Episode 7 : Sebenarnya...(Last Chapter)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 7 : Sebenarnya...  
      Last Chapter  

 

 

 

 

………………………….

Kure…ada sorang perempuan ni telefon rumah ni…dia cakap dia omma Sehun…dia nampak korang kat tv…” kata Kris ketika semua ahli keluarga Yoon pulang.

“Lepas tu??” tanya Eunhoon.

“Aku cakap yang korang balik pukul 5…a-aku suruh dia d-datang sini…t-tapi…aku salah cakap ke??” kata Kris dengan teragak-agak.

“Yah! Aniyo…kau tak salah la!” kata Jongin dengan gembira.

“Nampaknya semua orang gembira…” kata Kris lalu tersenyum.

“Betul la…lain kali jangan buat benda bodoh lagi…” kata Baekhyun.

Walaupun semua orang gembira, Sehun masih lagi tak gembira. “Aku tak nak jumpa dia…” kata Sehun lalu melangkah untuk keluar dari bilik perjumpaan.

Jongin segera menarik lengan Sehun. “Yah, tak baik la macam tu…bukan ke kau tunggu saat ni datang??”

“Korang tak faham perasaan aku!” kata Sehun yang tiba-tiba melenting.

“Sehun, kitaorang semua faham perasaan kau…jangan macam ni…peluang dah datang…jangan kau nak lepaskan je…” kata Jongin lagi.

Tiba-tiba Gain datang. Dia menghulurkan sejambak bunga kepada Sehun. “Ambil la…carnation…50 kuntum…walaupun hari ibu dah lepas…tapi, kata hari ni hari lahir omma Sehun…ambil la…”

Sehun memandang semua orang dalam bilik perjumpaan itu. Dalam keadaan terpaksa, dia mengambil bunga kekwa warna merah itu.

…………………..

“Kenapa kau datang jumpa aku ni??” tanya Xiumin apabila Chanyeol datang menemuinya di pejabat.

“Aku jelas dengan semua ni, Xiumin…aku memang anak kandung Yoon Seunghwan…” kata Chanyeol.

Nae…aku faham…” kata Xiumin.

“Tak…kau tak faham sebenarnya…aku baru je isyhtiharkan perang…aku takkan biarkan kau dapat apa yang kau nak selama ni…” kata Chanyeol dengan serius lalu tersenyum penuh makna. Dia meninggalkan Xiumin yang terpinga-pinga.

Xiumin rasa tergugat. Rahsia yang dia simpan sekarang ni hampir pecah. Dia segera menghubungi seseorang. “Yah, budak tu dah isytiharkan perang…kita akan mulakan tak lama lagi…”

……………………….

Semua orang duduk di bilik perjumpaan untuk menunggu panggilan daripada ibu kandung Sehun.

“Lamanya…” keluh Baekhyun.

Gwaenchana…aku tak kesah pun…dia kan dah tinggalkan aku…bencikan aku…takkan dia nak jumpa aku semula…” kata Sehun, pasrah.

“Ish, kau ni, Sehun…tak baik la macam tu…mana tahu jap lagi dia call ke…” kata Eunhoon memberi semangat kepada Sehun.

Tiba-tiba bilik perjumpaan itu bergema dengan deringan telefon rumah itu. Eunhoon menyuruh Sehun mengangkat panggilan itu. Sehun memandang abang-abang angkatnya. Semua setuju dengan tindakan Sehun untuk menjawab panggilan itu.

Sehun dengan berdebarnya, pergi ke telefon rumah itu. Dia mengangkat panggilan itu lalu menekan butang loud speaker.

Kedengaran suara wanita memanggil nama Sehun. “Sehun-ah...”

Omma?? Omma ke tu??” tanya Sehun yang hampir teruja.

Omma nampak kamu menari kat tv…kamu memang berbakat…”

G-Gomawo omma…” kata Sehun lalu tersenyum.

“Sehun-ah…omma tak lama lagi tinggalkan Korea…Sehun jaga diri baik-2, eo??”

Kenyataan itu mengejutkan semua orang dalam bilik itu. Sehun terus mati akal untuk membalas kata-kata ibunya.

Jongin segera mengambil ganggang telefon itu dari Sehun. “Ahjumma! Jangan la buat macam ni! Sehun teringin sangat nak jumpa ahjumma! Saya merayu, ahjumma…”

Mianhae…tolong jaga Sehun baik-2…” kata wanita itu lalu matikan panggilan itu.

“Yah! Ahjumma!” jerit Jongin yang tak puas hati.

Sehun mengambil ganggang telefon itu lalu letakkan di tempatnya semula. “Dah la, tak apa…aku okey…aku naik bilik…nak siapkan kerja sekolah…”

Sehun segera keluar dari bilik perjumpaan itu. Tapi, Eunhoon sempat memanggil Sehun.

“Yah! Sehun! Tak payah nak berlagak kau tu kuat…kalau nak nangis, nangis la…kalau nak marah, marah la…ni kan rumah kau…”

Tiba-tiba bilik itu bergema dengan suara orang menangis. Semua orang memandang Jongin.

“Yang kau nak nangis ni, kenapa??” tanya Joonmyeon.

“Jangan nak sibuk la!” kata Jongin.

“Hmm…sebenarnya aku dah lama tahan…” kata Kyungsoo lalu air matanya mengalir.

“Fuhh…aku pun…” kata Baekhyun sambil mengipaskan dirinya dengan tangan. Mukanya panas menahan air mata yang hendak mengalir.

Mian…aku nak keluar jap…” kata Joonmyeon lalu keluar dari bilik perjumpaan itu.

Kejadian yang berlaku kepada Sehun menyebabkan ahli keluarga Yoon yang lain mengalirkan air mata. Sehun hanya tersenyum. Dia memberikan jambangan bunga tadi kepada Eunhoon.

“Err…birthday aku lambat lagi…” kata Eunhoon.

“Tak apa…ambil la…sempena hari ibu yang dah lepas…” kata Sehun sambil menghulurkan jambangan bunga itu.

Eunhoon mengambil jambangan bunga itu dengan gembira. Dia gembira kerana Sehun mula terima dia sebagai ibu angkat. Eunhoon meletakkan semula bunga itu lalu memeluk Sehun.

“Kau ni…buat semua orang risau, tau tak!” kata Eunhoon lalu air matanya mengalir. Sehun dengan teragak-agak membalas pelukan Eunhoon.

Tiba-tiba pintu bilik perjumpaan terbuka dengan luas. Kelihatan Chanyeol masuk ke bilik itu dengan Kris. Dia pelik melihat keadaan semua orang.

“Kenapa korang menangis ni??” tanya Chanyeol. Eunhoon segera melepaskan Sehun.

Semua orang segera mengelap air mata. “Tak ada apa-2 la…habuk je…tempat ni kotor sangat! Kris hyung! Bersihkan tempat ni sekarang!” kata Jongin dengan tegasnya.

“Sekarang?? Ha…yelah-2…” Kris segera mengambil alat-alat membersih. 

Tiba-tiba Joonmyeon masuk ke bilik itu dengan sapu tangan. Dia menggosok hidungnya dengan sapu tangan itu.

“Eh?? Kau pun nangis ke??” tanya Chanyeol.

“Aniyo…aku sangap je…huarghh! Penatnya…” kata Joonmyeon. Sebenarnya dia menangis juga.

“Sehun…” panggil Eunhoon. Sehun lansung tak jawab. Eunhoon terus melambaikan tangannya di hadapan muka Sehun. “Yah, Sehun…”

Tiba-tuba bilik itu bergema lagi dengan bunyi loceng jam dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 10 tepat.

“Hmm…patut la…dah pukul 10 malam…hahaha!” kata Baekhyun lalu ketawa. Baekhyun berjaya mengubah keadaan bilik itu apabila semua orang ketawa juga.

Kris sudah sampai untuk mengemop lantai. Chanyeol pula masih tidak faham dengan keadaan itu tapi dia pun tak tahan tengok gelagat Sehun yang tidur berdiri itu.

“Kau akan jadi macam ni tak lama lagi…” kata Joonmyeon kepada Chanyeol lalu ketawa. Akhirnya, Chanyeol juga melepaskan ketawanya.

Sehun yang lansung tak terganggu dengan keadaan itu, mula tumbang dan mengakibatkan semua orang panik. Eunhoon dan Joonmyeon segera bersedia untuk menyambut Sehun yang mula terumbang-ambing (?).  

Tiba-tiba Kris yang sibuk mengemop lantai, lansung tak perasan kehadiran Joonmyeon di situ. Dia terlanggar Joonmyeon lalu Joonmyeon hilang kestabilan. Sehun pula tumbang ke tepi, menjadikan jangkaan semua orang dalam bilik itu salah. Joonmyeon terjatuh atas Eunhoon yang berada di hadapannya.

“Yahh!!” jerit Baekhyun tiba-tiba. Semua adik beradik Yoon terkejut apabila ternampak Joonmyeon tercium Eunhoon. Termasuk Kris.

Andwae~!!!”

Akhirnya, rumah itu gamat dengan suara-suara adik beradik Yoon yang tak puas hati dengan kejutan daripada Joonmyeon.

…………………….. 

 

End of Chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa