CHAPTER 6 - The truth...

I'm Abnormal Guy! [english/malay]

 

Setibanya Ren di rumah, dia terlihat Min Woo dan Ricky sedang menunggunya di ruang tamu. Dan sebaik sahaja mereka berdua terlihat Ren, mereka segera menghampirinya. "Rennie, awak ke mana? Awak okey, ke?" soal Min Woo. Ren kelihatan menggeletar dan mereka berdua mulai panik.

 

"Yah! Awak kenapa? Macam baru jumpa hantu jer." tegur Ricky.

 

"Dia...dia takkan lepaskan saya...dia mesti marah sebab saya tampar dia. Eotteokhae?" ucap Ren dengan suara yang terketar-ketar sambil memandang tangannya yang menampar JR tadi. Mereka berdua memandang antara satu sama lain dan menaikkan bahu masing-masing tanda tidak faham kata-kata Ren itu.

 

"Siapa? Siapa yang awak tampar tadi?" soal Min Woo. " Cakaplah apa yang berlaku supaya kami boleh tolong awak." pujuk Ricky pula. Ren memandang mereka berdua dengan berlinangan air mata. Dia begitu takut. Dan belum sempat Ren berkata apa-apa, pintu rumah mereka diketuk.

 

"Siapa tu?" soal Min Woo lalu dia berjalan ke arah pintu, namun belum sempat dia membukanya, Ren memegang tangan Min Woo. "Kenapa ni?" soal Min Woo yang kehairanan dengan sikap Ren. Ren memandangnya dan menggeleng kepala sebagai tanda...'Jangan buka pintu ni...' 

 

"Ren! Buka pintu ni! Aku tahu kau ada kat dalam! Baik kau buka sebelum aku pecahkan pintu, ni!" teriak JR dari luar rumah. Ricky dan Min Woo saling berpandangan, kemudian mereka memandang Ren yang semakin ketakutan.

 

"Eo...eotteokhae?" soal Ren. 

 

"Awak tampar JR? Kenapa? Dia kacau awak lagi, ke?" soal  Min Woo dengan nada yang hampir marah. "Tak guna! Ren cuba lari dari dia, tapi sampai ke rumah dia cari! Siap dia!" Min Woo yang semakin tidak tertahan marahnya segera membuka pintu rumah sebelum Ren dan Ricky sempat menghalangnya.

 

Kini mereka telah berhadapan dengan JR yang kelihatan marah. Ren menyorok di belakang Ricky dan Min Woo. Min Hyun dan Baek Ho pula, cuba memujuk JR supaya tidak membesar-besarkan hal ini, atau mencederakan Ren. Namun tidak diendahkan JR.

 

"Berani kau tampar aku tadi?! Mak bapak akupun tak pernah tampar aku! Sekarang marilah berlawan kalau kau tu anak lelaki! Buat apa menyorok di belakang kawan-kawan kau?!" tengking JR dan Ren segera melarikan dirinya ke dalam rumah. JR menolak Ricky dan Min Woo ke tepi, lalu dia segera mengejar Ren. Mereka berempat juga segera masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan Ren dari amukan JR.

 

JR sempat mencapai tangan Ren, namun Ren dengan pantas menepis tangan JR lalu dia berlari menuju ke dalam biliknya. Belum sempat Ren menutup pintu biliknya, JR sudahpun masuk. JR mengunci pintu bilik Ren dari dalam, menyebabkan mereka berempat tidak boleh masuk. Mereka hanya mampu berteriak dari luar supaya JR tidak mencederakan Ren.

 

Ren berundur tatkala JR semakin menghampirinya. 'Please JR...don't hurt me and...our baby...' getus hati Ren yang tidak tahu nak buat apa lagi. Dia mulai menangis sambil mendakap perutnya. Ren berundur sehingga dia tersandar pada dinding. "Please JR...don't do this." rayu Ren.

 

JR menggenggam kedua-dua pergelangan tangan Ren dan diletakkan ke dinding. Dia merapati muka Ren. "Tahupun takut. Kenapa sebelum kau tampar aku, kau tak fikir dulu? Sekarang jangan cuba nak minta belas kasihan aku." ugut JR.

 

"Kenapa awak layan saya macam ni JR? Apa salah saya? Dulu awak tak macam ni pun." soal Ren.

 

"Kenapa? Kau tanya aku, kenapa? Aku yang patut tanya kau kenapa. Kenapa kau mainkan perasaan aku, lepas aku serahkan hati aku kat kau?!" soal JR dengan marahnya. Ren tercengang.

 

"Apa maksud awak? Bila saya mainkan perasaan awak?" soal Ren. JR menggenggam tangan Ren dengan lebih kuat berikutan hatinya yang semakin membara sekarang. "Argh!" teriak Ren yang dalam kesakitan akibat genggaman itu.

 

"Aku tahu kau secret admired aku, dan bila aku nak luahkan perasaan aku kat kau...rupa-rupanya kau ada hubungan dengan Baek Ho!" tengking JR sehingga Baek Ho, Min Hyun, Ricky dan Min Woo yang berada di luar bilik, terdengar perbualan mereka itu.

 

"Apa yang kau dah buat sampai JR fikir kau ada hubungan dengan Ren?" soal Min Hyun kepada Baek Ho.

 

"Awak dah rosakkan hubungan diorang! Sekarang beri kami penjelasan yang sebenar!" marah Min Woo kepada Baek Ho.

 

"Apa yang aku dah buat? Aku betul-betul tak faham maksud dia." ucap Baek Ho yang sememangnya tidak faham dengan tuduhan JR itu.

 

"Apa maksud awak? Bila saya ada hubungan dengan Baek Ho? Saya cuma cintakan awak seorang, JR. Percayalah. Hanya...awak di hati saya..." jelas Ren yang mulai berpeluh kerana menahan sakit. Entah kenapa, perutnya tiba-tiba terasa sakit. Namun, dia cuba bertahan untuk mendengar penjelasan dari JR dan sekaligus memulihkan hubungan mereka.

 

"Aku nampak kau dan dia bercium kat padang sekolah waktu aku ajak kau untuk jumpa. Ingat?" soal JR dan Ren terdiam.

 

'Jadi hanya disebabkan kejadian tu, dia mula menyeksa aku? Patutlah waktu aku tunggu dia sampai ke malam dia tak muncul-muncul. Aku mati-mati fikir yang dia sengaja nak mempermainkan aku.' getus hati Ren. "JR, sebenarnya...ahhh!!" teriak Ren apabila kesakitannya makin tak tertanggung.

 

"Yah! Kau jangan nak buat-buat sakit. Aku tahu kau cuba nak tukar topik. Kau dengan Baek Ho memang couple, kan? Jawablah!" JR menggoncang tubuh Ren.

 

"JR...to...long sa...ya..." rayu Ren sambil memegang perutnya sebelum dia rebah ke lantai.

 

JR mulai panik apabila dia mendapati Ren tidak berpura-pura sakit. "Ren! Kenapa ni?! Sakit sangat, ke?" teriak JR sambil memegang Ren.

 

Min Woo dan Ricky yang mendengar teriakan JR itu semakin resah. "JR, buka pintu ni! Apa yang awak dah buat kat Ren?!" teriak Min Woo sambil mengetuk-ngetuk pintu dari luar.

 

"Yah! Dia mengandung la! Jangan cederakan dia!" teriak Ricky yang secara tidak sengaja telah membongkarkan hal yang sebenar. Namun, JR yang cemas tidak mendengar teriakan Ricky itu. Hanya Min Hyun dan Baek Ho yang saling berpandangan apabila terdengar perkara itu. Lalu mereka memandang Ricky. "Apa yang awak cakap tadi?" soal mereka berdua.

 

"Argh, JR!" teriak Ren yang semakin sakit. Air matanya mula mengalir dan dia mulai pengsan. JR segera membuka pintu bilik lalu dia mendukung Ren dan melangkah keluar dari bilik itu. Dia berniat untuk membawa Ren ke hospital dengan menaiki keretanya. "Driver, kita ke hospital sekarang!" arah JR kepada pemandunya.


 


 

finished update in the middle of the night...*yawned*

so hope i can see a comments tomorrow...

4 me a comments just like my inspiration to continued writing...thanx! *_* sleepy

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
today's music bank, Nu'est comeback stage...i'm embrassed while looking at Ren n JR cause i make this story about them...hehehe...

Comments

You must be logged in to comment
worldofdreams #1
Chapter 18: you forgot to mention aron
worldofdreams #2
Chapter 34: i think ren diserves an golden medal for forgiving and loving an like jr. not many can do that. good job for wrtting this story its was amazing
noisygurl #3
Actually,i WUV this story very much *thumbs up* ><
JenniferHyun
#4
Chapter 34: Good story but you really should put someone to read this and correct your all mistakes. The English version, you know :) It was really good story, but I started to get tired because the all really clear mistakes. There is missing so many verbs and preposition. And you should remember the exceptions of the third-person. I know, i don't speak or write perfect English either, but i found so many mistakes that it is really disturbing and it sort of spoils the story. If you want, i can help you to fix it.
GuardianExostans
#5
Chapter 17: BEST XD IM BLUSHING LIKE HELL XD HAHAHA..X DPT BYG LAKI PREGNANT XD
GuardianExostans
#6
Chapter 14: Saya tetibe ship renxminhyun .-.
nornanoha97
#7
Chapter 34: Yah!!! Yours story so so awesome full of everything... romantic,funny,sad and many mix of felling.Love this story so so much >///< Falling in love with JREN couples.>ㅅ< *kiss* Keep the faith and ship this ^^ Anyways hwaiting and make a lot of happy jren couples.Sorry I'm only read eng ver hope you don't mind XP