Episode 10 : Don’t Mess with Us (Chapter 3)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 10 : Don't Mess with Us  
      Chapter 3  

 

 

 

 

……………………………

Keesokan harinya…

Eunhoon melipat semula tilam yang dia gunakan malam tadi. Kemudian, dia meletakkan tilam dan bantal itu di atas kabinet yang berada di dalam bilik itu. Tiba-tiba sifat ingin tahu melanda di dalam dirinya. Eunhoon membuka kabinet itu. Dia terkejut apabila beberapa barang ciptaan Yoon Seunghwan berada di dalam kabinet itu.

“Eh?? Kenapa barang ciptaan orang tua ni…ada kat dalam kabinet ni??” tanya Eunhoon pada dirinya sendiri sambil mengangkat keluar barangan itu. Kemudian, dia terjumpa sesuatu yang siap dibalut dengan kemas.

Tanpa melengahkan masa, Eunhoon segera membuka balutan itu. Dia bertambah hairan apabila ‘sesuatu’ itu adalah gambar Park Hongjae dan Yoon Seunghwan pada suatu masa dahulu yang siap dibingkaikan.

“Eunhoon-ah! Kamu dah siap belum?? Ada orang datang nak jumpa Eunhoon ni…” Tiba-tiba Hongjae meluru masuk ke dalam bilik Eunhoon. Dia juga terkedu apabila terserempak Eunhoon memegang gambar itu. Kemudian, lebih mengejutkan, Gain juga tiba di situ.

“Gain-shi?? Wait-2…apa semua ni, samcheon??” tanya Eunhoon dengan nada yang lebih serius. Keadaan menjadi semakin tegang.

“Dah tiba masanya kamu kena tahu cerita sebenar, Eunhoon…” kata Gain secara tiba-tiba.

…………………….

“Dulu…samcheon dengan Seunghwan…kawan baik masa zaman kolej dulu…kalau ada cuti, Seunghwan rajin balik sini…jadi, dia jumpa Eunrin kat sini…” kata Hongjae sambil memegang gambar tadi. Sekarang, mereka bertiga berada di ruang tamu untuk mengetahui perkara sebenar.

“Huh?? Omma dengan Seunghwan-shi??” kata Eunhoon seolah-olah tidak percaya.

“Kure…samcheon tak sangka yang diaorang tu boleh rapat…dah macam adik beradik…” sambung Hongjae lagi.

Kali ini, Gain pula yang mencelah. “Lepas 15 tahun berlalu, Seunghwan-sanjangnim jumpa Eunrin-shi semula…tak sangka Eunrin-shi jatuh cinta dengan Seunghwan-sanjangnim…”

“Jadi, bila Seunghwan dapat tahu pasal ni…dia pun jatuh cinta dengan Eunrin…lepas tu, dia proposed nya omma kamu, Eunhoon…”

“Huh?? Proposed??” Semakin bingung Eunhoon dibuatnya.

“Memang betul dia proposed Eunrin-shi…tapi, tiba-tiba ada seorang wanita muncul dalam hidup Seunghwan-sanjangnim…kemudian, mengaku yang anak yang kandungkan tu anak Seunghwan-sanjangnim...” kata Gain pula.

“Pasal kes Chanyeol tu kan??”

Kureso, bila Eunrin-shi dapat tahu pasal ni…dia jauhkan diri daripada Seunghwan-sanjangnim…sebenarnya dia dah mengandungkan seorang anak…hasil hubungannya dengan Seunghwan-sanjangnim dulu…mungkin sebab tu, dia jauhkan diri…Seunghwan-sanjangnim dapat tahu lepas Eunrin-shi meninggal dunia…” jelas Gain lagi.

Eunhoon mula berasa cuak. Tak mungkin tu aku. “Takkan la…anak tu…”

“Eunhoon-ah…kamu ialah anak kandung kepada Yoon Seunghwan…” kata Hongjae. Eunhoon memandang Hongjae dengan pandangan yang tidak percaya.

“Betul tu, Eunhoon…kamu satu-satunya anak perempuan kandung Yoon Seunghwan-sanjangnim…Ryu Donghoon tu pula lelaki yang berkahwin dengan omma kamu selepas kamu dilahirkan…dia ayah tiri kamu sebenarnya…” kata Gain lagi.

Samcheon minta maaf…ni semua salah samcheon…sebab simpan rahsia ni lama-2…” kata Hongjae. Tiba-tiba dia rasa bersalah walaupun dia telah melakukan perkara yang betul.

Aniyo, Hongjae-shi…awak tak buat salah pun…terima kasih sebab sanggup tunaikan amanat Seunghwan-sanjangnim…” kata Gain pula.

Eunhoon memandang dua orang yang lebih tua darinya dengan perasaan yang tidak percaya. Benda-benda macam ni mana boleh buat main! “Haha…samcheon dengan Gain-shi buat lawak ke?? Kenapa orang tua tu tak bagitahu dia tu appa kandung saya??”

“Memang Seunghwan nak bagitahu pasal tu…tapi, dia rasa dia tak berhak untuk bagitahu semua tu…dia takut kalau-2 kamu dapat tahu pasal ni…kamu tak dapat terima dan larikan diri…dan dia pun tak dapat nak mengisi hari-2 terakhir dia dengan kamu…” jelas Hongjae.

“T-Tapi…saya d-dah kahwin dengan dia…”

Gain sempat mengeluh lalu mengeluarkan sekeping kertas. Borang permohonan perkahwinan. “Perkahwinan antara kamu dengan Seunghwan-sanjangnim tak pernah didaftarkan pun…pertemuan kamu dengan Seunghwan-sanjangnim juga bukan satu kebetulan…dia dapat tahu kamu tengah berhutang…sebab tu, dia terus jumpa kamu kat atas bangunan dulu…”

Maldo andwae…h-habis tu…d-diaorang…andwae…” kata Eunhoon lalu keluar dari rumah itu. Susah untuk dia terima perkara itu. Ibarat semuanya dah terlambat.

…………………………

Bilik sauna…

“Baek, sebenarnya apa benda yang kita nak pertahankan ni?? Sejak Eunhoon keluar dari rumah ni, aku pulak yang buntu nak buat apa…” kata Kyungsoo tiba-tiba. Hanya dia dan Baekhyun saja yang berada di bilik sauna itu.

Baekhyun memuncungkan mulutnya lalu meletakkan kedua-dua tangannya di belakang untuk berehat. “Hmm…tak tahu la aku…aku pun buntu jugak…”

Tiba-tiba bilik itu dikunjungi oleh tiga beradik lain. Chanyeol duduk di bangku bawah. Sehun mengambil tempat di sebelah Kyungsoo. Joonmyeon pula mengambil tempat di sebelah Baekhyun. Bilik sauna itu kembali bingit dengan suara-suara adik beradik Yoon.

“Korang tak payah dah nak fikir panjang-2…korang dah boleh keluar dari rumah ni…” kata Chanyeol.

“Ehh?? Macam tu je??” tanya Kyungsoo yang kurang faham agaknya.

“Yalah…aku tak nak kitaorang semua terlibat dengan jenayah…” kata Chanyeol lagi.

“Eyy…jenayah mana pulak ni??” tanya Baekhyun pula.

“Yalah…engkau kalau terjebak dengan mamat mata empat tu…korang boleh didakwa tahu tak…aku tak nak korang terjebak…” jelas Chanyeol. Kyungsoo dan Baekhyun hanya mengangguk faham.

“Ini…kalau Jongin ada kat sini…mesti dia just gelak bila kita jadi serius macam ni…” kata Kyungsoo sambil mengenangkan Jongin yang sudah lama meninggalkan rumah itu.

“Tulah…yang paling aku menyampah…okey, tak ada la ‘paling’…bila dia cakap dia tu ada keajaiban…” kata Baekhyun pula.

“Apa benda la korang ni…boleh pulak teringat pasal mamat terencat tu…” kata Joonmyeon pula lalu memeluk dirinya.

So, kita tak ada la nak mengharapkan pertolongan Jongin…dia kan dah bahagia dengan kehidupan dia sendiri…” Akhirnya, Sehun juga yang membuat kesimpulan cakap-cakap adik beradik itu.

Chanyeol ternampak pintu bilik sauna itu terbuka sedikit. Dia berasa pelik melihat pintu itu. Macam ada yang tak kena je. “Joonmyeon hyung, tolong tutupkan pintu tu…”

Semua adik beradik Yoon yang lain mengalihkan pandangan mereka kepada pintu itu. Joonmyeon pula segera bangun dari tempatnya lalu menuju ke arah pintu. Dia sempat melihat pemandangan luar bilik itu sebelum dia menjerit.

“JONGIN!!”

Rupa-rupanya, Jongin sudah berada di luar bilik sauna. Dia sudah bersiap sedia untuk menyertai adik beradiknya. “Annyeong!”

Adik beradik Yoon yang lain terkejut apabila Jongin melangkah masuk ke dalam bilik sauna itu. Jongin pula hanya tersengih dengan bangganya. Entah apa yang dibanggakannya tu.

Hey guys! Yoon Jongin is back!” kata Jongin dengan lagaknya itu. Bilik sauna itu meriah semula.

“Asal kau balik sini, Jongin??” tanya Chanyeol setelah mendekati Jongin. Begitu juga dengan adik beradik Yoon yang lain.

“Kau ingat…aku tak tahu ke apa yang dah jadi kat rumah ni…aku datang sini sebab nak sebarkan keajaiban kat sini…hahaha!”

“Yeah! Kim Minseok mata empat, tunggu kitaorang datang!”

Tiba-tiba skrin kecil di bilik itu bertukar gambar. Rupa-rupanya, Xiumin yang muncul di situ kerana diseru oleh adik beradik Yoon tadi.

“Wah, gembira nampak?? Esok aku nak datang ni…kalau macam ni la gaya nya…terpaksa la aku bawa lagi ramai bala tentera ni…” kata Xiumin dengan sombongnya.

“Yah, Kim Minseok...kitaorang takkan kalah atas tangan kau la…” kata Jongin.

“Wow! Semangatnya korang…okey, disebabkan korang bersemangat waja…aku ada sesuatu berharga nak bagitahu korang semua ni…aku baru dapat tahu tadi…” kata Xiumin lalu tersenyum penuh makna. Adik beradik Yoon segera menumpukan perhatian kepada Xiumin.

“Kalau korang nak tahu…Eunhoon tu…tak kahwin lansung…dengan Yoon Seunghwan…”

“Apa kau merepek ni, mata empat??” tanya Jongin yang tidak faham apa yang dikatakan Xiumin tadi.

“Halah, kalau nak buat kitaorang gaduh pun…tak payah la nak tipu kitaorang dengan cerita murahan kau tu…” kata Joonmyeon pula.

Chanyeol mula rasa tertekan. Dia takut kalau Xiumin memberitahu perkara sebenar kepada adik beradiknya. “Ehh dah la…makin merepek la kau cakap…”

Chanyeol berdiri di hadapan skrin itu. Xiumin rasa terganggu apabila dia dihalang Chanyeol. “Yah, aku belum habis cakap lagi la…ada lagi satu benda yang korang kena tahu…”

“Kau diam je la mata empat…” kata Chanyeol.

“Hah, apa bendanya?? Chanyeol, kau ada sorokkan sesuatu ke apa??” tanya Jongin lagi. Kali ni, dia pula hampir menuduh Chanyeol. Kemudian, dia menolak Chanyeol ke tepi.

“Ini…berita panas…kalau korang nak tahu…Eunhoon tu kan…anak kandung…Yoon Seunghwan…oh, Eunhoon baru dapat tahu tadi…” kata Xiumin tanpa rasa bersalah. Dia lagi gembira melihat reaksi adik beradik Yoon yang lain. Kemudian, dia melihat jam tangannya. “Ah! Dah lewat ni…aku nak masuk tidur dulu…goodnight guys…jumpa esok~!”

Akhirnya, skrin di bilik sauna itu terpadam. Semua mata adik beradik Yoon tertumpu ke arah Chanyeol yang sudah resah, gelisah itu.

“Kau dah tahu perkara sebenarnya, kan??”

……………………..

Semua adik beradik Yoon berkumpul di bilik perjumpaan. Mereka membaca semua surat-2 Yoon Seunghwan yang telah diberikan kepada Chanyeol. Chanyeol pula duduk jauh daripada adik beradik lain.

“Kenapa kau tak bagitahu kitaorang awal-2??” tanya Joonmyeon kepada Chanyeol setelah dia meletakkan balik surat itu.

“Aku tak nak benda macam ni jadi…lagipun, Eunhoon sendiri pun tak tahu…” jawab Chanyeol dengan jujur.

“Eunhoon bukan omma kitaorang…” kata Sehun kepada dirinya sendiri.

“Ish! Aku tak faham la apa yang dah jadi sekarang ni!” kata Baekhyun lalu menggosok rambutnya dengan kasar.

“Aku pun tak faham…” kata Kyungsoo pula.

“Haa…sekarang ni, boleh la korang luahkan perasaan kat Eunhoon tu…tak ada la korang rasa pelik…” kata Jongin dengan selambanya.

Baekhyun terus memandang Jongin di belakangnya. “Apa maksud kau??”

“Yah, jangan ingat aku tak tahu yang kau dengan Kyungsoo suka kat Eunhoon…oh ya, Joonmyeon hyung, kau pun suka si pendek tu kan??” kata Jongin lagi.

“Ehh, bila masa kau ni…” kata Joonmyeon. Dia juga memandang Jongin. Begitu juga dengan Kyungsoo.

“Aku nampak…Joonmyeon hyung kiss Eunhoon--“

Kyungsoo cepat-cepat mencelah sebelum Jongin menghabiskan ceritanya. “Yang pasal Kris terlanggar tu kan??”

“Eh bukan…yang ni kiss lain…haha…korang tak tahu kan…Joonmyeon hyung, kau memang ada hati kat Eunhoon kan kan??”

Kata-kata Jongin membuatkan Joonmyeon cuak. Kyungsoo dengan Baekhyun pula panas hati. Jongin hanya tersenyum sinis.

“Eh mana ada…it just a coincidence…” jelas Joonmyeon sebelum dia ditumbuk oleh seseorang.

“Kau teruk!” kata Baekhyun dengan geram. Tangannya masih digenggam.

Joonmyeon memegang lengannya yang ditumbuk tadi. “Kau ni kenapa??”

“Kau tipu aku, kan Joonmyeon hyung…kau kata kau nak tolong aku…” kata Kyungsoo dengan sedih.

“Uhh…masa tu--“

“Itu masa tu…habis tu, yang sekarang ni macam mana??” tanya Kyungsoo yang masih sedih dengan kenyataan itu.

“Eunhoon bukan omma kitaorang…” kata Sehun lagi. Kali ini, Jongin terdengar.

“Yah, Sehun…kau anggap Eunhoon tu omma kau?? Heol!”

“Suka hati aku la nak anggap dia apa pun!” kata Sehun dengan geram lalu keluar dari bilik itu.

“Haish molla! Aku nak keluar dari sini…rasa makin sesak!” kata Baekhyun dengan marah lalu keluar. Begitu juga dengan Kyungsoo. Dia sempat menjeling ke arah Joonmyeon.

Tanpa membuang masa, Joonmyeon terus menyerang Jongin. “Kau ni kenapa?! Suka kan tengok diaorang macam tu?!”

“Yah, sekurang-kurangnya diaorang tahu benda sebenar…daripada terus dalam imaginasi diaorang tu…dah la, aku pun nak keluar juga…” kata Jongin lalu mahu beredar. Tetapi, dia terjatuh akibat tersadung sesuatu.

“Kau ni kenapa, Joonmyeon hyung?!” tanya Jongin dengan geram lalu bangun, Tak pasal-pasal dua beradik itu meletuskan perang buat kali yang tidak tahu bilangannya.

“Haish! Korang ni boleh diam tak?!” marah Chanyeol setelah mendengar dua beradik itu bertekak.

“Kau la punca segala-segalanya!” kata Joonmyeon.

“Entah! Kenapa kau tak nak bagitau awal-2?! Kau lagi suka tengok kitaorang macam ni!” kata Jongin pula.

“Aku tak nak benda macam ni terjadi!” jelas Chanyeol.

“Yah! Kitaorang tak nak pun kau protect kitaorang!” kata Jongin dan Joonmyeon serentak.

“Eh?? Macam mana boleh sama pulak??” tanya Joonmyeon.

“Uhh…molla…” Jongin mengangkat bahunya. “Eh, dah la! Aku nak blah!”

“Aku pun!”

Chanyeol hanya mampu mengeluh sambil melihat dua beradiknya tadi keluar. Dia berharap ada seseorang faham dengan niatnya itu.

…………………………

 

END OF CHAPTER


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa