17- the kiss in embrace

Our Love Fictions (Malay version)

 

“Mwo? Apa yang papa cakap ni?” Sohyun terbangun dari sofa, dia terkejut selepas papanya memberitahu hal sebenar mengenai kisah dahulu berkaitan dengan Jongup. Encik Lee mengeluh, dia tahu dia sepatutnya tidak patut beritahu anaknya kerana Sohyun belum matang untuk memahaminya.

“Jadi, Jongup adalah abang tiri aku. Tak mungkin, bagaimana semua ini berlaku? Bagitahu aku papa,” Sohyun mendesak papanya agar cuba beritahunya lebih mendalam.

“Cik muda, tolong bertenang. Papa kamu tak sihat ni,” Cik Yeon adalah pembantu Encik Lee sejak dulu lagi. Sohyun menurut dan sesekali memandang cik Yeon, selepas ini targetnya ialah cik Yeon pula hendak disiasat.

“Sebenarnya papa tinggalkan mama Jongup kerana terpaksa berkhawin dengan mama kamu, semuanya permainan nenek kamu. Dia memaksa papa khawin dengan mama kamu,”

“Aku tak faham,” Sohyun mengerut memandang papanya.

“Papa terpaksa tinggalkan mama Jongup ketika dia sedang mengandung, sewaktu papa tinggalkan dia papa tak tahu yang dia mengandung,” kata Encik Lee sambil mengurut dadanya menceritkan semua pada anaknya.

“Kejamnya papa,” terpancul kata-kata ini dari mulut Sohyun.

“Lee Sohyun! Tergamak kamu cakap begitu dengan papa kamu,” marah cik Yeon, Encik Lee memberi isyarat padanya supaya berhenti. Cik Yeon mendengus.

“Memang papa kejam, papa tak patut tinggalkan mamanya. Selepas mama kamu meninggal dunia barulah papa buat keputusan nak cari dia. Tapi tak sangka kamu terlebih dahulu jumpa dia,”

“Kalau papa nak tahu mamanya dah meninggal dunia, semua ni sebab papa yang tak bertanggungjawab!” kata Sohyun memandang tajam ke arah papanya.

“Mwo? Dari mana kamu tahu?” terkejut Encik Lee mendengar kata-kata Sohyun.

“Sepatutnya papa dah tahu, kenapa nak tanya aku pula? Papa kan banyak orang bawahan. Aku sepatutnya kekal di Seoul bukannya ikut papa kat sini, dan aku sepatutnya tidak tahu semua benda ni!” Sohyun menahan sebak, Encik Lee menggeleng.

“Mianhae, Sohyun-ah,” sayu Encik Lee memandang Sohyun yang sedang mengesat air matanya.

“Papa tak perlu minta maaf dengan aku, orang yang papa patut minta maaf adalah orang yang papa tinggalkan selama ini. Papa dah bersalah tahu tak,” Sohyun berdiri, dia tidak sanggup mendengar cerita seterusnya dari papanya. Encik Lee terkedu melihat Sohyun keluar dari bilik. Hubungan dengan anaknya tidak baik selepas mereka berpindah ke Busan. Sohyun tidak menyukai kehidupan orang Busan, dia sendiri mengapa perangai anaknya aneh dan selalu marah-marah bila balik ke rumah. Cik Yeon telah beritahunya yang Sohyun telah keluar dari kelab tarian dan masuk kelab seni lukisan. Sohyun mendapat masalah berada kelab seni lukisan kerana dia tidak pandai langsung melukis.

 

 

--------------------------------

 

 

Min Ha tergamam sebaik sahaja mendengar comohan peminat Daehyun itu, tanpa berlengah lagi dia terus menerpa ke arah mereka.

“Yah! Korang tahu ke Yoonmi tu siapa? Kamu takkan berani sentuh dia jika korang tahu siapa dia sebenar,”

“Siapa pula ni? Berani betul ganggu orang tengah bercerita, Yah! Nak cari gaduh ke?” amarah seorang pelajar perempuan yang kelihatan kaya dan sememangnya dah lama minat dengan Daehyun. Min Ha tidak kisah dia anak orang kaya atau tak tapi itu semua tidak penting sebab dia sendiri tidak menunjukkan latar belakangnya.

“Sombongnya, apa? Korang ingat aku takut ke?” Min Ha membuka pakaian seragam kotnya. Mereka mula ketawa melihat Min Ha.

“Eh budak, kau ni berani betul ya. Siapa Yoonmi tu? Hah?!”

“Dia tu kakak Zelo, jangan nak sembarangan usik dia. Kalau Zelo tahu yang kamu semua nak lakukan sesuatu pada dia, habislah korang,”

“Hei, jangan nak pandai buat cerita. Kami takkan percaya apa yang kau nak cuba cakap,” Hara menarik rambutnya, semua orang berkumpul melihat apa yang terjadi.  Min Ha menjerit dan cuba melawan balik. Dengan kekuatan dirinya dia cuba menolak dan menarik rambut Hara juga.

“Hei..! Stop!!!” Himchan dan Zelo kebetulan tidak jauh dari tempat Min Ha dan kumpulan Hara bergaduh. Hara mendengus melepaskan rambut Min Ha, Himchan segera mendapatkan Min Ha. Terdapat beberapa lebam pada mukanya, begitu juga Hara.

“Apa yang telah berlaku?” Himchan kedua-dua mereka. Konco-konco Hara mendiamkan diri, geram.

“Oppa, dia ni mengarut. Dia kata Yoonmi tu kakak pada Zelo. Betul ke?” Hara berlagak manja agar tidak dimarahi oleh mereka berdua. Min Ha mahu termuntah bila terdengar nada suara Hara itu. Geli dia mendengarnya.

“Betul. Yoonmi adalah kakak aku, buat apa kamu bergaduh hanya kerana perkara kecil je?” kata Zelo hairan dengan perempuan zaman sekarang suka bergaduh.

“Tapi...” Hara seperti tidak percaya apa yang didengarnya. Himchan membantu Min Ha bangun, tidak lama kemudian Daehyun dan Youngjae pula muncul.

“Hyung apa yang berlaku ni?” Daehyun hairan melihat Min Ha sudah lebam sana sini.

“Oppa...!” Hara segera memeluk lengan Daehyun, Min Ha mencebik. Mahu sahaja dia menampar muka Hara yang menyampah itu. Youngjae terasa meremang bulu romanya melihat kelagat Hara. Daehyun cuba melepaskan tangan Hara tetapi pelukannya sangat erat.

“Pasal Yoonmi nuna,” kata Zelo memberitahu mereka berdua.

“Min Ha! Kenapa ni? Kau tak apa-apa ke?” Yoonmi kelam kabut setelah mendapat tahu Min Ha berada dalam masalah, ia terus meluru ke arah Min Ha di tengah orang ramai.

“Aku tak apa-apa, buat apa kau datang sini?” Min Ha tersengih. Yoonmi geram lalu mengetuk kepalanya. Himchan tersenyum melihat dua sahabat itu.

“Yah..! aku dah kata biarkan saja diorang tu. Kau tak dengar cakap aku ke?!” marah Yoonmi.

“Mana aku boleh biarkan mereka tu, menyampah aku tahu tak?!” balas Min Ha, Yoonmi mencebik lalu terpandang Daehyun, Hara di sisinya amat rapat. Youngjae dan Himchan berpandangan. Yoonmi menahan geram, melarikan pandangan dari renungan Daehyun itu.

“Jomlah Min Ha,” Yoonmi menarik Min Ha dari situ. Himchan juga mengekori mereka berdua. Daehyun mendengus menolak Hara dengan kasar. Terkejut Hara dibuatnya.

“Tolong jangan ganggu aku lagi,” Daehyun memberi amaran padanya.

“Kenapa ni? Janganlah macam ni,” Hara menarik muncung.

“Aku dah bosan dengan kau tahu tak?!” Daehyun meninggalkan mereka, Youngjae menggeleng geli melihat Hara. Konco-konco Hara segera mendapatkannya yang menangis setelah mendengar kata-kata Daehyun.

“Yah..! Biarpun korang peminat Daehyun hyung, aku takkan biarkan korang cuba hancurkan nuna aku. Jangan sesekali, faham?!” Zelo memberi amaran keras padanya sebelum pergi dari sana. Sekali lagi Hara hampir pengsan mendengar amaran Zelo, konco-konconya tidak menyangka Zelo turut memberi amaran pada mereka.

 

 

“Aku dah kata jangan nak bertindak sembarangan, perasan kuat betul,” Yoonmi sengaja menekan kuat bila meletakkan ubat pada luka di pipi Min Ha.

“Argh...! Sakitlah,” Min Ha menjerit kesakitan.

“Tahu pun sakit, lepas ni pergilah lagi. Kau ingat kau kuat sangat ke? Dahlah kurus, nasib baik kau bukan macam aku ni bertubuh kecil,” kata Yoonmi masih membebel.

“Mianhae, takkan aku nak biarkan begitu saja,”

“Jadi? Kau nak mati ke? Hish...! Kau ni...” Yoonmi geram lalu menghempaskan botol ubat.

“Alah... janganlah marah, aku takkan buat lagi ok.” Pujuk Min Ha dengan serba salah, Yoonmi benar-benar marah terhadapnya. Yoonmi memandang tajam.

“Janji, jangan buat lagi. Aku tak nak ada hubungan lagi dengan dia, faham?!”

Min Ha tersentak, Yoonmi tidak menyedari Daehyun dan Himchan berada di luar.

“Err... Faham,” Min Ha mengganguk.

“Yoonmi-sii, biar aku tolong sapukan ubat untuk Min Ha. Himchan menawarkan dirinya. Yoonmi berundur sedikit, mukanya langsung tiada senyuman. Masih geram dengan Min Ha.

“Aku ada hal nak cakap dengan Min Ha, jadi...”

“Arasso, aku faham,” Yoonmi terus meninggalkan mereka berdua. Min Ha sedih melihat Yoonmi. Dia menyedari Yoonmi telah berubah. Tiada langsung wajah ceria Yoonmi.

“Kenchanna, dia dah maafkan awak kan,” Himchan menyapu lukanya. Min Ha mengeluh.

“Gomawo,” ucap Min Ha. Himchan mengganguk.

 

 

“Aku ada hal nak cakap dengan awak sekarang,” Daehyun sedang menunggu di luar. Yoonmi mengigit bibir, kalau boleh dia tidak mahu berjumpa lagi dengan Daehyun selepas ini tetapi Daehyun cuba menghalangnya daripada pergi dari situ.

“Aku sibuk,” Yoonmi menepis tangannya. Daehyun menyedari Yoonmi mula membencinya, Yoonmi cuba berkasardengannya.

“Aku tak kisah, aku nak juga bercakap dengan awak sekarang,” Daehyun menarik Yoonmi sekuat hati.

“Lepaslah, aku tak nak!” Yoonmi meronta-ronta cuba melepaskan diri. Dia tidak mungkin dapat melawan kerana dia bertubuh kecil. Daehyun mendengus lalu berhenti memandangnya. Yoonmi tersentak melihat renungan tajam Daehyun.

“Sampai bila kau nak lari dari aku? Aku nak selesaikan hari ini juga,” Daehyun menariknya lagi. Yoonmi menahan sebak terpaksa mengalah. Mereka tiba di bumbung bangunan sekolah mereka. Di sana tiada orang yang berkunjung ke sana. Daehyun melepaskan tangan Yoonmi.

“Beritahu aku apa yang kau nampak kat taman tempoh hari?” Daehyun tidak tahan lagi dengan masalah mereka berdua.

“Tak ada apa-apa,”Yoonmi tidak mengaku.

“Benar ke? Kau tak nampak apa-apa, biar aku terus terang dengan kau apa yang terjadi kat sana...”

“Aku nampak awak bercium dengan perempuan lain! Puas hati!” air mata Yoonmi mengalir. Dia memandang ke arah lain, kenapalah air mata ni mengalir lagi. Yoonmi mengesat. Daehyun sedikit terkejut, jadi benarlah Yoonmi nampak segalanya. Tapi itu benar-benar tidak disangkanya selama ini. Daehyun menarik Yoonmi lalu mencium bibirnya.Dia mahu membuktikan pada Yoonmi yang dia hanya menyayangi Yoonmi seorang sahaja.  Yoonmi terkejut cuba menolak tubuh Daehyun tetapi Daehyun lebih kuat darinya. Yoonmi mengerut memejam matanya. Air matanya mengalir tidak henti-henti. Daehyun melepaskan ciuman dan memandangnya.

“Kenapa awak buat begini?” kata Yoonmi tertunduk lemah dengan suara yang perlahan.

“Awak ingat aku akan cium orang dengan sembarangan ke?! Aku hanya cium orang yang aku sayang iaitu awak!,” Daehyun mengerut geram, mahu Yoonmi faham. Yoonmi terpaku lalu memandangnya.

“Aku tak mungkin benarkan awak berpisah dengan aku sebab aku dah jatuh cinta dengan awak,” kata Daehyun menahan sebak, perlahan-lahan mencium lagi bibirnya kemudian memeluk erat tubuhnya. Yoonmi kaku dan tidak melawan lagi, bagaikan mimpi di siang hari. Benarkah apa yang aku dengar ni? Getus hati Yoonmi. Jantungnya berdegup kencang ketikat itu. Yoonmi hilang kata-katanya ketika berada dalam pelukan Daehyun. Tapi...

“Mianhae... tapi aku dah tak boleh bercinta dengan oppa,” Yoonmi menolak tubuh Daehyun perlahan-lahan.

“Mwo?” Daehyun tersentak.

“Aku tak nak berhubung dengan awak lagi, oppa,” Yoonmi memandang sayu.

“Wae?” Daehyun seakan tidak percaya apa yang didengar.

“Jebal... Jangan cari aku lagi lepas ni, mianhae,” Yoonmi melangkah pergi beredar cepat, dia mengesat air matanya beberapa kali. Daehyun mendengus dan menjerit geram. Dia gagal dengan rancangannya untuk perbaiki hubungan dengan Yoonmi. Burung berterbangan terkejut dengan suara Daehyun itu.

“Argh!!! Yoonmi-ah...!” Daehyun geram. Tidak menyangka itu begini pula terjadi.

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya