19- spy

Our Love Fictions (Malay version)

“Yongguk-sii, mama nak minta tolong dengan kamu ni,” Puan Lee tiba-tiba telefon Yongguk yang sedang melayan minum petangnya. Dia hampir tersedak mendengar perkataan ‘mama’ di hujung talian.

“Mama?” Yongguk mengerut, perempuan simpanan yang ke berapa pula ni? Papa ni biar betul?! Getus hati Yongguk.

“Ini mama Zelo, mama nak tolong dengan kamu ni,”

“Ah... mama Zelo, ya. Ada apa mama?” Yongguk terbangun dari kerusinya, baru tersedar mama Zelo yang menelefonnya. B.A.P biasanya akan memanggil mama Zelo ‘mama’ selepas mereka terjumpa di pasar ketika mereka semua melepak.

“Mama nak ke luar negara hari ini, jadi aku nak minta tolong kamu jaga Zelo dan kakaknya. Boleh kan?”

“Err... Baiklah,”

“Gomawo, nanti mama belikan oleh-oleh untuk kamu ya, bye,” Puan Lee menutup talian. Yongguk belum sempat bercakap lagi dia sudah menutup talian. Rasa lucu pula bila mama Zelo tiba-tiba menelefonnya, tapi kenapa mama Zelo minta dia tolong tengokkan mereka pula? Yongguk rasa tidak sedap hati.

 

 

“Yah!!! Lepaskan aku! Aku dah buat apa yang kau suruh, kau nak apa lagi?” Yoonmi mendengus cuba menarik kedua-dua tangannya yang dipegang kuat oleh pengawal peribadi Saemi.

“Bagus betul, tapi aku tak puas hati apa yang kau dah lakukan,” Saemi memeluk tubuh senyum sinis.

“Yah...! Saemi! Apa yang kau buat ni, hah?!” Zelo datang menyerang, Saemi memetik jarinya memberi isyarat kepada beberapa pengikutnya menangkap Zelo. Yoonmi tersentak melihat Zelo.

“Apa kau nak sebenarnya ni?” kerut Yoonmi, tempoh hari Saemi menggugutnya agar tidak menggangu Daehyun, sekiranya dia mengingkar identitinya sebagai pelukis akan dibongkar. Entah sejak bila Saemi tahu akan identitinya, dia sendiri pun tidak tahu.

“Huh! Aku nak awak tinggalkan sekolah itu, sama seperti aku. Macam mana?,” kata Saemi.

“Aku tak nak. Kau tahu tak kau ni dah melampau?” Yoonmi merasakan Saemi ni dah kurang ajar. Macam mana Daehyun boleh jatuh hati dengan perempuan macam ni?

“Tak nak? Baiklah, nampak tak adik awak tu?”

Yoonmi memandang Zelo yang cuba melepaskan diri.

“Nuna, jangan dengar cakap dia tu! Perempuan jahanam!” herdik Zelo menaikkan angin Saemi.

“Mwo?! Adik kau ni, yah! Hentam budak tu sekarang,” Saemi memberi arahan pada konconya.

“Zelo-ah, jangan!!!!” Yoonmi menjerit bila Zelo mula ditumbuk bertubi-tubi kerana cuba melawan. Saemi kasihan melihat dua orang anak kaya yang tidak guna, sepatutnya mereka belajar mempertahankan diri. Lemahnya! Kata hati Saemi.

“Tolong berhenti!” tiba-tiba muncul Sohyun membantu melawan konco-konco Saemi. Yoonmi menangis melihat adiknya sudah terbaring atas jalan.

“Siapa pula perempuan ni? Hei... kau hantar orang lain ke sini ker?” Saemi menarik rambut Yoonmi.

“Ah...! Sakitlah,” Yoonmi menjerit.

“Perempuan tak guna!” Sohyun menarik Saemi dan menamparnya setelah dua orang pengawal tak guna tadi ditumpaskan. Yongguk datang menyelamatkan Yoonmi daripada dua pengawal itu. Saemi menyentuh pipinya terasa pedih.

“Kalau kau berani sentuh Zelo lagi, awas?!” Sohyun memberi amaran. Saemi yang cuba menamparnya kembali tetapi sempat ditepis oleh Sohyun.

“Biarpun kau tua dari aku, tapi nampaknya aku lebih kuat dari kau. Jadi jangan hanya nak bergantung pengawal kau yang tak guna tu,” Sohyun menolak Saemi sehingga terjatuh atas lantai. Saemi ketakutan dan terus melarikan diri. Yongguk sudah mengalahkan dua pengawal Saemi yang agak kuat sebentar tadi. Yoonmi mendapatkan Zelo yang terbaring, wajahnya berlumuran darah.

“Zelo-ah... Jangan mati dulu, nuna takut...” Yoomi menangis menggoncangkan tubuh Zelo yang sudah pengsan. Sohyun turut cemas melihat keadaan Zelo.

“Jangan risau, dia takkan apa-apa,” Yongguk cuba mengangkat Zelo, Sohyun turut membantunya. Yoonmi tidak keruan melihat adiknya itu. semuanya disebabkan dirinya. Zelo separuh sedar dari pengsannya.

Sampai sahaja di rumah, Sohyun membantu mengubati luka Zelo di bilik. Yongguk serius memandang Yoonmi di depannya.

"Sebenarnya aku dah lama tahu yang kau ni kakak Zelo, tapi aku tahu personlity kau bagaimana. Tak suka bergaul dengan orang ramai, kau kapel dengan Daehyun pun sebab nak sembunyikan identiti kau sebenar. Dan sekarang kau tak nak berbaik dengan Daehyun pun sebab ugutan Saemi. Betul tak sangkaan aku ni?"

Yoonmi tunduk, kata-kata Yongguk seperti kena tembakan dari belakang. Rupanya ketua B.A.P ini sudah lama mengetahui hal sebenar. Dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. Sekiranya identitinya sebagai pelukis, kemungkinan pihak sekolah akan menghukumnya kerana tanpa kebenaran.

"Aish... Pergilah berehat, biar aku urus tentang Zelo." kata Yongguk mengeluh.

"Aku mohon agar oppa tak beritahu Daehyun tentang hal ini," pinta Yoonmi.

"Daehyun tetap akan tahu hal ini, semua orang boleh menyiasatnya sendiri," kata Yongguk. Sekiranya ahli B.A.P akan berada dalam masalah, mereka tidak akan berdiam begitu sahaja. Sekarang mereka dalam perjalanan ke rumah mereka. Yoonmi terdiam.

"Jangan risau, aku akan tolong awak juga. Pergilah berehat." ujar Yongguk. Yoonmi mengganguk.

"Oppa, aku rasa ada perisik dalam sekolah. Kalau tak bagaimana Saemi tahu yang aku tak berbaik dengan Daehyun oppa lagi?" tiba-tiba Yoonmi terfikir di sebalik hal yang berlaku.

"Perisik? Maksud Yoonmi, spy?"

Yoonmi mengganguk.

"Spy? Apa maksud hyung? Yoonmi?" Daehyun datang bersama yang lain. Yoonmi tersentak, tidak! Bukan sekarang... Yoonmi cuba menjauhkan diri dari Daehyun.

 

 

"Gomawo," ucap Zelo pada Sohyun yang sedang membalut kecederaan di lengan Zelo. Soyhun begitu teliti sehingga tidak bercakap apa-apa dengannya.

"Awak mahir semua benda, aku tak sangka awak mampu lawan orang itu tadi. Huh? Dahi awak..." Zelo cuba menyentuh dahi Sohyun tetapi ditepis kasar. Zelo tersentak, nampaknya Sohyun masih dingin.

"Err... aku tak apa-apa." kata Sohyun serba-salah.

"Tapi darah tu dah mengalir. Biar aku tolong," Zelo mengambil kapas dan cuba tetap dengan pendiriannya mahu membantunya.

"Tak perlu! Biar aku lakukan sendiri," Sohyun risau jika Zelo melihat parutnya. Namun dia tidak dapat melawannya. Zelo terkejut bila terlihat parut kecil di dahi Sohyun.

"Kenchanna," pujuk Zelo bila Sohyun menahan sakit. Zelo tidak tahu berapa banyak kisah lampau yang dilalui oelh Sohyun. Tapi yang pasti Zelo tahu Sohyun selama ini menderita dengan parutnya itu.

"Sakit tak?" Zelo meletakkan ubat pada luka di dahi yang berdekatan dengan parutnya. Sohyun menggeleng, dia membiarkan sahaja Zelo melakukannya. Zelo merupakan orang pertama yang melihat parutnya begitu.

"Hujan. Hanya masa hujan sahaja parut aku akan berasa sakit," ujar Sohyun perlahan, Zelo berhenti meletakkan ubat. Dia berasa kesian mendengarnya. Tidak menyangka semua ini berlaku pada Sohyun.

"Jadi... Selama ini...?"

"Hmn... Aku akan sakit setiap kali hujan turun," kata Sohyun menahan sebak, entah mengapa dia beritahu semua ni pada Zelo.

"Mianhae, aku tak tahu..." keluh Zelo menarik Sohyun dalam pelukannya. Sohyun membalas pelukan Zelo. Terasa selesa, dia memerlukan seseorang selama ini untuk tempat meluah dan akhirnya Zelo menjadi tempat itu. Sohyun menangis kecil, terasa lega sedikit. Zelo memeluk erat lagi agar Sohyun bertenang.

"Oppa..." Rena terkejut melihat apa yang berlaku di depannya. Zelo dan Sohyun tersentak segera melepaskan pelukan. Sohyun mengesat air matanya. Jongup tidak berkata apa-apa bila melihat semua itu.

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya aku update lagi...

But I'm happy now coz I got 1022 views from babys, Gomawooo.....!

Congratulasions!!!!!!! Lets celebrate!!!

Congrat my dear, even you not finish yet but you already do well!!!

Yeah!!!!!

 

 

Thanks all my reader... :)

#Comment and subcribes k...

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya