Last episode : My Boys (Chapter 2)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Last Episode : My Boys  
      Chapter 2  

 

 

 

 

 …………………………..

Bilik perjumpaan…

Permainan menjawab kuiz disambung semula. Adik beradik Yoon sudah lama bersedia untuk menjawab soalan seterusnya. Siap buat aktiviti panas badan lagi. Sedar tak sedar, mereka sudah menjawab 98 soalan tanpa kesalahan.

“Soalan ke-99…apakah nama samaran untuk Minhye-shi??” tanya robot Haengbok-kae 2.0,

Adik beradik Yoon yang lain bingung. Tetapi, Eunhoon terus mengangkat tangannya dengan teruja.

“CCTV bergerak! Betul tak??”

Bunyi zilafon yang merdu berkumandang daripada robot Haengbok-kae 2.0. Adik beradik Yoon bersorak kegembiraan. Akhirnya, soalan terakhir untuk permainan kuiz itu sudah tiba.

“Soalan yang terakhir…siapakah nama sebenar Minhye-shi??”

Adik beradik Yoon bertanya sesama mereka. Semua tidak tahu nama sebenar Minhye, si android orang gaji itu. Seolah bagai diseru, Minhye muncul di dalam bilik itu.

“Kalau korang nak tahu nama sebenar aku…Eunhoon kena lawan aku King of Long Arms...”

“Okay, call!” Adik beradik Yoon terus menolak Eunhoon ke arah Minhye. Eunhoon hanya memandang adik beradik Yoon dengan hairan.

Akhirnya, Eunhoon berdiri di hadapan Minhye. Mereka meletakkan tangan mereka di atas kepala pihak lawan. Minhye sudah lama bersedia untuk mengalahkan Eunhoon. Pelbagai jenis latihan telah dia lakukan.

“Okay…ready…go!”

Eunhoon menolak Minhye dengan mudah. Minhye terganjak dari posisinya. Adik beradik Yoon bersorak dengan gembira.

“Yeayyy!! Cepat Minhye, bagitahu nama sebenar awak siapa~!” kata Eunhoon dengan teruja.

“Rosemary Yoon Minhye...” jawab Minhye dengan kecewa.

“Tu jawapannya~!” kata Eunhoon kepada robot Haengbok-kae 2.0. Bunyi zilafon yang ceria bergema daripada robot itu.

Rumah keluarga Yoon penuh dengan sorakan adik beradik Kim. Akhirnya mereka berjaya menyelesaikan Mother’s Goal yang ke-8 itu.

Gain muncul semula lalu mengambil gambar sebagai bukti bahawa adik beradik Yoon berjaya menyelesaikan Mother’s Goal itu. “Mother’s Goal ke-8…pass! Untuk Mother’s Goal yang ke-9…Eunhoon perlu menyulam nama adik beradik Yoon pada t-shirt-2 ni…”

Gain menyerahkan beg kertas yang diisi dengan baju t-shirt warna hitam kepada Eunhoon. “Jangan risau…saya dah tandakan saiz apa yang sesuai dengan diaorang…goodluck…”

Eunhoon melihat isi kandungan beg kertas itu. Dia menggaru kepalanya. Gain sempat menoleh semula ketika mahu melangkah pergi. “Tak perlu sulam besar-2 ya, Eunhoon…”

……………………………….

Bilik sauna…

“Patut ke kita biar Eunhoon sorang-2 kat luar tu??” tanya Kyungsoo yang berasa kasihan dengan Eunhoon yang seorang diri di bilik perjumpaan.

“Aish, tak payah…nanti dia nak jahit, tak boleh nak fokus…” kata Baekhyun lalu menyandarkan dirinya.

Chanyeol pula memeluk tubuhnya. “So, guys…macam mana??”

“Aku dah decide…” jawab Sehun tiba-tiba.

“Aku pun…” jawab Baekhyun pula. Joonmyeon dan Kyungsoo hanya menganggukkan kepala.

Entah apa yang dibincangkan oleh adik beradik Yoon itu sehingga menyebabkan Jongin tertanya-tanya. “Apa yang korang decide ni??”

“Kitaorang ada bincang pasal ni masa Eunhoon keluar dari rumah ni…kau mana ada kat situ…” jelas Chanyeol. Jongin mengangguk ‘faham’. “So, kau nak join tak??”

Jongin mengangguk lagi. Kemudian, dia tersedar sesuatu. “M-Mwo?!

“Apa kau ni…slow la…”

“Booo~~”

Jongin hanya memandang adik-beradiknya dengan hairan. Aku pulak yang kena kecam? “Ish yelah-2…habis tu, Eunhoon macam mana…oh! Aku ada idea!”

“Idea apa pulak kau ni??” tanya Baekhyun yang duduk di sebelahnya itu.

“Aku ingat nak buat satu challenge…antara korang ni…siapa yang paling layak dengan Eunhoon…hehehe…” kata Jongin dengan bangganya.

Baekhyun hanya buat muka. Tetapi, tidak bagi Kyungsoo. Dia pula yang semangat. “Aku nak join!”

“Okay…bagus…sorang dah masuk…lagi??” tanya Jongin sambil menyengih. Baekhyun pula tidak puas hati dengan keberanian Kyungsoo itu.

“Aku pun nak join!” kata Baekhyun lalu bangun dari tempatnya.

Yes!! Dah ada 2 orang…” Jongin memandang ke arah Joonmyeon sambil tersengih. “Cik abang, tak nak join ke~??”

Joonmyeon memandang Jongin dengan hairan. Dia pula yang ‘bingung’. “Mwo-2…”

Assa! Dia join!” kata Jongin dengan teruja. Kemudian, dia bangun untuk menyampaikan pengumumannya itu. “Okay…cabarannya senang je…siapa yang duduk dalam bilik sauna paling lama, dia lah orang yang paling layak dengan Eunhoon~! Senang je kan?? Jadi, aku namakan cabaran ni sebagai…’The Sauna Challenge’~!”

“Kau letak nama cabaran tu sama dengan cabarannya…” kata Sehun, pelik.

“Ahh, lantak la…cabaran bermula…sekarang!” kata Jongin dengan teruja. “Chanyeol, Sehun…jom kita blah hahaha~”

Mereka bertiga segera keluar. Tinggal Joonmyeon, Kyungsoo dan Baekhyun di dalam bilik sauna itu. Siapa lama, dia yang menang.

…………………………..

Keesokan harinya…

Chanyeol, Jongin dan Sehun kembali ke bilik perjumpaan. Mereka bertiga terserempak dengan Eunhoon yang tidur di atas meja tulis di dalam bilik itu.

“Yah, Eunhoon…bangun…” panggil Chanyeol sambil mengetuk meja. Eunhoon terus tersedar akibat ketukan itu.

Jongin dan Sehun pula mengambil t-shirt masing-masing untuk melihat hasil kerja tangan Eunhoon. Masing-masing melihatnya dengan hairan.

“Eunhoon, kau jahit salah ni…ni patutnya Jong…bukannya Chong…” rungut Jongin.

“Entah…nama aku patutnya Se…kau letak Sae…salah tu…” kata Sehun pula. Chanyeol pula mengambil t-shirt nya pula.

“Laa…ni bukan Chanyeol…ni Janyeon…siapa Janyeon ni??” rungut Chanyeol lalu menggaru kepalanya.

“Ala..lantak la…janji aku siap…” Eunhoon terus mengangkat kepalanya. Dia mencari lagi 3 orang adik beradik Yoon. “Yah, yang lagi 3 ekor tu mana??”

Mereka bertiga memandang antara satu sama lain. Masing-masing terkejut. Eh, tak keluar lagi 3 ekor tu!

Jongin membawa adik beradiknya ke bilik sauna. Eunhoon pula terus buka pintu bilik itu sebelum terserempak dengan 3 orang pemuda yang tidur nyenyak di dalam bilik itu.

“Korang buat apa ni??!” tanya Eunhoon dengan terkejut. Dia seolah tidak percaya dengan apa yang dibuatnya.

Jongin pula mengambil gayung air lalu menyimbah ke arah 3 beradik itu. “Bangun la~! Dah pagi dah ni~!”

Tiga beradik itu bangun dengan terkejut. Masing-masing merungut kerana tidur mereka diganggu. Apabila bilik sauna itu agak riuh dengan kebingitan daripada adik beradik Yoon, skrin LED di bilik itu terbuka. Kelihatan Xiumin sedang duduk di meja tulisnya di pejabat.

Hello guys…macam mana Mother’s Goal?? Korang dah habiskan?? Dengar ni baik-2…aku dah lama sabar tunggu korang dapatkan buku tu…buku tu akan musnah bila kontrak Eunhoon tamat…so, kontrak Eunhoon akan tamat pukul 12:40 tengahari ni…korang ada masa sejam lagi…aku tak kesah la kalau korang dapat ke tak dapat buku tu…yang penting, aku tetap nak robohkan rumah korang! Ingat! Lagi sejam aku datang!”

Skrin LED itu terpadam semula. Adik beradik Yoon mula panik apabila mereka hanya ada sejam untuk dapatkan buku panduan rumah Keluarga Yoon itu.

“Apa lagi…baik kita cepat~!” kata Chanyeol lalu keluar dari bilik sauna itu. Begitu juga dengan Eunhoon.

Jongin pula menyimbah air kepada tiga beradik tadi lagi sekali. “Cepat la bangun!!”

“Yah, sabar la!”

……………………….

Gain pula muncul di dalam bilik perjumpaan itu. Kemudian, dia mengambil gambar bukti di atas meja tulis. Pada masa yang sama, Eunhoon dan Chanyeol masuk ke dalam bilik perjumpaan.

“Mother’s Goal ke-9…pass!” kata Gain lalu tersenyum. Eunhoon dan Chanyeol bersorak kegembiraan.

“Jadi…Mother’s Goal yang terakhir ialah…semua orang mesti makan bersama di dalam bilik perjumpaan ini juga…” umum Gain.

“Ehh?? Makan sama lagi??”

…………………………………

Bangunan makmal milik Wu Tech Company…

Kris bersama para penyelidik dan juga pekerja Net Café sedang mencari rahsia akhir yang terdapat dalam video terakhir Yoon Seunghwan itu.

--dan yang terakhir adalah…nama buku itu ialah A Castle with 7 Heroes…tolong gunakan buku itu untuk selamatkan rumah itu…

“A Castle with 7 Heroes?? Buku apa tu??” tanya salah seorang pekerja Kris.

“Tak kesah la…ni penting ni…kita kena bagitahu diaorang…” kata Kris lalu bangun. “Kasahamnida sebab tolong…”

Kris menunduk hormat kepada penyelidik tadi tanda terima kasih. Begitu juga dengan penyelidik tadi. Dia terus keluar dari makmal lalu menuju ke rumah Keluarga Yoon.

…………………………………..

 

END OF CHAPTER


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa