Episode 1 : Permulaan Kehidupan Baru (Chapter 1)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 1 : Permulaan Kehidupan Baru 
      Chapter 1  

 

 

 

 

………………………………

Di sebuah kebun....

"Eunhoon-ah~!" Seorang lelaki pertengahan 50-an memanggil seorang gadis yang sedang bekerja di kebun kobisnya.
 
Gadis itu terus menoleh ke arah suara itu. Dia mengelap peluh yang membasahi wajahnya. "La...kan saya kata jangan panggil nama sebenar saya kat luar, samcheon!"
 
Tiba-tiba sekumpulan pemiutang datang di situ dan mereka mula buat kecoh. Park Hong Jae iaitu samcheon yang dipanggil oleh Eunhoon dan juga Eunhoon sendiri memadang ke arah mereka. Hongjae hanya rasa bingung. Tetapi, Eunhoon mula berasa ketakutan. Cis, diaorang datang pulak!
 
"Eunhoon-ah, siapa diaorang tu??" tanya Hongjae sambil kehairanan melihat sekumpulan mafia di hadapan kebunnya.
 
Eunhoon hanya menggeleng. Dia sengaja tidak mengendahkan kumpulan mafia itu. "Tak ada siapa la, samcheon...abaikan je..."
 
Hongjae mengeluh lalu mencekak pinggangnya. "Ni mafia ni...dia nak cari appa kamu ni...kalau kamu jumpa appa kamu...." 
 
"Sebelum diaorang belasah orang tua tu, saya dah belasah dia dulu..." jawab Eunhoon dengan selamba.Tapak tangan ditumbuk.
 
"Aigoo...tak baik la macam tu..bukan ke kamu satu keluarga?" tanya Hongjae lagi.
 
"Satu keluarga, samcheon?? Keluarga apa yang kerjanya menyusahkan anak...saya tak perlukan keluarga la, samcheon...saya lebih suka hidup macam ni..." jelas Eunhoon dengan tegas.
 
Park Hongjae hanya mengeluh.Tiba-tiba dia teringat sesuatu. "Ha! ni Eunhoon...ahjumma kamu bagi..ni baju anak perempuan kami..."
 
Park Hongjae lalu memberi satu bungkusan pakaian kepada Eunhoon. Gadis itu terus bersinar matanya. Dia terus mengambil bungkusan itu. "Gomawo, samcheon..."
 
............................................
 
Eunhoon kembali ke suatu penempatan. Di situ ramai penduduk yang hidup bergelandangan seperti dia. Kebanyakan daripada mereka ialah golongan miskin yang tak mampu menyewa rumah. Eunhoon pula segera keluar dari rumahnya yang diperbuat daripada kotak lalu ke tempat dia meletakkan makanan. Dia mecangkung lalu membuka satu bekas yang berisi nasi kepal.
 
Salah seorang penduduk di situ menegurnya. "Yah, kamu jangan makan tu lagi..dah seminggu dah makanan tu kat situ..." 
 
Eunhoon hanya mendiamkan diri. Dia hanya mengambil nasi itu lalu makan. Dia segera bangun lalu pergi ke dapur kecil di depan rumahnya untuk membasuh alatan dapurnya. Seorang penduduk yang lain tiba-tiba mengejarnya sambil membawa sesuatu.
 
"Awak nak tak ambil shampu ni dengan 300 won ni?" tanya penduduk itu lalu menunjukkan sebotol syampu kepada Eunhoon.
 
"Nak~" jawab Eunhoon dengan selamba. Dia keluarkan duit syiling dari poket bajunya. Kemudian, dia memberikan duit kepada penduduk itu dan syampu itu berada di tangannya.

.....................................................
Net Cafe...
 
Eunhoon pergi ke suatu tempat iaitu Net Cafe. Di situ terdapat kaunter pertanyaan, komputer yang banyak, komik,tandas dan bilik mandi. Dia membawa bungkusan pakaian yang diberi oleh Park Hong Jae dan shampu yang dibelinya daripada jirannya.
 
Manager Net Cafe iaitu Kris menoleh ke arah pintu masuk. Pekerja baru Net Cafe iaitu Tao tekejut dengan Eunhoon sebab dia tidak kenal lagi dengan Eunhoon.
 
"Yah, aku pinjam bilik mandi kau..." kata Eunhoon dengan selamba lalu pergi ke bilik mandi dengan kadar segera.
 
"Yah-3! Berhenti kat situ!" arah Tao lalu mengejar Eunhoon. Tak pasal-2 Eunhoon terpaksa menghentikan langkahnya.
 
Kris risau melihat keadaan di situ lalu pergi ke arah Eunhoon dan Tao berada. "Oh...mianhae...dia ni pekerja baru...jadi..." jelas Kris tapi Eunhoon hanya menyambung perjalanannya.
 
"Yah-3! Kau duit tak ni?" tanya Tao lagi. Eunhoon buat tidak peduli dengan pertanyaan Tao.
 
"Alah...biarkan je la dia...okay?" kata Kris sambil menghalang Tao. Eunhoon masuk ke bilik mandi.
 
"Hyung kenal ke dia ni?" tanya Tao sambil memandang bilik mandi itu dengan menyampah. Bukan apa, menyampah dengan perempuan tadi.
 
"Kitaorang satu sekolah dulu masa sekolah tinggi.." kata Kris. Tao hanya memandang pemuda itu dengan pelik.
 
Ish-3...macam mana la hyung tahan dengan dia ni, kata Tao sendiri.
 
................................................
Ketika Eunhoon sedang membersihkan diri, 2 orang mafia datang ke kafe Kris. Pada masa yang sama, Kris dengan Tao ada pula dekat kaunter pertanyaan.
 
"Kau pernah nampak dia tak?" kata salah seorang mafia di situ sambil mengeluarkan gambar Eunhoon.
 
Kris membulatkan mata. Dia terkejut kerana itu gambar Eunhoon. Alamak! "Uhh...uhh...tak-- YAH!"
 
Belum sempat Kris menghabiskan kata-katanya, mafia itu memberi arahan. Mereka mula menyerbu kafe itu.
 
"Cari dia semua tempat ni sekarang!"
 
Kris membulatkan matanya sekali lagi. Dia pula yang panik. Mafia-mafia itu mula mencari Eunhoon di merata tempat.
 
"Kyeopta nya dia" kata Tao seperti memerli sambil melihat gambar Eunhoon.
 
Pemiutang itu menjerit lagi. "Dia ada kat situ tak?!"
 
"Aniya!"
 
Kris mula gementar. Manakala, Tao pula masih melihat gambar Eunhoon. Mafia-mafia itu mula dekat di bilik air. Kris terpaksa mencari jalan lain untuk menyedarkan Eunhoon.
 
"Eunhoon~! Kau kahwin dengan aku je!" jerit Kris. Eunhoon tersentak mendengar jeritan Kris di dalam bilik air.
 
"Hyung~! Dah gila ke??" kata Tao dengan geram. Tetapi, dia dihalang oleh Kris sendiri supaya senyap.
 
Pemiutang itu cuba membuka pintu bilik mandi itu.Tetapi pintu berkunci. "Buka cepat!" 
 
Eunhoon mula panik apabila terdengar mereka menjerit. Kris dan Tao hanya dapat melihat kejadian itu dari jauh. Jangan masuk campur urusan orang lain. Katanya Kris la...
 
"Bagi aku kunci lagi satu" kata mafia yang cuba membuka pintu tadi kepada kawannya. Kawannya memberi kunci pendua padanya. Akhirnya,pintu boleh dibuka.
 
Mereka dengan berani membuka setiap satu bilik kecil di situ, menyebabkan ramai orang menjerit. Apabila tiba di bilik kecil yang terakhir, mereka menolak pintu. Eunhoon cepat-cepat mengelak daripada terkena pintu itu lalu lari menembusi tabir di setiap bilik kecil itu. Kemudian, dia terus keluar dari bilik mandi. Mafia tersebut mengejar Eunhoon.
 
"Itu dia! Palli!" pemiutang itu tetap mengejar Eunhoon. Eunhoon menolak pintu kecemasan lalu menuruni tangga dengan cepat. Kris dan Tao mengikuti mereka sedikit. Orang ramai mula melihat kejadian akibat kekecohan tadi.
 
"Kenapa dengan dia tu, hyung??" tanya Tao sambil menyandarkan dirinya di dinding.
 
Kris menarik nafas. "Ryu Eunhoon adalah heroin sebuat tragedi...."
 
Tao makin pelik mendengar ayat dramatik daripada Kris. Dah gila agaknya, orang tua ni.
 
"Appa kepada Eunhoon suka sangat berhutang...appa dia tinggalkan dia sejak dia kecil lagi dan jadikan dia sebagai penjamin tanpa diketahui Eunhoon sendiri..." kata Kris. Kemudian, dia mengarahkan Tao untuk menyusun komik yang telah dibaca oleh para pelanggan.
 
"Berapa banyak appa dia berhutang??" tanya Tao sambil menyusun komik di rak.
 
"Hmm...100 juta won" kata Kris juga sedang membantu Tao menyusun komik di rak.
 
"100 juta~?! Banyak tu~!" Tao terkejut mendengar jawapan Kris.
 
"Sebab tu la dia tak ada alamat rumah dan hidup merempat...dia buat semua tu semata-mata tak kena kejar lagi dengan mafia-2 tu..."
...................................
 
Eunhoon sudah tiba ke suatu lorong. Seorang mafia berlari mengejarnya. Lagi seorang berlari menghadapnya.Tetapi, terdapat tong kosong yang dapat menyelamatkan dirinya. Dia terus menyembunyikan dirinya di dalam tong itu.
 
"Mana dia?"
 
"Mollaseo!"
 
Salah seorang mafia itu terjumpa kasut. Dia mengambil kasut itu dan serta merta Eunhoon mengetuk kepalanya dengan tong kosong tadi. Eunhoon sambung berlari lagi.
 
Akhirnya,Eunhoon dan mafia-mafia tersebut berada di tingkat atas bangunan, tempat dia kena kejar tadi. Eunhoon menyorok di celah-celah corong gas. Tiba-tiba, Eunhoon rasa dicucuk-cucuk pada perutnya.
 
"Aduh...ni mesti nasi aku makan tadi..." rungut Eunhoon sambil memegang perutnya yang meragam.
 
"Yah! Kau keluar sekarang! Kalau marah pun, marah la kat appa kau! Siapa suruh dia hutang sebab nak berjudi! Sekarang kat kontrak, kau la penjaminnya!" Mafia-mafia itu mencari Eunhoon sehingga mereka terjumpa Eunhoon di celah corong-corong gas.
 
Eunhoon cuba lari lagi tapi mafia-mafia itu sempat menangkapnya. Eunhoon meronta-ronta untuk dilepaskan. Salah satu mafia itu mengeluarkan sekeping kertas lalu menunjukkan kontrak yang ditandatangani oleh ayahnya.
 
"Kat sini tulis Ryu Eunhoon...nama kau kan?!" Eunhoon tidak memandang muka mafia-mafia itu.
 
"Kan?! Kan?!" kata pula lagi seorang mafia. Mereka menarik Eunhoon keluar dari corong-corong gas.
 
"Pasal bab kertas ni, kitaorang tak kesah la..janji kau bayar 100 juta won tu...jangan risau! Kan banyak cara untuk bayar duit tu balik..." kata mafia itu ketika membawa Eunhoon keluar dari corong-corong gas. Eunhoon sempat menumbuk kedua-dua pemiutang itu lalu lari.
 
"Geumanhae! Bayar balik duit kitaorang!" Mafia itu segera mengejar Eunhoon. Eunhoon pula mengambil langkah drastik dengan memanjat besi-besi yang berada di bangunan itu untuk mengelakkan dirinya daripada terus ditangkap mafia-mafia itu.
 
"Kitaorang takkan lepaskan kau!" kata salah satu mafia itu lalu menarik kaki Eunhoon supaya tidak terus memanjat.
 
"Lepaskan la!" kata Eunhoon sambil meronta-ronta supaya kakinya dilepaskan. Tangannya masih berpaut pada besi. Tangan mafia itu terlepas akibat rontaan Eunhoon yang kuat.
 
"Turun sekarang!" kata mafia sambil cuba menarik kaki Eunhoon.
 
"Lepaskan la!" jerit Eunhoon sambil meronta.
 
"Turun sekarang!"
 
Eunhoon tidak berhenti meronta sehingga sebuah helikopter mendekati bangunan di mana mereka bergaduh. Mereka berhenti bergaduh. Eunhoon masih berpaut pada besi. Mereka melihat helikopter itu mendarat. Tiba-tiba seorang lelaki yang lebih kurang 50-an turun dari rooftop bangunan tadi. Semua melihatnya dengan penuh tanda tanya. Dia mendekati Eunhoon dan mafia-mafia tersebut.
 
"Kau ni siapa?!" tanya salah satu mafia itu. Eunhoon yang berpaut pada besi, hanya melihatnya saja.
 
Lelaki 50-an itu mengeluarkan gula-gula getah dan lekatkannya pada tongkat yang dibawanya tadi. Dia mendekati Eunhoon dan menghulurkan tongkat itu keluar sehingga mengena duit syiling.
 
"Kamu panjat ni sebab nak ambil duit ni kan?" kata lelaki itu lalu menghulurkan tongkatnya yang mana terlekatnya duit syiling. Eunhoon hanya mengambil duit syiling itu kerana dia tidak mampu nak cakap apa-apa. Lelaki itu tersenyum.
 
"Yah, orang tua...kau ni siapa ha?! Tak payah nak masuk campur pasal kitaorang la!" kata salah satu mafia.
 
"Dia bukan objek yang korang boleh buat sesuka hati..." kata lelaki itu,membela Eunhoon.Eunhoon pula masih tidak turun lagi.
 
"Kure! Dia adalah objek! Objek yang berharga untuk bayar balik 100 juta won kitaorang!"
 
"Bagi saya..dia bukan" kata lelaki itu lagi.
 
"Mwo?!" kata mafia itu dengan hairan.
 
"Kalau macam tu, biar saya bayarkan 100 juta won tu..." kata lelaki itu lalu mengeluarkan buku cek. Eunhoon membulatkan matanya. Mafia-mafia itu pun terkejut.
 
Lelaki itu dengan selambanya menulis di buku ceknya lalu dikoyakkan sehelai cek. Cek diberi kepada mafia-mafia tersebut. Eunhoon hanya melopongkan mulutnya.
 
"Kalau ada resit atau apa-2...boleh hantar kat sini la..." kata lelaki itu lalu memberikan sekeping kad nama pada mafia-mafia itu.
 
Mafia-mafia itu mula membaca kad itu. "Toys Will Make The Future Bright?? Miracle?? Presiden?? Yoon Seunghwan??"
 
Lelaki itu senyum lalu mendongak ke arah Eunhoon. "Ah, kamu kat atas tu...turun sekarang..."
 
.....................................................
 
Eunhoon mengikuti Yoon Seunghwan menaiki helikopter. Buat pertama kalinya, dia dapat melihat bandar Seoul yang indah itu. Eunhoon menoleh lalu memandang Seunghwan.
 
"Kau ni siapa sebenarnya, ha?" tanya Eunhoon.
 
Seunghwan mengeluarkan kad nama yang sama semasa dia beri pada pemiutang tadi. Eunhoon membuang kad itu ke tepi. "Toys Will Make The Future Bright, Miracle, Presiden, Yoon Seunghwan..."
 
"Bagus! Kamu mempunyai memori yang kuat..." puji Seunghwan kerana kagum dengan kekuatan memori gadis itu.
 
"Tu aku tak kesah...yang aku nak tau, apa tujuan kau sebenarnya?? Apa rancangan kau sebenarnya??" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Eunhoon.
 
Seunghwan mengangguk lalu mengeluarkan sebuah kontrak. Kontrak itu tertulis,  'Saya akan bayar balik 100 juta won suatu hari nanti'.
 
"Mwoya??" tanya Eunhoon. "Apa la tajuknya macam buku budak-2 tadika.."
 
"Kertas ni seperti sumpah yang bertulis..nah" Seunghwan mengeluarkan pen lalu dihulurkan pada Eunhoon. Eunhoon pula terus mengambil pen itu lalu menandatangan kontrak itu.
 
"Bagi saya balik duit syiling tadi..." Eunhoon terus mencari duit syiling tadi lalu diberikan kepada Seunghwan.
 
Seunghwan menunjukkan gambar nombor pada syiling itu kepada Eunhoon. "Kalau kamu dapat ni,maknanya kamu hanya jadi begini saja...kalau sebaliknya..."
 
Seunghwan terus melambungkan duit syiling itu lalu menangkap duit syiling itu ke belakang tapak tangannya. Eunhoon hanya melihat saja.
 
"Masa depan kamu cerah!" Seunghwan menunjukkan gambar sebaliknya pada Eunhoon. Dia terus menyelak kontrak itu. Borang permohonan perkahwinan terpampang selepas muka depan kontrak itu.
 
"Borang...permohonan...perkahwinan?" Eunhoon terkejut membacanya.
 
"Bermula hari ini...kita adalah keluarga"
 
"Mwo?!"
 
.................................................
Eunhoon dan Seunghwan sudah berada di pejabat Miracle. Mereka bermain foosball bersama.
 
"Saya rasa mesti kamu susah nak terima kan?" tanya Kim Seunghwan.
 
"Kure...kalau tak disebabkan ahjushi bayar hutang aku, takkan la aku nak kahwin dengan orang yang baru aku jumpa" kata Eunhoon.
 
"Ini lah dikatakan 'takdir'. Betul tak?"
 
"Musun..." kata Eunhoon lalu memusingkan matanya.
 
"Kamu akan dapat makan setiap hari...ada bumbung akan melindungi kamu dan katil yang lembut untuk kamu tidur...saya rasa kelebihan itu...bagus..." kata Seunghwan untuk menyedapkan hati Eunhoon.
 
Eunhoon memandang lelaki pertengahan usia itu dengan pelik. "Tak nak...kenapa kau nak kahwin dengan aku...tak ada orang lain ke??"
 
"Sebab saya ada masa sebulan untuk hidup..." jawab Seunghwan dengan sedih.
 
"Mwo??" 
 
"Saya tanya kat mesin masa depan saya cipta tu...dia tak pernah betul sekali...tapi tak tahu la" Seunghwan menunding jarinya ke arah mesin yang boleh meneka jangka hayat seseorang. (a/n : please, it just fiction c:)

"Kau nak kahwin dengan aku semata-mata kau tinggal sebulan je nak hidup??" tanya Eunhoon dengan hairan. Dia melepaskan permainan foosball itu.

"Kure...kalau tak...kamu kena bayar 100 juta won secara tunai...atau kamu akan kahwin dengan saya.."

"Ha?? Micheosseo!"

"Saya nak ada isteri masa saat-2 akhir saya..."

Eunhoon mula panas hati. "Kau nak aku tanam kau sekarang?!"

.................................................

 

End of the chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hiii~!

             -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa