Episode 4 : Kembali Pulang (Last Chapter)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 4 : Kembali Pulang  
      Last Chapter  

 

 

 

 

.........................

Jongin segera keluar dari tandas yang pelik. Dia segera ke meja sambil melihat pintu tandas dengan takut.

“Ada benda kat mangkuk tandas tu la…” kata Jongin dengan seram.

“Takkan kau tak tahu…kan zaman sekarang dah canggih…mangkuk tandas pun boleh tolong basuhkan…” kata Kyungsoo pula.

“Aish…kau ni…cakap biar la berlapik sikit…oh! Jadi, ni la yang buat korang menjerit macam nak apa tadi??” Jongin segera membuat kesimpulan. Semua yang berada di situ mengangguk.

……………………

Perlawanan ping pong yang Joonmyeon dan Soohye sertai, dah sampai ke set penentuan. Joonmyeon dan Soohye dapat 10 mata. Kris dan Tao pula dapat 9 mata.

Beberapa minit melakukan rally, akhirnya, Joonmyeon dengan Soohye memenangi pertandingan itu dengan smash yang Joonmyeon buat. Eunhoon pula merakam pertandingan itu.

Assa!!” jerit Joonmyeon.

“Yeay! Kita dah menang! Kita boleh jumpa Shinjoon balik! ” kata Soohye dengan gembira lalu memeluk Joonmyeon. Joonmyeon hanya tersenyum. Soohue segera melepaskan pelukkannya.

“Korang memang hebat main ping pong…chukhae…” Kris sempat memuji pasangan itu. Tao pula mengangguk tanda setuju dengan Kris.

“Ala…biasa la…macam kat Net Café tak ada game ping pong kan??” kata Joonmyeon lalu tersenyum. Kris dengan Tao terus kaku.

“K-Kau kenal k-kitaorang??” kata Kris lalu memandang tempat Eunhoon menyorok. Joonmyeon juga melihat apa yang dilihat Kris. Eunhoon segera melarikan diri apabila dia terasa diperhatikan.

Waegurae??” tanya Soohye apabila tengok Joonmyeon.

A-Aniyo…jom kita ambil Shinjoon…” Joonmyeon segera membawa Soohye ke rumahnya.

………………………

“Ni ke tempatnya??” tanya Soohye apabila sampai di rumah Joonmyeon.

Yup…” Joonmyeon segera membuka pintu  bilik perjumpaan.

Kelihatan Shinjoon berdiri di tengah-tengah bilik itu. Soohye segera memeluk budak kecil itu.

“Shinjoon-ah!”

OmmaBogoshipeo!”

Joonmyeon pula pelik melihat keadaan bilik perjumpaan. Tapi dia tak kisah, janji dia jumpa Shinjoon semula. Dia segera mendekati Shinjoon lalu menggosok kepala budak kecil itu.

Tiba-tiba kamera bergerak yang dinaiki Jongin dengan Baekhyun, muncul di bilik itu.

And...cut! Nice shot !” kata Jongin. Baekhyun pula menutup kamera. Joonmyeon dan Soohye terkejut melihat kehadiran Jongin dengan Baekhyun.

Baekhyun dan Jongin segera turun dari kamera itu. Baekhyun pula terus jalan keluar dari bilik.

“Yah, jakkaman-yo…” kata Jongin kepada Baekhyun. Baekhyun segera menoleh ke belakang. Jongin pula segera memberikan pendrive yang penuh dengan rap nya kepada Baekhyun. "Tolong hantarkan??"

“Tak hingin aku hantarkan…” Baekhyun segera keluar dari bilik perjumpaan.

 “Kau buat apa kat sini??” tanya Joonmyeon apabila Baekhyun hilang dari pandangan.

Jongin mendekati Joonmyeon. “Kau nak tahu tak…anak angkat kau la yang buat semua ni…”

Mwo?? Aku tak faham la…”

Tiba-2 Shinjoon bersuara. “Mianhae…”

Joonmyeon segera mencangkung supaya sama rendah dengan Shinjoon.

“Shinjoon-ah, kan appa dah cakap…appa dengan omma tak boleh tinggal sama-sama…”

Jongin pula tersenyum sinis melihat scene itu. “Tsk…parents dengan anak…hmm…like a happy family…hmm…aku dah mulakan tadi…jadi, aku kena habiskan…”

Jongin segera mengambil Shinjoon membuatkan Joonmyeon dengan Soohye terkejut lagi.

Mianhae! Game ni belum habis lagi…korang kena kejar aku kalau nak dapatkan Shinjoon!” kata Jongin lalu membawa Shinjoon lari.

“Yah! Kim Jongin!!”

………………………

Akhrinya, Joonmyeon dengan Soohye terpaksa mengejar Jongin dengan menaiki basikal tandem kerana Jongin telah membawa Shinjoon ke sesuatu tempat dengan menaiki kereta.

“Soohye! Aku rasa kau betul la!” kata Joonmyeon sambil mengayuh basikal.

Mworago?!”

“Aku memang tak faham apa-2 pasal Shinjoon!”

……………………..

Majlis Pembentangan Projek Family Hunt

“Nampaknya, pemangku presiden sekarang ni tak sampai-2 lagi?” Seorang wakil penaja bertanya kepada Xiumin.

“Ahahahah…nampaknya, macam tu la…nak rasa panik pun tak berguna juga…“ kata Xiumin.

Tiba-tiba polis masuk ke dewan itu sambil mengejar seseorang yang berpakaian buruk.

“Yah! Neo! Neo! Berhenti!!”

Eunhoon terus berlari ke dalam untuk menukar pakaian. Polis itu berhenti di hadapan Xiumin. Xiumin sempat bertanya kepada Eunhoon.

“Dah hafal ke belum?!”

“Dah!” kata Eunhoon lalu masuk ke sebuah tempat.

Xiumin tersenyum melihat Eunhoon. Pada masa yang sama, Gain pula menjeling pada Xiumin.

Sejam kemudian…

Kasahamnida sebab menunggu…annyeonghasaeyo…hari ini, kami dari Miracle Company ingin membentangkan projek taman teman kami…dipendekkan cerita, Taman tema Treasure Hunter ialah berkaitan dengan pencarian harta karun...”

Xiumin segera memulakan majlis dengan ucapan pembukaan. Pada masa yang sama, Jongin sampai ke tempat majlis dengan Joonmyeon, Soohye dan Shinjoon. Mereka cuma berdiri di depan pintu masuk.

“Buat apa kita kat sini??” tanya Joonmyeon.

“Kau tengok je la…” kata Jongin.

“Kami telah melaburkan sebanyak 180 bilion won untuk membina permainan ini dengan keluasan 550,000 meter persegi…tempat ini akan membuatkan anda semua terasa seperti di dalam filem-2 Hollywood…”

“Kitaorang pergi dulu la…” kata Joonmyeon dengan bosan lalu menarik tangan Shinjoon. Shinjoon pula tak berganjak. Joonmyeon terus tak jadi pergi.

“Selalunya, taman tema ni, orang yang tengah bercinta, orang yang bawa kawan-2 dia saja yang seronok…tapi, kali ini kami bawa konsep kekeluargaan…setiap permainan yang kami sediakan dalam taman tema ini, hanya keluarga saja yang boleh selesaikan permainan tersebut…Itulah permintaan, bekas presiden kami, Yoon Seunghwan-sajangnim yang baru saja meninggal dunia…jadi, kami mempersilakan pemangku presiden kami, Yoon Eunhoon untuk berucap sepatah kata…”

Dewan itu gemuruh dengan tepukan wakil-wakil penaja. Eunhoon keluar dari belakang tabir dengan pakaian lagi kemas lalu ke pentas untuk berucap.

Eunhoon melihat keadaan sekeliling sebelum dia berkata. “Uhh…sebenarnya…saya tak benda nak cakap…”

Semua orang yang berada di situ, terkejut mendengar ayat pertama yang diucapkan oleh Eunhoon.

“Apa dah jadi tu??” Seorang ahli lembaga pengarah bertanya kepada Xiumin. Pada masa yang sama, Kyungsoo dan Baekhyun datang. Mereka berdiri dengan Jongin, Joonmyeon, Soohye dan Shinjoon.

“Uhh…sebelum tu…sila lihat video ini dahulu…” kata Eunhoon lalu turun dari pentas.

Dewan digelapkan. Satu projector yang besar menyiarkan video yang diambil Eunhoon ketika Joonmyeon dengan Soohye dalam misi menyelamatkan Shinjoon.

Joonmyeon dan Soohye terkejut melihat video itu. Shinjoon pula tersenyum. Joonmyeon memandang Eunhoon dengan matanya membulat. Eunhoon hanya tersengeh.

Akhir video itu, visual Yoon Seunghwan muncul lalu mengucapkan sesuatu untuk menarik penaja. Dewan diterangkan semula setelah video itu habis. Eunhoon kembali ke pentas.

“Itu la konsep yang kami ingin lakukan…kasahamnida kerana bekerjasama dengan kami…” kata Eunhoon lalu tunduk hormat. Dewan itu gemuruh lagi dengan tepukan. Eunhoon segera turun dari pentas lalu mengambil sesuatu kemudian mendekati adik beradik Yoon yang berada di pintu masuk.

“Kita berjaya…” kata Sehun dengan gembira.

“Yup…sebab kita dapat edit video ni sama-2…” kata Kyungsoo pula.

“Ceh…aku yang hantar pendrive tu tau…” kata Baekhyun.

“Bukan ke kau tak nak keluar dari rumah lansung??” kata Kyungsoo lagi.

Baekhyun terus menolak bahu Kyungsoo. “Diam la…”

Eunhoon terus berdepan dengan Joonmyeon. Dia menghulurkan peti yang mempunyai hadiah untuk Shinjoon. Joonmyeon segera mengambil dengan teragak-agak.

………………………………………

Selepas majlis tamat…

Joonmyeon berjumpa Shinjoon di luar dewan sambil ditemani Soohye. Eunhoon dengan adik beradik Yoon pula hanya lihat dari jauh.

Joonmyeon segera memberikan hadiah tadi kepada anak angkatnya. Shinjoon mengambilnya dengan gembira.

“Nah…ni appa kepada appa yang bagi, eo??” kata Joonmyeon. Shinjoon mengangguk dengan gembira.

Joonmyeon segera mencangkung supaya sama rendah dengan Shinjoon lalu memegang kedua-dua bahu Shinjoon

“Shinjoon-ah, appa nak Shinjoon…tinggal dengan omma tau…” Suara Joonmyeon mula bergetar disebabkan dia sedih dengan keadaan sekarang ni.

W-Wae?? Appa benci Shinjoon ke??” tanya Shinjoon.

Joonmyeon cuba sembunyikan perasaan sedihnya. “A-Aniya…sebab appa sayangkan Shinjoon la, appa suruh Shinjoon pergi…”

Shinjoon hanya memandang bapa angkatnya itu. Joonmyeon tak dapat menahan kesedihannya lalu nangis. Dia segera memeluk Shinjoon. Shinjoon pula menangis melihat bapa angkatnya menangis. Eunhoon dari jauh cuba menahan air mata turun dari matanya apabila melihat scene itu.

“S-Shinjoon-ah, w-walaupun a-appa ni, cuma a-appa angkat Shinjoon…a-appa sayang s-sangat d-dengan Shinjoon….n-nanti bila Shinjoon d-duduk dengan omma S-Shinjoon…Shinjoon j-jangan n-nakal-2 t-tau…a-appa sayang Shinjoon sangat-2…”

N-Nae, appa!”

Joonmyeon segera melepaskan pelukannya. “Nanti, bila taman tema tu dah siap, kita pergi sama-2, eo?? Dengan omma Shinjoon, eo??” kata Joonmyeon kepada Shinjoon. Shinjoon mengangguk dengan laju. Kemudian, Joonmyeon memandang Soohye. Soohye juga mengangguk. Joonmyeon segera mengelap air matanya lalu tersenyum.

Eunhoon juga tersenyum. Tiba-tiba Xiumin muncul di tempat adik beradik Yoon berkumpul.

“Aku tak tahu pula Seunghwan-sanjangnim ada tinggalkan komen untuk projek ni…” kata Xiumin. Eunhoon segera menoleh ke arah Xiumin.

“Ha?? Mana ada…sebenarnya, aku ambil dari salah satu video tentang barang yang dia cipta…” kata Eunhoon.

“Ohh…arasochukhae...andkasahamnida sebab tolong…”

Nae…gwaenchana…”

……………………

“Nampaknya, diaorang semua suka apa yang Eunhoon bentangkan…” kata Xiumin kepada Gain.

“Kamu tipu Eunhoon…pasal krisis kewangan tu…”

“Hmm…memang pun…kalau tak, mana Eunhoon tu nak join kita…” kata Xiumin lalu tersenyum sinis.

……………………

Akhirnya, Eunhoon dan adik beradik Yoon berada di rumah.

“Korang ambil gambar aku pastu edit kan?? Aku nak duit…susah la hidup kalau tak ada duit…ataupun, aku nak bilik yang aku tumpang tu…jadi bilik aku yang real balik…” kata Joonmyeon. Eunhoon pula tersengeh. Adik beradik Yoon yang lain terkejut.

“K-Kau nak pindah sini, Joonmyeon??” kata Jongin.

Yup…dah tak payah bayar duit sewa lagi…” kata Joonmyeon lagi.

“Banyak la…” kata Jongin lalu membuka pintu bilik perjumpaan. Apabila dia membuka pintu itu, semua terkejut melihat seseorang tengah duduk panggung dekat kerusi.

“C-Chanyeol??”

“Chanyeol?? Anak pertama tu??” kata Eunhoon. Adik beradik Yoon semua memandang Chanyeol dengan geram.

"Annyeonghasaeyo, omma…" kata Chanyeol kepada Eunhoon.

“Kau buat apa kat sini??” tanya Baekhyun pula.

Chanyeol tersenyum sinis lalu bangun. Dia mendekati Eunhoon dan adik beradik Yoon yang berada di pintu.

“Tak sangka korang sama-2kan?? Dia ni ke yang menyatukan korang tu??” kata Chanyeol lalu menunding jari kepada Eunhoon. “Kalau korang nak tahu…perempuan ni…buat semua ni…sebab duit tau…”

Berderau darah masing-masing. Eunhoon pula terdiam.

“Iye-2 je kau ni…” kata Jongin macam tak percaya.

Geotjimal…” kata Kyungsoo pula.

“Keluarkan Baekhyun dari bilik…selamatkan Jongin dari mafia…pulihkan fobia Kyungsoo dengan perempuan…semua tu…dia buat sebab duit…” kata Chanyeol lagi.

“Jangan nak tipu…” kata Baekhyun. Joonmyeon hanya mendiamkan diri.

“Kalau tak percaya….” Chanyeol segera menarik Eunhoon lalu membawa Eunhoon menghadap adik beradik Yoon yang lain. "Tanya la perempuan ni..."

“Betul ke Eunhoon??”

Eunhoon hanya mendiamkan diri sambil melihat adik beradik Yoon di hadapannya. Dia sendiri tersentap mendengar apa yang dikatakan Chanyeol.

........................................

 

End of chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa