Episode 8 : Family to Lover? (Chapter 1)

My Boys (Exo Version)

 

My Boys (Exo Version)

           Episode 8 : Family to Lover?  
      Chapter 1  

 

 

 

 

……………………….

Keesokan harinya…

*RING DING DONG!*

“Siapa yang tekan loceng rumah sampai nak pecah ni??” kata Kris. “Oh! Eunhoon!”

“Aku ke sini sebab bunyi loceng ni…diaorang lansung tak kesah…biar aku buka pin-“

Apabila Eunhoon buka pintu rumah itu, ramai orang berpusu-pusu ke arah Eunhoon dan Kris.

“Kenapa korang semua kat sini ni??” tanya Kris dengan panik.

“Encik Yoon sila bayar bil elektrik bulan ni!”

“Bil air kamu, 16500 won! Bayar sekarang!”

“Langganan surat khabar ni, dah 11300 won!”

“Yang korang tanya kitaorang ni kenapa??” 

“Sila langsaikan hutang kamu!”

“Jap! Jap! Kenapa tiba-2 je ni??” tanya Eunhoon yang mula pelik.

“Ni semua sebab orang gaji korang la! Tak nak bayarkan!”

Mwoya?!” kata Eunhoon dan sebelum dihujani pelbagai bil bayaran. Mereka segera melihat bil-bil itu.

“Mahal giler!” kata Kris. “Wahh! Tak sangka bil elektrik rumah ni mahal giler!”

“Korang mana boleh buat macam ni…” kata Eunhoon seolah-olah merayu.

“Habis tu, kau nak kitaorang buat apa?? Minta maaf?? Jangan harap la!”

Eunhoon mengeluh mendengar kata-kata orang itu. Kris pula tidak habis membelek bil-bil tadi.

……………………………..

Pada masa yang sama, adik beradik Yoon berkumpul di bilik sauna tanpa menyedari apa yang terjadi kepada Eunhoon dan

“Akhirnya, kita dapat berkumpul semula!” kata Chanyeol sebagai mukadimah perjumpaan itu.

Adik beradik Yoon yang lain bangun sebelum Jongin bersuara.

“Dengar ni! Kitaorang tetap teruskan sampai garisan penamat!”

“Yeah!!” sorak adik beradik Yoon yang lain.

Eunhoon yang selesai dengan kes bil-bil naik melambung tadi, segera menyediakan sarapan untuk adik beradik Yoon. Tiba-tiba dia terdengar pintu bilik sauna terbuka lalu menoleh ke arahnya.

“Dah siap sarapan??” tanya Chanyeol sebagai orang pertama yang keluar dari bilik itu.

“Dah siap dah…eh??” Eunhoon pelik melihat adik beradik Yoon terus duduk untuk sarapan walaupun hanya dengan bertuala. Dia pula terpaksa mengelakkan diri.

“Mother’s Goals! No 1, Semua orang mesti makan bersama-sama di bilik perjumpaan! Settle!" jerit adik beradik Yoon serentak sebelum menikmati sarapan yang disediakan oleh Eunhoon.

“Jap! Korang patutnya--“ Kata-kata Eunhoon dipotong oleh Chanyeol.

“Oh! Kitaorang tak cakap ‘jal mogetseumnida’ tadi…”

“Yelah, kan kita berkumpul macam ni sebab Mother’s Goals tu…so, Eunhoon kena ada sekali…” kata Kyungsoo pula.

Eunhoon menyentuh kepala yang mula pening dengan perangai pelik adik beradik Yoon. “Ani-2…korang patutnya-“

Sekali lagi Eunhoon tidak sempat menghabiskan kata-kayanya kerana Joonmyeon pula bersuara. “Cepat la awak…semua orang tunggu ni…”

Jakkaman! Sekarang ni, ada benda lagi penting…korang patutnya pergi pakai baju!” kata Eunhoon lalu ke tempat duduknya.

“Yelah…dah…korang, pergi pakai baju…palli!” arah Chanyeol.

“Yah, kau siapa nak mengarah kitaorang??” kata Jongin yang duduk menghadap Chanyeol.

“Aku kan paling tua dalam adik beradik ni…” kata Chanyeol tanpa rasa bersalah.

Hello~ tengok orang la sebelum cakap apa-2…kau cuma orang pertama yang dijadikan anak angkat dalam adik beradik ni...” kata Joonmyeon yang sebenarnya lebih tua daripada adik beradik Yoon yang lain.

Chanyeol segera buat muka sebelum bersuara. “Yah, siapa yang jaga rumah ni sebelum korang datang ha??”

“Minhye-shi!” kata adik beradik Yoon yang lain.

“Iya kah?? Sedihnya dengar…” kata Chanyeol lalu buat drama air mata.

“Yah, baik korang pergi pakai baju sekarang…” kata Eunhoon.

“Hmm! Kalau kau berjaya yakinkan appa nak jadi pewaris dia, tak ada la kitaorang muncul dalam hidup kau…” sindir Joonmyeon.

“Yah! Appa buat semua ni ada sebab tersendiri tahu tak?!” kata Chanyeol.

“Korang ni, selalu timbulkan masalah…” kata Sehun lalu menggelengkan kepalanya.

“Dah la, tak payah nak tunjuk kau tu anak kandung appa…” kata Baekhyun kepada Chanyeol.

“Biar la…memang aku anak kandung appa kan??” kata Chanyeol lagi.

“Yah, dah la! Korang sejuk nanti!” celah Eunhoon ketika keadaan semakin tegang.

“Kau dah bencikan orang tua tu dah 10 tahun…tapi, tetiba kau berubah hati pulak…aku tak faham la…aku tak faham la orang yang selalu tukar personaliti…macam…macam mamat sebelah aku ni!” kata Jongin lalu menunjuk ke arah Baekhyun.

Baekhyun terus bangun apabila dirinya dituduh. “Yah! Sejak bila aku tukar personaliti ni?!”

“Yelah! Dulu, kau tu suka berkurung…sekarang kau dah boleh makan kat luar! Apa cer?!” kata Jongin lalu bangun.

“Daripada kau bercerita pasal aku, baik kau tengok orang depan aku ni! Dia dah tak takut perempuan! Dia pun dah tak nampak ciri ke’perempuan’an(?) dia!” kata Baekhyun lalu menunjuk ke arah Kyungsoo.

Adik beradik Yoon segera memandang Kyungsoo. “Kure…”

Kyungsoo pula pelik dirinya diperhati. “Yah! Aku betul-2 namja la! Korang ni kenapa??”

“Dah la…daripada cerita pasal orang lain, baik kau tengok diri kau sendiri…” kata Joonmyeon pula lebih ke arah Jongin.

Jongin segera mendekati Joonmyeon. “Kau dari dulu dengki dengan aku kan??”

“Yah-2! Yang kau tarik aku ni kenapa??” Joonmyeon pelik dirinya ditarik lalu dibawa ke depan.

“Sekurang-kurangnya, aku budak despatch…tak macam kau! Guna duit nak layan betina mana ntah!” kata Jongin dengan geram.

Nampaknya zaman peperangan antara Jongin dan Joonmyeon tercetus sekali lagi. Adik beradik Yoon yang lain hanya menonton perlawanan itu sambil menikmati tembikai. Eunhoon pula meletakkan kepalanya di atas meja kerana malas nak layan adik beradik itu.

“Mulut kau tu jaga sikit eh…” kata Joonmyeon lagi. Tiba-tiba dia ditolak oleh Jongin lalu terjatuh atas pangkuan Eunhoon. Lagi sikit je.

Kejadian malam tadi bermain dalam fikiran masing-masing. Eunhoon dah pandang lain.

“Tak payah la nak berlakon kau tu janggal sangat…kau nak cium dia lagi kan??” kata Jongin kepada Joonmyeon.

Adik beradik Yoon terus memprotes. “Mana boleh!!”

Joonmyeon terus bangun dari pangkuan Eunhoon lalu ke tempat duduknya. “Kau jangan nak merepek la!”

Eunhoon juga bangun untuk menggelakkan dia terus bengang. “Korang ni! Karang ada jugak yang demam karang!”

Amaran itu lansung tak diambil peduli oleh adik beradik Yoon. Jongin terus buat muka lalu duduk di tempatnya. Dia juga menikmati tembikai yang tersedia.

Tiba-tiba Joonmyeon mendapat panggilan. Dia merenung hensetnya sebelum melangkah keluar dari bilik. Perbuatannya menimbulkan tanda tanya semua orang kecuali Eunhoon.

“Eh?? Kau nak pergi mana tu??” tanya Chanyeol.

Joonmyeon terus tersengeh. “Err…ada hal jap…”

Tak lama kemudian, kelibat Joonmyeon hilang dari bilik itu. Eunhoon pula masih tak puas hati kerana adik beradik Yoon yang lain lansung tak bergerak.

“Kan aku kata pergi pakai baju tu!!” jerit Eunhoon. Semua adik beradik Yoon yang berada dalam bilik itu, menjeling ke arah Eunhoon.

Sehun orang pertama yang bangun. Diikuti adik beradik yang lain.  “Yelah-2…pergi la ni…”

Eunhoon mengeluh lalu duduk semula. Kalau masing-masing dah tua, susah nak dengar kata.

……………………….

Nae, samcheon…tak ada masalah pun…bila diaorang nak??” tanya Joonmyeon ketika menjawab panggilan dia dapat tadi. Tiba-tiba Kris muncul. Dia ternampak Joonmyeon dalam keadaan mencurigakan.

“Esok…”

“Esok?? Samcheon dah kumpul berapa??” tanya Joonmyeon lagi.

“Saya dah kumpul 2 juta…saya bukan apa…saya kesian dengan budak-2 tu…nanti diaorang nak tinggal mana…” kata orang itu.

“Ohh…maksudnya lagi 8 juta ni…hmm…saya pun tak nak rumah Manhwa tu tutup…”

Nae…maaf la Joonmyeon…menyusahkan kamu je…”

“Tak apa la…rumah tu pun saya pernah duduk kan…tak ada salahnya…”

Nae…samcheon pergi dulu, ya…jeongmal kasahamnida, Joonmyeon…”

Nae, samcheon…”

Panggilan itu diputuskan. Joonmyeon menyimpan semula hensetnya ke dalam poket seluarnya. Dia lansung tak perasan yang dia diperhatikan oleh Kris sebelum dia terserempak dengannya.

“Eyy~ kau lagi…tak baik la curi dengar…” kata Joonmyeon.

“Aku bukan nak cerita pasal tu la…aku nak cerita pasal Eunhoon…” kata Kris dengan tegas.

“Kan tu accident…benda tu berlaku tak sengaja…”

Accident kepala hotak kau!” herdik Kris tiba-tiba.

“Memang accident pun kan…kau jugak yang langgar aku semalam…” kata Joonmyeon dengan selamba.

“Eiii~ bukan tu aku nak kata…kau tak faham!” kata Kris.

“Kau tu…kalau dah suka sangat kat dia...pergi la bagitahu dia…”

“Serius kau tak faham sebenarnya…”

“Kau tu yang tak berani lagi nak bagitahu Eunhoon kan?? Memang terlepas la…” kata Joonmyeon lalu masuk ke bilik perjumpaan.

“Eyy~ dia ni…” Kris hanya mampu menahan geram.

Ketika Joonmyeon masuk ke bilik perjumpaan, dia disambut oleh pertanyaan daripada Jongin.

“Kau ni buat orang tunggu lama tau tak??”

Joonmyeon segera duduk di tempatnya. “Mana ada...aku siap tak lebih 5 minit okey…”

Eunhoon tersengeh lebar melihat adik beradik Yoon yang sudah berpakaian dan berkumpul di meja makan. “Okey semua…bo-“

Kata-kata Eunhoon dihalang oleh Kyungsoo. “Jap-2! Siapa yang nak nilai kita lepas goal ni ke tidak??”

Tiba-tiba Gain muncul di hujung meja makan. “Saya yang nilai…”

“Whoa!” Semua orang di situ terkejut dengan kehadiran Gain. Dah macam hantu dah muncul kat mana-mana.

“Okey-2…semua boleh makan!” kata Eunhoon dengan teruja lalu disambut oleh adik beradik Yoon.

Semua orang mula menikmati hidangan yang disediakan Eunhoon. Gain pula mengambil gambar sebagai bukti.

“Mother’s Goals! No 1, semua orang mesti makan bersama-sama di bilik perjumpaan! Pass!” kata Gain.

Semua ahli keluarga Yoon bersorak gembira. Eunhoon pula tak dapat bendung keterujaannya.

“Kau ni dah kenapa??” tanya Chanyeol yang pelik melihat Eunhoon.

“Akhirnya hari itu tiba jugak…” kata Eunhoon lalu makan. Chanyeol hanya melihat Eunhoon dengan pelik.

…………………………..

Kris masuk ke kafe nya dengan geram. Dia menolak semua pekerjanya lalu ke kaunter. Kehadirannya disedari Tao dan pekerja-pekerjanya yang lain.

“Kau datang sini nak buat apa??” tanya Luhan terus.

“Eh?? Hyung?? Ingatkan hyung tak nak balik sini semula…” kata Tao.

“Kau kena tendang dari rumah tu ke??” tanya Hyoyeon pula.

Tangan Kris laju menaip sesuatu di papan kekunci komputer. “Aku nak siasat sesuatu…”

“Siasat apa lagi??” tanya Lay pula.

“Pasal anak ketiga tu, Yoon Joonmyeon…dia kata dia perlukan 8 juta dengan segera…aku rasa dia ada buat sesuatu…rumah Manhwa…” kata Kris. Matanya fokus pada skrin monitor.

Tao sepertinya menyedari sesuatu. “Maksudnya hyung??”

“Aku nak selamatkan Eunhoon daripada dia la…dia tu bahaya sebenarnya…” Kris terus klik pada laman web yang berkaitan lalu terjumpa video rumah Manhwa.

“Dah jumpa!”

…………………….. 

 

End of Chapter


 AUTHOR'S NOTE:   Hi~!

              -Lysa3Kyu-

LAYOUT BY JAEKNIGHT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lysa3Kyu
8/5/17 - Update! Epilogue! (* ̄▽ ̄)ノ~~ ♪

Comments

You must be logged in to comment
Chanseong196 #1
Chapter 1: Sama macam cerita Atashinchi no danshi! Tapi ni best juga sebab ganti watak jepun dengan watak exo :)
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 43: Hahah xiumin cute so xbape nk boleh imagine xiumin dtg rumah kim nk serang diorg siap bwk geng lgi >_< tmbh² mase dia jerit serang, aishh seriously..how cute can you be T ~ T

Ouh btw nice update ^^ ppalli update!
AnimegirlSrishti
#3
Nice story I love it
Arctic_Shadows #4
Congratz 4 the random feature ~
Eli_Shane
#5
Ok saya nampak username sy xD
KoJhinhun #6
Pftt.. rasa awkward pulak bila awak tulis "KoJhinhun as Ryu Eunhoon/Kim Eunhoon"
Aku namja!! hahahaga.. btw 99 liner? Im 99 Liner too!
Park_Rafa88
#7
Ohhh myyy! FF ni saya pernah baca tapi tak dapat nak subscribe and komen sebab tak ada akaun and bila dah ada tak dapat nak cari..Last baca chapnya tergantung sekali dah jumpa perghhh dah jauh saya ketinggalan! But its ok saya akan baca sebab saya suka ff misteri macam ni~ Btw keep update and jjang! Xiumin~
Elyoo0212 #8
Chapter 33: omonaaaa.... x sabarnya nk baca next chapter~~~ pape pon... Selamat Berpuasa