18- part time

Our Love Fictions (Malay version)

Seminggu telah berlalu, Jihye berjaya mencari kerja part time tambahannya untuk membayar ganti rugi tabung B.A.P itu. Pada sebelah petang seperti biasa dia bekerja di cafe Heaven dan sebelah malam dia berkerja sebagai pelayan di restoran 24 jam di seberang jalan rumahnya. Sebelah subuh pula dia bekerja menghantar susu dan surat khabar ke rumah orang. Jihye mengambil masa sejam untuk melawat ibunya di hospital. Selama ini dia berkerja part time untuk membiayai kos perubatan ibunya di hospital tapi kini dia terpaksa berkerja lebih. Awal pagi pula dia kena pergi ke sekolah seperti biasa.

Bunyi lonceng menandakan kelas terakhir sudah selesai, Jihye memandang jam tangannya. Dia hampir terlambat pergi kerja, dia segera mengemas bukunya. Hani terkebil-kebil melihat Jihye.

“Hani-ah, boleh tak awak tolong hantar kerja sekolah aku ni. Annyeong!” Jihye mengangkat begnya. Dia hampir terlanggar Youngjae di depannya. Mata mereka bertentangan. Jihye memberi senyuman padanya tetapi Youngjae mendengus kecil tidak meghiraukannya, dia berlalu terus ke tempat duduknya. Jihye terkedu, dia tahu Youngjae amat benci dirinya, dia mengeluh kecil memandang jam tangannya.

“Alamak! Habislah,” Jihye berlari keluar dari kelas mendapatkan basikalnya di parking. Mujurlah tiada peminat B.A.P yang cuba membulinya selepas dia diketahui mencuri tabung itu. Jihye sentiasa sibuk dengan halnya dan kelab yang diikuti juga dia tidak hadir. Oleh itu Jihye tidak dibuli, tapi sebaliknya Daehyun dan Himchan telah memberi amaran pada orang yang cuba membuli Jihye. Jika tidak mereka akan dikenakan oleh Daehyun dan Himchan.

“Kesiannya Jihye, dia kena kerja siang dan malam,” kata Hani pada Soohyun.

“Apa boleh buat...” keluh Soohyun.

 

 

Himchan dan Min Ha menuju ke cafe Heaven sambil berpegang tangan, pelayan menyambut mereka dengan mesra sekali. Himchan sering ke cafe itu selepas latihan bole keranjang, tapi kali ini dia membawa Min Ha ke cafe kegemarannya.

“Oppa selalu datang sini ke? Pelayan tadi sangat mesra bila kita masuk tadi,” Min Ha cemburu melihat pelayan yang baru beredar setelah selesai mengambil pesanan mereka.

“Kenapa? Tak boleh ke?” Himchan tersenyum, dia perasan Min Ha sedang cemburu.

“Err... Pelanggan kat sini ramai, mungkin makanan kat sini sedap,” Min Ha menggelabah lalu mengubah topik.

“Pandai awak tukar topik, sebenarnya awak cemburu. Betul tak?” Himchan cuba memancingnya.

“Mana ada!” Min Ha melarikan pandangannya dari mata Himchan. Dia menarik muncung bila Himchan ketawa kecil mengenakannya.

“Makanan anda dah sampai,”

“Kamsa...” Himchan terkejut melihat Jihye  menghantar makanan mereka.

“Jihye-sii, apa kau buat kat sini?” Himchan memandang pakaian Jihye, seperti pelayan restoran dalam ini. Min Ha bingung, dia tidak mengenali sepenuhnya Jihye.

“Err... Annyeongseyo,” tunduk Jihye pada mereka berdua.

“Siapa dia?” Min Ha memandang Himchan.

“Dia... rakan sekelas aku. Jihye, duduk sebentar. Aku nak cakap sesuatu dengan awak ni,” kata Himchan dengan serius. Jihye tidak berani melawan dan menurut dan duduk di sebelah Min Ha, kerana Himchan merupakan pelangan yang dihormat dalam restoran itu menurut pengurus mereka sebentar tadi.

“Jadi awak kerja sini untuk membayar semua ganti rugi itu ke?” Himchan menanyakan apa yang disangkanya. Jihye mengganguk.

“Tolong jangan beritahu Youngjae pasal hal ini, aku merayu dengan awak,” kata Jihye merayu risau jika Youngjae tahu akan halnya. Himchan mengeluh, Min Ha kesian melihat Jihye. Rupanya Jihye adalah orang yang tertuduh mencuri tabung itu.

“Aku tak sangka Youngjae lakukan sampai awak begini,” kesal Himchan.

“Aniyo, aku dah biasalah kerja sebenarnya,” kata Jihye tersenyum.

“Tapi...”

“Jebal, aku merayu sangat dengan awak jangan beritahu dengan dia. Dia benci sangat dengan aku sekarang,” ujar Jihye senyum pahit.

“Jangan risau unnie, kami takkan beritahu dia. Ok?!” Min Ha tersengih menepuk bahu Jihye.

“Betul ke?” Jihye tersentak. Himchan mengganguk.

“Aku akan bantu awak. jangan risau sangat,”

“Gomawo, kalau begitu aku pergi dulu.” Jihye tunduk berasa lega dengan pertolongan mereka.

“Jadi dialah orangnya, cantiknya,” Min Ha memuji kecantikan Jihye.

“Youngjae sebenarnya sayang dengannya tapi dia tak pernah luahkan,” kata Himchan. Min Ha mengganguk perlahan.

“Tapi, biasanya jika ada ‘pengkhianat’ B.A.P apa yang mereka lakukan? Aku tak nampak pun berlaku pada Jihye unnie,” Min Ha tertanya-tanya kerana kejadian tabung hilang itu tidak memberi kesan besar sangat.

“Sebenarnya Daehyun cuba melindungi perasaan Youngjae juga jadi kami memberi amaran pada junior dalam sekolah agar tidak buat apa-apa pada Jihye.” Ujar Himchan. Min Ha mengganguk faham, kata-kata Kay terngiang-ngiang di fikirannya.

“Hmn... Minuman ni sedap, nak rasa tak?” Himchan memberi minumannya. Min Ha mengganguk dan merasai minuman itu.

“Dae, sedap,” Min Ha tersengih, Himchan kelihatan gembira. Min Ha takut apa akan terjadi suatu hari nanti, apakah dia perlu bertindak atau... ada jalan lain? Min Ha mengeluh bila teringat akan ugutan abangnya.

“Himchan oppa, bagaimana jika sejarah masa lampau berlaku kembali?” Min Ha berhati-hati bertanya tentang hal itu.

“Maksud Min Ha?”

“Err... pencurian plan itu,” kata Min Ha.

“Aku harap itu takkan berlaku lagi, lagipun jika hal itu akan berlaku mungkin B.A.P akan musnah.” Kata Himchan. Min Ha terdiam.

“Kenapa tanya macam ni? Sepatutnya kita tak akan bercakap tentang ini, sebab ini adalah tentang B.A.P.” Himchan mula hairan.

“Aku tanya jer... mianhae,” Min Ha serba salah.

“Kenchanna, aku faham. Aku tak patut rahsiakan dari awak,”

Min Ha tersenyum mengganguk. Macam mana ni? Apa patut aku lakukan?

 

 

 

----------------------------------------------------------------------------------------

Jjang!!! Omo... dari chapter 16-18 aku trus update. Sebab aku dah tak ada masa dah ni. This mean I have another plan work. So, maybe its late to update again. But, I will promise you all to update again. ok?!

Minahae kalau ada kesilapan, ini kerja men cepat punya hahaha... Tapi yang penting aku harap kamu faham gaklah 'BM' aku ni.

I really miss B.A.P to comeback their album again.... T.T

tHANKS kerana sudi baca, subcrbes dan beri comment korang semua..

Aku nak minta tolong dari kamu semua, boleh ke tu??? >.<

Tolong beri comment and subcribes idea aku yang seterusnya ni.Itupun kalau korang suka, dan ikhlas hehehe....

 

 

http://www.asianfanfics.com/story/view/463033/the-romantic-idol-3-malay-version-beast-infinite-malay-snsd-exo-bap-hellovenus

 

So... Gomawo.. :) bye3

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya