CHAPTER 4 - I'm scared!

I'm Abnormal Guy! [english/malay]

 

Keesokannya, Ren mulai risau. Hari ini mereka akan mula bersekolah setelah cuti selama seminggu. Dia berdebar kerana dia akan berdepan dengan JR, iaitu appa kepada bayi yang dikandungnya ini. Dan disebabkan mereka sekelas, Ren tidak boleh mengelak daripada bertemunya. Jadi, nak taknak, Ren terpaksa menghadapinya.

 

"Guys, I'm scared." Ren meluahkan apa yang terbuku di hatinya sedari tadi, sewaktu mereka bertiga dalam perjalanan menuju ke sekolah. Min Woo dan Ricky memandangnya.

 

"Apa yang awak takut? Bukannya ada hantu kat sekolah." gurau Ricky yang cuba menceriakan suasana tegang itu. Namun, Ren masih lagi kelihatan serius.

 

"Kenapa ni? Apa yang awak takutkan?" soal Min Woo.

 

"You know...JR?" Mereka berdua perlahan mengangguk tanda faham. Ren memang patut takut pada si pembuli itu. JR suka membuli Ren secara fizikal dengan teruk sekali. Kadang-kadang JR suka menendang Ren atau memukulnya tanpa sebab. (Tapi korang tahulah sebab apa, kan?) Dan dalam keadaan Ren begini, mereka juga takut JR tidak sengaja mencederakan anaknya sendiri...(atau kemungkinan terbunuh?)

 

"Jadi, awak kena bagitau dia pasal ni. Dia mungkin akan berhenti buli awak." cadang Min Woo.

 

"Awak dah gila ke? Kalau kitorang pasangan kekasih, senanglah nak cakap. Ini tak. Dia pembuli dan saya mangsanya. Awak rasa dia boleh terima, ke? Lagipun saya ni lelaki, dan lelaki tak boleh hamil. Awak rasa apa yang dia akan fikir pasal saya?" jelas Ren.

 

"Dia mesti tak percaya. Dia mesti fikir awak ni seorang yang pelik dan kemungkinan, dia akan buli awak lagi teruk dari sebelum ni." balas Ricky yang tidak menyedari kata-katanya itu menakutkan Ren.

 

"No!" teriak Ren lalu dia menghentikan langkahnya. "Saya tak boleh biar dia buat macam tu..." Ren segera mendakap perutnya dan air matanya mula mengalir. Dia memandang mereka berdua dan mereka juga memandangnya. "Dia mungkin akan cederakan anak ni... Saya takkan ke sekolah sampai bila-bila. Saya nak duduk di rumah saja." ucap Ren lalu dia berpatah balik.

 

Min Woo menyiku lengan Ricky. "Ini semua salah awak. Lain kali nak cakap tu fikir dulu." tegur Min Woo. "Sorry la, saya tak sengaja. Taktau plak Ren tu sensitif sangat." ucap Ricky. "Orang mengandung memang sensitif dan emosional. Lain kali fikir dulu sebelum cakap." pesan Min Woo lalu dia segera mengejar Ren. Ricky mengikutnya.

 

"Ren, tunggu!" teriak Min Woo apabila langkah Ren semakin laju meninggalkan mereka. "Yah, Choi Min Ki!" Min Woo begitu geram sehingga dia memanggil nama sebenar Ren.

 

Ren tidak mengendahkan teriakan Min Woo itu. Dia bertekad untuk tidak ke sekolah kerana dia merasa selamat berada di rumah. Selagi dia berjauhan dari JR, kandungannya akan selamat. Itulah yang bermain-main dalam fikiran Ren buat masa sekarang. Min Woo dan Ricky berhenti mengejar. Mereka tidak mahu memaksa Ren untuk ke sekolah kerana mereka memahaminya. Kemudian, mereka berdua meneruskan perjalanan ke sekolah.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
today's music bank, Nu'est comeback stage...i'm embrassed while looking at Ren n JR cause i make this story about them...hehehe...

Comments

You must be logged in to comment
worldofdreams #1
Chapter 18: you forgot to mention aron
worldofdreams #2
Chapter 34: i think ren diserves an golden medal for forgiving and loving an like jr. not many can do that. good job for wrtting this story its was amazing
noisygurl #3
Actually,i WUV this story very much *thumbs up* ><
JenniferHyun
#4
Chapter 34: Good story but you really should put someone to read this and correct your all mistakes. The English version, you know :) It was really good story, but I started to get tired because the all really clear mistakes. There is missing so many verbs and preposition. And you should remember the exceptions of the third-person. I know, i don't speak or write perfect English either, but i found so many mistakes that it is really disturbing and it sort of spoils the story. If you want, i can help you to fix it.
GuardianExostans
#5
Chapter 17: BEST XD IM BLUSHING LIKE HELL XD HAHAHA..X DPT BYG LAKI PREGNANT XD
GuardianExostans
#6
Chapter 14: Saya tetibe ship renxminhyun .-.
nornanoha97
#7
Chapter 34: Yah!!! Yours story so so awesome full of everything... romantic,funny,sad and many mix of felling.Love this story so so much >///< Falling in love with JREN couples.>ㅅ< *kiss* Keep the faith and ship this ^^ Anyways hwaiting and make a lot of happy jren couples.Sorry I'm only read eng ver hope you don't mind XP