3-Dating

Our Love Fictions (Malay version)

 

Yoonmi dan Min Ha tergelak sakan sambil bercerita, mereka tidak menyedari beberpa orang berada dekat mereka. Makanan di depan masih berbaki. Asyik bercerita sehingga tidak sedar pun B.A.P berada dekat mereka. Pelajar di sekeliling berbisik sesama sendiri, cemburu melihat mereka berdua menjadi perhatian.

"Annyeong..." Daehyun senyum melambai mereka berdua. Yoonmi tersedak, habis air yang baru diminumnya tersembur di depan makanannya. Terkejut bila Daehyun muncul tiba-tiba, cepat dia mencari tisunya mengesat mulutnya. Min Ha terkaku di situ. Daehyun tersengih duduk di sebelah Yoonmi. Member B.A.P turut duduk di meja bulat yang sama. 

"Annyeonghaseyo..." Min Ha tunduk hormat dengan mereka semua.

"Kami datang nak tanya Yoonmi, betul ke bukan awak yang lukis komik tempoh hari?" tanya Himchan, Daehyun memandang Yoonmi.

"Err... Dae, bukan aku,"

"Hmn... Tapi pelik, aku rasa aku nampak awak yang lukis benda tu" kata Yongguk mengerut mengurut dagunya.

"Hahaha... Taklah, yang tu aku saja pegang benda tu," Yoonmi ketawa sambil menjeling ke arah Daehyun. Entah apa tipu helah Daehyun menipu B.A.P.

Youngjae mengeluh. "Aku nak sangat jumpa kartunisnya. Aku yakin suatu hari nanti aku pasti akan jumpa dia!" kata Youngjae bersemangat.

"Jangan risau, sunbae pasti akan jumpa orangnya." kata Min Ha.

"Hmn... Soalnya aku dah jatuh hati dengannya..." kata Youngjae. Yoonmi tersengih, bangga melihat peminat komiknya. Daehyun mencubit hidungnya.

"Argh! Adui... Sunbae! Apa ni?" Yoonmi geram dengannya. Min Ha tersenyum, dia tahu mengapa Daehyun bertindak demikian. Sudah beberapa hari Yoonmi cuba mengelak dari Daehyun sejak bergelar teman wanitanya.

"Apa yang tak kena ni?" Yongguk memandang mereka berdua, Daehyun menggeleng. Yoonmi mencebik.

"Aku laparlah, aku nak beli makanan jap," Youngjae meninggalkan mereka.

"Awak, dah okey ke?" Himchan tiba-tiba melontar soalan pada Min Ha.

"Dae, gomawo," Min Ha tersengih malu. Himchan mengganguk, mujurlah sempat menghantar Min Ha ke hospital tempoh hari. Jika tidak Min Ha akan berada dalam kritikal. Yongguk memandang mereka bersilih ganti, tidak faham apa yang sedang terjadi antara mereka. Zelo dan Jongup pula asyik menghilangkan diri sahaja. Rasa bosan betul bila mereka berdua tidak ada.

 

--------------------

Daehyun Pov

Aku geram sangat ni, aku mengejar Yoonmi yang sengaja lagi mengelak dariku. Mentang-mentang aku dah semakin sibuk dengan latihan bola keranjang aku, dia pula nak elak dari aku. Aku tak kisah semua paparazi sedang memanggil nama aku sekarang. Entah, sejak bila aku jadi begini. Adakah aku benar-benar jatuh hati dengannya? Lepas kiss itu? Argh...! Kenapa dengan aku ni?

"Yah... Kau nak lari ke mana ni?" Aku menarik tangannya. Yoonmi mendengus cuba menarik tangannya. Nasib baik aku gagahkan diriku menggengam tangannya.

"Lepaskan aku,"

"Oh... Kau dah lupa ke perjanjian kita tu. Baiklah, aku sentiasa bersedia beritahu semua orang," kataku senyum sinis bisik ke telinganya.

"Hajima... Mianhae, aku takut...." Yoonmi memandang sekeliling. Itu paparazi aku. Hmn... Aku faham maksudnya.

"Dengar sini semua sekali,"

"Yah! Janganlah!!!" Yoonmi cuba melompat mahu menutup mulutku tetapi aku cuba menggelak. Semua pelajar tersentak dan mendengar kata-katanya dan mendekatinya. Aku tersenyum, aku memang berkarisma...

"Shin Yoonmi adalah teman wanita aku, jadi tak ada sesiapa yang boleh pisahkan kami. Faham?"

Suasana menjadi huru-hara, ramai yang tidak menyangka apa yang mereka dengar. Terutamanya peminat setia aku, aku dapat melihat jelas sekali mereka terkejut dengan pengumuman aku. Aku tak kisah sangat, memang ini yang aku perlukan.

"Sunbae, kenapa buat macam ni?" Yoonmi geram memandang aku. Aku mengangkat bahu kemudian menariknya meninggalkan tempat itu dan mencari tempat yang tiada orang kunjungi iaitu gelangang bola keranjang.

"Gomawo, Aku yakin aku boleh... Yang penting sunbae boleh tunjukkan tips aku bagaimana orang bercinta. Boleh kan..." tiba-tiba Yoonmi yakin dengan keputusannya, mungkin sepanjang aku tarik dia tadi dia dah fikirkan berkali-kali.

"Mwo? Awak masih nak cakap pasal komik tu?"

"Mestilah, impian aku nak jadi pelukis terhandal, jadi teman wanita sunbae pun boleh timba pengalaman dah," Yoonmi tersengih. Aku tertawa melihatnya.

"Baiklah, hujung minggu ini kita dating," kataku menunggu reaksinya.

"Dating? Wah... Baiklah, hehe..."

Dia nampak terkejut dan teragak-agak menerimanya. Aku tahu selama ini dia juga salah seorang paparazi aku, tapi sejak aku mula mendekatinya aku dapat merasakan Yoonmi sangat istimewa sekali. Comel dan kecil jika dibandingkan oleh rakannya yang lain.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mianhae... short story for this chapter... Aku masih nak fikirkan tentang watak lain lagi. Maksud aku member B.A.P yang lain. Hahaha... agaknya macam mana Daehyun dan Yoonmi dating nanti???

Jongup-Lee Sohyun

Zelo-Rena Chan

Yongguk-Kim Sonmi

Himchan-Son Min Ha

Yongjae-Han Jihye

Rasanya cerita ini akan berpanjangan, dan ini merupakan kali pertama aku buat watak yang banyak.

(HIMCHAN) Gomawoo to people who are subcribe this fiction and please support us! :) I mean here is Baby and people who are still not know us please be kind and love B.A.P.

(ZELO) I will eat you if you not leave your comment here and not subcribe this our fiction!

Please wait next soon...! :) Sorry if have some mistake... *Bow

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya