5- Busan

Our Love Fictions (Malay version)

Daehyun mengerling Yoonmi di sebelahnya kemudian tersenyum melihat telatah Yoonmi yang tidak tenang. 'Budak ni, tak pernah keluar dengan lelaki ke? Comelnya...' Daehyun sengaja tidak menegur Yoonmi sepanjang perjalanan mereka.

Yoonmi menjelingnya, kenapa dia diam je ni...? Cakaplah sesuatu... Please... Cakaplah aku cantik hari ni dan comel! hehehe... Hish! Apa yang aku mengarut ni...! Yoonmi mengetuk kepalanya. Yoonmi tidak berani mengeluarkan suara dan mengambil keputusan memandang ke luar tingkap.

"Apa yang awak fikir tu?" tiba-tiba Daehyun bersuara, Yoonmi tersentak cepat2 mematikan angan-angannya yang sudah melayang tinggi.

"Tak ada apa-apa. Kita nak ke mana?" Akhirnya soalan tu juga yang keluar.

"Busan,"

"Busan?"

Daehyun mengganguk. Nak dating kat Busan? Yoonmi tidak tahu apa sebenarnya rancangan Daehyun. Tapi yang pastinya tempat itu mesti romantik punya... Yoonmi tersengih sendirian lagi.

"Awak gementar ke? Lucu aku tengok awak ni," kata Daehyun memandang sekilas ke arahnya kerana fokus memandu. Yoonmi ketawa kecil.

"Aku kan tak pernah dating, jadi ni pertama kali aku keluar dating," kata Yoonmi mengaku.

"Ah... Dah agak dah," Daehyun menahan gelak. Yoonmi mencebik. Nak mengejek oranglah tu...

"Dah sampai," Daehyun memberhentikan keretanya. Yoonmi terpaku melihat pantai di luar sana.

"Cantiknya.... Dah lama aku tak ke sini," Mulut Yoonmi ternganga melihat lautan biru luas mata memandang. "Jom," Daehyun membuka pintu kereta untuknya. Yoonmi kelihatan excited betul bila melihat pantai. Daehyun tidak menyangka Yoonmi menyukainya. Biasanya temu janji pertama bagi pasangan kekasih biasanya akan menonton wayang bersama. Tetapi Daehyun membawa kelainan untuk Yoonmi.

"Wah....!!!! Seronoknya!!!" Yoonmi menjerit sekuat hati sambil berlari ke pantai. Daehyun senyum melihat kekasihnya itu. Tiba-tiba burung merpati datang berterbang ke atas Yoonmi membuatkan dia takut dan berlari mendapatkan Daehyun.

"Hahaha... Tahu pun takut," Daehyun ketawakannya. Yoonmi memeluk erat lengan Daehyun, dia benar-benar ketakutan. Daehyun cuba menariknya ke hadapan sedikit tetapi Yoonmi segera menjauhkan dirinya.

"Tak nak..." Yoonmi ketakutan.

"Tak apa, dia bukannya nak makan kau pun,"Daehyun cuba memujuknya. Yoonmi gementar, Daehyun cuba menghampiri salah satu burung yang jinak dan burung itu hinggap di tangannya. Yoonmi terpaku dan tertarik mahu mendekatinya.

"Wah... Comelnya!" Yoonmi cuba menyentuh burung itu. Daehyun suka melihat telatah Yoonmi, comel. Barullah dia mengenal Yoonmi yang sebenar, tidak seperti gadis yang lain yang pernah mereka keluar bersama.

"La... Terbang dah, aku nak rasa seekor hinggap tangan akulah," Yoonmi meminta ajar dengan Daehyun.

"Aik... Ingatkan penakut, tak naklah. Aku nak makan, lapar," Daehyun tiba-tiba mengubah tujuannya.

"Makan? Masih awallah... Cepatlah... Please..." Yoonmi memujuknya, mula dah keluar aegyonya membuatkan Daehyun cair hatinya. Mahu tidak mahu akhirnya Daehyun mengalah dan cuba menarik perhatian salah satu burung lagi. Yoonmi melompat-lompat cuba mengambil burung itu.

"Yah... Tengok tu! Wakakakkaka...!" Yoonmi tergelak besar melihat tahi burung di bahu Daehyun.

"Hah? Yah..." Daehyun geli melihat tahi di bahunya, geram melihat Yoonmi asyik ketawakannya.

"Oh... Ketawakan orang ya, jaga kau!"

Yoonmi tersentak segera berlari apabila dikejar oleh Daehyun. Orang awam yang melihat mereka tersenyum melihat telatah dua pasangan sejoli itu.

Selepas bermain di pantai, Daehyun terpaksa membersihkan jaketnya dahulu. Yoonmi setia menunggu di kafe sambil menghirup coffeenya.

" hmn... cantik juga teman wanita Daehyun sekarang ni," Dua gadis tersenyum memandang Yoonmi.

"Huh?" Yoonmi terkejut melihat kehadiran gadis itu. Daehyun masih berada di bilik air membersihkan jaketnya akibat terkena tahi burung tadi.

"Mianhae. Tapi siapa kamu berdua?"

"Kami? Ini, teman wanita Daehyun. Selamat berkenalan," kata salah seorang mereka. Yoonmi tersentak, rupanya Daehyun...

"Jangan salah faham, aku bukan lagi teman wanita Daehyun oppa. Hyemi, jangan merepeklah!" Saemi menjeling tajam. Hyemi mendengus geram.

"Saemi? Apa yang kau kat sini?" Daehyun baru keluar dari tandas hairan melihat kehadiran mereka berdua.

"Oh, Oppa. Kami cuma lalu kat sini jadi terserempak oppa tadi," kata Saemi menjelaskan perkara sebenar. Tetapi Hyemi teman di sebelahnya hanya senyum sinis.

"Kenalkan ini teman wanita aku, Shin Yoonmi," kata Daehyun. Yoonmi segera berdiri tunduk senyum. Saemi mengganguk.

"Cantiknya, oppa pandai pilih. Annyeonghaseyo..."

"Ne, Annyeonhaseyo," balas Yoonmi.

"Oppa, kami pergi dulu. Yoonmi-sii, jaga diri baik-baik ya," Saemi menarik Hyemi meninggalkan tempat itu. Sebenarnya Saemi tidak mahu berjumpa dengan Daehyun lagi tetapi Hyemi memaksanya. Terpaksalah juga Saemi mengikutinya, dan mujurlah Saemi dapat menutup mulut Hyemi, kalau tidak macam-macam lagi Hyemi melontar kemarahan kepada Daehyun.

Daehyun tidak sempat bertanya apa-apa dengan Saemi tetapi mereka berdua sudah pergi. Yoonmi memandang Daehyun, sejak tadi Daehyun mendiamkan diri selepas Saemi pergi begitu sahaja. Tapi, siapa perempuan itu? Yoonmi memandang Daehyun sekali lagi. Hmn... Mesti fikiran dia masih memikirkan perempuan itu.

"Lukisan komik Bunga Cinta aku dah habis, aku dah ada idea nak buat komik baru. Apa pendapat awak?" Yoonmi cuba mengambil perhatian Daehyun tetapi tiada respon. Yoonmi terkedu, memang benar apa yang disangka.

Yoonmi dan Daehyun hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan balik ke rumah.

"Gomawo, hati-hati memandu," Yoonmi tunduk. Daehyun serba salah dengan Yoonmi kerana kelakuannya sewaktu balik tadi dia langsung tidak melayan Yoonmi.

"Yoonmi," Daehyun menarik Yoonmi.

"Mianhae... Aku cuma..."

"Kenchanna, aku faham. Lagipun awak cuma ajar aku cara nak dating kan, aku dah faham." kata Yoonmi cuba senyum. Daehyun mengerut, Yoonmi melambai.

"Tidak, tunggu." Daehyun mencium pipinya. Bulat mata Yoonmi. Daehyun tersenyum.

"Jumpa esok," kata Daehyun mencium dahinya pula. Yoonmi terkaku seketika. 'Apa ni? Dia cium pipi dan... Dahi aku,' pipi Yoonmi terasa panas. Dia melambai kereta Daehyun yang mula menghilang. Yoonmi melompat-lompat bagai orang kena loteri. Baru dicium dekat pipi dan dahi Yoonmi benar-benar dah angau.

 

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jjang!!!! Hi3... Sorry lama tak update. Actually, I have done my last fiction which is "DO YOU STILL LOVE ME???" so, I can focus this fiction.In this fiction will have...

Love,friendly,revenge...

So... Please wait the next story for another member

Kalau ada kesilapan ejaan tu, faham2 la... sebab aku buat time subuh... kekeke

Please subcribes and leave your comment... hehehe :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya