6-Decision

Our Love Fictions (Malay version)

Perlawanan bola keranjang bagi sekolah tinggi Bandar Busan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Yongguk dan Youngjae telahpun membincangkan beberapa plan yang penting dalam strategik permainan mereka. Mereka tidak mahu dipandang rendah oleh kumpulan lain lagi. Tahun lepas mereka telah kalah teruk akibat rahsia strategik mereka telah dicuri. Dah namanya BEST. ABSOLUTE. PERFECT. Sudah pastinya mereka menanggung malu disebabkan kekalahan. Bila disiasat rupanya Saemi adik kepada ketua lawan mereka telah mencurinya secara senyap. Daehyun amat kesal dan bengang dengan apa yang telah terjadi, rupa-rupanya Saemi telah sengaja menghampirinya dengan tujuan yang lain. Yongguk juga sangat marah dengan Saemi dan menyuruh pihak sekolah membuangnya kerana mengkhianat. Semua orang setuju dengan tindakan Yongguk dan turut membenci Saemi.

"Anda semua faham apa yang telah aku sampaikan?" Yongguk memandang serius semua ahli bola keranjang.

"Ya. Kami faham," Mereka mengganguk.

"Aku harap hal yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang lagi," Yongguk menjeling ke arah Daehyun. Dia mengetahui Daehyun kini sudah ada teman wanita dan cuba memberi amaran kepadanya. Daehyun hanya mendiamkan diri tidak menjawab, biasanya dia akan menjawab semua yang dilontarkan kepadanya tetapi hari ini tidak pula.Pelik... 

"Baiklah, mari kita mulakan latihan sekarang" Yongguk memberi arahan. Semua menurut, tiada siapa yang boleh melawan arahannya kerana Yongguk mempunyai taraf yang baik untuk dihormati. Yongguk merupakan anak kepada ketua kongsi gelap yang terkenal di Busan, semua orang takut dan segan dengan ayahnya. Tetapi ayah Yongguk jarang menimbulkan masalah dan sebaliknya banyak melaburkan perniagaan di dalam bandar. Yongguk pula bijak dan tegas dalam mengurus sesuatu.

Mereka akan mengadakan latihan setiap hari bagi perlawanan yang akan datang.

 

----------------------------

 

Selepas latihan bola keranjang, Jongup dan Zelo menuju ke kelas tarian pula. Mereka tidak beritahu Yongguk yang mereka mengikuti kelas tersebut. Sudah menjadi minat mereka berdua, bagi mereka tiada siapa yang boleh halang mereka. Hari kedengaran kemasukan seorang pelajar baru ke dalam kelab tersebut. Jongup dan Zelo bertambah semangat pula nak datang awak ke kelas itu.

"Hari ini kamu ada seorang kawan, dia seorang yang lincah menari dan menyanyi. Dia juga berasal dari sekolah tinggi art musical Seoul. Silakan masuk," Sonmi selaku guru muda tarian mereka memberi isyarat kepada pelajar itu. Semua yang duduk hanya menunggu dengan penuh sabar.

"Annyeonghaseyo, aku Lee Sohyun-nimida. Aku dari Seoul dan mengikuti keluarga ke sini kerana urusan kerja. Selamat berkenalan semua," Kata Sohyun memperkenalkan diri kepada semua pelajar di depan. Semua terpaku melihat kecantikannya.

"Aku nak tanya, awak dari sekolah art musical. Di sana kan sekolah terbaik, kenapa pindah kat sini pula," Zelo mengangkat tangan.

"Aku dah kata tadi, urusan kerja keluarga," kata Sohyun. Zelo terdiam, terkeluh dengan sikap Sohyun yang dingin. Mereka berpandangan dengan sikap Sohyun yang tidak menyenangkan. Jongup mengerut merenung Sohyun. Perempuan ni macam pernah jumpa tapi kat mana ya... Sohyun terasa ada seorang yang merenungnya sejak tadi lagi. Tapi tidak menghiraunya. Malas nak peduli.

"Er... Sohyun, awak dah boleh duduk," Sonmi segera mengarahkannya kerana bimbang ada sesuatu yang tidak menyenangkan. Sonmi merupakan guru termuda dalam sekolah tersebut, dia baru balik dari luar negara dan kedengarannya dia juga bekas sekolah ini. Semua pelajar lelaki tertarik dengannya kerana kecantikan dan senyumannya yang menawan.

 

 

-----------------------------

"Awak buat apa balik ke sini? Aku tak nak tengok awak dah," Yongguk menjaringkan bolanya. Beberapa bola bertaburan sana-sini kerana Yongguk berlatih menjaringkan bola. Di sudut pintu hujung gelanggang, Himchan dan Youngjae hanya melihat mereka dari jauh.

"Mianhae, aku..."

"Tahniah, aku dengar kau dah jadi guru kat sini. Aku benci orang yang mengkhianati aku dan juga menipu aku. Kenapa awak masih muncul?" Yongguk memandang tajam. Sonmi terkejut mendengarnya. Tidak faham apa yang Yongguk cuba hendak sampaikan. Himchan dan Youngjae mengeluh, kesian melihat Sonmi yang masih tidak putus asa meminta maaf dengan Yongguk.

"Aku tak pernah khianat awak," Sonmi cuba menjelaskan, Yongguk tersenyum sinis dan menghampirinya. 

"Buat apa awak nak datang kat sini, asyik nak minta maaf. Tak guna langsung! Aku takkan maafkan awak biarpun awak minta maaf banyak kali aku takkan sesekali maafkan awak," Yongguk melangkah.

"Benar ke? Awak dah memang tak ada perasan dengan aku? Aku datang sini dengan harapan, sebab aku masih... Masih... Ada perasan kat awak," Sonmi menahan sebak memandang Yongguk dengan mengharapkan sangat Yongguk menoleh sekali ke arahnya. Yongguk tersentak mendengar kata-katanya tetapi mengambil keputusan meninggalkan gelanggang begitu sahaja. Sonmi terduduk menangis kesal. Himchan dan Youngjae segera mendapatkan Sonmi membantunya agar bertenang.

 

FLASHBACK

Yongguk telah jatuh hati dengan seniornya sendiri, orang itu adalah Sonmi. Pelajar yang terkenal dengan personalitynya, dia tidak sombong dan rapat dengan Yongguk. Sonmi merupakan seorang penari yang terkenal dan mendapat tawaran belajar ke luar negara. Yongguk sempat meluahkan perasannya dengan Sonmi, pada mulanya ingatkan Sonmi tidak menerimanya sebagai kekasihnya kerana umurnya masih mentah ketika itu. Tetapi tidak menyangka Sonmi menerimanya.

Namun demikian, suatu hari Yongguk menerima satu video di mana Sonmi dengan seorang lelaki bermesra di sebuah restoran. Yongguk mulanya tidak percaya dan menyiasat perkara itu. Dan hal itu benar-benar terjadi. Sonmi cuba menjelaskannya pada Yongguk tetapi Yongguk mengurungkan diri dalam bilik beberapa hari sehinggalah Sonmi bertolak ke luar negara, Sonmi mengetuk beberapa kali pintu bilik Yongguk tetapi tidak mempunyai respon juga.

"Mianhae... Yongguk-sii, apa yang awak nampak itu semuanya tak benar. Aku akan buktikan suatu hari nanti, yang aku tak buat semua tu," kata Sonmi menangis sebelum keluar dari rumah Yongguk. Yongguk memang seorang yang keras hati dan tidak mudah dicairkan hatinya. Perbezaan umur empat tahun antara mereka berdua tidak menjadi penghalang bagi mereka kerana cinta telah membutakan hati dan fikiran mereka.

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hmn... Ok ke ni aku padankan Yongguk dengan Sonmi berserta dengan umur mereka yang jauh beza? Aku cuma nak buat kelainan sikit. Siapa agaknya Sohyun kepada Jongup?

please leave your comment and subcribes!!!

For Jongup...

I really like his smile :)

Seriously.... I really like when he have serious face... He look charming there.

 

Ada sesiapa tahu siapa dia sebenarnya??? Dia bukan ulzzang, tapi dia juga dari kumpulan girl group Kpop! Cuba teka... :)

Lastly... I LOVE YOU for all reader! For those people are still looking my fiction... Actually I want ending this but I found Daehyun show this letter from Baby... So cute right??? LOL...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya