Episode 8 : Family to Lover?? (Chapter 2)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 8 : Family to Lover?  
      Chapter 2  

 

 

 

 

……………………

Hyung, kita ke sini buat apa??” keluh Tao apabila dia terpaksa mengikuti Kris ke rumah Manhwa.

“Kau duduk diam je la…bising pulak…aku dah agak dah…ni mesti rumah anak-2 yatim…maknanya, Joonmyeon duduk rumah ni sebelum pindah ke rumah Keluarga Yoon tu la…” kata Kris.

“Mungkin jugak…tapi, saya rasa betul ke budak-2 ni anak-2 yatim??” kata Tao merujuk kepada kanak-kanak yang bermain di halaman rumah itu.

Pada masa yang sama, Joonmyeon tiba di rumah tersebut. Kris dan Tao terus bersembunyi. Joonmyeon pula segera berjumpa dengan pemilik rumah itu.

Joonmyeon menyerahkan sampul surat yang berisi wang kepada pemilik rumah itu. “Ni samcheon…saya baru ada 500,000 je…nanti saya cari lagi…”

Kasahamnida, Joonmyeon-ah…”

“Tak apa…hari last esok kan??” tanya Joonmyeon.

Nae…saya tak nak tutup rumah ni…kalau tak, mana budak-2 ni nak pergi…kamu pun ada banyak kenangan kat sini kan??”

Joonmyeon hanya tersenyum. “Saya pun rasa gitu…last tu bila, samcheon??”

“Tengah hari nanti…”

“Hmm okay…saya cuba…saya pergi dulu…” Joonmyeon terus tunduk hormat lalu meninggalkan tempat itu.

Kris dan Tao masih berada di situ. Mereka hanya perhati dari jauh.

"Something fishy la, hyung…" kata Tao.

“Apa dia nak buat tu sebenarnya??” tanya Kris.

Tiba-tiba pemilik rumah itu memanggil semua kanak-kanak yang berada di halaman rumah itu. Tao pula menarik tangan Kris untuk mengalihkan perhatiannya. Mereka besarkan mata mereka apabila ternampak pemilik rumah itu membuat sesuatu pada kanak-kanak tersebut.

“Ehhh?!!”

……………………………….

Manakala di rumah keluarga Yoon, semua ahli keluarga Yoon kecuali Joonmyeon sedang menyiapkan tugasan ke-2 Mother’s Goals iaitu mengumpul cap tangan kesemua 6 orang anak lelaki Keluarga Yoon.

“Yeayy!”

“Yehettt~!”

Semua ahli keluarga Yoon bersorak apabila Sehun berjaya meletakkan tapak tangannya di atas tanah liat berwarna kuning yang berbingkai. Bingkai Sehun ditolak ke tepi. Kali ni giliran Kyungsoo pula. Kyungsoo juga berjaya melakukan perkara yang sama tetapi di atas tanah liat berwarna oren.

“Okey, sekarang giliran Chanyeol…” kata Eunhoon. Chanyeol terus menolak tepi adik-adiknya.

“Okey-2..” Chanyeol segera meletakkan tapak tangannya di atas tanah liat berwarna hijau. Mereka bersorak lagi.

Pada masa yang sama, Joonmyeon memunculkan diri. Dia terus mendekati ahli keluarga Yoon. “Korang buat apa ni??”

“Tinggal giliran kau je weyh…cepat la…” kata Jongin.

Joonmyeon baru tersedar yang dia belum lakukan apa-apa. Dia segera meletakkan tapak tangannya di atas tanah liat berwarna biru. Mereka bersorak lagi. Tapi, kali ni lagi meriah.

“Mother’s Goals No 2, mengumpul cap tangan kesemua 6 orang anak lelaki keluarga Yoon, berjaya!” kata Gain. Dia terus mengambil gambar ahli keluarga Yoon bersama-2 bingkai tadi untuk dijadikan bukti.

“Akhirnya, hari ni tiba juga!” kata Eunhoon dengan gembira.

Setelah mengambil gambar, ahli keluarga Yoon meletakkan bingkai-bingkai tadi di tempatnya.  Gain pula mengumumkan tugasan ke-3 Mother’s Goals.

“Tugasan ke-3 Mother’s Goals…pemilihan ketua keluarga Yoon yang baru…seorang ketua keluarga mampu menangani masalah-2 yang akan terjadi…sejak kematian Seunghwan-sanjangnim, tiada siapa menjadi penggantinya lagi…”

“Ketua keluarga?? Ah kau pendek…kau la jadi…” kata Jongin lalu turun daripada tangga. Dia la yang paling sibuk menggantung bingkai-bingkai tadi.

Eunhoon terus memandang Jongin. “Eh?? Kenapa aku pulak??”

“Sebab kau kan omma kitaorang…” kata Sehun pula.

“Eh jap!” kata Eunhoon.

Baekhyun pula ada idea lain. “Kalau macam tu, biar je la Chanyeol jadi…dia kan anak first…”

“Eh eh…aku bukan anak first…aku, anak yang first dijadikan anak angkat kat sini….lagipun, aku tak pernah buat tanggungjawab aku sebagai anak first…” kata Chanyeol pula.

“Tak apa la…biar aku yang jadi…” Tiba-toba Sehun menawarkan dirinya dan menjadi perhatian semua orang. Dia tersengeh.

“Macam ni je la…kau je la jadi, Jongin…” kata Chanyeol lalu menepuk bahu Jongin.

Jongin dah tersenyum penuh makna. “Kalau aku jadi ketua, aku akan ajak korang lawan gangster nanti…”

Tiba-tiba kepala Jongin ditepuk dari belakang oleh Chanyeol. “Kau ni dah buang tabiat ke apa?? Kalau macam tu, biar Joonmyeon je la yang jadi…”

“Kalau aku jadi ketua, korang kena ikut apa aku suruh…macam mana kalau aku suruh korang kerja kat tempat aku??” kata Joonmyeon. Saja nak elak la tu.

Adik-beradiknya yang lain dah buat-buat muntah. Ish siapa nak layan perempuan-perempuab tua kat situ. Lagi-lagi, Jongin yang dah ada pengalaman.

“Ehh jangan la muntah!” kata Joonmyeon apabila melihat reaksi adik-beradiknya.

“Kau je la jadi, Kyungsoo…” kata Chanyeol lagi. Kyungsoo terus menolak.

“Tak boleh…aku kan banyak kerja…mana ada masa nak buat semua tu…” kata Kyungsoo.

“Okey tak ada pilihan lain…Sehun, kau jadi…” Chanyeol menunding jari kepada Sehun.

“Tak nak…aku tak nak jadi pun…aku gurau je tadi…” kata Sehun.

Semua mengelak nak jadi ketua. Kalau macam tu, siapa yang nak ganti Yoon Seunghwan??

“Oh ya, sebelum saya terlupa…sesiapa yang dilantik menjadi ketua keluarga, dia akan dapat 10 juta won…” kata Gain lalu meletakkan beg bimbit di atas meja.

Semua ahli keluarga Yoon terkejut tapi teruja. “Duit??!”

Gain segera membuka beg bimbit tadi lalu menunjukkan isi kandungan beg itu kepada ahli keluarga Yoon. Semua adik-beradik Yoon berebut-rebut untuk menjadi ketua. Eunhoon hanya memerhati dari jauh.

Tak lama kemudian, Gain membuat pembentangan mengenai perbelajaan wang untuk rumah itu. Hanya Eunhoon saja yang mendengar. Yang lain menghadap duit yang tersusun cantik dalam beg itu.

“Tahun lepas, rumah ni dah guna 14.7 juta won…gas, air, bil api…semua keperluan telah digunakan sebanyak 7.9 juta won…yuran upah pembaikan rumah ni, 2.9 juta…yuran upah bersihkan lantai, 3.1 juta…barang-2 yang sepatutnya, 3.9 juta…”

“Kata dah guna 14.7 juta…tapi kenapa bagi 10 juta je??” keluh Eunhoon.

“Ketua keluarga kena bijak uruskan perbelanjaan…so, ketua keluarga kena pandai-2 la berjimat…” jelas Gain.

Eunhoon terus mengambil bil-bil yang bertaburan di atas meja makan. “So, ni semua ada kaitan dengan pemiutang yang ramai tadi datang tu ke??”

“Ketua keluarga kena bayar bil-2 tu semua dengan 10 juta sahaja…” jawab Gain.

“Susahnya…yah, korang dengar tak?!” Eunhoon segera bertanya kepada adik-beradik Yoon yang sibuk menghadap beg bimbit tadi.

Mereka terus menoleh belakang. Poket-poket mereka penuh dengan duit-duit yang ada dalam beg bimbit tadi. Eunhoon terus besarkan matanya tanda marah. Mereka terus meletakkan semula duit-duit tadi dengan takut. Eunhoon mendekati beg bimbit tadi lalu menutupnya. Gain pula telah menghilangkan diri.

“Korang tau tak duit ni digunakan untuk bayar hutang-2 kat rumah ni?? Tak ada siapa yang boleh kacau duit ni, faham??” kata Eunhoon dengan tegas.

Semua adik beradik Yoon kecuali Joonmyeon mengeluh. Tahu nak duit je. Joonmyeon pula memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk membayar hutang rumah anak-anak yatim.

“Err…korang…kalau aku nak pinjam duit tu boleh tak?? Sebab ada pelanggan aku nak pinjam 8 juta nak bayar hutang dia…lagipun, aku nak sangat dia jadi pelanggan tetap aku…so, kiranya ni demi masa depan aku la…” kata Joonmyeon. “Jebal…”

Adik-beradiknya yang lain terus memandang Joonmyeon dengan pelik. Termasuk Eunhoon.

“Kau gila ke??” tanya Jongin.

“Dengar cerita kau pun…macam tak logik je…” kata Chanyeol.

“Aku tak setuju…” kata Kyungsoo. Begitu juga Baekhyun dan Sehun. Eunhoon hanya mendiamkan diri.

Joonmyeon buat muka sedih. “Alaa…takkan tak boleh??”

“Tak boleh, Joonmyeon…saya dah cakap tadi, jangan kacau duit ni…kalau tak, macam mana nak bayar hutang-2 korang semua ni??” Kali ni, Eunhoon pula bersuara. Dia memegang beg itu dengan kuat.

Joonmyeon mengeluh. Tak dapat la dia nak bantu pemilik rumah anak-anaka yatim tu. Tiba-tiba rumah itu bergegar menimbulkan panik setiap ahli keluarga Yoon.

“Apa dah jadi ni?!”

…………………………

“Rumah keluarga Yoon dah dikunci sepenuhnya…” kata Robot Haengbok-kae 2.0 kepada Xiumin di pejabat syarikat Miracle.

“Akhirnya, plan aku berjaya…” kata Xiumin dengan bangganya.

……………………….

 

End of Chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa