23- choice

Our Love Fictions (Malay version)

Yoonmi dan Jihye keluar, mereka berdua kaku memandang orang yang sedang menunggu mereka berdua. Terutamanya orang yang mereka sayang.

"Yoonmi-sii," Jihye memandang Yoonmi, risau dengan keputusan yang telah dibuat oleh Yoonmi.

"Wae? Apa yang telah berlaku dengan kamu berdua?" Himchan dan yang lain meluru ke arah mereka. Jihye mengeluh kemudian memandang Yoonmi.

"Kenchanna?" Jihye lebih risau dengan Yoonmi. Mereka mengerut, tidak faham.

"Yoonmi, apa yang telah berlaku?" Min Ha hilang sabar dengan Yoonmi masih mendiamkan diri. Yoonmi memandang sayu ke arah Daehyun.

"Mianhae," Yoonmi tunduk melangkah lemah. Mereka berpandangan dan memandang Jihye.

"Kami didapati bekerja tanpa pengetahuan sekolah, aku digantung sekolah selama sebulan. Dan Yoonmi..." Jihye sedih mengatakan hal ini.

"Mwo?! Awak digantung sekolah? Bagaimana dengan Yoonmi?" Semua tidak sabar menunggu jawapan dari mulut Jihye.

"Sebenarnya kami diberi pilihan, tapi Yoonmi memilih untuk berhenti sekolah," kata Jihye memandang mereka. Semua terkejut, Daehyun terus berlalu mencari kelibat Yoonmi. Yongguk menggeleng kesal dengan tindakan Yoonmi. Youngjae segera memeluk Jihye yang tidak dapat menahan sebaknya lagi. Siapa punya angkara ni, berani mereka bongkar rahsia mereka berdua ni.

 

 

 

"Rupanya awak kat sini, dah merata aku cari kau tahu tak?!" Daehyun tercungap-cungap menaiki tangga menuju ke bumbung sekolah mereka. Yoonmi tidak menghiraunya.

"Ingat tak, masa tu awak cuba bawa balik kapel dengan aku?" Yoonmi cuba senyum dengannya. Daehyun terdiam seketika.

Yoonmi menghampirinya kemudian memaut jari-jemari Daehyun.

"Gomawo,"

Daehyun menarik tangannya."Wae? Kenapa awak nak berhenti sekolah?"

Yoonmi terkedu. "Sebab sekolah tak benarkan aku melukis, impian aku nak jadi pelukis terkenal suatu hari nanti,"

"Jadi awak pilih melukis atau aku? Sanggup awak tinggalkan sekolah ini"

Soalan itu mengejutkan Yoonmi, dia mendonggak memandang Daehyun. Dia menggeleng.

"Aniyo, awak tak faham," Yoonmi menggeleng. Daehyun mengerut.

"Aku tinggalkan sekolah ini bukan disebabkan... Jebal, jangan paksa aku jawab soalan awak tu," Yoonmi menjauhkan diri dari Daehyun. Yoonmi bingung mahu menjawab soalannya itu.

"Awak tak perlu jawab pun aku dah tahu," ujar Daehyun.

"Huh?"

"Dari awal lagi awak lebih pentingkan lukisan awak, aku sangat kesal dengan awak. Meskipun awak jatuh cinta dengan aku tapi awak lebih pentingkan identiti awak. Aku tahu semuanya Shin Yoonmi, lukisan lebih penting dari aku," Daehyun memandang sayu ke arahnya. Yoonmi tersentak, memang benar....

"Mianhae..." Yoonmi menangis teresak-esak mengaku kesalahannya. Daehyun mengeluh kemudian memeluknya.

"Kenchanna, aku faham."

"Saranghae," kedengaran ucapan dari Yoonmi membuatkan Daehyun tersentak.

"Mwo?"

"Saranghae, oppa... Saranghae" Yoonmi senyum mengucap beberapa kali. Daehyun kaku, kata chingu selama-lamanya. Tapi Yoonmi sendiri mengucapkan kata-kata itu padanya. Daehyun meleraikan pelukan memandangnya, mata Yoonmi merah disebabkan menangis.

"Yoonmi-ah..." Daehyun meminta kepastian dari Yoonmi jika benar dia mahu meneruskan hubungan mereka biarpun Yoonmi akan keluar dari sekolah itu nanti.

"Hmn..."Yoonmi mengganguk. Daehyun tersenyum lebar kemudian mencium pipinya. Yoonmi tertawa kecil, biarpun sedih terpaksa berhenti sekolah namun mereka dapat teruskan hubungan mereka juga akhirnya.

 

 

 

 

----------------------------------------------------------------------------------------

Moshi3... hehe... Adoi.. Bilalah aku nak habiskan story ni... huuu...

Anyway... Thanks k.. sorry pendek jer...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya