16- big trouble

Our Love Fictions (Malay version)

“Sonmi... unnie merayu dengan kau agar kembali ke kelab tarian,” Sonmi berusaha memujuknya, hanya Sohyun sahaja boleh melengkapkan tarian mereka. Zelo dan Jongup dan ahli yang lain turut mengikutinya memujuk Sohyun.

“Unnie, kenapa ni?” Sohyun tersentak.

“Tolonglah Sohyun, kami merayu,” Hyemi juga merayu. Sohyun serba salah hendak kembali ke kelab tarian itu lagi. Dia tidak menyangka semua ahli datang berjumpa dengannya. Tempoh hari Hyemi dan Gary datang merayu dengannya tetapi Sohyun ingatkan mereka akan berputus asa malah kali ini semua ahli kelab datang berdepan dengannya.

“Pelik, bagaimana kamu menari selama ini sebelum aku masuk ke sekolah ni?” Sohyun hairan.

“Ini berkaitan dengan persembahan di Seoul nanti, jadi kami perlukan awak, Sohyun,” ujar Zelo.

“Kamu tak boleh lakukan tanpa aku ke? Aku dah berjanji yang aku takkan kembali ke sana, mianhae,” Sohyun tetap dengan pendiriannya, mereka mengeluh. Tidak tahu apa yang menyebabkan Sohyun tukar kelab serta merta. Kelab tarian memerlukannya.

“Tapi, kami tertanya-tanya kenapa awak tukar kelab serta merta,”

“Betul tu,” kata salah seorang ahli. Sonmi memandang Sohyun.

“Tak ada apa-apa, aku Cuma nak cuba pengalaman yang baru,” kata Sohyun, Jongup sejak tadi lagi memandang tajam ke arahnya.

“Penipu,” Zelo mendengus geram lalu beredar dari sana, mereka berpandangan.

“Tak apalah, memandang Sohyun tetap dengan pendiriannya kita tak perlu nak paksa sangat. Mari pergi,” Sonmi melangkah pergi. Mereka mengeluh. Sohyun terkedu melihat mereka pergi, Jongup tersenyum sinis memandangnya.

“Puas hati? Aku tak tahu sampai mana tahap benci awak pada aku, tapi kau telah hancurkan impian aku,” Kata Sohyun menahan sebak meninggalkan Jongup. Keluh lidah Jongup mendengar kata-katanya itu. ‘hancurkan impian aku, apa maksud dia?’

 

-----------------------

 

Sekolah menjadi huru hara bila mengetahui tabung B.A.P hilang serta merta di loker Youngjae, Youngguk telah memberi amaran kepadanya sekiranya dia tidak menjumpai kesemua duit yang hilang itu dia akan tidak dapat mengikuti perlawanan itu nanti. Berita itu telah tersebar luas dengan cepat sekali. Yongguk tidak pernah marah sehingga memberi amaran begitu sekali, Youngjae cuba melawan tetapi Yongguk tetap dengan keputusannya.

“Bagaimana boleh hilang? Youngjae-sii?” Daehyun mengerut, perlawanan mereka tidak lama lagi. Tabung itu amat penting bagi mereka, kerana mereka perlu menyimpannya untuk masa depan kelab mereka itu.

“Aku tak tahu,” Youngjae mendengus, semua mereka bingung mencari jalan untuk menyiasat siapa pencurinya.

“Yongguk hyung, argh! Dia tak pernah jadi macam ni selepas masalah Sonmi nuna,” kata Daehyun menyedari perubahan Yongguk.

“Betul tu, Youngjae kita kena cari pencuri tu. Jika tidak dia akan keluarkan kau dari kelab ni,” Himchan risah jika masalah ini menjadi besar. Zelo dan Jongup mengeluh. Biarpun mereka tidak faham dengan sikap sebenar Yongguk tetapi mereka juga gentar bila melihat yongguk marah.

“Youngjae-sii, kami dah jumpa pencuri tabung itu,” Boom datang dalam keadaan tercungap-cungap, mereka berpandangan segera mengekori Boom.

“Tak mungkin,” Himchan tersentak melihat Jihye sedang ditahan oleh konco-konco Ara. Youngjae terkejut melihat Jihye, tidak mungkin dia orangnya. Daehyun terpaku melihat pencuri itu.

“Tak mungkin, Jihye. Apa kau buat kat sini?” Youngjae mengharapkan jawapan yang positif dari Jihye. Hubungan Jihye dengannya semakin rapat dan tidak akan rosak begitu sahaja. Jihye tertunduk, menahan sebak.

“Dialah pencuri sebenar,” Boom menunjuk ke arah Jihye.

“Jangan nak tuduh sembarangan, jika benar mana bukti korang?!” Youngjae menahan geram. Ara menghampirinya kemudian memberi beberapa keping gambar. Daehyun dan Himchan turut mengambil gambar itu. Mengeletar tangan Youngjae memegang kesemua gambar itu.

“Tak mungkin, Jihye. Awak tak mungkin lakukan semua ini, betul tak?” Youngjae menghampirinya. Air mata Jihye mengalir memandang Youngjae, dia mengigit bibir. Gambar itu menunjukkan Jihye sedang memegang tabung itu di hujung lobi. Ada orang yang menangkap gambar itu secara diam-diam.

“Mianhae, Youngjae-sii,” Hanya itu sahaja Jihye mampu cakap, Youngjae terkejut mendengar. Jihye minta maaf bererti dia yang lakukannya. Ara tersenyum sinis, dia berjaya membuktikan pada Youngjae yang dia membantu mencari pencuri sebenar.

“Jihye, aku tak pernah sangka yang awaklah orangnya. Awak tahu tak yang aku sayangkan awak, kenapa awak lakukan perkara ini? Awak dah khianati aku,” kata Youngjae dengan kesal dan mengejutkan semua orang dalam kelas itu. Jihye kaku mendengar kata-kata Youngjae.

“Youngjae...” Daehyun cuba menghalang Youngjae daripada menyakiti Jihye tetapi Youngjae tidak berganjak. Daehyun tahu Youngjae sebenarnya memendam perasaan terhadap Jihye sejak mereka berdua asyik bergaduh suatu ketika dahulu.

“Wae?!!!” tengking Youngjae menumbuk meja di depannya, kerana Jihye tidak menjawab soalannya. Semua orang terdiam, tidak berani menyampuk.

“Mianahe,” kata Jihye perlahan tidak berani memandang Youngjae yang sedang marah, air matanya masih mengalir. Youngjae menggeleng, bukan itu yang dia mahu dengar. Dia mahu pengakuan sebenar darinya.

“Buat apa dia nak mengaku lagi, jelas dah ada bukti,” kata Ara pula.

“Diam! Aku tak nak bercakap dengan kau,” Youngjae memandang tajam, Ara terdiam serta merta. Himchan dan Daehyun berpandangan, Youngjae jarang marah begitu.

“Kau, aku nak kau bayar balik duit itu. Jika aku keluar dari B.A.P, semua disebabkan kau dan aku takkan sesekali maafkan kau!” kata Youngjae mendengus kasar keluar dari kelas itu.

“Omo! Yah! Dengar tak tu?! Jika Youngjae keluar dari B.A.P semuanya disebabkan kau!” Ara pula memarahi Jihye, Daehyun dan Himchan mengeluh keluar dari kelas itu. Zelo dan Jongup hanya menurut hyung mereka. Jihye menangis teresak-esak setelah Youngjae keluar dari kelas. Ara mencebik melihat tangisan Jihye.

 

 

--------------------------

 

 

“Mwo? Tak mungkin,” Rena menggeleng, dia juga tidak percaya yang Jihye mencuri tabung B.A.P itu. Rena mengenali Jihye sewaktu dia pergi jumpa Daehyun dan Youngjae di kantin. Hubungan Jihye dan Youngjae kelihatan mesra dan semua orang menggangap mereka seperti sepasang kekasih.

“Youngjae berada dalam tekanan sekarang, Yongguk hyung pula entah ke mana,” keluh Himchan.

“Youngjae hyung suka dengan Jihye, sebab itu dia tidak dapat terima kenyataan,” kata Jongup. Mereka mengganguk, kesian dengan Youngjae. Keputusan terletak pada Yongguk. Tapi Yongguk takkan tergamak memecat Youngjae begitu sahaja.

“Aku rasa aku nak siasat hal ini, Boom tak boleh dipercayakan,” kata Himchan.

“Hmn... betul tu,” Zelo mengganguk. Jihye tidak mungkin melakukan perkara seperti itu, mereka percaya pada Jihye.

 

 

---------------------------------------------------------------------------------------

....

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya