CHAPTER 5 - You're jerk!

I'm Abnormal Guy! [english/malay]

 

Ren mulai merasa bosan, lalu dia keluar untuk berjalan-jalan di taman. "Apa akan jadi pada hidup aku sekarang, ni? Aku dah tak boleh ke sekolah lagi dalam keadaan macam ni. Memang sekarang ia belum kelihatan, tapi tak lama lagi..." ngomel Ren sendirian sambil berjalan. Kemudian, dia terlihat trak ais krim dan entah mengapa dia begitu teringin untuk makan ais krim.

 

'What's wrong with me? I usually hate ice cream but now...Mungkinkah ini yang dinamakan 'mengidam'? Bukan aku yang nak, tapi...' Ren menyentuh perutnya lalu dia tersenyum. "Kamu nak ais krim? Kita akan makan ais krim." ucap Ren lalu dia segera menuju ke trak ais krim itu.

 

***

 

"Kenapa kau ajak kitorang ponteng sekolah hari, ni?" soal Min Hyun sewaktu mereka tiba di taman.

 

"Itu la. Kau boleh la ponteng sesuka hati, sebab sekolah tu appa kau yang punya. Kitorang ni, nanti tak pasal-pasal kena buang sekolah plak." rungut Baek Ho.

 

"Saja. Aku boring la asyik buat benda yang sama hari-hari. Korang janganlah risau. Korang takkan dibuang sekolah sebab tak hadir sehari." dalih JR.

 

Dia sebenarnya cuba mengelak daripada bertemu dengan Ren kerana setiap kali mereka bertemu, dia akan menyakiti Ren. Dan JR juga terluka setiap kali dia melukai Ren kerana cintanya terhadap Ren masih kukuh. Namun, setiap kali dia teringat akan kejadian itu, dia tidak dapat mengawal dirinya daripada menyakiti Ren yang dianggap sengaja mempermain-mainkan perasaannya.

 

"Eh, itukan Ren? Diapun ponteng sekolah juga?" ucap Min Hyun sambil menunjukkan ke arah Ren yang sedang menikmati ais krim di trak ais krim.

 

"Dia makan ais krim? Biar betul. Bukankah dia tak suka ais krim, sampai sanggup dibuli JR daripada dipaksa makan ais krim? Buang tabiat ke dia?" Baek Ho merasa hairan.

 

JR mulai berdebar. 'Apa yang dia buat kat sini? Dia memang sengaja nak dibuli aku, ke? Aku cuba lari dari dia, tapi dia muncul depan aku plak. Menyerah diri, nampak.' getus hati JR sambil kakinya melangkah menuju ke arah Ren.

 

"Hai, sorang saja?" tegur JR dan Ren tergamam melihatnya.

 

"J-JR? W-what are you doing here?" soal Ren yang mulai ketakutan. 'Oh, god! What happen right now? Aku cuba lari dari dia di sekolah, tapi bertemu di sini plak. Adakah anak ini memang ditakdirkan untuk dicederakan oleh appanya sendiri?' 

 

"Suka hati aku la nak pergi ke manapun. Bukannya ini tempat kau." perli JR sambil berjalan mengelilingi Ren. "So, sejak bila kau suka makan ais krim, ni? Dulu bukan main benci kau dengan ais krim." soal JR sambil memandang tepat ke arah muka Ren. Ren sedikit berundur.

 

"Se-sejak hari ini. Sa-saya teringin..." balas Ren dengan nada yang tersekat-sekat. Dia semakin takut.

 

"Teringin? Setahu aku hanya orang mengandung jer yang teringin sampai macam ni. Sanggup makan makanan yang tak pernah dimakan sebelum ni." perli JR sambil tertawa bersama kawan-kawannya.

 

Ren tercengang mendengar kata-kata JR itu kerana dia betul. 'Yeah, i'm pregnant...i'm carrying your child, Jongie ah...' 

 

"He's a guy, he can't be pregnant. Maybe, dia dah nak mati kot dan hasrat terakhir dia untuk makan makanan yang tak pernah dimakan sebelum ini. Ha!Ha!Ha!" JR tertawa lagi dan kali ini lebih kuat. Ren mulai terasa hati. Air matanya mula mengalir.

 

'Sampai hati dia kutuk aku sampai macam tu. Dia memang nak aku mati,ke? Tegar-tegarnya kamu JR. Tak cukup dengan buli secara fizikal, sekarang kau nak buli aku secara mental pula?' Ren semakin sebak. Dia hanya menundukkan kepalanya. Entah kenapa dia tidak berdaya untuk lari. Mungkin dia dah pasrah dengan semua ini dan dia rela dibuli JR? 

 

"Hey si lembik! Menangis ke? Kenapa? Janganlah tertekan, ia tak baik untuk kandungan awak." JR mengutuk lagi sambil menyentuh perut Ren dan tertawa.

 

'PANG!' satu tamparan dari Ren hinggap di muka JR. Min Hyun dan Baek Ho tersentak. JR sendiripun terkejut. Ren menamparnya? Sejak bila Ren berani membalas?

 

"Awak fikir ia gurauan? Awak fikir kehamilan tu, satu gurauan? Think again, JR! Awak yang sepatutnya bertanggungjawab, bukannya mempersendakannya!" Ren merenung tajam ke arah JR. "You're jerk!! Don't dare to touch my belly again! You don't deserve it!" tengking Ren sebelum beredar dari situ meninggalkan JR, Min Hyun dan Baek Ho yang terpinga-pinga.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
today's music bank, Nu'est comeback stage...i'm embrassed while looking at Ren n JR cause i make this story about them...hehehe...

Comments

You must be logged in to comment
worldofdreams #1
Chapter 18: you forgot to mention aron
worldofdreams #2
Chapter 34: i think ren diserves an golden medal for forgiving and loving an like jr. not many can do that. good job for wrtting this story its was amazing
noisygurl #3
Actually,i WUV this story very much *thumbs up* ><
JenniferHyun
#4
Chapter 34: Good story but you really should put someone to read this and correct your all mistakes. The English version, you know :) It was really good story, but I started to get tired because the all really clear mistakes. There is missing so many verbs and preposition. And you should remember the exceptions of the third-person. I know, i don't speak or write perfect English either, but i found so many mistakes that it is really disturbing and it sort of spoils the story. If you want, i can help you to fix it.
GuardianExostans
#5
Chapter 17: BEST XD IM BLUSHING LIKE HELL XD HAHAHA..X DPT BYG LAKI PREGNANT XD
GuardianExostans
#6
Chapter 14: Saya tetibe ship renxminhyun .-.
nornanoha97
#7
Chapter 34: Yah!!! Yours story so so awesome full of everything... romantic,funny,sad and many mix of felling.Love this story so so much >///< Falling in love with JREN couples.>ㅅ< *kiss* Keep the faith and ship this ^^ Anyways hwaiting and make a lot of happy jren couples.Sorry I'm only read eng ver hope you don't mind XP