11-Revenge will coming soon

Our Love Fictions (Malay version)

Zelo lega melihat Rena sedar dari pengsannya, dia mengambil sapu tangan kemudian menyapunya pada dahi Rena. Dia terjatuh di kolam renang dan lemas selepas bergaduh dengan Sohyun, Rena tidak pandai berenang sebab itu dia mudah panik. Mujurlah Jongup kebetulan melalui di kolam renang dan sempat menyelamatkan Rena.

“Oppa, mana Sohyun unnie?” suara Rena serak mencari Sohyun pula.

“Sohyun?  kenapa nak cari dia pula?” Zelo hairan, Rena bangun perlahan-lahan dibantu Zelo. Ahli B.A.P yang lain berpandangan. Yongjae memandang Jongup yang tenang, mungkin sedang memikir sesuatu. Youngjae pasti ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh Jongup.

“Rena-chan, rehatlah dulu ya,” pujuk Yongguk. Rena menggeleng.

“Sebenarnya, Sohyun unnie... Aku takut,” kata Rena memeluk lengan Zelo.

“Rena, apa yang Sohyun dah lakukan pada awak?” Zelo keliru, semenjak dia mula rapat dengan Sohyun kerana mereka berpasangan dalam tarian. Baginya  tidak mungkin Sohyun lakukannya.

“Siapa Sohyun?” Yongguk memandang Zelo, Jongup tersentak. Rahsia mereka akan terbongkar jika mereka beritahu Sohyun merupakan ahli kelab tarian yang mereka ikut.

“Dia kawan sekelas kami,” kata Jongup sebelum Zelo bersuara.

“Jjinja? Bagaimana Rena boleh kenal dia?”

“Tempoh hari kami makan bersama di kantin, jadi Rena dah kenal rakan sekelas kami,” kata Jongup berhati-hati kerana Yongguk bukan senang hendak ditipu, dia akan siasat hal ini tidak lama lagi. Yongguk mengganguk.

 

-----------------

 

FLASBACK

7 tahun yang lalu...

“Pengkhianat!!! Aku benci orang yang macam kau!” Jongup menolak Sohyun yang cuba menghampirinya. Semua kanak-kanak lain ketakutan melihat Jongup dan Sohyun sedang dalam pergelutan bertenkar. Sohyun menangis kuat, darah mengalir di dahi kerana terhentak sesuatu. Jongup hanya membiarkan Sohyun terus menangis sehinggalah guru tadika mereka datang.

“Kenapa ni? Jongup, kenapa dengan adik kamu ni? Kamu berdua gaduh lagi ke?” Guru tadika segera mendekati Sohyun yang sedang menangis. Terkejut melihat darah semakin banyak mengalir di kepala Sohyun.

“Dia bukan adik aku! Aku benci dia!” Jongup mendengus meninggalkan taman permainan.

“Oppa...!” Sohyun menjerit memanggil Jongup, guru tadika segera mendukungnya membawa ke klinik. Sohyun meronta minta dilepaskan, dia mahu mencari Jongup untuk membalas dendam. Tetapi itulah kali terakhir dia berjumpa dengan Jongup, papanya beritahu Jongup sudah pindah sekolah dan tidak akan menggangunya lagi.

“Kenapa Sohyun asyik bergaduh di sekolah?” Encik Lee memeluk Sohyun ke dalam dakapannya.

“Sebab Jongup oppa cakap papa pengkhianat. Papa khianat siapa? Oppa kata papa khianat mama dia. Betul ke? Oppa marah sangat, aku takkan benar orang kata papa pengkhianat,” kata Sohyun menjelaskan perkara sebenar. Encik Lee tersentak, anaknya sangat petah bercakap menjelaskan hal sebenar. Kepala Sohyun berbalut kain putih akibat kecederaan di dahinya.

 

 

Sohyun pov

Aku memeluk lututku, aku menangis semahu-mahunya. Kenapa aku tak perasan selama ini dia adalah oppa yang aku pernah bergaduh dengannya masa kecil. Kenapa dia sangat benci kata aku? Papa... Papa, apa sebenarnya papa dah buat dengan orang lain? Jongup... Jongup oppa, ani... Dia bukan lagi oppa aku. Aku mesti siasat hal yang sebelum ni, aku nak tahu kenapa Jongup benci sangat dengan aku. Adakah masih berkaitan dengan papa? Aku mengesat air mata aku dan cuba gagahkan diri berdiri. Pening kepala aku... hari dah malam, kalau boleh aku nak balik ke Seoul balik tapi aku tak mampu... Aku semakin benci tempat ni, Busan? Huh?! Rena? Budak kecil yang licik! Aku tak sangka budak tu... Baiklah, aku akan tunggu apa rancangan awak seterusnya.

 

--------------

“Aku nak beri amaran pada kau, aku tak nak perkara berlaku yang sama seperti tahun lalu.” Kata Yongguk memandang tajam ke arah Daehyun.

“Apa maksud hyung?” Daehyun mengerut. Dia tahu semua orang menumpukan perhatian padanya kerana hubungannya bersama dengan Yoonmi sudah diketahui seluruh sekolah.

“Lepaskan dia, aku tahu kenapa awak kapel dengan dia. Aku dah siasat, kenapa kau buat begitu, Daehyun?” Yongguk sebenarnya sudah siasat dari awal, rupanya Daehyun hanya mahu melindungi Yoonmi daripada diketahui identiti Yoonmi sebenar.

“Jadi rupanya hyung dah tahu dari awal lagi, aku tak boleh lepaskan,” kata Daehyun cuba menentang arahan Yongguk.

“Kenapa? Benar ke kau dah jatuh hati dengan dia?” tanya Yongguk dengan sinis. Daehyun tahu Yongguk sedang mengancamnya, sekarang dia hanya percaya Yoonmi. Yoonmi adalah gadis yang berbeza daripada gadis yang lain dia kenal. Yongguk tiada hak hendak menentangnya.

“Hyung, suka hati akulah nak jatuh hati ke tak, kenapa? Aku tak sangka sebab Sonmi nuna telah menyebabkan hyung jadi begini!” geram Daehyun tidak tertahan.

“Mwo? Apa awak kata?” merah muka Yongguk bila Sonmi pula dikaitkan dalam hal ini.

“Yah, aku hanya nak bincangkan tentang kau. Jangan nak sebut nama dia tu, faham?!” Yongguk menarik baju kolar Daehyun.

“Aku tak kisah, hyung sedarlah sikit. Bila nak berdepan dengan Sonmi nuna? Ego hyung sangat tinggi,”

Yongguk mendengus lalu menumbuk pipi Daehyun sehingga Daehyun terjatuh atas lantai. Daehyun tersenyum kecil, dia mengesat bibirnya yang luka. Darah mula mengalir.

“Kau tak ada hak nak kata begitu!”

“Jadi, hyung ada hak ke nak suruh aku lepaskan Yoonmi?” Daehyun berdiri berdepan dengan Yongguk sekali lagi. Yongguk tergamam.

“Sejak bila kau pandai melawan ni, hah?!"

“Aku pandai melawan pun sebab hyung yang tiba-tiba suruh aku buat benda yang aku tak suka. Aku takkan lepaskan orang yang aku dah sayang melainkan... dia benar-benar mengkhianati aku. Aku tahu, Sonmi nuna...”

“Berhenti sebut nama dia, Daehyun!” Tengking Yongguk, kali ini dia meninggikan suaranya.

“Hyung tahu kan Yoonmi kakak  Zelo, hyung kan dah siasat semuanya. Jadi dia takkan buat benda macam tu. Berhenti suruh aku buat benda karut, aku bukan macam hyung. Aku percaya Yoonmi,” kata Daehyun sebelum meninggalkan Yongguk yang masih panas baran terhadapnya. Yongguk mendengus kasar, tidak menyangka apa yang dikatakan Daehyun benar-benar menyakitkan hatinya. Daehyun cuba menikam dari segi egonya. Tidak mungkin! Berani dia ungkit pasal Sonmi lagi! Aish!!! Habis dinding remuk akibat ditumbuknya...

 

---------------------------------------------------------------------------------------

Aigoo... revenge will coming soon. Just wait!

Yongguk-sii.... Daehyun ni macam tak boleh kalau tak ada gf. mesti ada, nasib baik dia jenis yang setia. kikikikik... 

Annyeonghaseyo... :)

He just like ahjumma when he talk active!!!Looked his mouth.

 

give comment and subcribes... Jebal...!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya