20- Coffee shop

Our Love Fictions (Malay version)

Yoonmi melarikan diri daripada Daehyun, semenjak semalam berlaku pada dirinya dan Zelo, dia berusaha tidak bertemu dengan Daehyun.

“Yoonmi, yah!” Daehyun akhirnya terpaksa menengkingnya di hadapan orang ramai. Yoonmi terperanjat, pelajar sekeliling juga terkejut mendengar suara Daehyun itu. Daehyun mendengus lalu mendapatkannya.

“Boleh tak kita bercakap sebentar?”

Yoonmi tergamam, geram. Dahlah malu ditengking depan orang ramai, nak paksa orang pula. Daehyun tidak menunggu jawapan Yoonmi lagi dan terus menariknya ke lobi.

“Mianhae, tapi...”

“Apa yang kau nak?” Yoonmi dengan dingin sekali. Daehyun terdiam.

“Kurea, aku tak nak hubungan kita menjadi rengang begini. Aku tak tenang, aku tahu ada spy dalam sekolah ni. Aku akan siasat, dan... aku nak kita jadi chingu. Boleh?”

Yoonmi tersentak mendengar ayat ‘chingu’. Maknanya...

“Chingu?” Yoonmi memandangnya hairan seolah-olah lupa maksud chingu. Daehyun mengganguk.

“Dae, aku suka awak. Jadi boleh kan kita kawan?”

Yoonmi menahan sebak mendengar, pabo!

“Chingu? Aku...” Yoonmi keluh lidahnya. Daehyun menghulurkan tangannya sebagai tanda persahabatan mereka.

“Jika awak sudi sambut tangan aku ni... kita akan jadi chingu,” kata Daehyun tersengih.

“Kurea! Chingu selama-lamanya!” Yoonmi menyambut tangan Daehyun itu. Hilang senyuman Daehyun bila Yoonmi berkata ‘selama-lamanya’.

“Kurea... selama-lamanya,” Kata Daehyun menarik perlahan-lahan tangannya, senyuman pahit dilemparkan.

“Annyeong..!” Yoonmi meninggalkannya. Daehyun terkedu.

 

 

----------------------------

 

 

“Annyeong, kita berjumpa lagi,” Sohyun tunduk pada kelab seni tarian. Semua orang memberi tepukan gemuruh padanya. Semua orang berharap dia kembali ke kelab mereka kerana hanya Sohyun sahaja boleh diharapkan.

“Tahniah,” puji Zelo bila Sohyun duduk di sebelahnya. Rupa-rupanya tempoh hari Sohyun hendak bertemu dengannya kerana ingin bertanya pendapat jika dia perlu masuk ke kelab itu lagi atau tidak. Tetapi dia hanya sempat menyelamatkan Zelo dan lupa memberitahu tujuannya sebentar. Jongup tidak tenang bila Zelo semakin rapat dengan Sohyun, ini bermakna Rena akan dipinggirkan. Jongup tidak akan membiarkan Rena dipinggirkan begitu sahaja. Zelo tidak patut biarkan Rena sendirian.

“Baiklah, kita kembali kepada pasangan asal kita dahulu,” Sonmi memberi arahan kepada mereka semua. Sohyun dan Zelo segera mengambil tempat mereka.

“Aku dapat rasakan seseorang sedang memandang tajam ke arah kita,” bisik Zelo di telinga Sohyun.

“Siapa?” Sohyun mengerut.

“Aku tak perlu beritahu pun kau dah tahu,” kata Zelo. Sohyun terdiam faham apa yang dimaksudkan oleh Zelo.

 

-------------------------------

 

“Han Jihye!” Miss Gigie memanggil Jihye untuk membantunya baca arahan dalam buku teks. Semua orang memandangnya. Youngjae perasan Jihye sering tidur dalam kelas mahupun dalam library. Dan hari ini dia kelihatan pucat dan tidak bermaya. Soohyun dan Hani berpandangan, risau melihat keadaan Jihye.

“Err...”

“Berdiri!” Miss Gigie yang terkenal garang menyuruhnya berdiri sambil baca buku teks tersebut. Dia mula perasan dengan pelajar kesayangannya itu semakin turun prestasi dalam pelajaranya. Jihye berdiri perlahan-lahan, tangannya membetulkan cermin mata.

“The Earth was...” Jihye terdiam seketika. Darah dari hidung tiba-tiba jatuh atas buku teksnya. Hani di sebelahnya terperanjat.

“Kenapa berhenti?!” herdik Miss Gigie mula naik angin. Jihye terkejut lalu pandang ke depan. Miss Gigie terkejut melihat darah di hidungnya.

“Jihye-ah...” Hani takut melihat darah semakin banyak.

“Mianhae, mianhae...” Jihye panik mencari tisu, Miss Gigie terus meluru ke arahnya dan menutup hidungnya dengan sapu tangannya. Semua orang tidak keruan melihat Jihye. Kepalanya didongak ke atas, Jihye mula berasa pening kepalanya dan tidak sedar diri. Soohyun segera membantu Miss Gigie menyambut Jihye.

“Tolong Miss ke pejabat kesihatan,” kata Miss Gigie kepada Soohyun.

“Baik Miss!” Soohyun patuh. Beberapa orang juga turut membantu. Hani menangis melihat keadaan Jihye yang dibawa keluar dari kelas.

“Apa yang dah berlaku?” Youngjae tertanya-tanya. Himchan menggeleng-geleng.

“Semuanya salah kau,”

“Wae?” Youngjae bingung tidak faham. Hani yang dah tak dapat menahan geram dengan Youngjae terus menyerang tetapi sempat ditahan oleh Daehyun.

“Betul tu, semuanya salah kau! Tak guna!”

“Hani! Diam! Bawa bertenang!” Himchan memarahinya. Hani mendengus geram. Yongguk mengerut, dia memandang Youngjae.

“Apa yang berlaku sebenarnya?” Yongguk memandangnya, Youngjae menggeleng tidak tahu. Semua orang tidak tentram dibuatnya. Himchan mengeluh.

“Lebih baik awak pergi jenguk dia lepas ni,” ujar Himchan.

“Tak nak,” Kata Youngjae dengan egonya masih tebal.

“Mwo?! Yah!!!” Tengking Himchan. Semua orang terdiam, Himchan hampir menumbuk pipi Youngjae.

“Aku nak tahu apa hal sebenarnya ni?!” Yongguk pula mencela.

“Kenapa hyung nak aku jumpa dia? Apa hubungan hyung dengan dia?” kata Youngjae dengan sinis.

“Youngjae, kau sedar tak apa kau kata ni?” Daehyun pula geram dengan rakan baiknya itu. Dia juga pernah bertembung dengan Jihye di hadapan rumahnya ketika dia mengambil susu yang dihantar olehnya pada awal pagi.

“Aku sedar, aku tak akan dengar kata-kata korang,” kata Youngjae melangkah.

“Budak ni! Tak guna betul!” Himchan terus menumbuk pipi Youngjae. Semua orang terkejut, ada yang menjerit juga melihatnya.

“Yah! Apa yang kamu buat ni? Cukup! Sekarang kamu kena beritahu pada aku hal sebenar.” Geram Yongguk memandang tajam mereka satu-persatu. Youngjae mengesat darah di tepi bibirnya. Himchan mendengus kasar. Dia pantang bila dicabar dan orang menaikkan kemarahannya. Yongguk mengambil keputusan pergi ke kelab mereka agar dapat berbincang dengan baik.

"Apa yang berlaku? Beritahu aku?" kerut Yongguk.

"Jihye kerja siang malam sebab hendak bayar ganti rugi kehilangan tabung tempoh hari," Daehyun terus terang, malas hendak berdalih lagi. Youngjae terperanjat apa yang didengarnya.

"Mwo? Daehyun, apa yang kau cakap ni?" Youngjae seakan tidak percaya.

"Memang betul apa yang Daehyun cakap tu Youngjae, lebih kau pergi tengok sendiri," kata Himchan. Yongguk mengerut, barulah dia faham. Rupanya Youngjae sendiri menghukum Jihye bekerja sendiri untuk membayar ganti rugi itu.

"Youngjae, kau dah tahu kan apa yang kau perlu buat? pergi!" kata Yongguk dengan serius. Youngjae berjalan perlahan-lahan sambil berfikir. Tak mungkin!!!! Han Jihye melakukan deminya sehingga jatuh sakit. Tak mungkin...!

 

 

 

----------------------------------------------------------------------------------------

moshi,moshi, moshi!!! Annyeong!!! I'm super busy and tried to find my free time. At the end I just find in late night to update my story.

malaysia sekarang dilanda jerebu yang teruk, dan aku harap di luar dan pembaca sana jagalah kesihatan. Cuacanya amat pelik dan menakutkan. Jadi hati-hatilah ya!

 

Tinggal lima hari lagi hari lahir Daehyun, hmn... Dan teaser COFFEE SHOP will release on Friday. Tepat pada birthday Daehyun. omg!!! I can't wait!!! >.<

Looked at them!!! Aigoo... Himchan hair! So cool all of them!!! >.<

Lol... This one!

Tapi kan... pasal citer ni. I feel sorry... I don't have any idea. Dan aku akan cuba sedaya upaya mencari ilham lagi untuk buat yang lebih baik lagi.

Sorry again... aku tak rasakan yang ini terbaik. Sebab... Aku masih buntu mencari jalan penyelsaian yang terbaik. aku tahu semua orang tak nak 'sad ending', padahal sebahagian adalah dalam plan aku. haha...(trbongkar rahsia!!!) Jgn risau, aku akan ubah dan cari idea yang lebih baik lagi.hehe

Then...

 

#subcribes and comment...

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya