7- fight and miss

Our Love Fictions (Malay version)

"What??!!! Aku dengan dia? Oh no, sir apa ni?" Youngjae naik angin bila kumpulan dibahagikan oleh sir Minho. Semua orang dalam kelas berpandangan.

"Yah... Dahlah tu, buat malu je.Terima je la," Daehyun bisiknya memujuk Youngjae supaya bertenang.

"Eh, mana boleh aku tak tenang. Aku tak ingin dengan dia tu," Youngjae menjeling ke arah Han Jihye.

"Kau ingat aku nak sangat ke satu kumpulan dengan kau ke, jangan nak perasan!" Jihye tidak tahan dengan sikap Youngjae yang suka mencari pasal. Semua orang dalam kelas tahu mereka tidak sebulu. peperangan akan terjadi setiap kali kelas mula berlaku. Yongguk tidak mahu masuk campur antara mereka berdua melainkan Youngjae mempunyai perselisihan faham dengan lelaki.

"Eleh... Memang aku dah agak dah. Jangan nak tipu aku, kau ingat aku tak tahu,"

"Dasar lelaki kuat perasan!"

"Mwo?!"

"Sudah!!! Kamu berdua boleh tak berhenti bertekak, setiap kali aku masuk kelas mesti bertengkar. Sudah, kali ni aku takkan ubah keputusan. Kumpulan yang dibahagikan adalah muktamad! Faham!" sir Minho memandang tajam mereka berdua sebelum keluar dari kelas. Jihye mengeluh duduk membetulkan cermin matanya kemudian memandang Youngjae.

"Yah! Awak buat sendiri, aku tak nak buat kerja tu," kata Youngjae kerana tahu mereka tidak akan berkerja sama antara sama lain.

"Mwo! Yah...!" Jihye mendengus kasar.

"Korang berdua boleh tolong diam tak? Kami dah nak berbincang ni," kata Himchan bengang dengan mereka. Jihye mendengus, Youngjae menghempaskan kertas yang diberikan sebentar tadi. Hani dan Soohyun merupakan satu kumpulan dengan mereka. Mulanya mereka gembira dapat bersama dua pelajar cemerlang tapi lupa pula yang mereka berdua tidak sebulu. Macam mana ni? Hani dan Soohyun berpandangan. Kumpulan lain sudahpun mula berbincang dengan kerja mereka. Mereka tidak berani menergur kedua-duanya kerana masing-masing dalam keadaan dingin.

 

--------------------------------

Sudah beberapa hari Jongup cuba mengingati di mana dia pernah jumpa Sohyun, entah kenapa fikirannya tidak henti berfikir tentang Sohyun, matanya tidak henti-henti memandang Sohyun setiap kali mereka berlatih menari.

"Sohyun dan Jongup, cuba ikut rentak yang aku buat tadi," Sonmi memberi arahan kepada mereka. Sohyun dan Jongup mengganguk. Akhirnya, ini saat peluang aku untuk mendekati dia... Jongup menyentuh pinggangnya, tetapi Sohyun kelihatan biasa dan selamba sahaja menyentuh bahu Jongup. Mungkin Sohyun sudah biasa dengan hal begitu. Mereka mula bergerak mengikut rentak muzik sebaik sahaja muzik berbunyi. Jongup sempat merenung wajah Sohyun yang tenang, tiba-tiba dia terpandang parut di sebalik dahi Sohyun yang ditutupi rambut depannya. Jongup tersentak dan berhenti menari. Sohyun mengerut memandang Jongup.

"Tak mungkin," kata Jongup dengan perlahan. Sohyun menarik tangannya, hairan melihat Jongup tiba-tiba sahaja berhenti.

"Kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?" Sonmi memandang mereka berdua. Rakan-rakan yang juga hairan.

"Tak ada apa-apa," Jongup segera keluar dari studio itu.

"Huh?" Sohyun terkaku melihat Jongup pergi begitu sahaja, Sonmi mengeluh terpaksa meneruskan juga latihan seterusnya. Zelo tertanya-tanya dengan kelakuan Jongup yang pelik.

 

--------------------------------------

Himchan tersenyum melihat Min Ha dengan Yoonmi di taman, suka melihat mereka berdua yang tidak pernah berpisah biarpun berlainan kelas.

"Yah... Tengok tu, Himchan-sunbae tengok kat sinilah. Mesti dia suka dengan awak hihihihi..." kata Yoonmi perasan bila Himchan asyik memandang ke arah mereka.

"Hish...! Jangan mengarutlah," Min Ha cuba bertenang. Himchan menuju ke tempat mereka berdua.

"Dia datang sinilah," bisik Yoonmi.

"Hi, apa khabar?" Himchan memandang Min Ha. Yoonmi menahan gelak melihat temannya yang gelisah.

"Err... Baik," Min Ha mula terasa panas pipinya.

"Aku nak cakap sebentar dengan awak boleh?"

"Hah... Boleh, aku pergi dulu ya, Min Ha bye3." Cepat2 Yoonmi meninggalkan Min Ha bersama Himchan. Min Ha menahan geram dengan Yoonmi, hish... Kurang asam betul Yoonmi ni! Himchan duduk di sebelahnya. Beberapa pelajar lain menjeling Min Ha, cemburu melihatnya dapat bersama dengan putera kesayangan mereka. Min Ha tahu dia berada dalam bahaya sekiranya dia benar-benar tiada sebarang langsung dengan Himchan.

"Petang ni 'busy' tak?"

"Huh? Kenapa?"

"Err... aku cuma nak awak datang tengok aku berlatih nanti petang, boleh?"

"Tengok awak berlatih?" Min Ha tersentak, tiada siapa yang dibenarkan masuk ke dewan gelanggang itu ketika mereka berlatih pada waktu petang. Tetapi kali ini Himchan membawanya masuk ke dalam dewan itu. Beberapa orang yang terdengar berbisik-bisik.

"Tapi... Err..."

"Awak bawalah sekali Yoonmi, aku memang nak sangat awak datang petang ni," Himchan menaruh harapan dengannya. Min Ha serba salah, sebenarnya petang ni dia kena menemani mamanya ke pasar tapi susah nak tolak pula pelawaan Himchan ni. Tak apalah, ke pasar boleh pergi lain kali. Kemudian Min He senyum mengganguk.

"Gomawo, kalau begitu aku pergi dulu. Annyeong..." Himchan.

"Ne," Min Ha tersengih malu.

 

 

"Kita buat apa kat sini Min Ha?" Yoonmi memandang sekeliling, dia tak pernah masuk ke dewan itu. Bukan apa, dia selalu sibuk dengan komiknya dan tidak mempunyai masa langsung melihat perlawanan yang digemari semua orang dalam sekolah itu. Tetapi dia tidak ketinggalan juga minat kumpulan BAP itu.

"Himchan-sunbae nak aku tengok dia berlatih," keluh Min Ha.

"Ya ke? Pergilah, aku nak hantar lukisan aku ni," kata Yoonmi menolak permintaan Min Ha mahu ditemani.

"Alah... Takkan awak pun tak nak tengok Daehyun berlatih.

"Daehyun?" Yoonmi tersentak mendengar nama Daehyun. Sudah tiga hari mereka tidak berjumpa, dia hampir lupa tentang hubungan mereka. Lagipun dia hanya sibuk fokus dalam kelasnya dan melukis, itulah rutin hariannya. Kini dia lupa pula yang Daehyun adalah teman lelakinya.

"Yalah, takkan awak..." Min Ha mengeluh dengan sikap Yoonmi. Tidak serius dalam hubungannya. Yoonmi tersengih menggaru kepalanya.

"Noona? Apa noona buat kat sini?" Zelo sejak tadi melihat mereka berdua segera mendapatkan mereka.

"Huh, Zelo. Kami cuma..."

"Nak tengok kami berlatih? Baguslah, tambah semangat aku. Sekurang-kurangnya noona datang tengok aku dan teman lelaki kesayangan noona tu," kata Zelo dengan sinis. Yoonmi mencebik.

"Zelo, awak buat apa kat sana. Kita dah nak mula ni," Youngjae memanggilnya, semua ahli mula keluar dari bilik persalinan. Yoonmi tersentak melihat Daehyun muncul, baru dia sedar sudah lama tidak melihat Daehyun. Rindunya... Yoonmi tersenyum nipis.

"Tengok tu, macam dah tak ingat dunia," Zelo menggeleng. Min Ha tersengih membalas lambaian Himchan.

"Kejap ya," Daehyun meminta kebenaran daripada Yongguk sebentar untuk bercakap dengan Yoonmi.

Yoonmi mengurut dadanya, entah kenapa jantung berdebar bila Daehyun datang menghampirinya.

Daehyun lega melihat Yoonmi, bukan nak mengelak darinya tetapi sejak kejadian tempoh hari Daehyun asyik memikirkan tentang Saemi. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengannya tempoh hari.

"Annyeonghaseyo," Yoonmi tunduk sebaik sahaja Daehyun sampai tempat mereka. Min Ha turut tunduk.

"Lama tak tak jumpa, mianhae," Daehyun serba salah dengannya.

"Aniyo, kenchanna. Awak juga sibuk dengan latihan awak dan aku juga sibuk nak siapkan komik aku, aku faham," kata Yoonmi menahan sebak. Daehyun mengganguk, Min Ha perasan ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan mereka.

"Kalau begitu awak tunggu aku habis berlatih ya," Daehyun mengusap kepalanya. Yoonmi mengganguk. Daehyun tersenyum kemudian masuk ke dalam gelanggang. Yoonmi dan Min Ha mengambil tempat duduk.

"Awak tak apa-apa ke?"

" Min Ha, dada aku terasa sakit.Macam nak mati pun ada. Kenapa ya?"

"Itu bermakna awak rindu dengannya. Siapa suruh sibuk sangat dengan komik awak tu," kata Min Ha. Yoonmi terdiam, ya ke? Begini ke orang bercinta? Hmn...

 

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aigoo... What happen to Jongup? Why?

Himchan dah jatuh hati dengan Min Ha ke?

Youngjae dan Jihye ni... Habislah!

Omo...! Yoonmi-sii...

 

Wow!!! Jongup!

 

#Please leave your comment ok :)

Gomawoo... :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya