1-Alamak!!!

Our Love Fictions (Malay version)

Yoonmi pov

Aku menguap beberapa kali, Tidak!!!! Aku mesti habiskan lukisan ini sebelum jam 3 petang ini. Aku memandang beberapa kali jam aku, lukisan aku hampir siap. Min Ha menemani aku sepanjang aku melukis. Hanya dia seorang sahaja tahu kerja rahsia aku ini. Aku tak nak seluruh sekolah aku tahu bahawa komik yang sedang popular itu aku adalah kartunisnya. Kalau tak, habis aku dikenakan nanti. Mata aku macam panda da...

"Wow!!! Cantiknya..." Min Ha terpaku melihat lukisan aku."

"Gomawoo..." Aku menyusun kembali semua lukisan aku yang sudah kering warnanya.Kerja aku dah siap. Bilik perbincangan jarang dikunjungi oleh pelajar di sekolah kami, oleh itu aku mengambil kesempatan untuk melukis dalam bilik perbincangan ini.Tak ada sesiapa pun yang tahu hal ini kecuali Min Ha seorang je.

"Eh, dah siap ke?"

"Aha... Aku kena pergi sekarang, deadline jam 3" Aku kelam kabut mengemasnya. Min Ha membantu aku menyusun semua kertas-kertas lukisan.

 

"Hello... Ada orang tak?"

Aku dan Min Ha berpandangan lalu menoleh. Terkejut kami bila Yongguk dan Himchan di muka pintu. Alamak... Putera bola keranjang datang...  kecut perut aku bila setiap kali berdepan dengan mereka. Apa taknya, mereka ini dari golongan elit dan terkenal di sekolah ini. Min Ha tergamam melihat senior di depan mereka.

"Eh, ingatkan tak ada orang. Kamu masih nak guna bilik ni ke?" Himchan dan Yongguk masuk ke dalam dengan beg mereka. Aku dan Min Ha menggeleng, tidak mampu berkata apa-apa.

"Eh, awak lukis apa tu?" Yongguk ternampak salah satu lukisan aku. Aku terkejut dan cepat-cepat masukkan dalam sampul.

"Err... Tak, ini lukisan mainan," Aku panik, risau juga kalau mereka tahu. Yongguk dan Himchan berpandangan.

"Kami dah tak guna bilik ni, silakan guna sebaik mungkin. Min Ha jom!" Aku tunduk sebelum menarik Min Ha yang asyik memandang Himchan macam tak ingat dunia dah. Tiba-tiba aku macam terlanggar sesuatu, apa ni? Takkan aku terlanggar dinding pula. Ini kan jalan ke pintu keluar. Aku mengerut mendongak. Daehyun sedang tunduk memandang aku.

Alamak... Aku terlanggar Daehyun! Habislah ni kali... Aku terundur ke belakang sikit. Aku terasa muka aku panas, pasti muka aku merah dah ni... Aduh, malunya... Renungan mata Daehyun buat aku tertunduk.

"Mi...an...hae...!" Aku tergagap-gagap. Aku sebenarnya minat gila dengan mamat ni, biasanya aku pandang dari jauh jer, tapi tak sangka aku berdepan dia dengan cara terlanggar pula! Aduh...

"Awak ni, tak ada mata ke sampai nak langgar orang?"

Aku terdiam masih tunduk. Min Ha ternganga dan tak mampu berkata apa-apa. Daehyun menghampiri aku dan mengangkat dagu aku, aku terkejut dengan tindakannya. Mata kami bertentangan, aku menepis tangannya kerana tak tahan dengan matanya.

"Aku minta maaf! Aku yang salah, jadi jangan hukum aku!" kataku. Semua orang terkejut dengan kata-kataku. Aku sendiri tak sedar apa yang aku kata. Daehyun ketawa kecil selepas aku kata begitu. Senyumannya... Waduh! Cair hati aku...

"Hei... Awak tak apa-apa?" Youngjae muncul di belakang Daehyun. Aku tersentak, tersedar dari lamunan. Min Ha cepat-cepat menarik aku keluar.

"Maaf ya... Kawan aku ni dah cair hatinya. Kami pergi dulu...!" Min Ha melambai pergi. Apa?! Cair? Yah... Minah ni... Bikin malu aku jer... Aish!!! Malunya...

"Yah... Sedarlah kawanku sayang!" Min Ha mengetuk kepala aku. Aku mendengus kecil mengesat kepala aku. "

"Eleh... Sedarlah diri tu sikit, kau tu pun apa kurangnya. Himchan-sunbae tu pun kau minat gak kan... hahahha" aku ketawakan Min Ha. Min Ha mencebik meninggalkan aku. Lah... merajuk pula.

"Yah... Tunggu aku!!!" Aku mengejar kawan baik aku ni. Bagi aku dialah yang terbaik kawan yang aku pernah jumpa. Hehehe...

 

No one pov

"Apa benda ni?" Daehyun tersentak apabila sesuatu benda menghalangnya berjalan. Sampul coklat atas lantai dikutipnya. Youngjae juga tertarik dengan benda tersebut. Daehyun tertanya-tanya apa benda dalamnya.

"Komik ni..." Daehyun terkejut melihat lakaran lukisan itu. Youngjae tersentak melihat komik kegemarannya lalu menariknya.

"Wah...! Inikan komik yang aku minat," Youngjae membacanya. Yongguk dan Himchan berpandangan dan menghampirinya.

"Ini... Sambungan untuk minggu inilah" Youngjae agak excited bila melihat lakaran itu.

"Nanti sekejap, macam mana lukisan ini boleh berada di tangan budak tu tadi?" Yongguk memandang mereka satu persatu. Youngjae dan Daehyun berpandangan.

"Tak mungkin!" Youngjae ternganga, tidak sangka dan tidak mungkin kartunis adalah budak itu.

"Biar aku uruskan benda ini," Daehyun merampas lukisan itu.

"Biarlah aku baca dulu..." Youngjae menarik kembali. Daehyun mengerut memikir tentang lukisan itu. Dia juga peminat komik itu tapi takkanlah...

"Aku dapat rasalah budak tu yang lukiskan..." keluh Youngjae.

"Aku pun sama" Himchan mengganguk sambil membaca komik lukisan itu.

"Tapi budak tu comel juga kan..." Yongguk sambil membelek2 lukisan itu.

"Tapi bukan ke sekolah tak benarkan buat benda mengarut macam ni? Tak mungkin benda ni dilukis oleh dia" Himchan masih ragu-ragu.

"Biar aku uruskan benda ini, aku nak pastikan sama ada dia lukis atau tak," kata Daehyun dengan serius.

"Baiklah, beritahu kami jika benar dia yang lukiskan,"

Daehyun mengganguk faham.

 

 

---------------------------------------------------------------------------------------

Hahaha... Kedapatan! Agaknya apa BAP akan buat dengannya lepas ni???

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacannie
#1
Chapter 31: Author-nim ! sya t'lambat join crita nhe ... sudah baca , SEDIH'y !!!! :'( I'm crying :'( tp, ending'y DAEBAK (y) sya baca, tngh mlm, best dpt lyang prsan s'orang-ii :D Author-nim ! Fighting !!
Eisyafa100
#2
Chapter 27: Author-nim chapter nie paling sedih
akila_halim #3
Chapter 31: Author-nim thanks sbb luang masa buat citer nie. Semoga berjaya. Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!
mieyhyun
#4
Chapter 31: Author-nim... u make my day... sweetla citer nie.. saya tunggu cerita yang lain drpd author-nim... hwaiting!!!
nurulizzahramanlee
#5
Chapter 31: Daebak onnie hehehehe best sgt daehyun oh gosh he so handsome when badman daebak daebak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
woonicorn_syah
#6
Chapter 31: happy ending:)tapisaye nk tahu ape jadi kat himchan buatlah one shot die jumpe penganti min ha
woonicorn_syah
#7
Chapter 29: sedih ah asal ade yg mati ni :'(
mieyhyun
#8
Chapter 29: Kenapa Min Ha mati auhtor-nim...?? Ppali update...
fluffyichigo
#9
Chapter 28: authornim nape sedih sgt nk nangis saya