29- Destiny

Our Love Fictions (Malay version)

"Oppa, gomawo...." bisik suara lembut Min Ha.

"Wae?" Himchan tidak dapat melihat wajah Min Ha dengan jelas.

"Sebab oppa juga sayangkan Min Ha tapi mianhae... Min Ha tak dapat tunggu oppa,"

"Apa maksud Min Ha ni? Atau... Min Ha benar-benar nak tinggalkan aku ni?"

"Mianhae..." wajah Min Ha semakin hilang dari pandangan Himchan.

"Min Ha, tunggu!!! Awak nak ke mana tu? Tunggu oppa!" Jerit Himchan mencari kelibat Min Ha tetapi tidak dapat dicari. Himchan semakin panik dan menjerit-jerit nama Min Ha.

"Hyung! Bangun! Ppali...!"

Himchan terjaga sebaik sahaja memanggil nama Min Ha kali terakhir. Zelo di sebelahnya juga panik.

"Mana Min Ha? Mana dia?" Himchan memandang sekeliling. Zelo serba-salah memberitahu perkara sebenar tetapi apa yang penting sekarang dia perlu bawa Himchan ke tempat MIn Ha.

 

 

 

Yoonmi dan mama Min Ha berada di tepi katil Min Ha, kepala Min Ha masih berbalut kain putih dan kelihatan pucat sekali. Min Ha menahan sebak dan nafasnya semakin lemah, dia tersenyum melihat orang sekelilingnya. B.A.P dan mamanya serta kawan baiknya. Kecuali abangnya tidak berada di sana kerana berada dalam balai polis. Sebentar tadi, doktor memberitahu mama Min Ha yang Min Ha sebenarnya menhidapi dua penyakit dalam masa yang sama iaitu barah otak dan buah pinggang. Mama Min Ha terkejut mendengar semuanya dari doktor itu.

"Min Ha sayang... Jangan tinggalkan mama," ujar Mama Min Ha menangis teresak-esak. Yoonmi cuba tidak menangis tetapi air matanya tetapi mengalir di tepi.

"Gomawo ma... Sebab datang jenguk aku, sebelum aku pergi..." kata MIn Ha perlahan-lahan kerana nafasnya semakin lemah.

"Jangan cakap begitu sayang..." Mama Min Ha menggengam jari jemari Min Ha.

"Mana Himchan ma..." Min Ha mula sesak nafas, memandang sekeliling, Yongguk memandang Youngjae di sebelah. Mama Min Ha memandang mereka semua.

"Min Ha, aku kat sini!" Himchan kelam kabut menghampiri katil Min Ha sebaik sahaja mendengar namanya, biarpun dia telah cedera parah tetapi dia gagahkan dirinya juga.

Min Ha mengerut menahan nafasnya dan cuba mengukir senyuman untuk Himchan.

"Oppa..."

"Min Ha, please jangan pergi, aku mohon..." Himchan menangis teresak-esak menggengam tangannya. Min Ha menggeleng perlahan-lahan turut menangis melihat tangisan Himchan.

"Mianhae oppa, Min Ha sakit... argh...!" Min Ha menjerit kecil bila kepalanya menyerang. Semua orang panik melihat keadaannya.

"Min Ha..." Yoonmi menangis melihat kawan baiknya. Min Ha menggengam tangan Yoonmi.

"Mianhae..."

Sohyun mengesat air matanya tidak sangup melihat situasi tersebut, Min Ha memandang Himchan yang masih menangis.

"Oppa... Saranghae," kata Min Ha tersekat-sekat. Himchan cuba menahan sebak bila mendengar.

"Saranghaeyo..." bisik Himchan kemudian mencium pipi Min Ha, Mama Min Ha hanya mampu memandang.

Min Ha mula sesak nafas dan dadanya mula terangkat menahan pernafasan yang semakin kurang. Himchan menggeleng tidak mampu melihat permergian Min Ha. Mama Min Ha menangis, begitu juga Yoonmi. B.A.P yang lain juga tidak dapat menahan sebak.

"Mianhae..." kata-kata terakhir yang dikatakan oleh Min Ha dan akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir. Yoonmi terduduk lemah atas lantai menangis pemergian Min Ha. Mama Min Ha mula memberontak memanggil nama Min Ha, Yongguk dan Jongup segera mendapatkan mama Min Ha. Himchan seakan tidak percaya melihat Min Ha sudah tiada. Dia menangis tersedu-sedu. Zelo mengambil nunanya agar berdiri.

"Kawan aku dah tak ada..." kata Yoonmi lemah sambil menangis, Sohyun memeluknya. Dia turut simpati dan menangis.

"Sabar unnie..." Sohyun menggosok bahu Yoonmi.

"Min Ha, sampai hati awak tinggalkan aku...!" kata Himchan dengan kuat sekali, Yongguk mendapatkan cuba tenangkan Himchan.

"Sabar Himchan, ini adalah takdir. Min Ha dah pergi buat selamanya," kata Yongguk simpati dengan Himchan.

Semua orang menangisi pemergian Min Ha, Min Ha mendapatkan Himchan di tempat kejadian dalam keadaan sakit. Dia memaksa dirinya juga pergi tempat kejadian itu. Semua orang tidak tahu kenapa dia boleh berada di tepi gaung, tapi dia sebenarnya sudah lama berada di sana dan bersembunyi. Semua adalah takdir... 

 

 

 

 

----------------------------------------------------------------------------------------

:(

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya