Episode 1 : Permulaan Hidup Baru (Chapter 3)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 1 : Permulaan Hidup Baru  
      Chapter 3  

 

 

 

 

...........................

Eunhoon hanya memandang buku itu lalu membaca kontrak A Mother's Goals. Haish, macam-macam la.
 
"No 1...semua orang mesti makan bersama-sama di bilik perjumpaan...hmm...naega?? Omma?? Aigoo~ mustahil~" Eunhoon menggosok kepalanya sehingga rambutnya serabut. Dia mengambil buku panduan itu lalu menyelak secara rawak.
 
"Hmm...anak ketiga...Yoon Joonmyeon...'host'...huh?? Pengacara ke?? " Eunhoon mengundur ke belakang sehingga dia terjumpa sebuah kerusi. Dia terus duduk di kerusi itu lalu menyandar. Tiba-tiba kerusi itu jatuh ke belakang menyebabkan dia tergelongsor ke bawah, ke dalam satu lorong.
 
"Ahhhh~~~!!!"
..................................................
 
*DUSH!
 
Akhirnya, Eunhoon selamat mendarat di gelanggang bola keranjang bawah tanah. "Mwoya??"
 
Eunhoon terus bangun. Dia terkejut apabila dia terserempak tiga orang pemuda sedang duduk sambil menikmati air minuman. Dia segera membuka buku panduan tadi untuk mengetahui siapa pemuda-pemuda itu.
 
"Anak kedua...Yoon Jongin..." Eunhoon segera melihat pemuda yang duduk di tengah antara dua pemuda yang  lain.
 
Kemudian, Eunhoon melihat pemuda yang berada di kiri. "Ah, yang ni anak keempat...Yoon Kyungsoo..." 
 
"Haa yang tu anak bongsu...Yoon Sehun..." Eunhoon segera memandang pemuda yang duduk di sebelah kanan.
 
"Yah, jom main bola keranjang dengan kitaorang...kalau kau kalah,kau kena keluar dari rumah..." kata Jongin lalu bangun. Kemudian, dia mendekati Eunhoon. Kyungsoo dan Sehun pula mengikuti abang mereka dari belakang..
 
"Mwo?? Korang merepek apa ni?? Aku tak reti la main bola keranjang ni..." kata Eunhoon lalu mendekati tiga beradik itu tanpa rasa takut.
 
"Kalau tak, kitaorang merangkak masuk bilik kau malam ni..." kata Jongin lagi.
 
Eunhoon memandang adik beradik itu dengan pelik. "Apa benda korang merepek ni??"
 
"Kalau kau tak buat juga, kitaorang tak mengaku kau tu omma kitaorang..." kata Sehun pula.
 
"Gwaenchana...aku bukannya omma korang pun..." kata Eunhoon dengan selamba. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Gain sebelum ini. Dia hanya mampu mengeluh.
 
'Jika kamu tak dapat semua adik-beradik Kim untuk mengaku kamu sebagai Omma mereka,kontrak ini akan batal serta merta'
 
"Siapa jaringkan dulu..dia menang..." kata Jongin. Bola pula dilantun oleh Kyungsoo.
 
"Eh...mana adil..." kata Eunhoon.
 
"Wae?? Sebab baju kitaorang??" tanya Jongin sambil menunjukkan baju bola keranjang mereka.
 
"Aniya...takkan korang bertiga lawan aku seorang je??" kata Eunhoon lagi.
 
"Kesiannya...memang tak padan kecik...dah lah kecik...hati pun kecik...haih~ Minhye-shi!" panggil Jongin pada sebuah gambar.
 
Eunhoon memandang gambar yang dikatakan oleh Jongin. Dia terkejut melihat gambar itu. Gambar itu ialah gambar orang gaji yang dia nampak ketika baru menjejakkan kaki di rumah itu. Orang di dalam gambar itu keluar lalu berlari ke arah Jongin,Kyungsoo dan Sehun. Sehun pula sudah tersenyum.
 
"Kau menyorok dalam gambar??" tanya Eunhoon pelik kepada orang gaji itu.
 
"Minhye-shi ni android...ada masa dia jadi gambar, ada masa dia jaga rumah kitaorang ni...sambil ru, kerja dia macam kamera cctv yang boleh gerak kat mana je la..." jelas Jongin. Dia merangkul leher Minhye lalu pusing ke belakang.
 
"Yah,macam biasa..." kata Jongin.
 
"Huh??" Minhye bingung dengan arah Jongin.
 
"Bukannya 'huh'..ni..." Jongin menunjukkan bola keranjang pada Minhye.
 
Minhye terus mengangkat ibu jarinya lalu mengangguk. Entah apa yang dia faham. Begitu juga Jongin yang juga mengangkat ibu jarinya. Mereka pusing ke depan semula. "Dah..kau pergi sana"
 
Jongin terus menolak Minhye ke arah Eunhoon. "Kau ambil la atlet yang tak reti penat ni..."
 
"Yah! Ni baru dua..mana..." belum sempat Eunhoon menghabiskan kata-katanya, Jongin sudah berikan arahan. "Jom main!"
 
Kyungsoo meniup wisel dengan gayanya tersendiri. Pritt! Permainan bermula.
 
Bola berada di tangan Jongin. Eunhoon hanya perhatikan bola itu. Jongin terus baling kepada Kyungsoo. Eunhoon mengejar bola itu. Tapi Kyungsoo terlalu cepat. Dia segera membaling bola itu kepada Sehun.
 
"Apa kau buat ni~" kata Jongin pada Eunhoon sebagai provokasi.
 
Sehun pula membaling bola itu kepada Kyungsoo semula. Eunhoon tidak putus asa. Dia tetap mengejar bola itu. Tetapi. dia masih tak dapat bola itu kerana Kyungsoo terlalu cepat.
 
"Oh..cantik! cantik!"  Sempat pula Jongin memuji.
 
Eunhoon segera mengejar Kyungsoo. Kyungsoo yang tak tahan dengan perempuan, terus membaling bola itu ke belakang. Akhirnya, Eunhoon dapat bola itu. Dia terus berlari sambil membawa bola itu.
 
"Kau buat apa tu, Kyungsoo~?!" Sempat pula Jongin perli sambil mengejar Eunhoon.
 
"Aku dah tak tahan la~!" kata Kyungsoo sambil mengejar Eunhoon.
 
"Palli! Jaga dia!" arah Jongin. Eunhoon berhenti berlari apabila laluannya terhalang oleh tiga beradik Yoon. Dia pusing ke belakang sambil membawa bola. Tetapi, dia masih dapat dikepun oleh tiga beradik Yoon.
 
"Aish!" rungut Kyungsoo. Eunhoon mengambil kesempatan itu dengan membaling bola dengan tinggi. Kyungsoo pula tunduk untuk mengelakkan diri daripada terkena bola. Bola itu melayang dan Minhye terus berlari mendapatkan bola. Kemudian, android itu dapat menjaringkan satu gol.
 
"Oh yeah!!!" jerit Minhye kepuasan sambil berpaut pada gelung jaring.
 
"Minhye! Kau tak faham aku lansung!" kata Jongin dengan geram. Minhye terus turun dari jaring.
 
"Huh?? Kau tak cakap jangan jaringkan gol untuk dia pun??" kata Minhye sambil menoleh ke arah Jongin.
 
"Alah~~!! Kau ni, takkan tak faham..." rungut Jongin sebab bengang. Eunhoon pula sudah malas untuk melayan tiga beradik itu. Dia terus menoleh ke belakang lalu berjalan untuk keluar.
 
"Yah! Jakkaman-yo!" panggil Jongin. Eunhoon menoleh ke belakang. Tiga beradik Yoon mendekatinya semula.
 
"Bukan ke perlawanan ni dah habis??" tanya Eunhoon.
 
"Belum lagi...ada benda lagi yang kitaorang nak buat...meh ikut aku..." pelawa Jongin. Kemudian, dia membawa Eunhoon ke satu tempat. Kyungsoo dan Sehun pula hanya ikut dari belakang.
.......................................
 
"Sini-2...palli!" kata Jongin pada Eunhoon. Mereka berempat berhenti di depan pintu yang seperti pintu rumah hantu.
 
Jongin dan Sehun pergi ke tempat bertentangan dengan Eunhoon. Kyungsoo terpaksa berdiri di sebelah Eunhoon mengakibatkan dia seperti cacing kepanasan.
 
"Ni...bilik Baekhyun...anak kelima...kau kena pujuk dia keluar dalam masa 10 minit...kalau tak...kau kalah" kata Jongin.
 
"Kenapa aku kena buat pulak??" tanya Eunhoon, tidak puas hati.
 
"Kalau tak..k-kitaorang t-tak mengaku k-kau tu o-omma k-kitaorang..." kata Kyungsoo dengan gagap kerana takut dengan Eunhoon.
 
"Sedia....mula!" kata Sehun lalu menekan butang di jam randik. Eunhoon mendekati pintu bilik Baekhyun dan tiga beradik tadi duduk di tangga yang berdekatan dengan bilik Baekhyun.
 
"Fighting~!" kata Jongin kepada Eunhoon dengan nada perli. Eunhoon terus mengetuk pintu bilik Baekhyun.
 
"B-Baekhyun-shi! Ada orang nak jumpa awak...cepat la buka pintu" pujuk Eunhoon. Tiga beradik tadi hanya memerhatikan Eunhoon sambil ketawa. "Baekhyun-shi! Baekhyun-shi! Cakap la sesuatu!"
 
Baekhyun sedang menikmati ramen yang dibelinya tadi. Dia tidak dengar panggilan Eunhoon. Eunhoon pula cuba memulas tombol pintu. Tetapi, dia terkena renjatan elektrik. Dia terus menarik tangannya. Tiga beradik tadi ketawa lagi.
 
"Kenapa jadi macam ni??" tanya Eunhoon.
 
"Untuk pengetahuan kau, pintu takkan boleh terbuka...sebab ada aliran elektrik...jadi, kita pun tak boleh masuk..." kata Jongin.
 
Eunhoon menghendap bilik Baekhyun melalui tempat kunci. Dia ternampak Baekhyun sedang makan ramen yang dihantar.
 
"Penghantaran?? Korang, kat sini ada restoran yang hantar makanan tak??" tanya Eunhoon.
 
"Huh?? Ohh...ada tu kat luar rumah..." kata Jongin. Eunhoon terus berlari ke restoran di depan rumah.
 
"Yah! tak guna la kau pergi sana~!" kata Jongin.
..................................
 
"Cheosohamnida!" Eunhoon terus masuk ke dalam restoran itu lalu mencari pekerja di situ. Tiba-tiba ada seorang pekerja yang gemuk muncul.
 
Eunhoon melihatnya dengan pelik. Pekerja itu pun memandang Eunhoon.
 
"Tumpang tanya, ahjushi ada hantar makanan dekat rumah sana tu kan?? Macam mana pintu tu terbuka?? Ada laluan rahsia ke apa ke??" tanya Eunhoon bertubi-tubi. Pekerja itu hanya melihat Eunhoon.
 
"Ala..jangan la jadi bisu..cakap la~!" rayu Eunhoon.
 
"Mianhae..." kata pekerja itu.
 
"Jangan la cakap maaf.." kata Eunhoon dengan bengang.
 
"Saya dah cakap kan tadi..." kata pekerja itu. Kemudian, dia menyambung kerjanya semula. Eunhoon pulang ke rumahnya semula.
.......................................
 
"Tengok...dah agak dah..mesti jadi macam ni..." kata Jongin. Tiba-tiba Eunhoon sampai sambil termengah-mengah akibat kepenatan. Eunhoon terus ke pintu bilik Baekhyun.
 
"Orang tu tak nak cakap" kata Eunhoon dengan geram.
 
"Kan aku cakap tadi...degil...tak nak dengar cakap orang..." kata Jongin.
 
"Tinggal 3 minit lagi..." kata Sehun. Eunhoon melihat masa pada jam dinding.
 
Eunhoon teringat sesuatu. Dia mengeluarkan buku panduan tadi. Kemudian, dia terus mencari helaian tentang Yoon Baekhyun.
 
"Baekhyun-shi! Awak dah setahun tak keluar bilik kan?? Awak tak nak hirup udara luar ke?? Aigoo-2...kenapa awak tak nak keluar dari bilik?? Ada hal dengan Seunghwan-shi ke?? Ke..awak bergaduh dengan adik beradik awak??" Pelbagai soalan keluar daripada Eunhoon. Namun, tidak diendahkan oleh Baekhyun.
 
"Kalau awak sudi, jom la kita berbincang...jangan la degil..keluar je la..." kata Eunhoon lagi. Baekhyun terus berhenti makan.
 
Eunhoon melihat lagi buku panduan. "Oh...awak pandai buat magik eh? Wah! Nickname awak...Magic Genius...Jinjja daebak! Awak pesan makanan tadi...pakai magik la kan?"
 
"Senyap la! Awak bukan ada kena mengena dengan saya pun!" Akhirnya Baekhyun bersuara.
 
Eunhoon terdiam. Namun, dia rasa lega apabila pemuda itu akhirnya bersuara. "Hmm...gwaenchana...mulai sekarang, saya omma awak..jadi--"
 
"Awak tak layak pun...dah la, tak payah nak berlakon lagi..." perli Baekhyun. Sekali lagi Eunhoon terdiam.
 
Jam randik telah berbunyi. "Masa dah tamat! Kita kena adakan penalti ni..." kata Jongin.
 
"Siapa yang nak kena penalti ni??" tanya Eunhoon lalu beredar dari situ. Tiga beradik Kim tadi menunding jari ke arah Eunhoon supaya dikenakan penalti.
..................................
 
Eunhoon berjalan di lorong luar bilik perjumpaan. Dia terjumpa pintu keluar. Dia terus masuk ke dalam bilik itu.
 
Siren di dalam bilik itu berbunyi. Tiba-tiba air disimbah ke Eunhoon dan disusuli dengan tepung. "Arghhh~!!!"
 
Setelah habis terkena, Eunhoon keluar dari bilik dengan bengang. Urgh, ingat ni birthday orang ke?!
 
"Cuba tengok dia..hahaha!" kata Jongin lalu ketawa. Begitu juga Kyungsoo dan Sehun. Eunhoon memandang mereka dengan geram.
 
"Tu lah..siapa suruh masuk..." perli Jongin lagi.
 
"Korang kan yang buat ni?!" kata Eunhoon lalu terus mengejar tiga beradik itu. Mereka berhenti kerana jalan mati.
 
"Jauhkan diri kau dari aku!" jerit Kyungsoo apabila Eunhoon mendekatinya kerana Jongin dah lari ke tempat lain.
 
"Kitaorang tak nak pun terima kau sebagai omma kitaorang!" kata Sehun.
 
"Ntah! Keluar la dari rumah ni!" kata Kyungsoo pulak.
 
"Kau dengar tak apa dongsaeng aku cakap tadi?? Aku pun tak suka kau...jadi dipersilakan keluar" kata Jongin dengan selamba.
 
"Korang je tak tau...aku kena duduk rumah ni! okay fine..aku keluar!" kata Eunhoon lalu menoleh ke belakang dan berjalan keluar.
........................................
 
"Hmm...nampaknya Seunghwan-sanjangnim memang serius nak buat sesuatu macam tu..." kata Xiumin setelah melihat rakaman di tempat tinggal utama Seunghwan.
 
"Kau dengar tak apa aku cakap tadi??" tanya Eunhoon.
 
Xiumin terkejut lalu pusing ke belakang. "Hmm?? Ah~Nae..kau nak batalkan kontrak tu kan?"
 
"Kure! Aku nak batalkan kontrak tu!" kata Eunhoon dengan tegas.
 
"Hmm.." Xiumin menganggukkan kepalanya.
 
"Pasal bayaran tu...boleh tak bagi aku...masa sehari untuk kumpulkan duit tu..." kata Eunhoon lagi.
 
"Hmm...boleh..tapi...kau tak lari kan??" tanya Xiumin.
 
"Eh...aniyo...bukannya aku lari...tapi. aku bawa duit pada kau..." kata Eunhoon dengan yakin.
..............................
 
Net Cafe~
 
"Bayar 100 juta won, esok?!" kata Kris dengan terkejut.
 
"Sebagai chingu terbaik kepada Eunhoon, kita kena fikir cara-cara untuk dia keluar dari masalah macam tu..." tambah Lay iaitu pekerja Kris.
 
"Apa?? Chingu terbaik Eunhoon??" tanya Tao.
 
"Ha?? Pasal tu...senang je...bagi dia kerja dekat kelab pelayan...pastu suruh la dia minta pinjam dekat pelanggan dia!"  kata Hyoyeon, pekerja Kris juga.
 
"Yah, dia tak suka la benda-benda macam tu...saya tahu lah!" kata Kris. Pekerja lain mengangguk.
...............................................
 
"Yah, kenapa ada baju ni je?? Baju lain tak ada ke??" Eunhoon keluar dari bilik persalinan dengan baju hanbok pendek. Semua pekerja Kris terkejut
dengan kecantikan Eunhoon.
 
"Omaigad...so cute...I'm in love" kata Tao dalam tak sedar. Pak! Kepala Tao jadi mangsa kepada tangan Kris. Tao memegang kepalanya yang sakit.
 
Tiba-tiba pintu Net Cafe terbuka. Kelihatan Joonmyeon masuk ke dalam kafe itu.
 
"Yoon Joonmyeon..." kata Eunhoon dengan perlahan.
 
"Eh?? Awak??" Joonmyeon terkejut kerana terserempak Eunhoon.
 
"Nae..saya...awak buat apa kat sini??" tanya Eunhoon. Joonmyeon mendekati Eunhoon. Tiba-tiba Kris mencelah.
 
"Ehh~ Korang ni dah lama kenal ke??" tanya Kris.
 
"Yah, jap-2..sini-2" Joonmyeon menolak Eunhoon supaya jauh dari Kris dan pekerjanya.
 
"Saya dengar awak cuba keluarkan Baekhyun eh??" tanya Joonmyeon lalu mahu ketawa.
 
"Oh..kure...haih..anak kelima tu..." kata Eunhoon.
 
"Sebenarnya, Baekhyun jadi macam tu sebab dia selalu kena bash...dia ni, jenis bila kena sekali, terus trauma..pastu mula la lari dari masalah...pastu, hidup dalam dunia dia sendiri..." kata Joonmyeon.
 
"Eh jap..awak cakap apa ni?? Saya tak faham la..." tanya Eunhoon sambil memandang Joonmyeon.
 
"Sebab saya berharap sangat dekat awak...." kata Joonmyeon. Eunhoon melihat Joonmyeon dengan pelik.
 
"Kau berharap apa huh?!" Tiba-tiba Kris mencelah.
 
"Yang kau ni kenapa??" tanya Joonmyeon kepada Kris. Eunhoon terus berlari ke tingkap. Kelihatan ayahnya sedang berjalan menuju ke Net Cafe.
 
"Appa~!" kata Eunhoon. Joonmyeon dan Kris terus pergi ke tingkap. Eunhoon pusing ke belakang lalu mengejar ayahnya. Kris pun mengikutinya. Tapi Joonmyeon hanya duduk di situ.
 
"Appa~!" jerit Eunhoon lalu mengejar ayahnya. Ryu Dong Hoon, ayah kepada Eunhoon terkejut mendengar jeritan Eunhoon tadi lalu melarikan diri.
 
"Alamak~ Dia dah datang~!" kata Donghoon sambil berlari.
 
"Appa~! Lepas 10 tahun baru saya dapat tengok appa lagi! Appa memang bapa yang teruk la~!" kata Eunhoon sambil mengejar ayahnya.
 
"Rilek..rilek...kamu dah bayar kan hutang tu?!" tanya Donghoon sambil berlari.
 
"Aniya...belum lagi la~! Belum langsai lagi la appa~!" kata Eunhoon sambil mengejar ayahnya.
 
"Oh...appa balik sini sebab ingat dah langsai!" kata Donghoon lagi. Akhirnya, mereka berdua sudah berada di suatu kawasan yang lapang.
 
"Okay-2..berhenti" Mereka berdua berhenti. Masing-masing mengah.
 
"Appa..kenapa appa tinggalkan omma masa dia tengah sakit dulu??" tanya Eunhoon lalu mendekati ayahnya.
 
"Appa tak nak menyusahkan kamu..." kata Donghoon.
 
"Jangan nak merepek la, appa~" kata Eunhoon.
 
"Appa lansung tak layak ada keluarga..." kata Donghoon lagi.
 
"Mwoya~?! Omma nak appa berada di sisi dia selalu la appa!"
 
"Yalah...dia takkan sembuh kalau appa tinggal kat situ lagi kan?? Akhirnya, 'keluarga' tu hanya perkataan..manusia akan bersendirian pada akhirnya...diri sendiri mengatasi lain, duit mengatasi emosi..."
 
Eunhoon memotong kata ayahnya. "Appa ni teruk la!" Eunhoon mula mengejar ayahnya semula apabila Donghoon mula melarikan diri.
 
"Kalau macam tu, biar appa cakap dengan dia dekat dunia lain la!" kata Donghoon sebelum berhenti di sebuah jejantas. Dia berdiri di tepi besi jejantas itu.
 
"Appa! Appa nak buat apa tu?!" tanya Eunhoon yang mula panik.
 
"Annyeongi, Eunhoon-ah..." Donghoon terus terjun dari jejantas itu tanpa rasa teragak-agak.
 
"Appa!!!"
 
"Aw! Aw! Aw! Sakitnya!" Ryu Donghoon mengerang kesakitan kerana dia terjatuh atas lori yang membawa muatan kotak.Eunhoon menarik nafas lega.
 
"Mwo?? Omma kamu tak bagi appa pergi sana la...hahaha~!" kata Donghoon lagi. Eunhoon melihatnya dengan pelik.
 
Lori itu mula bergerak. "Hahaha~! Buat yang terbaik untuk langsaikan hutang tu~! Fighting~! Hahahaha!" Donghoon melambai topinya pada
Eunhoon. Eunhoon mengeluh.
..................................
 
"Yah,tak salah ke kita buat macam tu??" tanya Kyungsoo yang mula rasa ragu.
 
"Aish~ Diam je la..." kata Jongin pula.
 
"Hmm...banyak cakap...sekali diri sendiri yang kena..." kata Sehun.
 
"Ah~ Tak kesah la...janji normal balik...dia pun tak ada...kita ni orang asing...kita cuma hidup sama-sama je..." kata Jongin.
.....................................
 
"Tu Eunhoon ke??" tanya Hongjae setelah keluar dari stor.
 
"Budak-2 tu..memang tak guna~!" rungut Eunhoon sambil menarik lobak putih dengan geram.
 
"Tu Eunhoon ke?? Eunhoon-ah!" Hongjae terus mendekati Eunhoon.
 
"Sorang-sorang..ish!" kata Eunhoon sambil menarik lobak putih lalu membalingnya.
 
"Eunhoon-ah, waegurae?? Samcheon kan dah kata, tak payah kerja hari ni!" kata Hongjae.
 
Eunhoon tidak peduli dengan pertanyaan Hongjae. Dia terus menarik lobak putih dengan geram. "Diaorang tu!"
 
"Eunhoon-ah, gumanhae!" kata Hongjae lalu menarik Eunhoon ke tepi. Eunhoon pula menolak Hongjae dengan marah sehingga menyebabkan lelaki pertengahan usia itu terjatuh.
 
"Kenapa saya kena lalui semua ni?! Dah lah appa saya lari sebab hutang 100 juta! Dia jadikan saya penjamin tanpa saya sendiri tahu...pastu, buatsaya kena buru dengan mafia-2 tu! Dah 2 tahun, 2 tahun saya jadi macam ni! Bila saya fikir saya dapat hidup normal macam orang lain...saya kena pulak duduk dekat sebuah rumah yang penuh dengan namja yang menyakitkan hati! Saya tak ada buat salah apa-apa pun! Kenapa saya kena lalui ni?! Saya benci ni! Saya dah penat la dengan semua ni!" kata Eunhoon dengan marah. Dia menoleh melihat kebun Hongjae. Hongjae bangun setelah mendengar luahan hati Eunhoon.
......................................
 
"Omma kamu, Lee Eunrin, dah 10 tahun meninggal dunia, kan??" tanya Hongjae lalu meletakkan sebesen lobak putih di dalam rumahnya. Eunhoon duduk di luar rumah Hongjae. Dia mendekati Eunhoon lalu duduk di sebelahnya.
 
"Samcheon ingat...kamu dah tak berhubung dengan sesiapa...samcheon ingat, kamu ni tiada sesiapa nak tolong...tapi samcheon rasa, samcheon yang salah..kalau kamu marah sangat pada seseorang..menakutkan...haha~ ni sebab Yoon Seunghwan kan??" kata Hongjae. Eunhoon hanya mendiamkan diri.
 
"Sebenarnya,dia pernah datang sini sebelum dia meninggal dunia.." kata Hongjae lagi.
 
"Mwo??" Akhirnya Eunhoon bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
 
"Dia bangga dengan kamu...bagi samcheon, dia bukannya jahat pun...mungkin dia ada rancang sesuatu..."
 
"Huh??" Eunhoon hanya memikirkan apa maksud kata-kata Hongjae.
.........................................

 

End of chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa