10- Big problem will come!

Our Love Fictions (Malay version)

 

“Oppa, Yah… ! Lama tak jumpa,” Rena hampir mahu menangis bila terjumpa Jongup di kantin. Jongup terkejut kemunculannya, Rena segera memeluknya. Jongup tertawa dengan telatahnya yang tidak pernah berubah, masih manja dan comel seperti dulu. Beberapa pelajar sekeliling juga terkejut melihat Rena memeluk jejaka idaman mereka. Ada juga yang mencebik melihat kelakuan Rena tidak menyenangkan. Rena merupakan adik manja B.A.P sejak mereka sekolah rendah lagi. Tetapi Rena telah berpindah ke Jepun selama setahun dan pindah semula ke Korea.

“Sejak bila Rena kat sini ni?” Kata Jongup menjemputnya duduk. Rena duduk menghadapnya.

“Dah seminggu aku kat sini, kenapa aku tak dapat jumpa korang semua?” Rena menarik muncung.

“Ow... Kami sebenarnya...”

“Jongup, makanan yang awak minta dah habis,” Zelo datang membawa sedulang makanan. Dia langsung tidak menyedari Rena berada di meja mereka. Sohyun di sebelahnya hairan melihat Rena, tiba-tiba berada di meja mereka.

“Ow, ya ke? Kenchanna,” Jongup mengambil makanan yang dibeli oleh Zelo.

“Annyeonghaseyo, Zelo oppa,” Rena berdiri tunduk hormat gembira berjumpa dengannya. Zelo terkejut melihat Rena.

“Rena-chan? Sejak... Bila...?” Zelo tergagap kerana terkejut melihat kelibat Rena benar-benar di depannya.

“Aku dah seminggu kat sini, Cuma kelas aku jauh dari kantin dan bahagian senior kat sini. Aku gembira jumpa Oppa, siapa tu? Teman wanita oppa ke?” Rena menunjuk ke arah Sohyun di sebelahnya. Zelo tersentak kemudian menggeleng.

“Bukanlah, ini rakan sekelab aku. Kenalkan ini Lee Sohyun,” Zelo memperkenalkan padanya. Dia merasakan Rena ada perubahan sedikit hari ini. Sebenarnya Rena pernah terserempak Zelo, mahu sahaja dia menegur Zelo tetapi tersentak bila Zelo sedang bersama Sohyun bercerita. Mereka kelihatan bercerita dengan seronok sekali, tak sampai hati menggangunya. Rena berasa cemburu bila melihat Zelo bersama perempuan lain, sudah lama perasaannya terpendam. Rasa tersesak dan sakit bila tidak jumpanya tetapi bila terjumpa dengannya sering bersama dengan perempuan lain.

“Annyeonghaseyo,” Sohyun tunduk padanya. Rena tersengih turut membalasnya.

“Awak cantiklah,” puji Rena.

“Aniyo, awak comel,” puji Sohyun pula.

“Rena-chan, awak nak makan apa? Biar aku teman awak beli makanan ya,” Jongup mempelawanya. Rena mengganguk setuju. Zelo menggaru kepalanya, kenapalah selama ini dia lupa yang Rena balik pada awal tahun ini.

“Dia ke yang awak ceritakan selama ini?” Sohyun duduk di sebelah Zelo.

“Hmn,” Zelo mengganguk.

“Rena ambil apa dalam sekolah ini?” Jongup membuka cerita bila semua orang mendiamkan diri.

“Err... Kelab muzik, aku dah pandai main piano hehehe...”

Jongup tersenyum teringat ketika dahulu Rena pernah berkata impiannya mahu menjadi pemain piano yang terhandal. Sohyun terpaku, pertama kali dia melihat Jongup senyum dan ketawa gembira. Selama ini Jongup tidak pernah senyum dengan sesiapa. Senyumannya benar-benar memukau. Zelo menepuk bahunya.

“Kau tak apa-apa ke?”

Sohyun menggeleng, Rena memandang mereka berdua. Sekali lagi cemburu melihat mereka berdua. Jongup perasan melihat kelakuan Rena.

“Rena, awak nak tak tengok kitorang berlatih bola petang ni?” Jongup cuba menarik perhatian dengannya.

“Huh? Nak! Aku nak jumpa Youngjae dan Daehyun... Aku dah lama tak jumpa mereka,” Rena berubah riak wajahnya. Zelo tergamam, dia tahu Jongup sengaja mengenakannya.

“Aku dengar tahun lepas B.A.P kalah teruk, apa masalahnya?” Rena terbaca dalam internet semasa berada di Jepun tahun lalu. Jongup terdiam, itu merupakan perlawanan yang dan kisah hitam yang tidak perlu diingati lagi. Yongguk akan marah sekiranya benda itu diungkit lagi.

“Moon Saemi, berani dia curi plan B.A.P tu ya...” Rena geram bila teringat nama itu ketika dia membaca artikel dalam internet.

“Rena-chan, hal itu dah berlalu. Kami semua tak nak ingat tentang hal itu. Jadi kami minta awak juga jangan ungkit itu lagi. Faham,” Zelo memberitahunya. Rena-chan terdiam, terkedu mendengarnya.

“Mianhae, aku tak bermaksud...”

“Kenchanna, Rena tak salah. Nanti lepas kelas datang kat dewan ya,” kata Jongup. Rena mengganguk, bersemangat.

“Macam tu lah,” Jongup mengusap kepalanya. Rena tertawa kecil.

 

 

“Yongguk Oppa,” Rena melambai ke arah Yongguk yang sedang memberi taklimat kepada semua pelatih. Yongguk mengerut, siapa pula yang memanggil nama aku ni? Semua pelatih B.A.P tersentak mencari pemilik suara itu di sekeliling. Jongup dan Zelo berpandangan kemudian senyum antara satu sama lain. Mereka berdua tahu siapa pemilik suara itu.

“Aku kat sinilah, kyak!!!! Oppa...!” Rena berlari masuk ke gelanggang. Macam besar pula gelanggang mereka. Daehyun dan Youngjae ternganga, terkejut melihat Rena. Yongguk tersenyum melihat Rena, comel.

“Rena-chan!!!” Youngjae dan Daehyun mendapatkannya. Himchan memeluk tubuh sambil tersenyum melihat Rena dipeluk oleh Youngjae dan Daehyun. Rena seperti adik kepada B.A.P kerana dia sangat menarik perhatian mereka semua.

“Eww! Busuknya,” Rena menutup hidung menolak tubuh Daehyun dan Youngjae. Mereka berdua berpadangan kemudian ketawa melihat telatah Rena. Mereka baru sahaja habis latihan pertama, sebab itu mereka berpeluh habis.

“Hei... Konichiwa!” Himhcan memberi salam, Rena tertawa.

“Eh... Tak jadilah aku peluk oppa, bau...!” Rena menutup hidungnya lagi. Mereka ketawa.

“Tunggu kami mandi lepas ni, baru awak boleh peluk kami, ok.” Yongguk mengusap kepalanya. Rena tersengih mengganguk mendengar gurauannya.

“Kenapa balik tak beritahu kitaorang?” Yongguk tahu sudah lama Rena berada di sekolah ini.

“Mianhae, aku tak nak ganggu oppa semua,” kata Rena.

“Hyung, apa kata kita meraikan kedatangan Rena lepas ni,” kata Youngjae, lupa perbincangan pembentangan malam ini. Yongguk mengganguk dan mengakhirkan latihan mereka petang itu juga.

 

--------------------------

 

 

Youngjae berlari menuju ke library, semua ahli sudah menunggu termasuk Jihye. Dia tidak menyangka Jihye ada pada hari ini.

“Aku  minta maaf pasal semalam, aku ada hal.” Kata Youngjae kepada mereka.

“Kenchanna, tapi buku yang kita perlukan itu belum jumpa,” Hani mengeluh.

“Jjinja?” Youngjae memandang mereka berdua.  Soohyun mengganguk.  Jihye masih sedang mencari buku di rak-rak sebelah buku sains. Sesekali dia membetulkan kaca matanya. Youngjae malas menegurnya, dia turut mencari buku itu.

“Dah jumpa! Huh... Penatnya,” keluh Jihye meletakkan buku itu atas meja mereka.

“Wah... Akhirnya,” Hani melompat gembira lalu memeluknya. Soohyun menepuk tangan lupa yang mereka berada dalam library perlu senyap. Youngjae menghampiri mereka.

“Biar aku tengok,” Youngjae mengambil buku itu, tetapi Jihye merampas balik. Dia terus membelek buku itu. Youngjae tergamam, mahu jer dia melawan kelakuan Jihye yang dingin itu. Hani dan Soohyun mendongak melihat Jihye mencari muka surat.

“Huh? Dah koyak?”  Jihye mengeluh kecil, Hani dan Soohyun terkejut. Mereka berpandangan. Youngjae mengambil buku itu kemudian mendengus kecil. Bahagian muka surat yang mereka perlukan telah koyak separuh. Buku itu merupakan buku lama, dan mungkin pelajar banyak menggunakannya.

“Sia-sia jer... Kesian Jihye. Dia nampak tak macam putus asa mencari benda tu,” Hani melihat Jihye kembali lagi mencari jika ada buku lain yang boleh membantu. Youngjae menghampiri Jihye.

“Berhenti cari buku tu, kita masih ada buku lain yang boleh bantu buat kerja tu,” kata Youngjae, tetapi Jihye tidak menghiraukannya.

“Awak dengar tak apa aku cakap ni? Yah...!” Youngjae menaikkan suaranya, geram melihat Jihye yang bertunkus lumus mencari buku itu. Namun Jihye tetap tidak menghiraunya, dia menuju ke rak sebelah pula. Youngjae menahan geram, seolah-olah dia tidak wujud di depannya.

“Aku adalah ketua dalam kumpulan ini jadi dengar cakap aku!” Youngjae menarik tangan Jihye.

“Lepaslah, kalau kau rasa kau ketua lebih baik kau pergi buat kerja yang selebihnya,” kata Jihye mendengus menarik tangannya. Yongjae tergamam.

 Dia mengambil beberapa buku sains yang berkaitan dengan kerja mereka lalu menghempaskan buku itu atas meja mereka. Hani dan Soohyun berpandangan, tidak tahu apa yang Yongjae hendak buat. Youngjae segera membelek buku yang diambil. Sedikit buku yang diambilnya hanya memberi sedikit maklumat. Hani dan Soohyun tidak tahu apa yang mereka hendak buat, mereka terpaksa membaca sedikit demi sedikit maklumat yang mereka dapat.

 

“Dah dapat,” Jihye segera membawa buku itu ke meja mereka. Youngjae mencebik, malas mengambil tahu.

“Benar ke ni? Bahaya eksperimen dia ni” kerut Soohyun membaca halaman itu. Hani mengganguk setuju.

“Kechanna, yang penting kita tak silap bahan.” Kata Jihye dengan yakin.

“Tapi... masa tinggal empat hari lagi, sempat ke?” Hani risau jika mereka tidak sempat kerana siapkan. Kumpulan lain hampir siap kerja mereka. Jihye mengeluh, teringatkan kerja part timenya. Setiap petang dia mesti kerja.

“Aku yakin, kita pasti siap punya. Janganlah risau,” kata Youngjae memandang mereka. Soohyun agak geram dengan Youngjae selalu tenang sedangkan mereka dah panik dengan kerja yang belum siap sepenuhnya.

“Kita boleh buat kerja ni sebelah petang, lagipun...”

“Tak boleh!” serentak Jihye dan Youngjae membantah. Soohyun tahu reaksi mereka berdua.

“Kamu dah lupa ke ni pertandingan kita dalam kelas?” Soohyun cuba mengingati mereka berdua. Semua orang tahu mereka berdua pantang dicabar dalam sesuatu perkara.

“Betul tu, eksperimen ni mengambil masa yang lama. Ah... Kenapalah Cikgu Minho beri kita eksperimen yang susah, dah tu buku ni pun baru jumpa.” Kata Hani. Youngjae dan Jihye terdiam seketika. Soohyun mengenyitkan mata dengan Hani, mereka takkan mampu buat tanpa dua orang bijak ini.

“Baiklah, aku akan cuba sedaya upaya.” Kata Youngjae.

“Aku tak boleh,” kata Jihye tetap dengan keputusannya. Dia tidak boleh tinggalkan kerja part timenya.

“Tolonglah Jihye, please... kita ada empat hari je lagi.” Hani merayu dengannya.

“Aku tak sangka ada juga orang sibuk, entah apa yang dibuatnya,” sindir Youngjae. Jihye menjeling.

“Aku sibuk pun hal yang penting, bukannya nak pergi main macam awak tu,” kata Jihye.

“Apa awak kata? Yah...! Aku adalah orang penting dalam gelanggang. Sudah tentulah aku pentingkan itu,” geram Youngjae memeluk tubuh. Soohyun dan Hani menggeleng, perang sudah bermula.

“Huh... mesti teman wanita awak tu cepat bosan sebab jenis lelaki macam kau ni pentingkan bola je, huh!”

“Hello?! Dengar sini ya, aku lebih suka perempuan yang suka semua tentang diri aku. Bukan macam kau, hodoh. Pakai kaca mata yang tak sesuai langsung!” keluar nada ejekan Youngjae, Jihye menahan geram.

“Hodoh? Siapa nak sangat jadi teman wanita awak tu... Ei... Tolonglah!” meremang bulu roma Jihye.

“Stop!!! Aish... Boleh berhenti bergaduh boleh tak?! Dahlah...!” Soohyun mendengus, semua orang terdiam. Tidak pernah Soohyun marah, kali ini dia naik angin disebabkan mereka berdua.

“Soohyun, mianhae,” serba salah Jihye dibuatnya, dia menjeling ke arah Youngjae.

“kerja ni tak siap-siap sebab kamu berdua. Kamu asyik bergaduh jer... dahlah, kita akan kalah tahu tak?!,” kerut Soohyun cuba merayu pada mereka agar berkerjasama. Jihye terdiam, memang dia rasa menyampah dengan Youngjae, ada saja hal yang tidak puas hati antara mereka berdua. Hani mengeluh, seharian dia mengeluh disebabkan perangai dua tak sebulu di depan mereka.

“Arraso, aku akan ikut perbincangan sebelah petang nanti.” Kata Jihye akhirnya membuat keputusan.

“Arraso, aku akan jadi ketua. Tiada siapa yang boleh lewat kali ini,” kata Soohyun dengan serius.

“Ketua?” Youngjae dan yang lain berpandangan.

“Yalah, sebab antara kamu berdua tak boleh jadi ketua. Bising sangat!” kata Soohyun, Hani menahan gelak bila melihat Soohyun berlakon begitu rupa. Sebenarnya bukannya begitu watak sebenar Soohyun, namun demi hendak menyatukan Jihye dan Youngjae berkerjasama dia bertindak berani.

“Arasso, aku pergi dulu. Jumpa petang ni,” Youngjae sempat menjeling ke arah Jihye. Dia pun tidak ingin menjadi ketua dan tak kisah Soohyun menjadi ketua mereka. Jihye mencebik.

----------------

 

 

 “Lepaskan aku!” Sohyun meronta meminta lepaskan tangan, air matanya sudahpun mengalir. Jongup mendengus lalu melepaskan tangannya setelah mereka jauh dari bilik tarian. Sohyun terduduk menangis teresak-esak.

“Yah... Bangun! Apa yang kau dah buat dengan Rena? Hah?” Jongup menariknya. Sohyun menolaknya, cuba melawannya.

“Kenapa awak nak salahkan aku pula? Bukan aku yang lakukannya,” kata Sohyun.

“Jangan nak tipu! Aku nampak dengan mata aku sendiri,”

Sohyun menggeleng tidak menyangka Jongup menyalahkannya sedangkan Rena sendiri terjatuh di kolam renang, dia hanya kebetulan melintas di tepi kolam itu. Semua orang tiba-tiba menyalahkannya ketika itu.

“Kau nak tahu tak kenapa aku benci awak??!” Tengking Jongup, Sohyun tersentak dengan herdikan Jongup yang kuat. Bulat matanya menunggu penjelasan Jongup.

“Sebab papa awak menyebabkan mak aku meninggal, awak tahu tak?!” Jongup mendengus kasar, akhirnya dia beritahu juga perkara sebenar.

“Mwo?” Sohyun tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Jongup.

“Awak tak ingat ke siapa aku? Parut awak kat dahi tu...” kata Jongup dengan sinis. Sohyun terperanjat serentak terundur ke belakang. Tak mungkin! Tak mungkin! Sohyun menggeleng, dia mengurut dahinya sebelah kanan parutnya. Dia memandang Jongup yang sedang ketawa.

“Dah ingat? Jangan berpura-puralah, aku tahu kenapa awak dan keluarga awak pindah kat sini. Awak semua nak hapuskan aku kan?!”

“Aniyo...” Sohyun menggeleng.

“Aku takkan percaya apa yang awak nak kata sekarang, mulanya awak datang sini dengan lagak sombong awak tu yang tak pernah berubah. Lepas tu cuba nak rampas Zelo dari Rena, apa rancangan awak sebenarnya ni?” Jongup menghampirinya. Sohyun terperanjat dengan apa yang dikatakan olehnya, tidak menyangka jangkaan Jongup sangat besar terhadapnya. Satu tamparan ke pipi Jongup, air mata Sohyun mengalir deras tidak dapat ditahan.

“Cukup! Ya. Aku dah ingat siapa awak, Jongup oppa,” menggeletar badan Sohyun selepas menamparnya. Jongup memandang tajam, terasa perit di pipinya.

“Awak tak payah halau aku, aku tahu apa yang aku patut buat,” kata Sohyun mengesat air matanya kemudia melangkah pergi. Jongup terpaku, keluh lidahnya.

 

Youngjae terkejut selepas melihat semua situasi Jongup dengan Sohyun itu, apa hubungan mereka berdua? Pergaduhan Jongup sungguh memeranjatkannya, mendengar nama Rena sebentar tadi Youngjae cepat-cepat mencari telefonnya. Rupanya telefonnya mati habis bateri.

 

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

I'm coming with long chapter... haha.. Sorry for you all. Bunny is busy.I can't insert picture today because of my network too poor...  T.T

here... There will Have a big problem with all character. please wait and see

Hei... where your comment??? :(

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya