Episode 7 : Sebenarnya…(Chapter 1)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 7 : Sebenarnya...  
      Chapter 1  

 

 

 

 

.............................

Keesokan pagi…

Eunhoon tetap menyediakan sarapan untuk adik beradik Yoon. Dengan harapan mereka sudah tercongok kat meja makan.

“Korang! Sarapan dah siap!” Eunhoon bawa sarapan untuk mereka. Namun, mereka masih lagi tiada.

Eunhoon mengeluh lalu meletakkan dulang di atas meja. “Diaorang dah tak balik sini lagi ke??”

Tiba-tiba, pintu bilik perjumpaan terbuka. “Ahhh~! Laparnya!”

Eunhoon terkejut mendengar suara itu. “Eh?? Jongin…kau tak tinggalkan rumah ni ke??”

“Aish, mana ada…aku pergi hantar rambut palsu tu la…okey, so, aku dah lapar giler…aku nak makan…macam sedap je…” Jongin terus duduk lalu mengambil kimbap yang disediakan oleh Eunhoon.

Lagi sekali, pintu bilik perjumpaan terbuka. Kali ni, Joonmyeon pula muncul.

Joonmyeon segera mendekati Eunhoon dengan Jongin. “Annyeong! Korang buat apa ni?? Wah! Kimbap la!”

Joonmyeon segera mengambil tempat di sebelah Jongin lalu makan. Eunhoon pulak mula hairan dengan keadaan sekarang.

“Apa dah jadi ni?? Aku fikir korang dah tinggalkan tempat ni…” kata Eunhoon.

“Eh?? Mana boleh…kitaorang tinggal kat sini la walaupun kitaorang gaduh dengan appa kitaorang…” kata Joonmyeon lalu makan.

“Eh…ada orang mengata aku nampak…” kata Jongin tiba-tiba.

Joonmyeon segera memandang Jongin. “Siapa mengata pasal kau??”

“Kau la!” Jongin terus bangun lalu memandang Joonmyeon.

“Mana ada! Kau tu je yang terasa…” balas Joonmyeon.

Eunhoon tersenyum melihat gelagat adik beradik angkat itu. Jongin dan Joonmyeon terus melihat Eunhoon dengan pelik.

“Yang kau tersengeh-sengeh tengok kitaorang ni kenapa??” tanya Jongin kepada Eunhoon.

“Tak ada apa la…nampaknya tak ada benda yang berubah sekarang ni…” kata Eunhoon lalu tersengeh lagi.

Jongin dan Joonmyeon memandang Eunhoon dengan pelik. Orang tengah serius, dia boleh pulak tersengeh macam orang gila.

………………….

Nampaknya, Chanyeol sorang je yang keluar dari rumah itu. Dia berjalan sorang-sorang di taman.

Dia duduk di bangku berdekatan. Tiba-tiba dia teringat kejadian yang berlaku semalam.

“Yoon Chanyeol…appa kandung kamu sebenarnya…Yoon Seunghwan-sangjangnim…”

“Chanyeol…kau bukan anak angkat??”

“Betul ke aku bukan anak angkat?? Lain macam je…” kata Chanyeol lalu makan aiskrim yang baru dibelinya.

……………………….

Bilik perjumpaan kecoh apabila Minhye datang untuk bermain permainan.

“Aku sendiri pun tak percaya…Chanyeol tu anak kandung orang tua tu…” kata Jongin sambil bersedia lawan Minhye dalam permainan ‘King of Long Arms’.

“Takkan kau tak pernah dengar, weyh??” tanya Joonmyeon pada Jongin.

“Sedia…mula!” Minhye mula menolak kepala Jongin. Akhirnya, Minhye menang.

“Tak lansung!” kata Jongin sambil menukar tempat dengan Joonmyeon. Kali ni, Minhye lawan dengan Joonmyeon.

“Bukan ke korang semua anak angkat??” tanya Eunhoon lagi.

Mollamaybe appa kitaorang tak nak mengaku dia tu anak kandung…ah! Sakit la!” Joonmyeon keluar dari tempatnya sambil memegang kepalanya yang sakit.

“Dia sendiri cakap yang dia tu macam tak wujud dalam rumah ni…” sambung Joonmyeon.

Eunhoon pula mengambil tempat Joonmyeon. Dia meletakkan tangannya di kepala Minhye. Begitu juga Minhye. Dia meletakkan tangannya di kepala Eunhoon. Eunhoon cuba untuk bertahan. Minhye pula cuba jatuhkan Eunhoon.

“Sebab tu la dia benci sangat dengan orang tua tu…” kata Jongin.

Tiba-tiba pintu bilik perjumpaan terbuka. Kelihatan Baekhyun masuk ke bilik itu. Eunhoon yang gembira dengan kepulangan Baekhyun, terus menolak kepala Minhye lalu meluru ke arah Baekhyun. Minhye pula terganjak dari tempatnya. Dia terus terdiam kerana dia kalah dengan Eunhoon.

“Baekhyun! Awak pergi mana??” tanya Eunhoon setelah mendapatkan Baekhyun.

“Ha?? Saya pergi makan ramyun kat kedai mi depan rumah tu…” jawab Baekhyun. “Kyungsoo mana??”

“Kyungsoo tak balik lagi…” kata Eunhoon.

Molla…mungkin dia ada kerja…yelah, dia tu kan idol…” kata Jongin pula.

……………………

Kyungsoo pula dalam perjalanan ke kampung sebenarnya. Dia membawa surat yang Robot Haengbokhae 2.0 bagi. Dia membaca semula isi kandung surat itu.

‘Kyungsoo…kalau kamu nak tahu, omma dengan appa kandung kamu meninggal dunia sebab kebakaran di rumah kamu…masa tu kamu baru umur 6 tahun…mungkin kamu tak berapa ingat…dah sampai masa kamu kena tahu hal sebenar, Kyungsoo…kamu boleh tanya adik perempuan kamu…dia tinggal berdekatan dengan rumah kamu yang terbakar dulu…appa harap, kamu dapat jumpa dia…’

Kyungsoo melipat semula surat itu. Dia menyimpan surat itu ke dalam begnya lalu memandang pemandangan luar tingkap.

Beberapa minit kemudian, Kyungsoo sampai ke tempat rumahnya dulu. Tempat itu penuh dengan lalang. Dia teringat kejadian kebakaran itu. Dia mengeluh.

Tiba-tiba seorang lelaki dalam lingkungan 50-an datang berjumpa Kyungsoo.

“Kamu datang ni ada apa-2 ke??” tanya lelaki itu pada Kyungsoo.

“Ah?? Cheoseohamnida…saya nak tanya, ahjushi tau tak kejadian kebakaran kat tempat ni??” tanya Kyungsoo dengan sopan.

“Oh! Keluarga Do ke?? Ahjushi tahu…haih…patutnya semua orang selamat…” kata lelaki itu.

“Macam mana ahjushi tahu??”

“Anak lelaki ahjushi…anak ahjushi tu sama tahun dengan anak perempuan keluarga Do tu…”

Ahjushi tau tak budak perempuan tu kat mana sekarang ni??” tanya Kyungsoo dengan harapan lelaki di hadapannya tahu jawapannya.

…………………

Pada yang sama, Sehun membaca surat untuknya di luar rumah. Tiba-tiba dia terdengar Jongin menjerit. Dia terus masuk ke rumah lalu terjumpa Jongin dengan Baekhyun di hadapan bilik Minhye. Eunhoon dan Joonmyeon juga datang ke bilik Minhye setelah terdengar Jongin menjerit.

Waegurae??” tanya Sehun setelah sampai.

“Minhye tak ada ke??” tanya Eunhoon pula.

Baekhyun yang memegang nota Minhye, terus menunjukkan nota itu. “Dia pergi bercuti…”

Semua orang di situ membaca nota yang disampaikan oleh Minhye.

“Eh?? Minhye-shi??” tanya Eunhoon dengan terkejut.

“Minhye boleh tulis hangul ke??” tanya Joonmyeon pula.

“Minhye dah biasa tulis ‘shi’ bila dia tulis nama dia…padahal tak payah pun…” jelas Baekhyun.

“Pergi…bercuti…” kata Eunhoon sambil memikirkan sesuatu.

Tiba-tiba Joonmyeon tanya kepada Eunhoon. “Dia kalah masa game long arms tu kan??”

Eunhoon terus memandang Joonmyeon. “Seriously??”

Sehun merampas nota itu dari tangan Baekhyun. Dia terus menterbalikkan nota itu. Rupa-rupanya ada tulisan lagi.

Jongin terus baca tulisan itu tetapi dengan rasa pelik.“Saya dah ganti?? Ganti apa??”

“Bukan lah…dia dah jumpa pengganti…tapi siapa??” kata Eunhoon.

Mereka berlima terus ke bilik perjumpaan. Seseorang sedang mengemop lantai. Mereka terus terkejut.

Eunhoon terus mendekati orang itu. “Kris??”

Kris terus menghentikan kerjanya. “Mulai hari ni…aku yang ganti tempat Minhye…annyeonghasaeyo! Kris Wu imnida!”

Semua orang terkejut dengan penjelasan Kris. Nampaknya, kehadiran Kris akan menyusahkan keluarga Yoon.

……………………….

Joonmyeon sedang makan makanan segera yang dia pesan tadi di bilik perjumpaan. Tiba-tiba Kris mendekatinya.

“Kau ni dah kenapa??” tanya Joonmyeon yang rasa dirinya diganggu.

“Kau…kau suka Eunhoon kan??” tanya Kris tiba-tiba.

Joonmyeon terus memandang Kris di sebelahnya. “Apa kau merepek ni??”

“Jangan harap la kau dapat dia…kau tau tak…dah lama aku pendam perasaan ni!” Tiba-toba je Kris menjerit. Gila kan??

Memang sah. Joonmyeon pun dah start gila. “Eh~! Kau diam la! Sakit tau tak telinga aku dengar kau jerit-2!”

Tiba-tiba Sehun buka pintu bilik perjumpaan sambil membawa sepucuk surat. “Kris hyung! Hantarkan surat ni…”

Sebelum Sehun sempat bagi surat itu, Jongin muncul lalu mengambil surat itu dari tangan Sehun.

“Wah…surat apa ni?? *baca* Korean Hot Ulzzang?? Kau masuk ke??” kata Jongin sambil membelek surat itu.

Tiba-tiba Baekhyun pula muncul. “Oh! Aku tahu! Kalau menang nanti kau dapat masuk ‘Ulzzang Show’ kan??”

Sehun mengangguk. “Kure…dah, yah…esok deadline…baik kau pergi pejabat pos pastu hantarkan surat aku…”

“Yah! Kau ingat aku apa??” jawab Kris.

“Dah dia suruh kau hantar…hantar je la…tu tugas kau!” kata Jongin lalu memberikan surat itu kepada Kris.

“Ish!” protes Kris lalu keluar dari bilik itu.

“Korang rasa…dia tu okey tak duduk kat sini??” tanya Baekhyun tiba-tiba.

“Hmm…molla…mungkin…tak kot…” jawab Joonmyeon.

…………………………

Eunhoon pergi ke pusat boling untuk berjumpa Gain dengan Xiumin. Kebetulan pula Gain sedang menlontar (?) bola boling (?). Strike!

“Wah! Strike! Daebak!” sorak Eunhoon di tempat menunggu. Gain terkejut mendegar sorakkan itu lalu jumpa Eunhoon.

“Tapi, kenapa mesti boling??” tanya Eunhoon apabila Gain berada di sebelahnya.

“Sebab…saya ada 120 kupon game ni…” kata Gain sambil menunjukkan kupon-kuponnya.

“Oh…fighting…” kata Eunhoon sambil memerhati Gain.

Gain mengambil satu bola boling lalu mengelapnya. “So, kamu datang sini sebab nak tahu pasal Chanyeol??”

Nae…betul ke dia tu anak kandung Seunghwan-shi??” tanya Eunhoon.

Kure…” Gain segera mengangkat bolanya lalu sedia di lorong.

“Habis tu…kenapa dia jadi anak angkat??”

“Hmm…sebenarnya mak kandung Chanyeol tu…pelayan…mungkin sebab tu la dia ingat Seunghwan-sanjangnim tak nak mengaku dia…” kata Gain lagi.

“Jadi, benda tu betul la??” tanya Eunhoon. Gain tak menjawab, sebaliknya dia terus lontarkan bola bolingnya ke lorong.

Tiba-tiba Xiumin datang ke tempat Gain bermain. “Wah…nice ball!”

Suara Xiumin menarik perhatian Gain dengan Eunhoon. Xiumin meletakkan begnya lalu duduk.

“Kenapa tak ajak awal-2 nak main boling??” tanya Xiumin tanpa mempedulikan kehadiran Eunhoon. “Oh! Annyeong, Eunhoon!”

Eunhoon terus buat muka. “Yah, kenapa kau suruh appa aku tipu aku supaya aku keluar dari rumah tu??”

“Oh pasal tu ke?? Aku takut kau salah faham motif sebenar Seunghwan-sanjangnim...” kata Xiumin sambil memakai sarung tangan khas untuk boling.

“Apa maksud kau??” tanya Eunhoon lalu mencekak pinggang.

Xiumin mengambil begnya lalu mengeluarkan sebiji bola boling. “Sebenarnya, Seunghwan-sanjangnim ada sediakan ujian untuk anak-2 dia…”

“Huh?? Ujian??”

Xiumin terus mengambil penyembur lalu semburkan di bolanya supaya lebih berkilat. “Kure…setiap seorang ada kenangan silam…so, dengan dedahkan kenangan silam diaorang, diaorang akan jadi lagi rapat…sebab tu Seunghwan-sanjangnim bagi diaorang peluang cari rahsia kenangan silam masing-2…walaupun diaorang akan benci dia…”

“Jadi, pasal Seunghwan-shi suruh diaorang keluar rumah tu, tak betul la??” tanya Eunhoon.

Aniyo…diaorang mestilah keluar dari rumah untuk cari rahsia tu…tu maksud aku masa aku cakap kat kau hari tu…” kata Xiumin sambil mengelap bolanya. Dia terus bangun setelah meletakkan kain lap.

“Sebenarnya kan Eunhoon, aku risau pasal diaorang tak nak keluar rumah tu…sebab nak cari rahsia kenangan silam bukannya senang…” kata Xiumin lalu bersedia di lorong. Bola dilontar tapi masuk ke longkang.

Kata-kata Xiumin itu membuatkan Eunhoon jumpa jawapan sebenar.

……………………..

Adik beradik Yoon sedang membuat pilihan pakaian sesuai untuk Sehun di bilik perjumpaan. Tiba-tiba semua tunjuk tanda pangkah pakai kertas lukisan dengan marker.

“Kau nak dia pakai macam tu?? Yah, juri sensitif tau pasal fesyen!” protes Jongin.

“Fesyen ni…tak hebat ke??” tanya Kris.

Pada masa yang sama, Eunhoon balik lalu ke bilik perjumpaan. Orang pertama yang dia nampak, Sehun.

Annyeong! Aigoo…teruknya…fesyen apakah ni??” komen Eunhoon setelah ternampak Sehun. “Macam nak pergi kebun je…”

Adik beradik Yoon terus ketawakan Kris setelah medengar komen Eunhoon.

“Fesyen ni kau kata teruk?? Dah la…jom…” kata Kris dengan sedih lalu membawa Sehun cuba pakaian lain.

“Sebenarnya korang buat apa ni??” tanya Eunhoon.

“Ni…Sehun nak masuk Ulzzang Contest…sebab tu kitaorang tolong dia berlatih…” jawab Jongin.

“Ulzzang Contest??”

Kure…sebab dia nak masuk tv katanya…”

“Dia sorang je yang ingat macam tu…takkan la…Sehun bukan macam tu orangnya…mesti ada sesuatu…” kata Joonmyeon.

Tiba-tiba pintu bilik perjumpaan terbuka lagi. "Kita persilakan, Yoon Sehun! Tadaa~!" 

Semua orang tak setuju dengan  penampilan Sehun sekarang. Kecuali Jongin.

“Ala korang ni…sporting la…ohsem apa…korang tengok tepi dia…” kata Jongin lalu menunjukkan tepi Sehun. Joonmyeon dengan Sehun ternampak surat yang robot Haengbok-kae 2.0 bagi. Termasuk Eunhoon dan Jongin sendiri.

“Dah…pergi tukar…warna ni tak sesuai…” kata Jongin kepada Kris. 

Apabila Sehun dengan Kris keluar, Jongin terus mendekati Joonmyeon dengan Baekhyun. “Korang nampak tak??”

“Surat tu ada kat poket seluar dia…” kata Baekhyun.

“Dari mana dia dapat surat tu??” tanya Eunhoon yang mula hairan dengan adik beradik ini.

“Haengbok-kae 2.0 yang bagi kitaorang…” jawab Baekhyun.

“Mungkin kat surat tu ada sebab kenapa dia nak masuk contest tu…” Joonmyeon terus membuat kesimpulan.

“Susah la kalau dia asyik bawa ke hulur ke hilir…” kata Baekhyun lagi.

Ani…lagi senang kalau dia buat macam tu…” kata Jongin. Eunhoon semakin pelik melihat adik beradik Yoon.

“Korang…korang nak buat apa sebenarnya ni??” tanya Eunhoon. Tak senang hati dibuatnya.

“Eunhoon, sini…kau pun diperlukan…” kata Jongin. Tak lama kemudian, Eunhoon pun terlibat dalam perancangan adik beradik Yoon.

………………………..

“Sehun! Jom main game long arms!” pelawa Jongin ketika Sehun balik ke bilik perjumpaan.

“Buat apa…tak nak la…kau tu pendek…” kata Sehun lalu duduk.

Jongin membulatkan matanya tanda geram. Eunhoon, Joonmyeon dengan Baekhyun terus memaksa Jongin mengajak Sehun bermain.

“Cepat la…lagi 5 minit je…” kata Joonmyeon dengan perlahan.

Jongin mengeluh. “Pendek bukan sebarang pendek weyh…jom ah…kata lelaki sejati…”

Nak tak nak Sehun bangun juga. “Lelaki sejati?? Tengok la si pendek yang jatuh dulu ke aku yang jatuh dulu…”

Kata-kata Sehun membuatkan Jongin panas hati. Sehun terus meletakkan tangannya di kepala Jongin. Begitu juga dengan Jongin.

Masa tinggal 2 minit. Joonmyeon pula menjadi pengadil. “Ready…”

Lagi seminit je…kata hati Eunhoon sambil memerhatikan jam.

Go!”

Jongin dan Sehun menolak sesama sendiri. Baekhyun pula tak senang duduk.

Tiba-tiba loceng jam dinding berbunyi. Jarum menunjukkan jam 10 malam. Sehun terus tertidur.

“Woah…betul la cakap korang…dia terus tidur pukul 10…” kata Eunhoon lalu bangun. Sehun yang tertidur berdiri menjadi perhatian.

“Wah…macam ni pun boleh tertidur…” kata Baekhyun.

“Cepat la ambil surat itu...” kata Jongin. Eunhoon terus cuba mengambil surat di poket seluar Sehun.

Tiba-tiba Sehun berundur dalam tidur. Semua orang terkejut. Sehun hampir terjatuh apabila dia tersalah langkah. Eunhoon yang berdekata dengannya, terus sambut Sehun.

“Korang…cepat la ambil…dah la dia ni berat...” kata Eunhoon dengan perlahan supaya Sehun tak sedar.

Joonmyeon segera mengambil surat dari poket seluar Sehun. Akhirnya, misi mereka berjaya. Adik beradik Yoon bersorak dengan perlahan. Eunhoon pula senyum lalu melepaskan Sehun dengan perlahan.

Yes! Kita dapat!” kata Baekhyun dengan perlahan.

“Hahaha…okey-2…jom kita bawa dia masuk bilik…” kata Eunhoon. Mereka berempat terus membawa Sehun ke biliknya sebelum ke bilik Eunhoon untuk mengetahui isi kandungan surat itu.

Persoalannya, kerja gila apa yang adik beradik Yoon buat sampai libatkan Eunhoon ni??

……………………………..  

 

End of Chapter


 AUTHOR'S NOTE:   I'm back~! Dorawajwo I want you back back back~ *mohon kasik lempang sikit kat outhor ni sebab die dh addict dgn lgu Back u,u* hahaha~! xD Okey mengarut...back to the reality! Okey, sebenarnye, sye mmg nk update...tp kemalasan semakin bertambah...dn tekanan bertambah! Almaklumlah, author ni bulan dpn ade exam :3 *mohon lempang lagi* patutnye pergi bljr :3 ape-2pun, sbnrnye sye rndu nk update cite ni *^* sye pon update la di saat akhir sye nk exam bulan dpn...tp, ade bad news skit la...x tau la sedih sgt ke tidok...btw, story ni hiatus! Sebulan je :3 Start bulan depan~ sye tahu sye dh hilang 2-3 org subscribers...sye phm, mungkin dieorg ade sbb lain...*syg korang ;_;* pastu sye dpt subscribe bru plak tu! Kasahamnida! ;-; So, chapter ni hadiah untk korang la,okey?? ;_; thanks kat orang yg support sye selama ni! Jasamu di kenang! Okey sampai sini je...author ni membebel~ :3 Annyeong! Okey, wish us (99-liners) luck for PT3! ^_^

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa