Chapter 11 - Misunderstanding again???

I'm Abnormal Guy! [english/malay]

 

"Awak nak ke mana, Ren? Sekejap lagi diorang habis." soal Sung Jae kawan sekelasnya sewaktu dia melihat Ren bangun dari tempat duduknya. Pelajar yang tidak menyertai maraton diminta duduk di padang juga. Mereka tidak dibenarkan berkeliaran dalam kawasan sekolah.

 

"Saya nak ke tandas. Saya..." Ren menekup mulutnya dan dia bergegas menuju ke tandas.

 

"Kenapa dengan Ren?" soal Min Hyun yang baru melepasi garisan penamat.

 

"Entahlah. Dia nampak macam nak muntah." balas Sung Jae.

 

"Muntah?" Min Hyun juga menuju ke arah tandas untuk melihat keadaan Ren.

 

"Awak okey?" soal Min Hyun apabila Ren selesai berkumur.

 

"Hyun, awak buat apa kat sini? Maraton dah habis ke?" soal Ren.

 

"Saya yang sampai dulu. JR, Baek Ho, Min Woo dan Ricky on the way." balas Min Hyun. "Awak okey, ke? Jae kata awak muntah."

 

"Saya okey. Ia biasa bagi orang yang...you know..."

 

"I know."

 

Sewaktu mereka ingin melangkah keluar dari tandas, muncul seorang pelajar yang kelam-kabut terus melanggar Ren. Ren hampir-hampir terjatuh sewaktu Min Hyun segera menyambutnya dengan memaut pinggangnya. Mereka saling berpandangan seketika. JR yang baru melepasi garisan penamat segera menuju ke tandas dan dia terkejut melihat situasi itu.

 

'Not again...how could you, Ren?' getus hati JR lalu dia segera beredar dalam keadaan marah.

 

"Are you okey?" soal Min Hyun.

 

"I'm fine! Thank you!" ucap Ren yang masih terkejut dengan kejadian tadi. Nasib baik Min Hyun sempat menyambutnya sebelum dia terjatuh. Ren berdiri tegak semula. "Nasib baik..." Ren perlahan menyentuh perutnya.

 

"Itulah, nasib baik. Kalau tak, tak dapatlah dia..." Min Hyun spontan menyentuh perut Ren, "...tengok dunia ni, dan ommanya yang cantik ni." ucap Min Hyun spontan.

 

Ren terlopong dengan tindakan Min Hyun itu. Dia segera menepis tangan Min Hyun. Min Hyun yang memahami maksud Ren, segera meminta maaf. Dia sebenarnya menaruh hati terhadap Ren dan disebabkan persahabatannya dengan JR, dia pasrah. Dia tidak mahu persahabatan mereka tergugat disebabkan cinta tiga segi ini.

 

"Jom kita ke padang. Tentu diorang dah sampai garisan penamat." ucap Min Hyun yang cuba mengubah suasana tegang itu. Ren mengangguk.

 

Di padang...

 

Ren terlihat JR sedang duduk di padang, lalu dia segera mengambil sebotol air mineral dan menuju ke arah JR.

 

"Nah!" ucap Ren sambil menghulurkan botol itu kepada JR dengan senyuman. "Minumlah. Tentu awak penat."

 

JR tidak mengendahkannya, lalu Ren memaut leher JR dari belakang dengan manjanya.

 

"Kenapa ni? Awak nampak macam marah je? Siapa yang buat awak marah?" soal Ren dengan manjanya.

 

"Jangan sentuh aku!" tengking JR sambil dia meleraikan pautan Ren dengan kasar.

 

Ren tersentak. JR segera berdiri dan berhadapan dengannya. Min Woo, Ricky, Min Hyun dan Baek Ho segera menghampiri mereka.

 

"Kenapa ni?" soal Ren, namun JR tidak menjawab. Dia merenung tajam ke arah Ren.

 

"Kenapa awak tengok saya macam, tu? Apa salah saya lagi kali ni?" soal Ren.

 

"Kenapa?! Awak tanya saya kenapa? Awak tu yang kenapa! Kenapa awak buat saya macam ni?! Tak cukup ke kasih sayang yang saya bagi sampai awak sanggup curang tanpa pengetahuan saya, ha?!" marah JR.

 

Ren tersentak. Air matanya mula mengalir.

 

"Bila saya curang dengan awak? Tolong jangan menuduh tanpa bukti, JR! You know that i love you." rayu Ren.

 

"Tak perlu bukti! Cukuplah apa yang saya nampak tadi! Awak dengan Min Hyun saling berpelukan dan bertentangan mata. Why did you do that?" JR semakin tertekan.

 

"Itu bukan macam yang awak fikirkan, Jongie. Hyun cuma sambut saya dari tergelincir." jelas Ren.

 

"Sambut awak dari tergelincir? Untuk apa? Biasa la kalau orang tergelincir dalam tandas. Kenapa dia baik hati sangat nak sambut awak? ha?!" perli JR.

 

"Aku sambut dia sebab dia..."

 

"Ya, betul cakap awak, Jongie. Dia patut biar saya jatuh tadi. Biasalah kalau orang tergelincir dalam tandas." Ren menyampuk sebelum Min Hyun sempat menghabiskan ayatnya. "Tapi percayalah, kitorang takda apa-apa hubungan." jelas Ren.

 

"Kau ni memang. Dulu dengan Baek Ho, sekarang dengan Min Hyun. Kau memang suka 'try' semua kawan aku, kan?" perli JR.

 

Ren yang tersentak, menampar JR sekerasnya. "How could you saying that? I'm not that kind of person. I'm not that cheap you know?!" marah Ren.

 

"We're over now! Kau boleh pergi dengan sesiapa yang kau suka! Aku bebaskan kau!" JR segera beredar meninggalkan mereka.

 

Ren sebak. Dia mulai menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh kawan-kawannya.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
today's music bank, Nu'est comeback stage...i'm embrassed while looking at Ren n JR cause i make this story about them...hehehe...

Comments

You must be logged in to comment
worldofdreams #1
Chapter 18: you forgot to mention aron
worldofdreams #2
Chapter 34: i think ren diserves an golden medal for forgiving and loving an like jr. not many can do that. good job for wrtting this story its was amazing
noisygurl #3
Actually,i WUV this story very much *thumbs up* ><
JenniferHyun
#4
Chapter 34: Good story but you really should put someone to read this and correct your all mistakes. The English version, you know :) It was really good story, but I started to get tired because the all really clear mistakes. There is missing so many verbs and preposition. And you should remember the exceptions of the third-person. I know, i don't speak or write perfect English either, but i found so many mistakes that it is really disturbing and it sort of spoils the story. If you want, i can help you to fix it.
GuardianExostans
#5
Chapter 17: BEST XD IM BLUSHING LIKE HELL XD HAHAHA..X DPT BYG LAKI PREGNANT XD
GuardianExostans
#6
Chapter 14: Saya tetibe ship renxminhyun .-.
nornanoha97
#7
Chapter 34: Yah!!! Yours story so so awesome full of everything... romantic,funny,sad and many mix of felling.Love this story so so much >///< Falling in love with JREN couples.>ㅅ< *kiss* Keep the faith and ship this ^^ Anyways hwaiting and make a lot of happy jren couples.Sorry I'm only read eng ver hope you don't mind XP