Chapter 15 - Not your fault

I'm Abnormal Guy! [english/malay]

 

Masih di restoran makanan cina...

"Ren, awak okey?" soal Min Hyun sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Ren. Ren tersedar dari lamunannya.

 

"Uh? Saya okey. Cuma..." Ren sambung makan semula. "Mmm, makanan ni sedap sangat, sampai saya terpaku seketika!" dalih Ren. "Betul awak taknak makan, ni? Rugi tau." ucap Ren sambil menunjuk-nunjuk makanan itu di hadapan muka Min Hyun untuk menarik perhatiannya supaya makan.

 

Kemudian, Min Hyun segera memegang tangan Ren dan menyuap sendiri makanan itu ke dalam mulutnya. Ia seolah-olah, Ren yang menyuapnya. Ren tergamam.

 

'Omo! Jantung aku berdegup kencang lagi! Mungkin sebab disentuh dia. Ah! What's wrong with me?!!' getus hati Ren. Dia segera menarik tangannya dari pegangan Min Hyun. "Don't do that again."

 

"Do what?" soal Min Hyun yang tidak memahami maksud Ren.

 

"Don't touch me."

 

"Huh?"

 

Pada waktu itu, JR muncul bersama Baek Ho. JR mengajak Baek Ho melepak di restoran makanan cina itu untuk menenangkan fikirannya. Ini memang tabiat JR yang sering mengunjungi restoran makanan cina itu untuk 'release tension'. Dan hari ini nampaknya, tekanan dia tidak juga hilang malah makin bertambah apabila dia terlihat Min Hyun dan Ren kelihatan mesra.

 

"Are you angry at me?" soal Min Hyun sambil memandang Ren. Ren menundukkan kepalanya. Entah kenapa, dia merasa segan apabila dipandang Min Hyun. "Aigoo, awak nampak comellah macam ni." Min Hyun mencubit pipi Ren.

 

"Yah! Sakitlah!" marah Ren dengan malu-malu. Dia menggosok-gosok pipinya yang dicubit tadi.

 

Min Hyun hanya tersenyum melihat Ren. Namun senyumannya tidak lama apabila dia terlihat JR mula menghampiri mereka.

 

"JR?" Min Hyun segera berdiri dari kerusinya.

 

"Kenapa ni?" soal Ren yang masih tidak perasan kehadiran JR kerana JR datang dari arah belakangnya.

 

"Oo, ini kerja korang! Baru beberapa hari aku putus dengan Ren, kau dah mula langkah nak tackle dia, ya? Atau memang betul korang dah bersama sebelum kitorang putus, ha?!" tengking JR.

 

Ren segera berdiri dan kini mereka berhadapan. "JR...awak buat apa kat sini?" soal Ren yang cuba menukar topik.

 

"Untuk tengok pasangan yang tak tau malu macam korang ni! Kita baru putus, dan kau dah cari pengganti aku? Kau ni memang murahan!" Ren tersentak dengan kata-kata JR itu dan dia spontan menampar JR.

 

"Sampai hati awak panggil saya murahan." Ren memandang JR dengan berlinangan air mata.

 

JR ingin memukul Ren kerana menamparnya, tetapi dihalang Baek Ho. "JR, jangan! Kau tak boleh apa-apakan dia. Nanti kau akan menyesal." pujuk Baek Ho.

 

"Untuk apa aku menyesal? Dia ni memang tak kenang budi! Dan orang macam ni memang patut diajar!" marah JR sambil memandang Ren. "Aku curah segala kasih sayang aku kat dia sepanjang kami couple, dan aku buat macam-macam untuk gembirakan dia. Tapi..." kata-kata JR terhenti tatkala air matanya mula mengalir. Hatinya begitu terluka dan kecewa kerana orang yang paling disayangi telah 'membuangnya'.

 

Ren tersentuh melihat JR begitu. Dia tahu JR kecewa, tapi apa boleh buat. Keegoan JR merajai dirinya. JR tidak mahu percaya apa-apa alasan yang diberi oleh Ren dan dia hanya percaya apa yang dilihatnya.

 

"JR, ia bukan seperti yang awak sangka. Kami cuma kawan biasa. Saya dengan Min Hyun tak ada apa-apa hubungan. Percayalah!" rayu Ren yang cuba memegang tangan JR, namun JR menepisnya dengan kasar sehingga Ren hampir jatuh.

 

"Cukuplah dengan sandiwara korang ni! Aku dah muak dengan semua ni!" ucap JR. Kemudian dia merenung tajam ke arah Ren. "Mulai hari ini, kau Choi Min Ki, tidak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Dan aku tak pernah mengenali kau. Semua kenangan kita bersama juga tak pernah berlaku. Kau lenyap dari hidup aku!" tegas JR.

 

Ren tersentak. Dia mula menangis. "Jongie, please don't do this! I need you right now." rayu Ren sambil dia berlutut di hadapan JR. Dengan perlahan tangannya memegang kaki JR. "Jongie, i love you! Tolong...tolong jangan tinggalkan saya...saya merayu."

 

Baek Ho dan Min Hyun yang melihat situasi itu, merasa simpati terhadap Ren. Mereka sebenarnya ingin memberitahu JR tentang kehamilan Ren, namun mereka telah berjanji pada Ren supaya mereka membiarkan Ren yang memberitahu JR sendiri. Janji harus ditepati.

 

"Ah, sudah!" marah JR lalu dia menendang Ren dengan kasar supaya kakinya dilepaskan. Ren tertiarap di lantai.

 

Baek Ho dan Min Hyun segera mendapatkan Ren kerana mereka risau sesuatu yang buruk mungkin berlaku pada Ren dan kandungannya. JR yang melihat reaksi kedua-dua orang rakannya yang risaukan Ren itu, mula berfikiran negatif.

 

Dia tersenyum sinis. "Eloklah tu. Dua-dua kawan aku dah ikut telunjuk kau. Ilmu apa yang kau pakai, ha? Sampai semua orang ambil berat pasal kau." JR memerli Ren. Dia tidak mengendahkan Ren yang seperti dalam kesakitan.

 

"JR, enough already!" tengking Baek Ho dan satu penumbuk darinya hinggap di muka JR. "Sebelum kau nak kutuk dia lagi, baik kau tengok keadaan dia dulu. Dia tengah sakit, tu!"

 

"Ren, awak okey?! Sakit sangat ke?" soal Min Hyun dengan cemas.

 

"Sa-ya o-okey...argh!" Ren mengetap bibirnya menahan sakit sambil memegang perutnya. "Ja-jangan salahkan J-JR...dia tak tahu pa-pasal ni." Ren tidak mahu JR dipersalahkan kalau sesuatu terjadi padanya atau kandungannya kerana dia yang salah sebab tidak memberitahu JR hal yang sebenar. Dan kalau JR tahu mengenai kehamilannya, tapi dia tetap mengasari Ren begini, itu barulah salahnya.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
today's music bank, Nu'est comeback stage...i'm embrassed while looking at Ren n JR cause i make this story about them...hehehe...

Comments

You must be logged in to comment
worldofdreams #1
Chapter 18: you forgot to mention aron
worldofdreams #2
Chapter 34: i think ren diserves an golden medal for forgiving and loving an like jr. not many can do that. good job for wrtting this story its was amazing
noisygurl #3
Actually,i WUV this story very much *thumbs up* ><
JenniferHyun
#4
Chapter 34: Good story but you really should put someone to read this and correct your all mistakes. The English version, you know :) It was really good story, but I started to get tired because the all really clear mistakes. There is missing so many verbs and preposition. And you should remember the exceptions of the third-person. I know, i don't speak or write perfect English either, but i found so many mistakes that it is really disturbing and it sort of spoils the story. If you want, i can help you to fix it.
GuardianExostans
#5
Chapter 17: BEST XD IM BLUSHING LIKE HELL XD HAHAHA..X DPT BYG LAKI PREGNANT XD
GuardianExostans
#6
Chapter 14: Saya tetibe ship renxminhyun .-.
nornanoha97
#7
Chapter 34: Yah!!! Yours story so so awesome full of everything... romantic,funny,sad and many mix of felling.Love this story so so much >///< Falling in love with JREN couples.>ㅅ< *kiss* Keep the faith and ship this ^^ Anyways hwaiting and make a lot of happy jren couples.Sorry I'm only read eng ver hope you don't mind XP