27- Hurricane

Our Love Fictions (Malay version)

Setelah Jongup dan Daehyun pergi, Sohyun dan Yoonmi masuk ke dalam bilik Min Ha. Mereka berpandangan, Min Ha hilang dalam bilik itu.

"Min Ha, kau kat mana?" Yoonmi cemas mencarinya dan cuba mencari di bilik air.

"Unnie..!" Sohyun turut mencarinya. Tanpa membuang masa, mereka mengejar Daehyun dan Jongup yang baru sahaja beredar.

"Oppa! Min Ha hilang!" Jerit Yoonmi apabila mereka menghampiri mereka berdua. Daehyun dan Jongup tersentak, Yongguk dan Youngjae meluru ke arah mereka.

"Apa yang berlaku ni?"

"Min Ha unnie hilang," kata Sohyun.

"Mwo?" mereka berpandangan, biarpun Min Ha adik kepada Kay tetapi mereka tetap mengambil berat akan kesihatannya.

"Otokaey?" Yoonmi paling risau dengan teman baiknya.

"Baiklah, kamu teruskan cari dia. Lagipun kami dah tak ada masa ni," kata Yongguk pada Yoonmi dan Sohyun. Mereka berdua mengganguk.

 

 

 

 

Bulan purnama memancar keadaan yang tegang, Yongguk merenung tajam musuh ketatnya yang tidak pernah puas hati dengannya. Selama ini dia hanya cuba bersabar dengan mereka, tapi kali ini mereka cuba mengenakan Sonmi membuatkan  dia tidak akan berganjak lagi. Saemi memeluk tubuh sambil tersenyum sinis, dia hanya dapat melihat B.A.P di depan matanya. Nampaknya mereka tidak membawa orang mereka sekali. Saemi memetik jari memberi isyarat supaya mengeluarkan Himchan dari kereta. Himchan ditarik kasar menuju ke depan, Daehyun menahan geram. Perubahan Saemi secara mendadak amat tidak dapat dijangka.

"Abang aku mati disebabkan kau, apa kata dia juga mati di depan awak semua juga?" kata Saemi dengan tawanya. Yongguk tergamam.

"Yah! Saemi, kau dah gila ke?!" tengking Daehyun menghampiri sedikit sempadan antara mereka. Youngjae mahu pergi menghalang tetapi Yongguk memberi isyarat padanya.

"Oh... My Daehyun," Saemi perlahan-lahan mendekati Daehyun. Mata tajam Daehyun tidak sedikit menakutkan Saemi. 'Tak guna!' Himchan kelihatan lemah dan tidak berdaya memandang Daehyun dan ahli B.A.P yang lain. Saemi menyentuh pipi Daehyun, terasa rindu dengannya.

"Saemi... Hajima..." Daehyun cuba bertenang bila Saemi mengeluarkan pisau di tangannya. Yongguk terkejut bila Saemi mengeluarkan pisau dan memainkan di leher Daehyun.

"Daehyun, aku tak nak bunuh awak sebab aku masih sayang awak," kata Saemi menahan sebak melawan mata Daehyun. Daehyun mengerut melihat ekspresi muka Saemi, dia kasihan dengan Saemi tapi dia cuba menafikan kerana Saemi pasti cuba mengenakannya. Daehyun senyum nipis dan perlahan-lahan mengalihkan pisau dari lehernya.

"Saemi, hentikan semua ini. Kita masih muda tahu tak," kata Daehyun cuba memujuk, Saemi tersentak. Kay yang konco-konco yang lain berpandangan.

"Mwo? Suka hati aku nak buat apa, kau tak boleh pujuk aku dengan mudah Daehyun. Aku bukan Saemi yang dulu lagi." tegas Saemi menarik tangannya yang ada pisau.

"Kenapa kau buat semua ni? Aku tahu semua ni salah aku,"

"Bukan, hal ini tak ada kena mengena dengan awak! Dia! Dia yang menyebabkan abang aku mati!!!" Saemi menunjuk ke arah Yongguk. Daehyun memandang Yongguk.

"Benar, aku yang bersalah. Lepaskan Daehyun dan Himchan sekarang juga!" kata Yongguk melangkah ke depan. Saemi senyum nipis. Dia memberi isyarat pada yang lain cuba tidak melepaskan Himchan.

"Aku nak tahu di mana Sonmi?" kata Yongguk kini berdepan dengan Saemi.

"Buat apa kau nak tahu dia kat mana ni?" kata Saemi geram dengan Sonmi.

"Yongguk! Jangan dekati dia!" tiba-tiba jeritan Sonmi dari dalam kereta. Yongguk tersentak, Kay geram kemudian menuju ke kereta dan menampar Sonmi.

"Diamlah!" Kay menamparnya dan Sonmi menangis teresak-esak.

"Yah!" Yongguk menuju ke kereta itu tetapi Saemi cuba menghalangnya dengan pisau di tangannya.

"Apa yang kau dah buat dengan dia?" marah Yongguk.

"Aku nak seksa dia sampai dia... mampus!"

"Tak guna," Yongguk cuba melawan dan membuang pisau dari tangan Saemi. Saemi serta merta mengeluarkan pistol setelah pisaunya dibuang oleh Yongguk. Mereka semua terkejut melihat pisau itu.

"Saemi," Yongguk mengerut.

"Kalau kau melangkah sekali lagi aku akan lepaskan tembakan padanya," Saemi memberi isyarat pada Kay agar mengeluarkan Sonmi dari kereta. Yongguk kaku seketika, Youngjae memikirkan cara jalan untuk melawan balik Saemi. Sonmi lemah ditarik oleh Kay.

"Yongguk-sii, kenapa awak datang sini? Aku yang menyebabkan abangnya mati," kata Sonmi dengan lemah sekali.

"Apa yang awak cakap ni? aku takkan tinggalkan awak sama sekali. Saemi, lepaskan dia kalau tak..."

"Apa?! Apa yang kau nak buat?"

"Saemi-ah, please... Aku merayu dengan kau. Lepaskan Sonmi nuna dan Himchan hyung," Daehyun datang lagi cuba mencairkan hati Saemi. Dia perlahan-lahan mendekati Saemi. Dia tahu Saemi takkan lepaskan tembakan padanya.

"Jangan dekat aku Daehyun, kalau tak aku akan tembak kau!" ugutnya.

"Saemi, please... Aku janji aku akan bersama dengan kau lepas ni. Tapi awak mesti hentikan semua ni," katanya. Yoonmi dan Sohyun yang baru sahaja datang ke tempat itu, mereka mendapat tahu  yang Min Ha berada di tempat mereka semua.

"Benar ke apa yang kau cakap ni?"

"Benar, aku akan bersama dengan kau," kata Daehyun mendekatinya. Saemi menjadi kaku dan Daehyun memeluknya. Yoonmi kaku melihat Daehyun memeluk Saemi. Youngjae senyum dengan rancangannya berjaya. Daehyun memeluk pingang Saemi dan cuba mengodanya. Yoonmi tidak sanggup melihat bila Daehyun cuba mencium Saemi, Kay menjerit cuba menghalang Saemi tetapi didengari. Daehyun mengerut terpaksa mengoda Saemi dan tanpa disedari Saemi, pistol yang dipegang telah diambil oleh Daehyun. Daehyun melepaskan ciuman dan senyum sinis.

"Saemi, hentikan semua ni. Lepaskan saja apa yang dah berlaku," kata Daehyun melemparkan pistol pada Youngjae. Dia terkejut melihat Yoonmi di sisi Sohyun. Saemi menampar Daehyun sekuat hatinya kerana mempermainkannya.

"Aku dah kata, kau tak dengar ke apa yang aku cakap tadi? Pabo!" Kay menengking Saemi. Daehyun memandang tajam.

Yongguk tidak membuang masa lagi dia terus meluru ke arah Kay dan menyerang mereka semua. Jongup turut ikut serta melawan mereka. Saemi menuju ke kereta dan mengambil sesuatu. Sohyun meluru ke arah Himchan dan Sonmi cuba menyelamatkan mereka tetapi Kay sempat mengambil Himchan dan meletakkan pisau.

"Oppa! Jangan!" Min Ha datang menghalang abangnya cuba membunuh Himchan.

"Min Ha?" Kay terkejut kemunculan Min Ha yang pucat lesi dan tidak berdaya. Apa yang berlaku dengan adik aku ni?

"Min Ha, jangan dekati aku. Kalau tak aku akan bunuh dia ni!" kata Kay.

"Oppa jangan, aku sayang Himchan oppa..." Min Ha terduduk, dia sangat hampir di gaung. Sedikit lagi dia akan jatuh. Yoonmi cuba mendapatkan Min Ha tetapi Saemi tiba-tiba berdepan dengannya. Yoonmi ketakutan, Daehyun yang sedang berlawan dengan konco Saemi cuba menyelamat Yoonmi.

"Kau nak ke mana?" Saemi membawa pisau yang dibawanya dari kereta tadi. Yoonmi mengeletar undur ke belakang bila Saemi semakin mendekatinya.

"Jangan..." Yoonmi mengeletar badannya, dia terduduk atas tanah kerana tersandung batu. Saemi cuba mengankat pisau ke muka.Yoonmi menjerit ketakutan bila pisau semakin hampir

"Tak guna!!!" Zelo menghentakkan batu ke atas kepala Saemi. Yoonmi terkejut, Saemi pengsan akhirnya.

 

 

"Oppa, please... Min Ha tak berdaya dah ni," Min Ha mengerut menahan sakit kepalanya. Kay berasa hairan dengan kelakuan adiknya.

"Jebal, Min Ha tengah sakit tu," kata Himchan merayu tidak sanggup Min Ha cuba berdiri menghampiri mereka. Yongguk melepaskan tumbukan terakhir kemudian menuju ke Sonmi yang hampir pengsan.

"Sonmi-ah!" Yongguk memandang tajam ke arah Kay yang sedang menahan Himchan. Sohyun menghampiri Sonmi dan cuba membantu Yongguk.

"Min Ha! Jaga! Bahaya kat sana?!" Yongguk memberi amaran padanya cuba menyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam gaung. Min Ha pening kepalanya dan perutnya semakin sakit, dia cuba gagahkan dirinya tetapi di terduduk semula. Kay segera melepaskan Himchan dan cuba mendekati Min Ha. Yoonmi juga cuba menghampiri tetapi Daehyun menahannya.

Malangnya, semua orang tidak sempat menyelamatkan Min Ha daripada terjatuh ke dalam gaung. Yoonmi meraung menangis memanggil nama Min Ha. Himchan cepat-cepat menuju ke gaung. Kay kaku melihat bayang Min Ha hilang dari pandangannya.

"Himchan, awak nak ke mana tu? Bahaya!" Yongguk terkejut dengan tindakan Himchan yang cuba mahu turun menyelamatkan Min Ha di bawah.

"Lepaskan aku! Aku tak nak kehilangan dia!" Merah mata Himchan memandang Yongguk kemudian turun perlahan-lahan, Kay terduduk lemah. Yoonmi menuju ke tepi gaung sambil menangis. Yongguk tidak dapat menghalangnya.

"Oppa, tolong selamatkan Min Ha. Aku takut kalau terjadi sesuatu pada dia kat sana..." Yoonmi merayu kepada Kay yang masih duduk lemah. Daehyun cuba mengambil Yoonmi tetapi ditepis kuat.

"Min Ha!!! Himchan oppa!!!" Yoonmi meraung kuat memanggil nama mereka berdua. Sohyun menekup mulutnya, dia turut menangis melihat keadaan Yoonmi. Jongup dan Youngjae yang baru sahaja menumpaskan lawan mereka berpandangan.

"Yoonmi-ah..." Daehyun memeluk Yoonmi.

"Oppa... Min Ha kat sana, napa tak bantu Himchan Oppa? Kenapa semua orang tak bantu dia pergi selamatk Min Ha?! Wae?!!!" Jerit Yoonmi menumbuk-numbuk dada Daehyun. Yongguk menghampiri Yoonmi.

"Mianhae, Yoonmi-ah... tempat tu bahaya," itu sahaja Yongguk dapat katakan.

"Pengecut! Aku nak selamatkan Min ha," Yoonmi menolak Daehyun. Mereka terkejut segera menghalangnya. Tidak lama kemudia, Himhcan muncul dalam kegelapan dia membawa Min Ha. Badan Himchan penuh dengan kotoran dan darah di bajunya. Min Ha pula berlumuran darah di dahinya. Kay segera mendapatkan Min Ha. Himchan terjatuh sebaik sahaja sampai ke atas. Semua orang mendapatkan mereka. Zelo sudah menelefon ambulans dan berada dalam perjalanan kini.

"Aku takkan biarkan awak hidup!" Saemi bangun dari pengsan membawa pisau menghampiri Yoonmi. Daehyun tersentak segera menghalang Saemi. Yoonmi menoleh, Daehyun di depannya.

"Oppa..."Yoonmi terkejut melihat darah di perut Daehyun. Saemi sendiri terkejut apa yang dilihatnya. Daehyun menghalangnya daripada bunuh Yoonmi. Daehyun mengerut menahan sakit tikaman pisau di perutnya.

"Daehyun oppa!!!" Yoonmi menjerit mendapatkan Daehyun. Mujurlah ambulans dan polis sampai cepat. Min Ha dan Himchan dalam keadaan tidak sedar diusung masuk ke dalam ambulans. Begitu juga Daehyun dan Sonmi. Keadaan begitu membuatkan Yoonmi trauma dengan dua insan yang dia sayangi kini berada dalam bahaya. Polis menyiasat apa yang telah berlaku. Saemi dan Kay telah ditangkap dan juga kesemua konco-konco mereka.

 

 

 

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

S Seriously!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku menangis buat chapter ni... T.T

Aku tak tahu kenapa....? Huhuuuu....

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya