Episode 5 : United We Stand, Divided We Fall (Chapter 3)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 5: United We Stand, Divided We Fall  
      Chapter 3  

 

 

 

 

# Mengikut undian yg sye buat hari tu...ramai yg pilih 'nmpk'...tp, ade jgk yg pilih 'tak nmpk'...jdk, untk keadilan yg saksama xD, sye besarkn font setiap chapter story sye ^_^ xD -Lysa3Kyu

-------------------------

Kawasan perumahan Eunhoon…

Semua penduduk yang berjiran dengan Eunhoon bertungkus lumus mencari hot spring yang dikatakan Tao tu.

“Betul ke kita nak cari hot spring ni??” tanya Eunhoon kepada Tao selepas dia menggali untuk mencari hot spring.

Gwaenchana…tapi, yang paling penting…hari ni ramai pulak orang daripada semalam…” kata Tao.

“Dah lama kitaorang tak buat macam ni…” kata salah seorang penduduk yang sibuk mencari hot spring.

“Kami yang terpaksa kena kesan kemerosotan ekonomi sampai hilang kerja…jadi, tak sia-2 kami buat semua ni…”

“Ni lagi bagus kalau nak dibandingkan kalau tak buat apa-2…”

“Kalau kita dapat cari semula hot spring tu…saya mungkin dapat bersama semula dengan bekas isteri saya…”

“Saya nak berendam dekat hot spring dengan cucu-2 saya jugak…”

Nae! Kha-ja!”

Aja! Aja! Fighting!”

Eunhoon dengan Tao tersenyum mendengar kata-kata penduduk di situ.

“Eh?? Mana Kris hyung??” tanya Tao. Tiba-tiba smartphone Eunhoon berbunyi.

Yobeoseyo??”

…………………..

Bilik Perjumpaan…

Tiba-tiba, Joonmyeon teringin nak cuba High Power Voice. Dia membelek alat itu.

“Wah…macam best je…” kata Joonmyeon sebelum merakam. “Annyeong…Yoon Joonmyeon-imnida…”

Alat itu mengulang semula apa yang dikatakan Joonmyeon tadi dengan suara Seunghwan apabila Joonmyeon menekan butang ‘Play’.

“Wah…ni memang suara appa…” kata Joonmyeon dengan gembira.

Tiba-tiba suara Minhye menarik perhatian Joonmyeon.

“Yah! Jangan pergi mana-2!” Minhye datang dengan membawa seseorang yang tinggi melangit sambil menutup kepalanya dengan guni.

“Aku tak buat apa-2 la!” kata orang yang kena tangkap dengan Minhye.

Waegurae??” Joonmyeon bangun dari tempat duduknya.

“Orang ni cuba ceroboh rumah ni…dia asyik salah password je…” kata Minhye.

Assa!” Joonmyeon berlari ke arah orang itu. Dia membuka guni di kepala orang itu lalu mendongakkan kepalanya. “Yah! Kau, Kris?!”

“Kau, Joonmyeon?! Ah! Apa-2 je lah! Aku datang sini sebenarnya, nak bagitahu pasal Eunhoon! Korang semua dah salah faham kat dia! Sebenarnya…Eunhoon…” jelas Kris.

Jakkaman! Banyak lagi ke kau nak cakap??” tanya Joonmyeon tiba-tiba.

“Huh??” tanya Kris dengan bingung.

“Ha…meh duduk dulu…” Joonmyeon menarik tangan Kris untuk duduk di hujung meja. Joonmyeon pulak duduk di sebelah. Dia menghulurkan High Power Voice pada Kris. “Ha…cakap kat situ…”

“Uhh…Eunhoon sebenarnya…hidup susah sejak omma dia meninggal dunia masa dia umur 10 tahun…semua benda buruk terjadi kat dia sebab appa dia yang teruk!” kata Kris dengan geram. Joonmyeon hanya memerhatikan Kris.

……………………………

Eunhoon berlari ke arah rumah Park Hongjae. Eunhoon segera membuka pintu rumah itu sebelum dia terjumpa ayahnya yang sedang duduk.

Ahjushi! Eh?? Appa??” tanya Eunhoon. Donghoon hanya tersenyum.

“Oh…Eunhoon-ah, duduk la dulu…” jemput Hongjae. Eunhoon segera duduk di hadapan Donghoon.

“Katanya, kamu dah keluar dari rumah tu??” tanya Donghoon.

“Tak payah nak sibuk la…” kata Eunhoon.

“Kamu nak tahu Eunhoon…Donghoon risau sangat…bila fikirkan kamu seorang diri…” kata Hongjae pulak.

Kureappa risau sangat sampai tak boleh tidur malam…kalau kamu tak duduk lagi rumah tu…habis la appa kena tanggung 100 juta won tu lagi…” jelas Donghoon.

“Eh?? Macam mana appa boleh tau??” tanya Eunhoon lalu memandang Hongjae.

Mianahjushi yang bagitahu…” kata Hongjae. Eunhoon hanya membuat muka.

“Jadi, appa merayu kat kamu…pergi la balik rumah tu…3 bulan tu sekejap je…” rayu Donghoon.

Appa tak faham apa-2…” kata Eunhoon dengan lemah.

“Memang la kamu cakap macam tu…sebab kamu tak faham sesuatu…”

“Ahh…saya kesian kat omma sebab dia pernah hidup dengan orang macam appa ni…”

“Biasa lah…siapa je yang tak jatuh hati kat appa…” kata Donghoon dengan selamba membuatkan Eunhoon marah.

Eunhoon bangun lalu menyerang Donghoon. “Appa ni kenapa??!!”

Hongjae cuba menolong Donghoon daripada dicekik oleh Eunhoon. Dia tarik Eunhoon. Tapi, diri dia sendiri yang tercampak.

Appa boleh cakap macam tu kan?! Saya geram dengan appa!”

Akhirnya, Donghoon dapat melepaskan diri dari Eunhoon. “Kamu tu kenapa?? Period ke otak kamu dah terganggu??”

Eunhoon terus bangun. “Appa ni kan…tak pernah menyesal dengan apa yang pernah appa buat dulu..”

Aniyoappa tak pernah menyesal dalam hidup appa…”

“Donghoon…” Hongjae menegur Donghoon yang selamba. Eunhoon terus keluar lalu memakai kasutnya dengan geram.

“Tolong la balik rumah tu…langsaikan semua hutang-2 tu…kita boleh menyesal kalau sesuatu benda tu dah terlambat untuk diubah…tapi, kamu ada peluang lagi untuk mengubahnya!” kata Donghoon.

“Kau ni, Donghoon…tak pernah baik dengan anak kau…”

“Nak buat macam mana…dia memang macam tu…”

Eunhoon bangun lalu pergi dari rumah itu. “Appa teruk!!”

……………………

“Aku yang dapat susah kalau aku buat benda ni…” kata Jongin setelah dia balik ke rumah sambil membuat beg bimbit yang dia kena hantar. Dia tekan butang rahsia sebelum buka pintu yang tersembunyi.

Apabila dia masuk ke bilik perjumpaan, dia ternampak Kyungsoo, Baekhyun dengan Sehun. Kyungsoo menunjukkan sekeping kertas kepada Jongin.

“Gunakan High Power Voice kat taman…kat situ dia akan memahami apa yang korang nak…” Jongin baca apa yang tertulis di kertas.

“Kau yang tulis ke??” tanya Baekhyun.

“Ada pulak aku tulis…mungkin Minhye atau orang lain…” kata Jongin lalu duduk. Dia meletakkan beg bimbit di atas meja.

“Minhye mana pandai tulis Hangul…” kata Baekhyun sambil membelek alat itu.

Maybe…Joonmyeon yang tulis…” kata Sehun pula.

“Joonmyeon yang tulis??” tanya Kyungsoo dengan terkejut.

“Merepek la…ada ke orang buat macam tu…” kata Jongin.

“Maksud aku…bukan ke fungsi benda alah tu…dengar suara hati orang??” kata Kyungsoo sambil merampas alat itu dari Baekhyun.

Aniya…benda tu cuma tukarkan suara sesiapa kepada suara Seunghwan-shi…” kata Sehun lagi.

Mwo??!” Kyungsoo mula menggigil. Baekhyun merampas semula alat itu dari Kyungsoo.

“Jadi, maknanya, ada orang rakam sesuatu dalam ni??” Baekhyun pula cuba membuat kesimpulan. Dia terus menekan butang  ‘Play’. Tiba-tina, alat itu berbunyi.

“Eunhoon-shi terpaksa berkahwin dengan Seunghwan untuk membayar hutang 100 juta won disebabkan appa dia berjudi…sebab itu, dia hidup merempat untuk melepaskan diri daripada pengutip hutang…”

…………………..

Kyungsoo tiba di tempat tinggal Eunhoon. Dia menyorok dari atas bukit. Dia ternampak beberapa orang sedang berarak dengan bersemangat sambil membawa cangkul.

“Yah…” Tiba-tiba ada satu suara yang mengejutkan Kyungsoo. Dia segera menoleh ke belakang sebelum dia ternampak Baekhyun dengan Sehun.

“Korang datang sini??” tanya Kyungsoo dengan perlahan. Baekhyun dengan Sehun hanya mengangguk. Kyungsoo menekan semula butang ‘Play’ untuk mendengar rakaman seterusnya.

“Dia bertahan selama 2 tahun…appa nya selalu menghilangkan diri…dia berputus asa dengan kehidupannya sekarang…akhirnya, Seunghwan telah bayar balik 100 juta won untuk dia…dengan satu syarat…dia kena tinggal dengan korang sebagai omma korang untuk 3 bulan… Tapi, aku rasa…dia memang sesuai untuk korang…dia sanggup lupakan pasal diri dia semata-mata nak tolong korang…korang still nak marahkan dia lagi ke??”

Eunhoon melambai ke arah jiran-jirannya sebelum masuk ke rumah kotaknya.

“Eh?? Dia…ahjushi tu??” kata Jongin apabila dia ternampak Eunhoon masuk ke rumah. Suaranya menyebabkan Kyungsoo, Baekhyun dengan Sehun terkejut.

Tiba-tiba Tao datang ke taman lalu meluru ke rumah Eunhoon. “Berita buruk! Berita buruk! Eunhoon-shi!” Jiran-jiran Eunhoon juga mula berkerumun ke rumah Eunhoon.

“Orang atasan nak jadikan tempat ni…tempat pembuangan sampah…” sambung Tao lagi.

“Tempat pembuangan sampah??” tanya Eunhoon. Tao pula mengangguk. “Tempat ni hilang la nanti!”

Omo, eotteokaji??”

“Kita kena cari hot spring tu cepat!”

“Apa ahjumma cakap ni?? Mustahil la kita nak cari dalam masa singkat…kita pun tak tahu yang hot spring wujud ke tak kat sini” kata Eunhoon.

“Kami tetap berharap! Kalau kami dapat jumpa hot spring tu…hidup kami mungkin berubah!”

“Saya nak tinggalkan tempat ni!”

“Saya takkan berputus asa!”

Jebal…” rayu mereka semua di situ.

Eunhoon melihat semua jiran-jirannya di sekeliling. “Okey...kalau kita dah mula…kena tamatkan juga! Aja! Aja! Fighting!” Kata-kata semangat Eunhoon disahut oleh semua jiran-jirannya.

Jongin, Kyungsoo, Baekhyun dengan Sehun pula memerhatikan Eunhoon dari jauh.

“Diaorang nak cari hot spring??” tanya Baekhyun dengan tidak percaya.

Maldo andwae…” kata Sehun.

“Nampaknya, Eunhoon tak fikirkan pun pasal hutang tu…dia lebihkan orang sekeliling dia daripada diri dia sendiri…” kata Kyungsoo lagi.

“Hmm…dah la…kha-ja…” ajak Jongin kepada adik beradik angkatnya lalu pergi dari situ. Kyungsoo, Baekhyun dengan Sehun segera mengikut Jongin.

…………………

Eunhoon balik ke rumah keluarga rumah keluarga Yoon semula untuk mencari sensor. Bila Eunhoon masuk ke dalam bilik perjumpaan, dia terjumpa Minhye yang sedang tidur nyenyak. Eunhoon segera ke  bilik jam yang menakutkan di tingkat atas.

Apabila Eunhoon membuka pintu bilik itu, dia terkejut dengan kemunculan Gain dalam bilik itu.

“Yah! Kamchagia!”

“Eh?? Saya datang dengan baik pun…kamu masih terkejut??” kata Gain sambil memegang sensor.

“Kenapa awak ada kat sini??” tanya Eunhoon.

“Saya nak bagi ni…” kata Gain lalu menghulurkan sensor kepada Eunhoon. Eunhoon mengambilnya dengan teruja.

“Macam mana awak tahu??” tanya Eunhoon lagi.

“Daripada Minhye…tadi Minhye ada join awak punya group kat taman tadi…” jawab Gain.

Mwo??”

“Disebabkan dia tak biasa buat aktiviti luar…tu yang dia penat sangat..”

“Ohh…patut la dia tidur tadi…”

“Kamu boleh lalu dekat laluan rahsia bawah katil ni…” Gain segera menunjukkan katil di bilik itu.

“Eh??” Eunhoon mendekati katil itu. “Laluan rahsia?? Bawah katil ni??”

“Menarik kan?? Dinding boleh jadi pintu…sensor di luar rumah tu, takkan bagi awak masuk ke dalam…apa kamu fikir tentang Seunghwan-shi bina rumah ni dengan penuh perangkap macam tu??”

Mollaseo…

“Dia pernah kata…dia tak nak orang fikir benda biasa memang ‘biasa’…dia nak orang rasa duduk kat sini, memang tidak boleh dilupakan…saya pasti, kamu faham apa maksud dia, kan??”

Eunhoon terdiam mendengar kata-kata Gain sebelum fikirannya teringat sesuatu.

…………….

Flashback~!

“Inilah…High Power Detector…” kata Seunghwan di hadapan kamera sambil memegang sensor.

“Jakamman…kenapa semua ciptaan kau ada ‘High Power’?? Syarikat kau kan ‘Miracle’” tanya Eunhoon.

“Ya tak ya juga…baiklah…inilah…Miracle Detector!”

………………

 

End of chapter


 AUTHOR'S NOTE:    # Esok skola!!! >,< *org johor xD* ape-2 pon... Happy BTS (Back To School) untk sesape yg masih skola lg xD and...selamat tahun baru! :D lupekan kisah lme, mari kita bukak buku bru~ lol xD

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa