13- sweet smiling

Our Love Fictions (Malay version)

Sampai malam Jihye dan youngjea menyiapkan eksperimen, Hani dan Soohyun sudah balik rumah. Mereka berdua masih berdegi tidak mahu meninggalkan bilik makmal sains. Encik Minho perasan bilik makmal masih berpasang lampu, dia memantau melihat bilik tersebut. Apabila sampai di makmal itu, dia tidak menyangka Youngjae dan Jihye kelihatan sedang bekerjasama menyiapkan kerja pembentangan mereka. Tidak menyangka rancangannya berhasil menyatukan mereka. Sebenarnya Encik Minho sebenarnya merancang menghantar mereka berdua wakil sekolah ke university sains untuk melakukan eksperimen bersama pelajar di sana.

“Cuba letak yang ni pula, aku peliklah. Buku yang awak jumpa ni betul ke tak ni?” Youngjae membaca buku itu beberapa kali tetapi entah mana silap mereka, eksperimen mereka hendak menghasilkan kimia masam.

“huh... entahlah,” keluh Jihye duduk mengeluh, Youngjae mengambil laptopnya dan cuba mencari maklumat yang boleh membantu. Jihye tertarik dengan laptop Youngjae dan menghampirinya.

“Ini apa?” Jihye melihat Youngjae mencari sesuatu.

“Aku cuba cari maklumat lain, mungkin buku itu bagi maklumat yang salah. Kita dah cuba beberapa kali tapi masih tak berjaya. Mesti ada yang tak kena ni,” Youngjae serius mencari maklumat. Malam itu dia tidak dapat menjalani latihan bola keranjang kerana esoknya mereka akan membentang hasil kerja mereka.

“Tapi, semua ni sama jer.” Jihye membaca maklumat yang dicari oleh Youngjae.

“Hmn... aku tak puas hatilah, cuba buat sekali lagi,” Youngjae menuju ke bahan uji kaji mereka. Jihye menguap mengikutinya. Youngjae menoleh.

“Mesti kau dah penat, lebih baik awak rehat dulu,” kata Youngjae.

“Tak nak,aku tak penat,” Jihye meneruskan lagi membuat eksperimen mereka, Youngjae tidak membantah kerana Jihye akan memarahinya dan perang akan bermula. Demi menyiapkan eksperimen mereka Youngjae berusaha sedaya-upaya untuk mengelak daripada pertengkaran dengan Jihye.

“Kau pasti ke ni?” Youngjae agak risau melihat Jihye.

“Hmn... aku risaulah tak siap benda ni,” kata Jihye tanpa memandangnya meneruskan eksperimen. Youngjae terdiam, tanpa membuang masa Youngjae membantunya memasukkan beberapa kimia. Tanpa disedari mereka tertidur atas lantai setelah menyiapkan separuh kerja mereka. Youngjae tersedar dari bangunnya, dia terpaku melihat Jihye di sebelahnya masih tertidur. Pertama kali dia melihat Jihye tidak memakai kaca mata semasa tidur. Kelihatan garis hitam di bawah mata Jihye, Youngjae pasti Jihye lebih lewat tidur daripadanya. Perlahan-lahan Youngjae bangun agar tidak menggangu Jihye sedang tidur dan melihat eksperimen mereka.

“Huh? Ini...,” Youngjae tidak menyangka eksperimen yang ditinggalkan oleh mereka telah menghasilkan kimia masam. Youngjae segera menghampiri Jihye.

“Jihye-ah... Bangun, ppali! Eksperimen kita berjaya!” kata Youngjae dengan gembira sekali. Jihye mengerut mencari kaca matanya. Youngjae membantunya mencari kaca mata Jihye.

“Jjinja? Wah...” Jihye seperti tidak percaya melihat eksperimen mereka itu.

“Baguslah, jam berapa sekarang?” Youngjae memandang jam tangannya. Jihye gembira melihat kimia berwarna hijau masam itu. Tidak menyangka dia membiarkan eksperimen itu bila dia telah penat dan tertidur.

“Jom, kejap lagi kita dah nak bentangkan hasil ni,” kata Youngjae menepuk bahu Jihye.

Jihye mengganguk semangat mengangkat eksperimen itu. Tidak lama kemudian Hani dan Soohyun datang, mereka sangat risau kerana mereka tidak membantu mereka berdua semalam. Mereka tidak dapat berkata panjang kerana mereka perlu membentangnya dalam masa beberapa minit lagi.

 

 

“Wah... kau tak apa-apa ke?” Himchan menegur Youngjae yang kelihatan kepenatan, begitu juga Jihye.

“Aniyo... aku ok,” kata Youngjae tidak mempedulikan Himchan dan yang lain. Daehyun dan Yongguk juga hairan dengan kelakuan Youngjae yang kelihatan semangat melakukan pembentangan itu. Tetapi mereka hanya tenang melakukannya.

“kenapa mereka buat ekspermen yang senang?” Jihye tidak faham dengan semua kumpulan yang telah membuat pembentangan. Youngjae juga telah perasan sesuatu yang tidak kena. Hani dan Soohyun juga berasa hairan.

“Jihye dan Youngjae, giliran kamu,” Encik Minho memanggil kumpulan mereka. Semua orang memandang mereka. Youngjae memandang Jihye dan yang lain, Jihye memberi isyarat padanya agar menjelaskan eksperimen mereka. Youngjae mengganguk. Semua orang terpaku melihat eksperimen mereka, eksperimen yang mereka tidak pernah lihat. Encik Minho tersenyum melihat mereka berdua, dia sengaja memberi tajuk yang lain daripada kumpulan yang lain. Kumpulan lain hanyalah mengikut dalam pembelajaran tetapi bagi kumpulan mereka diberikan kelainan sedikit.

“Wah... eksperimen ini aku tak pernah lihat. Cikgu, kenapa eksperimen ini agak lain daripada kami?” Yongguk juga perasa bila eksperimen mereka apabila mereka selesai pembentangan. Semua orang menepuk tangan gemuruh kagum melihat eksperimen mereka.

“Sebenarnya aku hanya uji mereka, nampaknya mereka telah berjaya melakukannya, tahniah!” Encik Minho bangga melihat Youungjae dan Jihye.

“Apa?! Jadi cikgu sengaja nak mempermainkan kami ke?” Youngjae tidak puas hati bila mengetahui hal sebenar. Jihye mengeluh dan menguap beberapa kali.

“Bukan begitu Youngjae, cikgu uji kamu berdua sebenarnya kerana sama ada kamu boleh lakukan atau tidak. Sebenarnya kamu berdua akan mewakili sekolah ke university sains tak lama lagi,”

“Dae?!” serentak Jihye dan Youngjae terkejut mendengar kata-kata Encik Minho.

“Wah... Tahniah! Chingu,” Daehyun memeluk Youngjae yang masih dalam keadaan terkejut.

“Wakil sekolah ke university sains?” Jihye juga seakan tidak percaya.

“Wah... Tahniah, Jihye-ah!” semua orang dalam kelas mengucap pada mereka berdua. Youngjae dan Jihye tersenyum sesama sendiri.

“Tak sangka kita berjaya akhirnya,” kata Youngjae pada Jihye.

“Betul tu,” Jihye mengganguk. Deahyun dan Himchan berdehem menggangu mereka berdua.

“Aku dengar kamu berdua tertidur kat makmal sains, Youngjae apa yang terjadi?” Daehyun mula mengusiknya. Jihye tertunduk malu.

“Yah...! Jangan nak mengada-ngada” Youngjae tahu Daehyun sangat nakal dan tidak akan berhenti menggangunya. :)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya