Episode 10 : Don't Mess with Us (Chapter 2)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 10 : Don't Mess with Us  
      Chapter 2  

 

 

 

 

……………………….

“Setahu aku…tapak projek taman tema Family Hunter dekat tempat lain kan?? Kenapa kau nak juga buat kat rumah kitaorang?? Tempat yang Seunghwan-shi jaga…sayang…” kata Eunhoon. Dia masih berada di pejabat Xiumin lagi.

“Sebab tempat tu dia sayang la…aku ambil!” kata Xiumin dengan tegas. “Kalau kau nak tahu, aku masuk syarikat ni sebab nak lawan Yoon Seunghwan…aku akan rampas semua yang dia ada!”

Seolmaneo michesseo?!” kata Eunhoon dengan geram.

Kure! Aku memang gila! Kalau kau tak dapat pujuk diaorang semua untuk keluar rumah, aku akan jamin masa depan diaorang...” kata Xiumin panjang lebar sambil tenung tepat ke arah mata Eunhoon. Kemudian, dia berjalan melepasi gadis itu.

“Aku akan hantarkan Oh Sehun ke rumah yang lain…ada orang gaji dan aku akan support perbelanjaan dia sampai dia cukup umur…Byun Baekhyun pulak…aku akan tunaikan hajat dia nak jadi magician…aku akan hantar budak tu pergi Broadway untuk belajar magic…Park Chanyeol, Kim Jongin, Kim Joonmyeon dan Do Kyungsoo…yang lagi empat ekor tu, aku akan bagi diaorang duit pampasan yang banyak…aku percaya diaorang akan setuju dengan jumlah duit tu…”

Eunhoon memang tidak setuju dengan cara ‘presiden syarikat’ itu. Dia hanya mampu memandang pemuda itu dengan geram.

So, Eunhoon…fikir-fikirkan la…sebagai omma, kau kena fikirkan masa depan anak-anak kau…ingat tu…”

……………………………….

“Pelik la…macam mana jam tu boleh meletup??” tanya Chanyeol sambil melihat kerosakan jam dinding.

Tiba-tiba bilik itu didatangi oleh seseorang, mengalihkan perhatian adik beradik Yoon yang lain. “A-Aku…aku yang buat…”

“Kris??!!”

“Kau dah gila ke ha??!” marah Baekhyun tiba-tiba. Namun, dia sempat ditenangkan oleh Joonmyeon yang berada di sebelahnya.

Kris hanya berdiri di luar bilik itu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “Ni, Xiumin yang suruh…dia suruh aku letak satu gear kat jam tu…dia kata Eunhoon akan keluar rumah hari ni…aku tak tahu pun benda tu meletup…”

Tiba-tiba Kris terasa seram sejuk apabila dia ditenung oleh adik beradik Yoon. “Serius! Aku tak tahu benda tu boleh meletup!”

“Dah-2…kau tak payah risau…” kata Chanyeol kepada Kris yang rasa janggal di situ. “Kalau ni kerja Xiumin, dia mesti nak sangat kita keluar dari rumah ni…”

…………………………..

Keesokan harinya…

Eunhoon kembali ke rumah keluarga Yoon. Malam tadi, dia hanya singgah di sauna memandangkan sudah lewat untuk balik ke rumah. Dia menghela nafas lalu membuka pintu bilik perjumpaan.

Seperti yang dia jangka, adik beradik Yoon sudah berada di bilik perjumpaan untuk menyambutnya. Eunhoon mula katakan sesuatu. Tetapi, Chanyeol juga ingin katakan sesuatu.

“Uhh, boleh tak aku yang cakap dulu??” tanya Eunhoon. Dia tetap mahu memberitahu perkara itu.

“Okay…” kata Chanyeol.

“Korang….kita kena keluar dari rumah ni jugak…aku tak nak di antara kita semua ada yang injured ke apa ke…okay??” Akhirnya, Eunhoon dapat juga luahkan apa yang dipendam.

Nope…kitaorang takkan keluar dari sini…” kata Chanyeol. Adik beradik yang lain juga setuju.

“Cakap la…Xiumin kan yang suruh kau buat macam tu…” kata Baekhyun pula.

“Eh…mana ada…aku bukannya apa…aku just risaukan korang…” balas Eunhoon lagi.

“Tak…kitaorang tetap takkan keluar…walau apapun yang terjadi…” kata Kyungsoo.

Eunhoon seakan tidak percaya dengan reaksi adik beradik Yoon. Sejak bila diaorang serius ni?? “Walau apa pun yang terjadi?? Guys, its impossible!”

No...kalau kita tak cuba, mana kita tahu ia mustahil atau tak…” kata Sehun pula.

“Korang tak faham!” kata Eunhoon dengan seboleh-bolehnya.

Tiba-tiba Chanyeol bangun lalu mengetuk mejanya. “Apa yang kitaorang tak faham?! Kau tu yang tak faham apa-2! Kau ingat kitaorang main-2 ke??”

“Oh yelah…mana tahu Xiumin dah bagi 100 juta kat dia tu…” kata Baekhyun dengan selambanya.

“Kalau kau nak keluar sangat, kau je la yang keluar…kitaorang tetap duduk sini…” kata Chanyeol lagi, menambah luka di hati Eunhoon.

“Kata je la Xiumin brainwashed kau dan bayar kau sampai kau nak keluar dari rumah ni…” Akhirnya, Joonmyeon bersuara setelah lama mendiamkan diri.

“Aku tak hadap la dengan duit tu…korang ingat aku datang sini sebab duit ke?? Yah. aku dah anggap kita ni family tahu tak?!”

Aniyo! Kitaorang bukan keluarga! We’re strangers…yang duduk dalam rumah yang sama…ingat ni eh, kitaorang tak ada urusan lagi dengan orang yang suka lari dari masalah…” kata Joonmyeon dengan tegas. Kemudian, dia campakkan beg pakaian ke arah Eunhoon. “Kau ambil tu…kitaorang dah kemaskan dah…keluar dari sini…”

Eunhoon mengambil begnya. Air matanya mula jatuh. “Okay fine…sebenarnya, korang memang nak aku keluar dari rumah ni dari dulu kan?? Okay, aku keluar…”

Tanpa melengahkan masa, Eunhoon keluar dari rumah itu. Dia mengelap air matanya yang tidak henti mengalir. Dia terus tinggalkan rumah itu dengan hati yang sakit. Dia juga tidak sedar ada yang perhatikan dia.

……………………………...

Kris terus ke bilik perjumpaan. Dia sendiri tidak faham kenapa Eunhoon keluar dari rumah itu dengan beg pakaian sekali.

“Yah, korang ni tak baik la buat gitu!” tegur Kris sebaik saja dia membuka pintu bilik perjumpaan. Dia terkejut apabila terserempak dengan adik beradik Yoon yang serius itu.

“Dah dah, cut-2…” arah Kyungsoo. Adik beradik Yoon yang lain menghela nafas lega. Chanyeol pula duduk semula setelah lama berdiri.

“Wahh…dah macam real actor korang ni…” kata Kyungsoo dengan nada yang sinis.

“Tu la…siap menghayati…lagi-2 kau, Joonmyeon…” kata Baekhyun pula.

Wellthis is Kim Joonmyeon…patutnya aku jadi actor…korang ingat senang ke…kecik hati bila tengok Eunhoon macam tu…” kata Joonmyeon yang pada mulanya angkat bakul sendiri.

Chanyeol segera ‘menampar’ kepala Joonmyeon. “Ehh perasan tahap tak ingat dunia kau ni…”

Joonmyeon segera memegang bahagian kepalanya yang sakit itu. “Aduh! Kau ni…kau tahu tak kau tampar kepala orang yang lagi tua dari kau, Chanyeol??”

Chanyeol tidak mengambil kesah apa yang dikatakan Joonmyeon itu. “Kita buat semua ni untuk Eunhoon jugak…kita kena protect Eunhoon dulu sebelum protect rumah ni…”

“Hmm…lepas ni, kita dah tak boleh bergantung kat Mother’s Goals je…apa kita boleh buat sekarang ni…” kata Sehun lalu meletakkan kepalanya di atas meja. Tiba-tiba dia terserempak dengan seseorang yang terpacak di hadapan bilik perjumpaan. “Eh, Kris??”

“Amboi amboi…seronoknya korang buat macam tu kat Eunhoon eh…tak kesian ke kat dia??” bebel Kris dengan panjang lebarnya.

“Kitaorang bukannya buat sembarangan…kita buat semua ni sebab kita kan family…” kata Joonmyeon. Kemudian, dia melihat reaksi adik beradiknya. Semua tidak setuju dengan kata-kata Joonmyeon.

Mwo? Mwo? Salah ke??”

………………………….

Eunhoon tiba di kawasan rumah Jongin. Dia bersembunyi di sebalik kereta orang lain. Pada mulanya, dia ingin pergi ke tingkat paling atas untuk berjumpa Jongin di situ. Tetapi, dia kembali semula ke tempat persembunyiannya apabila dia ternampak Jongin berjalan bersama ayahnya.

“Kita selalu sangat beli barang murah kan appa?? Dah macam selalu sangat kita makan makanan biasa-2 je…” kata Jongin kepada Manshik yang berada di sebelahnya.

Gwaenchana, Jongin-ah…nan--“ Dua beranak itu terus menaiki tangga untuk sampai ke rumah mereka. Tetapi, Jongin menghentikan langkahnya apabila dia terserempak seseorang yang dia kenal.

Appa, appa bawakan ni…jap lagi, saya masuk…” kata Jongin lalu menghulurkan beg plastik kepada ayahnya. Kemudian, dia turun tangga dengan pantas.

“Eunhoon!”

Eunhoon terkejut namanya dipanggil. Dia terus keluar dari tempat persembunyiannya. “Uhh, Jongin, annyeong…”

Annyeong…kau buat apa kat sini, pendek??” tanya Jongin tanpa berkias. Dia ternampak beg pakaian yang dibawa oleh Eunhoon.

“Saja datang sini…tengok kau…hmm, bagus la kalau kau bahagia duduk dengan appa kau…” jawab Eunhoon. Dia cuba sorokkan beg pakaiannya, tapi gagal.

“Hmm…kenapa dengan beg tu?? Korang semua dah keluar dari rumah tu ke??” tanya Jongin lagi.

“Eh tak la…aku sorang je yang keluar…diaorang duduk situ lagi…even apa pun yang terjadi…” jawab Eunhoon dengan nada yang agak menyerah. “Xiumin tu…tiba-2 jadi gila…dia nak runtuhkan rumah tu…lepas tu, nak bina taman tema baru kat situ jugak…”

“Ahh macam yang aku agak…haish diaorang ni pun…kau sure kau tak ada apa-2??”

Eunhoon segera mengangguk. “Okay la…aku gerak dulu…jaga diri, Jongin…”

“Kau tu yang kena jaga diri, pendek…” kata Jongin dengan nada yang agak serius. Tetapi, dia tersenyum. Eunhoon juga tersenyum lalu meninggalkan Jongin di situ.

Jongin segera masuk ke rumahnya. Dia membantu ayahnya meletakkan barang-barang yang dibelinya ke dalam peti sejuk.

“Jongin-ah, kamu tak menyesal ke balik sini??” tanya Manshik sambil membasuh sayur-sayuran.

Aniyo…tak pernah terfikir lansung…” jawab Jongin dengan agak jujur.

“Jongin-ah, appa rasa appa tak rasa gembira bila dapat tinggal dengan kamu semula…” kata Manshik lagi.

Jongin terkejut mendengar jawapan ayahnya lalu bangun. Dia mula fikir benda yang bukan-bukan. “Ish appajinjja??”

Appa bukannya apa…appa rasa kamu lebih bahagia kat sana…appa tahu, diaorang semua tunggu kamu kat sana…diaorang tunggu keajaiban daripada kamu…” kata Manshik lalu menutup pili sink. Dia memandang anak tunggalnya itu. Kemudian, dia pergi ke peti sejuk untuk menyimpan.

Jongin hanya mendiamkan diri. Rupa-rupanya, dia yang salah anggap. Ayah dia sendiri tahu yang dia mahu kembali semula ke rumah Keluarga Yoon.

……………………….

Net Café….

Xiumin munculkan diri di dalam kafe kepunyaan Kris. Dia segera menuju ke kaunter untuk berjumpa sidekick Kris, Tao.

“Encik ni siapa??” tanya Tao apabila dia terserempak dengan Xiumin. Pekerja-pekerja Kris yang lain segera menuju ke kaunter untuk mengetahui informasi terbaru.

Annyeonghasaeyo, cheoneun, Kim Minseok imnida…saya ialah presiden Miracle yang baru…bangapsumnida…” ucap Xiumin dengan sopan-sesopannya.

“Encik ni presiden Miracle??” tanya Tao dengan perasaan yang tidak percaya.

Namun, persoalan itu tidak diendahkan oleh Xiumin. “Korang semua ada minta kerja dengan syarikat saya kan??”

Hampir semua pekerja Net Café itu mengangguk. Xiumin menunjukkan sengihannya yang penuh makna itu.

“Bagus…saya terima kamu semua untuk bekerja dengan syarikat saya!” umum Xiumin lalu kafe itu meriah dengan sorakan pekerja kafe.

“Kami semua akan berkhidmat dengan jujur, ikhlas, amanah…walaupun kami kena berkorban jiwa dan raga…” kata Chen dengan bersemangat.

“Bagus bagus…saya ada tugasan yang pertama untuk korang…korang kena robohkan rumah Keluarga Yoon sekarang ni…” kata Xiumin lagi.

“Uhh…tapi, bukan ke itu bermakna kitaorang kena khianati Eunhoon??” tanya Tao.

Xiumin hanya tersenyum. Tapi, dalam hatinya, dah menyumpah banyak kali. “Aniyo…kamu akan selamatkan Eunhoon…kamu semua akan jadi hero dia yang sebenar!”

Lagi sekali, kafe itu riuh dengan sorakan pekerja-pekerjanya. Oh, bekas pekerja?

…………………………

Malam menjelma…

Joonmyeon masuk semula ke bilik perjumpaan. Dia ternampak Chanyeol sedang menyiapkan Mother’s Goals yang ke-7 itu.

“Yah Chanyeol, kau siapkan benda tu?? Kan kita dah tak jadi buat Mother’s Goals…” tegur Joonmyeon sambil mendekati Chanyeol di hujung meja.

Mollaseo…ada je benda menganggu fikiran aku bila tak siapkan benda ni…apa maksud appa yang sebenarnya suruh kita buat benda merepek ni…” jawab Chanyeol lagi. “Minta playar…”

Joonmyeon mengangguk faham lalu dia menghulurkan playar kepada Chanyeol. Playar itu segera di ambil oleh Chanyeol. Dia menyambung kerjanya semula.

“Yah, Joonmyeon hyung…kau suka Eunhoon kan??” tanya Chanyeol tiba-tiba. Tapi, matanya masih tertumpu ke arah bahan projek.

Joonmyeon agak terkejut mendengar soalan itu daripada Chanyeol. Tiba-tiba dia rasa keadaan bertambah panas. “Eh, mana ada…Kyungsoo dengan Baekhyun tu lagi nampak suka nya tu…”

“Memang…aku pun…macam suka juga kat Eunhoon tu…dah la comel…tough pulak tu…lepas tu, suka nangis untuk orang…” kata Chanyeol lalu tersenyum sendiri.

Joonmyeon hampir menjeling ke arah Chanyeol. Huish, keep cool, Joonmyeon. “Mwoya…kau pun suka Eunhoon jugak ke??”

“Eheh…nampak sangat sukanya tu…” kata Chanyeol lalu tersenyum nakal. Tahu malu…senang je nak usik mamat ni. Hehehe.

………………………………….

Setelah beberapa jam menaiki bas, Eunhoon pulang ke rumah pakciknya di Mapo. Dia melangkah gembira ke rumah pakciknya yang bernama Park Hongjae.

“Hongjae samcheon, saya dah sampai~!” kata Eunhoon apabila dia tiba di halaman rumah itu.

“Ahh, Eunhoon-ah…dah lama kamu tak datang sini…meh naik…” Hongjae segera menjemput Eunhoon masuk ke rumahnya. “Kenapa kamu balik sini??”

“Macam-2 jadi, samcheon…esok saya cerita la…saya penat, ngantuk…hehehe…” kata Eunhoon lalu tersengeh.

“Ohh…jom-2…samcheon tunjuk bilik…” Eunhoon segera mengikuti Hongjae dari belakang.

Setelah tiba di bilik kosong yang berada di hujung rumah, Hongjae membuka pintu bilik itu lalu masuk ke dalam. “Masuk la, Eunhoon…”

Eunhoon juga masuk ke dalam. Dia melihat Hongjae menurunkan tilam dari atas kabinet.

“Haa…tilam ni, Eunrin pernah guna dulu…:” kata Hongjae sambil meletakkan tilam di atas lantai. Kemudian, dia mengambil bantal pula.

Eunhoon dengan teruja, meletakkan begnya lalu membentang tilam itu. “Jinjja?? Omma pernah pakai tilam ni??”

“Kure…omma Eunhoon dulu rajin datang sini…lepas dia habis sekolah tinggi…Eunrin selalu datang sini…tolong omma samcheon dulu…dah la cantik…” kata Hongjae setelah meletakkan bantal di lantai.

“Eyy, ahjushi…samcheon suka omma saya eh??” kata Eunhoon untuk mengusik lelaki yang sebaya dengan ayahnya itu.

“Mana ada…dah-2…tidur dulu…esok tolong samcheon kat kebun sekali…” kata Hongjae lalu keluar dari bilik itu.

Eunhoon hanya tersenyum lalu merebahkan dirinya di atas tilam yang sudah terbentang. Namun, tiada seorang pun adik beradik Yoon yang berada dalam fikirannya. Tiba-tiba saja dia rasa tenang. Tidak lama kemudian, dia selamat berlayar ke alam mimpi.

......................................

 

End of chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa