Episode 6 : Penyelesaian Masalah (Chapter 1)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 6 : Penyelesaian Masalah  
      Chapter 1  

 

 

 

 

 ...........................

Eunhoon segera menolak Chanyeol. “Yeoja chingu?! Neo micheosseo??!”

“Eh?? Takkan kau tak nak??” tanya Chanyeol.

“Mestilah tak nak!” kata Eunhoon dengan geram.

“Kau nak aku balik kan?? Patutnya kau kena la buat apa yang aku nak...” kata Chanyeol lagi.

“Jangan nak merepek la!” kata Baekhyun.

“Tu...tak adil…” kata Kyungsoo pula sambil mengangkat garfu.

“dsknfzdn!” kata Jongin tiba-tiba dengan mulut yang penuh.

“Kau cakap apa ni, Jongin??” tegur Joonmyeon.

Jongin menelan semua makanan yang dia makan. “Aku dapat kentang je la…”

“Kau mesti ada masalah lagi dengan yang lain kan??” kata Chanyeol.

“Apa maksud kau?? Walaupun kau panggil aku yeoja chingu kau...kita tetap takkan dating...” kata Eunhoon.

“Kure! Kau perasan pun! Aku nak kau jadi girlfriend palsu aku je…” jelas Chanyeol.

Lagi sekali, Jongin buat bising. Joonmyeon segera menyuruh Jongin diam.

“Ish kau ni…makan jangan bunyi boleh tak?? Teruskan, Chanyeol…”

Chanyeol menyambung semula penjelasannya. “Aku ada masalah dengan yeoja-2 lain...so, aku nak Eunhoon jadi girlfriend aku supaya diaorang terima kenyataan yang kita dah putus…”

Kyungsoo mengetuk meja. “Andwae…aku tak setuju!”

Baekhyun angguk tanda setuju dengan Kyungsoo. “Kure! Tu tak boleh jadi! Walaupun dia cuma berlakon jadi awek kau…”

Chanyeol buat muka bila dia terdengar perbalahan yang childish. “Aku tanya Eunhoon...bukan korang…”

Sehun hanya menikmati makanan yang tersedia untuk dia. Eunhoon mengeluh.

“Kalau aku berlakon jadi yeoja chingu kau...kau balik sini...tinggal sini kan??” tanya Eunhoon.

Kureom! Aku tinggal kat sini~!” kata Chanyeol dengan creepy smile yang dia ada.

Kali ni, adik-beradik Yoon pula yang buat muka tak percaya. Eunhoon mengangguk tanda setuju.

..................................

Jongin kembali semula ke pejabat yang dia kerja dulu. Dia memegang beg bimbit yang dia kena hantar.

“Nak letak ke tak...” kata Jongin. Kebetulan, bos pejabat tu, keluar.

Jongin teringat semula tawaran yang dikatakan oleh bosnya jika dia dapat hantar beg tu. Dia teringat masa dia buka beg tu. Dia teringat dia gunakan bom dalam beg tu untuk tolong Eunhoon.

“Kalau aku hantar pun...tak ada gunanya...” Jongin segera meletakkan semula beg bimbit itu di atas meja bosnya.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Jongin terkejut lalu tunduk hormat pada bosnya. Bosnya melangkah masuk lalu duduk.

“Wah…nampaknya kamu tak lepas pandang dengan beg tu, kan?? Okey...tak silap saya...kamu kena hantar pukul 3 ni kan??”

Ani...sebenarnya dalam ni ada...”

Bosnya segera memegang beg itu. “Jangan cakap kamu dah hilangkannya??”

Jongin mengambil semula beg itu. “Eh! Aniyo~!”

“Kita akan mengalami masalah besar kalau kamu hilangkannya…”

“Eh??” Jongin berasa pelik. Tiba-tiba bosnya mendekati dirinya.

“Benda tu...orang VVIP punya tau...kalau kamu hilangkan...habis nyawa la kamu…”

“N-Nyawa saya??”

Kure...nyawa kamu…”

Jongin buat muka pelik lagi. “N-Nae...ageusumnida...” Jongin segera keluar dari pejabat sambil membawa beg itu.

.........................

Eunhoon terpaksa melayan teman wanita Chanyeol di bilik perjumpaan. Chanyeol dengan Joonmyeon memerhati Eunhoon dari atas.

Cheoseohamnida…” Eunhoon tunduk tanda minta maaf.

“Wah…dia betul-2 buat la…” puji Joonmyeon apabila melihat tindakan Eunhoon.

“Sejak bila kau dating dengan dia??”

Eunhoon mula panik bila nak jawab soalan dari salah satu teman wanita Chanyeol. “Err...6 bulan lepas...”

“Dia buat masa aku bisnes kat luar negara...pandang aku!”

Eunhoon segera mengangkat mukanya sebelum dia ditampar kuat oleh wanita sehingga terjatuh.

Yeoja macam kau boleh dengan Chanyeol?!” marah wanita itu lalu keluar.

Chanyeol dengan Joonmyeon segera jumpa Eunhoon yang sedang menahan sakit.

Eunhoon segera bangun dengan bantuan Joonmyeon. Dia memegang pipinya yang sakit.

“Hish…mesti sakit giler kan??” kata Chanyeol.

“Kau tak rasa, memang lah!” Eunhoon mula panas. “Kenapa aku pulak yang kena pukul??!”

Kurechi…” Chanyeol segera menggangguk.

“Kenapa kau pergi menyorok ha?!” tanya Eunhoon lagi.

“Aku tak nak la...diaorang fikir bukan-2 pasal aku...” kata Chanyeol dengan selamba.

“Yahhh!!! Tak guna!!” Eunhoon meluru ke arah Chanyeol sebelum dia ditahan oleh Joonmyeon.

“Yah! Bawa bertenang!” Chanyeol mula menjauhkan diri.

“Kau yang mula dulu!!!” marah Eunhoon.

“Yah! Hajima!” Kali ni, Joonmyeon cuba tenangkan Eunhoon. “Dia akan balik sini kalau awak tolong dia...lagipun syarat Mother’s Goal tu perlukan kitaorang semua kat sini...baik awak sabar dulu...”

Eunhoon tolak tangan Joonmyeon dari bahunya. “Kalau apa-2 jadi sekalipun...kau tetap balik sini kan??”

Kure...sampai la kau minat maaf lagi 25 orang girlfriend aku...” kata Chanyeol. Eunhoon terkejut mendengar jawapan Chanyeol.

“Eh?? Aku tak bagitahu lagi eh?? Aku ada 26 orang yeoja chingu tau...” kata Chanyeol. Eunhoon buat muka.

“Maksud kau...aku kena minta maaf kat 25 orang lagi??! Kau dah giler ke?? Aku tak larat la buat semua tu~!”

“Kalau macam tu, anggaplah yang kita tak pernah bincang pasal ni...macam ni lah...kau anggaplah yang kau langsaikan hutang kau dengan minta maaf kat diaorang semua tu…”

Eunhoon terdiam. Keadaan jadi senyap sebelum Minhye masuk sambil membawa papan. Ia tertulis berapa lagi wanita yang Eunhoon kena hadap.

Mwoya??” Eunhoon melihat papan kenyataan yang diletakkan oleh Minhye.

“Diaorang semua ada kat luar...” kata Chanyeol dengan rasa tak bersalah.

Sementara di luar bilik perjumpaan, Sehun mengadakan jualan barang untuk pukul Eunhoon. Dia tersenyum apabila orang membayar duit.

Eunhoon pula dipakaikan selempang oleh Minhye. Dia membaca perkataan yang ada di selempang itu.

“Tunang??? Michesseo??”

“Anggaplah yang kita bertunang sebab ibu bapa kita yang aturkan...tu yang buat diaorang terima cepat...apa pendapat kau??” kata Chanyeol.

Eunhoon hanya melihat Chanyeol sebelum kepalanya disarungkan topi keledar besbol oleh Minhye.

“Ni apa pulak??” tanya Eunhoon sambil menunjukkan topi keledar yang tersedia di kepalanya.

“Mana tahu...diaorang nak pukul kau ke...kan??”

Eunhoon segera senyum. “Gomawo atas kau punya prihatin tu...yah…”

Good Luck…” Minhye sempat memberi kata semangat kepada Eunhoon. Eunhoon pelik melihat Minhye.

Tiba-tiba smartphone Joonmyeon berbunyi. Dia segera keluar dari bilik perjumpaan dan jawab panggilan.

“Nae...araso...nanti aku cari jalan dapatkan duit tu...tak ada apa lah...kau pun dah banyak buat untuk aku...nae...nanti aku call kau...”

Joonmyeon mematikan panggilan itu sebelum dia ternampak Chanyeol juga keluar dari bilik itu. Dia segera mengikuti Chanyeol dari belakang.

Chanyeol pergi ke bilik jam merangkap bilik tidur Eunhoon. Dia cuba cari harta yang ada disitu.

“Kau buat apa kat situ??” tanya Joonmyeon apabila dia nampak perbuataan Chanyeol.

Chanyeol segera pusing ke belakang setelah dia terdengar suara Joonmyeon. “Err...aku pun...entah la…tak boleh fikir alasan yang baik la...”

“Kalau macam tu...bagi tahu je la apa yang kau nak buat sebenarnya...” tanya Joonmyeon. Chanyeol hanya mendiamkan diri.

“Oh…kau sengaja guna masalah playboy kau kat sini...sebenarnya, kau nak cari benda tu, kan??” kata Joonmyeon lagi.

“Haish…kalau bab-2 kata hati...kau memang nombor 1...” Chanyeol segera duduk di katil Eunhoon.

“Kau nak tahu tak...kat sini...ada harta Yoon Seunghwan tau…” kata Chanyeol. Joonmyeon tergamam apabila dia terdengar kenyataan Chanyeol. Mamat ni pun tahu jugak??

...........................

Di bilik perjumpaan...

“S-Saya....t-tunang...Yoon C-Chanyeol...” jelas Eunhoon. Tiba-tiba dia pukul bertubi-tubi dengan penukul mainan yang besar oleh salah satu teman wanita Chanyeol.

“Macam mana! Yeoja! Macam! Kau! Boleh! Goda Chanyeol !!!” Wanita itu membaling penukul mainan itu disebelah Eunhoon yang merana.

*TING! TING!*

“Masa rehat~!” kata Sehun selepas mengetuk loceng. Eunhoon sempat menjeling ke arah Sehun sambil menahan sakit.

...........................

Dari jauh....

Kris sempat mengintip Eunhoon dari kedai jjangmyeon menggunakan teropong yang canggih.

“Kesian Eunhoon...kena pukul banyak kali…” kata Kris.

“Biar je la, hyung...apa kena mengena dengan benda-2 ‘tunang’ tu??” kata Tao sambil makan. Dia pun mengintip Eunhoon juga.

Mollaseo! Yang aku tahu...Eunhoon dalam kesusahan...” kata Kris.

“Tapi, hyung...kita ni dah macam stalker la, hyung…

“Ada aku kesah?? Walaupun Eunhoon dah balik rumah tu semula...aku still risaukan pasal dia...duduk dengan adik beradik yang pelik....kalau tak ada siapa yang tengok dia dari jauh...”

Stalking la hyung…” kata Tao lalu makan lagi.

“Ni tak boleh jadi...aku nak tengok dia dari dekat sekarang...jom, Tao…” kata Kris lalu menyimpan semula teropongnya. Tao hanya ikut apa hyung dia kata.

Tak lama kemudian, diaorang berdua sampai di depan rumah Keluarga Yoon.

“Macam susah je nak masuk rumah ni...” kata Tao.

“Tak apa...serahkan semuanya kat hyung…” kata Kris. Diaorang berhenti di depan loceng rumah itu.

Annyeong!”

Hasaeyo~”

Annyeonghasaeyo!”

“Bila tarikh debut kumpulan Wonder Girls??”

“Ha?! Mana la aku tahu!” kata Kris kebingungan.

“Jap, hyung…hyung tak main-2 kan??” kata Tao pula.

Tiba-tiba pintu rumah itu terbuka. Kelihatan Minhye berdiri di depan pintu masuk. Kris dengan Tao terkejut melihat pembantu rumah yang berada di rumah itu.

“Penceroboh!!”

“Tao! Lari!!” Kris dengan Tao segera lari dari rumah itu. Minhye pula segera mengejar dua orang lelaki yang tinggi itu.

..............................

 

End of Chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa