14- Break up

Our Love Fictions (Malay version)

Yoonmi mengeluarkan semua peralatan melukis, dia harus siapkan untuk scene seterusnya dan akan diterbit setiap sekali seminggu. Namun perasaannya tidak tenang kerana setiap kali dia memulakan sesuatu perkara, fikirannya sentiasa melayang. Hal di taman tempoh hari masih menggangu kententramannya. Min Ha datang ke bilik perbincangan lewat sedikit. Dia terkejut melihat mata Yoonmi bengkak lagi.

 

“OMG!!! YAH!! Kenapa dengan mata kau ni Yoonmi? Setiap hari makin bengkak,” Min Ha risau melihatnya, sejak kejadian minggu lepas Yoonmi asyik lewat masuk ke kelas lepas tu dengan mata yang bengkak. Yoonmi mengeluh, dia malas mahu meneruskan lukisannya. Kemudian menyusun kembali semua lukisannya, dia tersentak melihat lukisan muka Daehyun yang dilukisnya. Wajah Daehyun dilukis agar menghilangkan rasa rindunya terhadap Daehyun. Yoonmi segera mengoyakkan lukisan wajah Daehyun lalu dibuang ke tong sampah.

“Yoonmi-ah, kau tak apa-apa ke?”

“Aniyo... Aku nak balik awallah. Aku tak sihat,” katanya dengan lemah mengutip lukisannya.

“Tapi, Daehyun mencari kau seharian. Benar ke kau tak nak jumpa dia?”

“Tak nak, aku malu dengan mata aku ni, hodoh betul!” kata Yoonmi membetulkan rambut depannya.

“Aku tak boleh maafkan Daehyun tu, dia dah buat kawan baik aku mennagis!” Min Ha mendengus geram.

“Dahlah, jom” Yoonmi mengambil lukisannya keluar dari bilik perbincangan, Min Ha menurut lemah. Kesian Yoonmi.

“Kat sini pun awak, kenapa awak menghindari dari aku? Dah tiga hari aku cari awak,” Daehyun memeluk tubuh memandangnya sebaik sahaja Yoonmi keluar dari bilik itu. Min Ha tersentak melihat Daehyun. Yoonmi terkejut cuba melarikan diri, Daehyun mengejarnya.

“Apa yang telah berlaku?” Himchan memandang Min Ha.

“Panjang ceritanya,” keluh Min Ha.

“Tolong... jangan dekati aku,” Yoonmi tunduk menyembunyikan matanya yang bengkak. Daehyun mengerut menariknya, semua orang memandang mereka berdua. Termasuk ahli B.A.P yang kebetulan melalui jalan ke taman. Yoonmi mendengus menepis tangannya.

“Lepaskan aku!” Yoonmi meninggikan suaranya. Daehyun terkejut melihat mata Yoonmi bengkak. Apa yang terjadi ni? Zelo mengigit bibir melihat kakaknya, hairan apa yang berlaku sebenarnya. Patutlah kakaknya tidak keluar bilik semalaman.

“Apa yang berlaku ni?” Daehyun cuba menyentuh muka Yoonmi tetapi Yoonmi segera pusing membelakangi Daehyun, tunduk tidak mahu melihatnya.

“Tolong pergi dari aku.” Yoonmi menahan sebak, Daehyun menggeleng cuba menariknya sekali lagi tetapi ditepis.

“Lepaskan aku, terima kasih atas pertolongan kau selama ini. Aku ingatkan bercinta dapat membantu aku majukan lukisan aku tapi... aku tak dapat lukis apa-apa lagi tahu tak?!” Yoonmi cuba melawan tentangan mata Daehyun yang terkejut melihat dirinya. Habis semua lukisan yang dipegangnya jatuh bertaburan, semua orang terkejut melihat lukisannya. Namun Zelo dan Jongup sempat mengutip semua lukisan Yoonmi sebelum orang mengetahuinya.

“Aku ingatkan aku dah jatuh cinta aku boleh tingkatkan lukisan aku tapi... semuanya hancur. Sekarang aku dah tak dapat lukis apa-apa lagi, semuanya sebab aku dah jatuh hati dengan awak” Yoonmi tertunduk, air matanya mengalir deras. Daehyun segera memeluknya. Yoonmi menolaknya.

“Jangan buat, awak tak ikhlas!!!”

“Yoonmi, kau ni tak serius langsung ke dengan aku? Kau masih nampak aku sebagai watak dalam komik yang kau lukis itu ke? Orang aku sayang adalah awak, Yoonmi” tengking Daehyun menggengam bahunya.

“Penipu! Aku benci kau! Aku takkan percaya kau...” Yoonmi menepis tangan Daehyun. Semua orang terkejut melihat pasangan itu bertengkar.

“Yoonmi, kenapa ni?” Daehyun mengerut.

“Sunbae! Lepaskan Yoonmi,” Min Ha menarik Yoonmi. Himchan tidak sempat menghalang Min Ha.

“Sunbae tak rasa bersalah lagi ke? Sunbae pergi mana dua hari lepas? Cuba ingat, Yoonmi dah nampak segala-galanya kat sana,” Min Ha cuba memberanikan diri. Daehyun terperanjat, tak mungkin Yoonmi berada di taman itu ketika dia bersama Saemi. Yoonmi dah nampak segalanya? Tak mungkin!

“Yoonmi, jom pergi,” Min Ha menarik Yoonmi kerana tidak sanggup melihat kawan baiknya terus menangis di depan orang ramai. Matanya sudah bengkak kerana asyik menangis.

“Tunggu,” Daehyun menarik tangan Yoonmi tetapi ditepis lagi.

“Boleh tak kita tak perlu jumpa lepas ni? Oppa perlu tumpukan perhatian bola keranjang oppa dan aku perlu tumpukan perhatian lukisan aku,” kata Yoonmi dengan suara yang serak tanpa memandangnya.

“Andwae,” Daehyun menggeleng.

“Mianhae, aku rasa hubungan kita lepas ni sampai sini saja,” kata Yoonmi memandangnya. Daehyun menggeleng tidak setuju.

“Tapi aku tak boleh teruskan,” kata Yoonmi terakhir sebelum pergi. Daehyun mendengus kasar. Semua orang tertanya-tanya apakah sebab Yoonmi dan Daehyun bertengkar dan mengakhiri hubungan mereka yang tidak jelas. Himchan turut tertanya tetapi Min Ha berjanji akan memberitahunya.

 

“Apa yang berlaku dengan mereka berdua tu?” Yongguk memandang Youngjae di sebelahnya.

“Tak tahu, seharian Daehyun mencari dia lepas tu tiba-tiba gaduh then... hmn...” Youngjae mengangkat bahunya. Jongup menarik Zelo ke hujung taman, dia banyak persoalan tentang lukisan yang mereka kutip sebentar tadi.

“Mwo?” Zelo mendengus menyusun semua lukisan tadi.

“Apa ni? Adakah kakak awak yang lukis semua ni?” kerut Jongup tidak menyangka komik yang digemari semua pelajar sekolah mereka rupanya pelukisnya adalah seorang pelajar juga iaitu Shin Yoonmi. Yoonmi menggunakan nama sebagai Miss Yoon, hampir-hampir mendedahkan identitinya.

“Ini kerja kakak aku, dia ni keras kepala sikit. Berani tanggung risiko tapi cuai,” kata Zelo memandang Jongup berharap Jongup juga membantunya menyimpan rahsia ini.

“Jadi, miss Yoon itu adalah kakak awak. Dan Daehyun juga tahu hal ini kecuali ahli B.A.P yang lain, begitu?”

Zelo mengganguk. “Dan sekarang kau dah tahu, jadi aku harap kau juga tolong kakak aku ni,”

“Arasso, sebagai peminat miss yoon aku akan bantu. Aku Cuma tidak menyangka ianya adalah kakak kau. Lukisan dia benar-benar hebat,” puji Jongup tidak menyangka mengetahui pelukis sebenar komik yang diminati. Zelo tersenyum kecil, memang ramai peminat komik kakaknya, tapi dirinya tidak begitu minat komik. Terutamanya lukisan kakaknya. Entah kenapa dia langsung tidak berminat dengan komik kakaknya itu.

 

---------------------------------------------------------------------------------------

 

Aigoo.... @-@

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya