aku mengeluh kemudian bangun mahu ke tandas, sebentar lagi kelas akan bermula. Entahlah, perasan aku sedih atau gembira bila melihat semua peminat aku membaca komik aku itu. Mereka juga sedih setelah membaca komik itu.

“Yoonmi-ah, kenchanna?” Min Ha datang menerpa aku. Aku senyum nipis memandangnya.

“Semua orang cerita pasal komik yang baru diterbitkan, aku nak menangis baca komik ni.” Ujar Min Ha.

“Aku tahu, Min Ha. Aku nak ke tandas kejap, mengantuk sangat ni,” kataku lemah sekali. Min Ha keluh melihat aku melangkah. Aku memandang wajah aku di cermin, aku sedar aku kelihatan tidak bermaya. Aku mengambil air lalu mencuci mukaku. Beberapa hari aku menghabiskan masa menyiapkan lukisan aku, syukur dapat disiapkan secepat yang boleh. Aku tak tidur beberapa hari juga hanya kerana lukisan itu. Lagipun aku tak dapat tidur langsung dan cuba melukis ketika tidak dapat tidur.

Pertama kali aku buat pembaca aku menangis, huh... seperti mereka juga berkongsi dengan kesedihan aku ini. Aku terhenti melangkah di depan pintu kelas, aku terdengar suara Daehyun.

“Aku nak jumpa Yoonmi, mana dia?”

“Kami tak tahu, dia baru je keluar tadi,” rakan sekelas gementar melihat Daehyun yang serius.

Jantung aku berdegup laju, aku segera bersembunyi di kelas sebelah. Pelajar di kelas itu berasa hairan dengan kelakuan aku. Aku duduk mencangkung sambil mengigit jari menunggu sehingga Daehyun beredar dari kelas mereka. Aku mengisyaratkan pelajar dalam kelas itu supaya tidak memberitahu Daehyun yang aku berada di kelas mereka. Mujurlah mereka memahami.

“Dahlah Daehyun, dia tak berada kat sini,” Youngjae menarik Daehyun balik ke kelas mereka. Aku menekup mulut.

“Yoonmi, awak kat mana? Aku tahu awak bersembunyi,” Daehyun sedikit menjerit memanggil.

“Yah! Kau dah gila ke? Dia tak ada kat sinilah,” Youngjae geram terus membawa Daehyun pergi dari sana. Aku berdiri perlahan setelah menyedari mereka berdua telah pergi.

“Kamsamida,” aku tunduk pada orang yang telah membantu aku. Mereka kaku melihat aku keluar pergi. Ketika aku masuk ke kelas semua orang memandang aku. Malas aku melayan mereka, yang aku tahu sekarang hanyalah tidur. Aku sangat mengantuk dan tidak bermaya lagi.

 

----------------------------------------------------------------------------------------

sebenarnya idea aku nak keluar, tapi network tempat aku ni buat aku geram betul!! Jadi, aku tak dapat update selalu... T.T

Dapatkah Yoonmi melarikan diri dari Daehyun selamanya???

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya