Episode 2 : Sakit Hati (Chapter 2)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 2 : Sakit Hati  
      Chapter 2  

 

 

 

 

...............................

"Ala...jangan la kedekut sangat...10 ribu je pun..." kata Jongin lagi sambil mengejar Sehun yang berlari.

Sehun terus menekan butang di dinding lalu masuk ke dalam bilik perjumpaan. Diikuti Jongin dari belakang.

"Jap...kenapa senyap je ni??" tanya Jongin lagi.

"Yahh~~!!!!!!" Jongin dan Sehun terus menjerit. Minhye terus keluar dari gambarnya lalu berlari ke bilik perjumpaan.

......………………………………

Jongin, Kyungsoo, Baekhyun dan Sehun cuba melepaskan diri apabila masing-2 terlekat di kerusi.

"Mwoya?? Aku tak boleh bangun ni..." rungut Jongin sambil cuba melepaskan diri.

"Siapa yang buat ni??" tanya Kyungsoo yang juga cuba melepaskan diri.

"Lepaskan aku la~!" kata Baekhyun lagi.

"Hahahaha!" Joonmyeon ketawa sambil menuruni tangga. Eunhoon pula tersenyum kepuasaan sambil membawa gam itu.

"Jadi, ni la kekuatan gam High Power Glue??Wow! Hahaha!" kata Joonmyeon lagi. Eunhoon berdiri di sebelah Joonmyeon.

"Kenapa kau buat kat aku macam ni?!" tanya Jongin dengan marah.

"Kalau kitaorang tak buat ni, mesti korang tak nak makan sama-sama, kan??" tanya Joonmyeon.

Tiba-tiba Minhye mencelah. "Kalau kau dapatkan Chanyeol-shi, kau akan lepas kontrak pertama ni...."

"Kontrak??" tanya Sehun lalu diikuti Jongin, Kyungsoo dan Baekhyun.

"Ni ke yang terjadi lepas aku keluar dari bilik?! Aku tengah sakit, tahu tak?!" rungut Baekhyun dengan geram.

"Ni teruk sangat walaupun tak menyedihkan...tapi, kenapa sekarang?!" Baekhyun marah sangat dengan kejadian sekarang ni.

"Jebal! Aku nak makan sorang-sorang la!" kata Baekhyun lagi sambil cuba melepaskan diri lagi.

"Aku akan cakap macam mana nak lepaskan diri lepas korang makan...sekali je~!" kata Eunhoon. Joonmyeon hanya tersenyum.

"Eee~ aku tak nak makan dengan korang la!" kata Jongin pula.

"Tu cakap besar orang yang sombong tak sedar diri... " perli Joonmyeon.

"Aish! Yah! Kenapa kau balik sini semula?!" tanya Jongin pada Joonmyeon.

"Aww, jangan la marah sangat..." kata Joonmyeon lalu mendekati Jongin yang seperti cacing kepanasan. Dia menepuk bahu Jongin.

"Ni kan rumah aku juga..." kata Joonmyeon lalu menyengih.

"Kau boleh cakap tu...dalam mimpi je la! Apa je kau dapat lepas tinggalkan tempat ni!" kata Jongin sambil pusing ke belakang menghadap Joonmyeon. Joonmyeon dengan kasarnya memberhentikan Jongin dengan kakinya.

"Kau mesti seronok sebab tarik diri daripada wasiat yang untuk kebaikan kitaorang!" kata Jongin lagi.

"Apa kau merepek ni??" tanya Joonmyeon lagi lalu pergi ke kerusi yang tiada siapa duduk. Jongin hanya mengikuti Joonmyeon.

"Kau tak payah nak berpura-pura tak tahu! Dan kau tak payah nak berlagak sombong la!" kata Jongin dengan marah.

"Aku tak nak bagitahu dekat parasit yang tengah terlekat kat kerusi ni...macam kau~!" kata Joonmyeon dengan sengaja.

"Aku bunuh kau nanti!!!" kata Jongin dengan geram. Joonmyeon hanya ketawa.

"Hahahahaha! Parasit...eh aniya...lipas kot! Hahaha!" kata Joonmyeon lalu duduk di kerusi yang tiada siapa duduk.

"Yah! Kerusi tu pun saya letak gam juga!" kata Eunhoon.

"Mwo?! Serius?!" tanya Joonmyeon. Dia mula panik lalu cuba melepaskan diri.

Jongin mendekati Joonmyeon lagi. "Sekarang, kau pun macam aku juga...hambik kau!"

Eunhoon mengeluh. Jongin dan Joonmyeon pula dah berlaga kepala.

"Diaorang ni memang lipas la!" kata Kyungsoo.

Jongin dan Joonmyeon menoleh ke arah Kyungsoo. Kepala masih lagi berlaga.

"Kitaorang boleh dengar kau cakap...kitaorang pun boleh buat ni juga la!" kata Jongin lalu menendang kerusi Kyungsoo. Tak pasal-pasal Kyungsoo terjatuh.

Dush!

"Aigoo, apaseo...Yah!" kata Kyungsoo.

"Gumanhae~!" kata Eunhoon lalu mendekati Kyungsoo untuk membantunya bangun.

"Ah!!! Yeoja! Dia yeoja! Dia yeoja!" jerit Kyungsoo.

Eunhoon lansung tidak mengendahkan jeritan Kyungsoo. Dia terus membantu Kyungsoo untuk bangun. Kyungsoo terus menarik dirinya jauh daripada Eunhoon. Eunhoon pula cuba menyelesaikan masalah Jongin dengan Joonmyeon.

"Kau nampak amat menyedihkan, model pondan!" kata Baekhyun.

"Huh?! Model pondan?!" kata Kyungsoo lalu mendekati Baekhyun. Begitu juga Baekhyun.

"Pondan! Pondan! Pondan!" ejek Baekhyun.

"Mwo?! Pondan?! Kurang ajar kau!" kata Kyungsoo. Kyungsoo terus menolak kerusi Baekhyun dengan kerusinya. Dush! Baekhyun pula jatuh.

"Yah! Pondan!" kata Baekhyun. Eunhoon kembali ke hujung meja sebab dia pun tak boleh nak selamatkan Jongin dengan Joonmyeon.

"Aish~! Aku dah tak tahan la dah ni!" rungut Eunhoon. Tapi tiada siapa yang dengar.

"Ala...kenapa dengan korang ni huh?!" tanya Eunhoon dengan marah.

"Ni lah orang-orang yang pabo buat..." kata Sehun. Jongin dan Joonmyeon berhenti berlaga. Kali ini, mereka berdua melihat Sehun.

"Kau cakap apa tadi, budak??" kata Joonmyeon lalu pergi ke belakang Sehun.

"Tolak dia! Ke depan!" kata Jongin. Joonmyeon terus menolak Sehun menggunakan kakinya.

"Argh!!" Muka Sehun sudah tenggelam dengan kek saiz mukanya. Eunhoon dan Minhye terkejut. Jongin dan Joonmyeon terus ketawa.

"Padan muka kau, budak!" kata Jongin lalu ketawa. Jongin dan Joonmyeon sambung bergaduh lagi.

"Walaupun kau tak berputus asa, aku tetap pewarisnya!" kata Jongin.

"Kau ada perasaan rendah diri dekat aku, kan??" kata Joonmyeon pula.

"Kau tak payah nak buat aku ketawa la! Jom la kita selesaikan masalah ni sekarang!" kata Jongin lagi.

"Yah!! Berhenti la!" kata Eunhoon dengan geram.

"Kau diam la monyet!" kata Jongin lagi. Eunhoon terkejut. Dia terus mendekati Jongin.

"Siapa monyet?!" tanya Eunhoon dengan geram. Dia sendiri pun tak tahan.

"Tak ada siapa la nak mengaku kau tu omma kitaorang!" kata Jongin lagi.

Pak! Eunhoon dengan geram, terus menampar muka Jongin.

"Korang ni kenapa, huh?! Keluar sekarang, semua!" marah Eunhoon.

Semua terkejut melihat Eunhoon. Semua mula beredar.

"Tulah kau..." kata Jongin pada Joonmyeon.

"Haish~ diam sudah la..." kata Joonmyeon.

Keadaan menjadi sunyi. Tiba-tiba, Eunhoon rasa pelik.

"Diaorang keluar...aigoo!" Tiba-tiba, Eunhoon terdengar bunyi kain dikibarkan.

"Tugasan 'A Mother's Goals' pertama...gagal..." Gain tiba-tiba muncul sambil mengangkat bendera merah.

"Macam mana dia ada kat sini??" tanyaEunhoon sendirian.

………………………………

"Ahhh~saya tak tahan la...kenapa la dengan adik beradik tu??" rungut Eunhoon sambil mengibas-ngibas tuala kerana suhu panas di bilik sauna.

"Ni semua salah Seunghwan-shi...kenapa la dia sanggup jadikan namja-namja tu jadi anak angkat untuk gantikan dia..." kata Eunhoon lagi.

Tiba-tiba Minhye masuk ke bilik sauna dengan membawa dulang yang berisi 3 cawan. Eunhoon terkejut. "Argh! Minhye-shi!" 

Minhye tidak peduli dengan kata Eunhoon. Dia memberikan secawan kepada Eunhoon dan Gain. Kemudian, dia memanjat tempat duduk paling atas. Dia meletakkan dulang ke tepi.

"Sebenarnya, pewaris asalnya ialah anak pertama, Chanyeol-shi..tapi disebabkan personaliti dia tak sesuai...jadi, dia tidak layak....kemudian, Jongin-shi, Joonmyeon-shi dan Kyungsoo-shi dijadikan anak angkat...tapi semua tak sesuai..." kata Gain. Minhye mengangguk. Eunhoon melihat Gain. "Akhirnya, Baekhyun-shi dan Sehun-shi dijadikan anak angkat..."

"Diaorang tu sesuai ke tak??" tanya Eunhoon.

"Tak juga..." jawab Gain. Eunhoon mengangguk faham.

"Jongin dengan Joonmyeon tu memang selalu bergaduh eh??" tanya Eunhoon lagi.

"Ani...diaorang sebenarnya rapat sangat dulu...sampai Joonmyeon tinggalkan rumah ni 6 tahun yang lepas...masa tu, Joonmyeon ialah anak paling sempurna untuk dijadikan pewaris..tiba-tiba..tanpa sebarang khabar berita...dia pergi...Jongin mungkin ingat Joonmyeon pergi untuk membiarkan dia dapatkan kedudukan sebagai pewaris...dan Jongin rasa sakit hati sebab dia ingat Joonmyeon mengalah nak rebutkan harta tu...hmm, tu cuma tekaan saya je..." jelas Gain.Eunhoon hanya mendengar sambil minum.

"Ah, pasal tekaan tu...betul ke kamu nak batalkan kontrak ni untuk jadi omma diaorang dan tinggalkan tempat ni??" tanya Gain. Eunhoon terkedu. Dia hanya mampu minum.

"Janji kamu pulangkan balik 100 juta won tu..saya tak kesah dengan cara apa sekalipun" kata Gain lalu meletakkan cawannya ditepi. Kemudian, dia keluar, meninggalkan Eunhoon seorang bersama Minhye.

........…………………………………

"Kasahamnida..." kata Jongin selepas menerima gaji dari bosnya.

"Mianhae...bulan ni, bulan terakhir kami bagi gaji kat kamu..." kata bos.

"Jeongmal??" tanya Jongin dengan terkejut.

"Kemerosotan ekonomi sekarang ni, memberi kesan pada kita juga..cheosohamnida..."

Jongin keluar dari pejabatnya. Dia terus ke sebuah kelab, tempat Joonmyeon bekerja.

……………………………………

"Saya tak sangka ada budak despatch nak kerja macam ni..." kata pengurus kelab.

"Jangan risau, encik...saya ni, cepat orangnya..." kata Jongin lalu tersengih.

"Hmm...kalau macam tu...kerja kamu bermula sekarang..."

"Nae...ageusumnida!" kata Jongin dengan teruja lalu tunduk hormat.

"Kerja dengan rajin ya~!"

"Nae!" kata Jongin lalu beredar. Tiba-tiba ada sesuatu menarik tangannya.

"Kau buat apa kat sini, huh??" Rupa-rupanya yang menarik tangan Jongin tadi ialah Joonmyeon.

"Aku nak buktikan...yang aku lagi hebat daripada kau..." kata Jongin. Tangannya masih tidak dilepaskan lagi.

"Haish~! Lepaskan la!" Jongin menarik tangannya lalu pergi. Joonmyeon bingung.

……………………………………

Eunhoon kembali ke rumah kotaknya. Dia mengambil High Power Glue dan letakkannya di luar.

Flashback~~~

'Eunhoon-ah!' panggil Seunghwan.

'Nae!' sahut Eunhoon lalu mendekati Seunghwan.

'Ni dia, High Power Glue..gam paling kuat dan mampu bertahan lama! Tak kesah la kamu letak di mana, ia akan melekat juga!' kata Seunghwan dengan gembira sambil menunjukkan se'tin' High Power Glue pada Eunhoon.

Tiba-tiba Eunhoon tidak boleh bergerak. 'Eh?? Wae?? Kaki aku tak boleh bergerak!"

 Seunghwan menoleh ke belakang apabila mendengar rungutan Eunhoon lalu ketawa.

'Waeyo?? Kenapa boleh jadi macam ni?? Kenapa kau selalu buat macam ni...' rungut Eunhoon lagi. Seunghwan terus mendekati Eunhoon.

'Saya fikir kalau saya boleh sesuatu jadi kuat, mungkin kita boleh lekatkan hati orang lain bersama juga...tengok..kalau kamu sangkut macam ni, kita boleh cakap..face to face...kita pun boleh bermain sesuatu permainan...' kata Seunghwan lalu menunjukkan tapak tangannya pada Eunhoon. Eunhoon terdiam.

'Cepat...' Akhirnya Eunhoon menghulurkan tangannya.Seunghwan terus menepuk tangan Eunhoon.

'Kalau kita tak berjumpa sesama lain...nanti tak ada apa-apa akan berlaku, kan?' kata Seunghwan.

End of flashback~~~

"Hmm...berjumpa sesama lain ya..." kata Eunhoon lalu dia masuk ke dalam rumahnya. Dia mengeluarkan duit syilingnya dari tabungnya lalu dia mengira.

"1...2...3...4...macam mana kalau aku lari je?? Ahhh~!!!" rungut Eunhoon lalu baring di tilam. Tiba-tiba ada mercun naga masuk ke dalam rumahnya.

"Mwo??" Tiba-tiba dia merasakan rumahnya diketuk seperti mahu dimusnahkan.

"Hoi, merempat! Keluar la!" Kedengaran suara budak-budak nakal, bising. Eunhoon mula panik di dalam.

Pada masa yang sama, Jongin lalu di kawasan perumahan Eunhoon. Dia ternampak sebuah rumah kotak diserang oleh budak-budak nakal.

"Mwo?? Aish~ budak-budak ni..." kata Jongin lalu menuju ke kawasan itu. Dia meletakkan barang-barangnya di atas sebuah meja lalu ke rumah kotak yang diserang.

Jongin merampas mop daripada salah satu budak-budak itu."Ni bukan cara nak pakai mop! Dah lah, cikgu korang marah nanti...kharago..."

Eunhoon keluar dari rumahnya. Dia ternampak Jongin yang menyelamatkannya. Dia cepat-cepat masuk semula ke dalam rumahnya.

"Kenapa la dia...haish~" rungut Eunhoon.

"Yah, ahjushi! Gwaenchana-yo?!" tanya Jongin. Eunhoon hanya mengangkat ibu jarinya melalui plastik koyak yang meliputi rumahnya. Jongin pun mengangkat ibu jarinya.

"Biasa la...budak-2 zaman sekarang--" Belum sempat Jongin menghabiskan kata-katanya, ada seseorang mengetuk kepalanya menggunakan batang mop. Dia tertunduk lalu memegang belakang kepalanya.

"Ah!" Jongin melihat tangannya. Ada darah di tangannya itu. Dia menoleh ke atas. Rupa-rupanya, budak-budak nakal itu masih tidak berganjak dari tempat itu. Dia menguatkan diri lalu bangun. Eunhoon melihat kejadian itu melalui plastik koyak.

"Yah! Yah! Jakkaman!" kata Jongin lalu menarik salah seorang budak-2 nakal itu.

"Kan aky cakap tadi, mop digunakan untuk membersih..okay??" kata Jongin lalu mencampak mop itu ke tepi. Dia memegang bahu salah satu budak-budak nakal itu.

"Korang kan yang pukul Yoon Sehun hari tu??" tanya Jongin.

"Kalau ya..kenapa??" jawab budak itu. Pak! Jongin terus menjentik dahi budak itu.

"Lain kali, jangan kacau Sehun lagi...tempat ni juga...kharago!" Budak-budak itu terus berlari meninggalkan tempat itu. Budak-budak itu juga menjerit.

"Tak payah la jerit kalau ya pun...ah! Apaseo~" Jongin memegang belakang kepalanya sekali lagi.

Tiba-tiba Eunhoon menghulurkan kain bersih pada Jongin melalui plastik koyak. Jongin mengambilnya. Dia tersentuh tangan Eunhoon ketika mengambil kain itu. Eunhoon terus menarik tangannya ke dalam. Dia melihat tangannya.

"Kulit awak...lembut" kata Jongin sambil meletakkan tangannya di tempat yang cedera. Eunhoon memegang tangannya.

"Hidup macam ni...memang susah kan?? Cuba awak jadi macam saya..semua tak nak percayakan saya...apa yang kita boleh buat berpura-pura kuat...hmm...kita kena buat yang terbaik...fighting! Jadikan esok berbeza daripada hari ni!" kata Jongin lalu mengambil barang-barangnya lalu beredar. Eunhoon segera keluar dari rumahnya.

"Apasal mamat tu tiba-2 bagi motivasi bagai..."

…………………………………

Keesokan harinya...

Eunhoon kembali ke rumah keluarga Yoon. Dia segera menuju ke loceng rumah.

"Annyeong" kata Eunhoon pada loceng itu.

"Hasaeyo"

"Annyeonghasaeyo!"

"Siapakah anak kedua Yoon Seunghwan?"

"Hmm...Yoon...Jongin..." Pintu terbuka. Akhirnya, Eunhoon berjaya masuk dengan sendirinya.

Eunhoon menekan butang di dinding lalu pintu sebenar pintu bilik perjumpaan buka.

Apabila dia membuka pintu, ada benda mengejutkannya. Enam buah bingkai gambar yang tiada gambar berada di atas meja. Minhye pula mengeluarkan 'A Mother Goal's' dan ditunjukkan pada Eunhoon.

"No 2...mengumpul cap tangan kesemua 6 orang anak lelaki?? Kenapa cap tangan??" kata Eunhoon. Minhye hanya mendiamkan diri. Eunhoon perasaan Sehun sedang lalu di laluan yang berdekatan dengan bilik perjumpaan.

"Yah! Jakkaman!" kata Eunhoon lalu mengejar Sehun.

"Nasib baik kau ada..." Sehun menoleh ke belakang."Aku nak cap tangan kau..."

"Cap tangan?? Waeyo??" tanya Sehun.

"Oh..waeyo?? hmm...ha! Nak buat kenangan..." kata Eunhoon lagi.

"Kalau kau pergi dari sini, baru aku bagi..." kata Sehun lalu beredar.

"Eh eh...kereknya..." rungut Eunhoon lalu balik ke bilik perjumpaan.

"Cap tangan eh..." kata Eunhoon sambil melihat bingkai-bingkai tersebut.

.......................................

 

End of chapter


 AUTHOR'S NOTE:    Hari ni hari perasmian poster cerita ni xD Thank you to Insane Desire:Graphic Shop ^^

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa